|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V139'
[Copy link]
|
|
bulan utk kita menanbah pahala
yg sedia ada moga dipermudahkan
zura gi terawikh kat mesjid x tahun ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
semua mata dh dibutakan dgn
janji2 kosong kan zura
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin bolan pose x selewat tu la zura tido
letih pose lagi then bgn sahur awal lak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca buruk di 6 negeri tengah hari ini
PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 12 tengah hari nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Melaka manakala beberapa kawasan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah.
“Di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula di kawasan Klang, Kuala Langat serta Sepang.
“Bagi Negeri Sembilan antara kawasan yang terjejas ialah di Port Dickson sementara di Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.
Tambahnya, cuaca tidak menentu di Sabah pula di kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
17,476 kes baharu, 17,321 lagi dilaporkan sembuh
Oleh Nas Norziela Nasbah - April 2, 2022 @ 11:17am [email protected]
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/0330rsdoktor_1648869443.jpg)
Setakat semalam hanya Wilayah Kuala Lumpur menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 67 peratus. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 17,476 kes positif baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,219,395 kes.
Pada masa sama, seramai 17,321 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,977,403 kes (94.3 peratus) kumulatif daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes positif baharu dilaporkan semalam ia adalah termasuk penularan tempatan dengan seramai 16,401 kes adalah warga negara dan 911 warga asing.
Beliau berkata, seramai 164 pesakit lagi adalah kes import membabitkan 159 rakyat Malaysia dan lima bukan warga negara.
Katanya, 263 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 kes disahkan COVID-19; 138 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan manakala 162 pesakit memerlukan bantuan pernafasan (72 kes disahkan COVID-19; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
"Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan setakat semalam, 9,813 kes (56.15 peratus) adalah pesakit dalam Kategori 1; Kategori 2; 7,552 (43.22 peratus); Kategori 3; 37 kes (0.21 peratus); Kategori 4 dan 5 masing-masing adalah sebanyak 37 kes (0.21 peratus).
"Daripada 111 kes COVID-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang dilaporkan semalam, sebanyak 22 kes (19.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 45 kes (40.54 peratus) menerima 2 dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 44 kes (39.64 peratus) menerima dos penggalak.
"62 kes atau 55.86 peratus berumur 60 tahun dan ke atas, 59 kes (53.15 peratus) mempunyai komorbid dan 1 kes (0.90 peratus) adalah kes ibu hamil," katanya.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesan enam kluster baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kini sebanyak 6,938 kluster dengan 6,744 kluster sudah ditamatkan manakala194 masih aktif.
Beliau berkata, setakat semalam hanya Wilayah Kuala Lumpur menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 67 peratus.
"Dua negeri menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya, 88 peratus dan Selangor (64 peratus)
"Selain itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara masih kekal sama iaitu 0.87 setakat semalam," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis muncul 'negeri bahagia'
April 2, 2022 @ 11:02am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BAHAGIA2_1648868549.jpg)
Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia. - PLANMALAYSIA
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) sebagai negeri 'bahagia' apabila semua daerahnya mendapat skor melebihi 80 peratus dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.
PLANMalaysia menyenaraikan 80 daripada 114 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung dan Sabah, mencapai skor melebihi 80 peratus (bahagia), mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.
Di Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik, berkata pembangunan setiap bandar di negeri itu berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing, berpaksikan tiga teras pembangunan menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.
"Tiga teras itu adalah daerah Seremban dan Port Dickson sebagai pembangunan 'Malaysia Vision Valley 2.0', iaitu bandar metropolis yang berdaya saing inklusif dan bersih. Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol, sebagai pembangunan agropolis menerapkan elemen pertanian. Jelebu sebagai pembangunan biodiversiti menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi," katanya.
Katanya, terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia.
Ia membabitkan peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.
Beliau berkata, kelebihan negeri itu dapat dilihat melalui penetapan peranan dan fungsi setiap bandar seperti Seremban yang berperanan pusat pentadbiran negeri, Port Dickson sebagai bandar pelancongan dan Kuala Pilah adalah pusat warisan dan kebudayaan.
Katanya, sejajar matlamat menuju negeri sejahtera, inklusif dan mampan menjelang 2045, kerajaan negeri juga akan terus memberi penekanan dan penambahbaikan aspek kesihatan bagi memastikan akses terhadap penjagaan kesihatan.
Selain itu, menangani kemiskinan secara menyeluruh, mempertingkatkan bekalan rumah mampu milik berkualiti, mempergiat aktiviti ekonomi dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.
Tujuh daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai 1.2 juta penduduk mencatatkan skor penuh, dengan Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus) dan Rembau (81.91 peratus).
Di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat bagi memastikan negeri itu terus mencapai status bahagia.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu, berkata ia merangkumi perkhidmatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, antaranya menyediakan infrastruktur, mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah atau aduan di samping melaksanakan pengindahan kawasan sekitar.
"Antara perkara dilakukan adalah seperti pemasangan lampu di kawasan gelap, membaiki kerosakan jalan, pembersihan, penyelenggaraan sistem perparitan dan sebagainya bagi memastikan keselamatan, keselesaaan dan kesejahteraan penduduk.
