|
Originally posted by Nikotina at 10-10-2006 10:46 AM
org slim river semua jenis camni kerr....kikikikiki
aha..semua aku rasa....! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by find7707 at 10-10-2006 10:38 AM
find tak faham... tau guna ja... tak tau berapa MB ka berapa GB ka...
aku pun 2x5..main godakk ja:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 10-10-2006 11:07 AM
aku pun 2x5..main godakk ja:lol
janji buleh connect noooooooo :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Nyaris rugi RM9,000
Oleh Rahmat Othman
[email protected]
ALOR STAR: Kesilapan yang berlaku ketika proses pemindahan wang menerusi mesin juruwang automatik (ATM) berjaya menyelamatkan wang RM9,000 dari akaun simpanan seorang kakitangan awam daripada menjadi mangsa penipuan kegiatan menyedut wang menggunakan nama Akademi Fantasia 4 (AF4).
Dalam kejadian itu, Fazilah Ismail, 50, mendakwa dia nyaris ditipu sindiket terbabit selepas dikatakan memenangi cek tunai RM9,000, kelmarin yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 12 tengah hari.
SMS itu berbunyi: 揗engucapkan tahniah Simcard anda memenangi hadiah cek tunai sebanyak RM9,000 dari AFM Akademi Fantasia 4, Sila hubungi 006281386782297 terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1004 Nikotina's post
bengong org nih..mane lah hat ade duit segera nihhh tanpa usaha nih |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1004 Nikotina's post
murah hati sungguh nak transfer duit senang2 kat orang... kalo dia tanya find ada duit tak dalam bank, find kata ada... RM10.15 sen... agak2 dia suruh dak transfer???? |
|
|
|
|
|
|
|
kat bod sanun dah ada ka? hehehe
khas untuk abe niko..prfftt
-----------------------------------------------
Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak bertarawih?
Mon | Oct 09, 06 | 02:24:12 PM
Oleh Azamin Amin KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Saluran Dua Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Sabtu lalu, menyiarkan siaran secara langsung 'Zoom In Bersama Mawi' kira-kira jam 8.30 malam, didakwa sebagai pencetus 'fenomena tidak bertarawih' di kalangan umat Islam pada Ramadan ini.
Ramai berpendapat, RTM dan Mawi, tidak sensitif dalam suasana Ramadan ini, kerana sanggup mengalihkan perhatian peminat dan orang ramai khususnya umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Islam.
Apakah suatu yang boleh 'dibanggakan' kerana Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi telah berjaya menghimpun ratusan hadirin di studio Angkasapuri malah ribuan umat Islam seluruh Malaysia untuk 'khusyuk' dan 'tawaduk' melihat persembahannya?
Sedangkan ramai berpendapat waktu sebegitu, sebaik-baiknya umat Islam menumpukan kepada ibadah solat tarawih secara berjemaah yang dituntut oleh agama.
Sewajarnya dengan kematangan serta pengetahuan agama yang ada, Mawi menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan menolak tawaran atau undangan untuk menyanyi di RTM, malah lebih menarik dan murni sekiranya Mawi turut melibatkan diri dengan kegiatan agama seperti bertadarus al-Quran dan paling baik turut bersolat tarawih bersama peminat.
Begitu juga RTM di bawah Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin, sewajarnya lebih menumpukan usaha untuk memperbanyakkan program-program berbentuk agama dan 'membeku' program hiburan yang melalaikan seperti rancangan 'Zoom In' tersebut.
RTM seoalah-olah tidak peka dengan suasana Ramadan ini, demi kegilaan terhadap persaingan mendapat 'rating' yang tinggi, sanggup mengadakan program hiburan pada bulan mulia ini, dan ramai kecewa dengan sikap Mawi juga dilihat sebagai seorang yang berkepentingan, demi keuntungan dan tuntutan komersial, Mawi sanggup mengenepi hal sedemikian.