"Kita juga memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya membangunkan sistem SPiKTRA-M bagi tujuan penyuraian trafik dan kelancaran lalu lintas dengan menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) yang berupaya menghasilkan Sistem Lampu Hijau Bersepadu, dengan penjimatan masa sehingga 300 peratus," katanya.
Zainal berkata, langkah itu juga sebagai permulaan ke arah menjadikan Bandaraya Melaka sebagai bandar pintar dan perkhidmatan yang diberikan MBMB itu secara tidak langsung memudah dan melancarkan urusan seharian penduduk di negeri itu.
Dalam indeks terbabit, selain MBMB, tiga PBT lagi turut mencatatkan skor tertinggi, iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah(98.17 peratus), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40 peratus) dan Majlis Perbandaran Jasin (85.48 peratus).
Di Perlis, EXCO Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu, Asmaiza Ahmad menyifatkan kemudahan dan prasarana di negeri itu dengan penduduk lebih 254,700 orang itu adalah setara dengan negeri lain.
"Selain itu, cadangan projek 'Perlis Inland Port' (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya," katanya sambil memberitahu Perlis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan skor status Indeks Kebahagiaan 80.02 peratus. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
67.3 peratus populasi dewasa sudah terima dos penggalak
April 2, 2022 @ 10:23am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/sijsj_1648866210.jpg)
Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 68,945,825. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Seramai 15,832,244 individu dewasa atau 67.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,954,072 individu atau 97.6 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,229,777 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,852,606 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu, sudah melengkapkan vaksinasi manakala 2,948,935 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,625 individu sudah melengkapkan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), manakala 1,338,696 individu atau 37.7 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Sebanyak 35,001 dos vaksin sudah diberikan semalam, meliputi 10,076 dos pertama, 2,662 dos kedua dan 22,263 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,945,825.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 30 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan Johor mencatatkan lapan kes, diikuti Negeri Sembilan dengan empat kes, Kedah dan Melaka masing-masing tiga kes serta dua kes masing-masing di Perak, Perlis dan Sarawak.
Selain itu, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan, masing-masing merekodkan satu kes kematian. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Aliran trafik keluar Lembah Klang terkawal setakat malam tadi
April 2, 2022 @ 11:17am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/FASA_PERALIHAN_KE_ENDEMIK_1648869453.jpg)
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak ke arah Lebuh Raya Pantai Timur, kira-kira jam 9 malam tadi. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju keluar dari Lembah Klang, masih terkawal tanpa kesesakan luar biasa, setakat malam tadi, walaupun cuti hujung minggu dan Ramadan mula disambut esok.
Warga Lembah Klang dijangka pulang ke kampung halaman sempena cuti hujung minggu dan sambutan awal Ramadan bersama keluarga dan sanak saudara selepas dua tahun 'kempunan' untuk balik ke kampung susulan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini.
Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Jalan Duta, di sini, yang merupakan laluan utama warga Lembah Klang untuk ke Pantai Timur serta utara tanah air, mendapati jumlah kenderaan dan aliran trafik semakin meningkat tetapi masih terkawal, malam tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan, aliran trafik sedikit perlahan selepas Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong kerana pertambahan kenderaan serta terdapat sebuah lori rosak yang mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira lima kilometer (km).
"Bagi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Bangi menuju ke Seremban, trafik juga agak perlahan sejak petang yang mengakibatkan kesesakan kira-kira 8.4km," katanya.
Sementara itu, pengguna lebuh raya yang juga kakitangan kerajaan, Ahmad Yussra Azmin, 31, berkata beliau pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi, selepas hampir dua tahun tidak dapat menyambut Ramadan bersama ibu bapa.
"Selepas habis kerja pada petang tadi (semalam), saya terus balik rumah dan mengemas barang-barang untuk bertolak pulang ke kampung pada sebelah malam," katanya.
Bagi pekerja swasta, Syaza Farhani Rahmatullah, 36, ini adalah kali pertama anak sulungnya yang berusia setahun pulang ke kampung untuk berjumpa datuk nenek, selepas mereka tidak dapat berbuat demikian sebelum ini atas kekangan wabak COVID-19.
"Suami saya susah untuk dapat cuti. Justeru, kali ini kami merancang lebih awal untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah dengan kepulangan ini, kami dapat menyambut Ramadan bersama keluarga di Kedah," katanya. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
matt dah balik kol 5.30 hari tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..
matt dah tepek semua sumbernya mulai hari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
janji kita buat yg tidak menyalahi undang2....
|
|
|
|
|
|
|
|
zura dah masuk umah petua?
|
|
|
|
|
|
|
|
memang malaysia negara pengeluar minyak
tapi minyak yg dikeluarkan di malaysia telah di eksport keluar negara kerana minyak malaysia ni bermutu tinggi dan harganya lebih mahal
malaysia mengimport minyak negara lain yg lebih rendah mutunya dan harga pun murah
dari segi ekonomi malaysia dapat membuat untung atas jualan minyak ke pasaran dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
sama sama zura
matt dah masuk ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
yee
nasib baik tak jatuh, kalau tidak zura lah kena angkat matt....![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|