Fenomena tak bertarawih ini tidak dimonopoli oleh RTM, malah beberapa hotel terkemuka juga turut menjemput Mawi untuk mempersembahkan nyanyiannya di kala sebahagian besar umat Islam berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk berbuka secara berjemaah seterusnya bersolat tarawih.
Tidak salah kiranya, pada bulan yang mulia ini, Mawi bercuti sepenuh masa, atau melibatkan diri dengan program agama di samping dapat mengajak masyarakat menumpukan kepada suruhan dan larangan Tuhan seperti yang dianjurkan oleh al-Quran yang dibacanya untuk rakaman TV setiap kali masuk waktu berbuka.
Sepanjang tahun Mawi telah menunaikan kewajipan dan memenuhi tuntutan peminat termasuk tuntuntan keuntangan, dan sepatutnya limpahan rezeki yang diperolehi yang menururtnya sebagai anugerah Allah,dibalas dengan melaksanakan ibadah dengan berlipat kali ganda dan bukannya bersikap tamak seterusnya mengheret ramai kalangan umat Islam meninggalkan tuntutan agama.
Dengan bakat dan 'aura' yang ada, sebaik-baiknya Mawi mengambil kesempatan mendidik, mengajak para peminatnya melakukan ibadah yang mulia di samping menghayati bulan Ramadan ini dengan pelbagai amal ibadat seperti mengaji al-Quran , bertazkirah, dan menunaikan solat sunat Tarawih.
Namun sewaktu rancangan tersebut, lain pula jadinya apabila Mawi melafazkan kata, "Di bulan yang baik dan di bulan yang mulia ini, marilah bersama-sama kita menghayati lagu ini..." di hadapan ratusan hadirin termasuk sejumlah ramai penonton TV pada malam tersebut dan antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mantan qari al-Quran ini ialah 'Al-Jannah', 'Kau Kekasih Awal dan Akhir', 'Intifada', 'Yang Tercinta' dan 'Beautiful Maria'.
Sesetengah pemerhati mendakwa, nilai-nilai agama yang dimiliki Mawi disifatkan sebagai lakonan semata-mata untuk mengaburi masyarakat untuk terus meminati dan menyokong beliau sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Seperti contoh, Mawi mengajak dan menarik perhatian umum apabila membaca ayat suci al-Quran yang membariskan kalimah-kalimah Allah, perintah serta larangan-Nya sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dalam masa yang sama beliau mengadakan persembahan yang secara tidak langsung mengalihkan perhatian ramai para penonton dan peminatnya daripada melaksanakan perintah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Begitu juga dan sikap 'lakonan' Mawi dalam prinsipnya, beliau dilaporkan menolak sekeras-kerasnya jika diminta berlakon untuk watak romantik, adegan panas ataupun berpegangan tangan dengan wanita dan kali terakhir Mawi memegang tangan dan ditonton oleh orang ramai semasa dia dipertemukan oleh RTM dan Astro dengan bekas tunangnya Ina. Ketika itu Ina bersalaman dan mencium tangan Mawi.
Selain itu, beliau dilaporkan juga bimbang perbuatannya itu akan mengguris hati peminat setianya.
Namun yang mengecewakan, menari dan menyanyi bersama penari latar yang berpakaian seksi dan dengan gaya yang menghairahkan, tidak pula menjadi halangan bagi Mawi dan tidak termasuk perilakunya yang sering mengundang fitnah dan gosip oleh media massa yang jelas merendahkan imej seorang yang disifatkan ada nilai agama.
Ada kalangan yang menyimpulkan Mawi ikon yang dilihat punya nilai-nilai atau 'simbol' agama melakukan sikap dan tindakan yang mengelirukan ramai pihak apabila persoalan haram dan halal serta membabitkan hukum-hakam 'diadun' secara bersama baik dari sudut tindakan mahupun perkataan yang dilafazkan.
Fenomena yang dicetus oleh Mawi seharusnya diperhalusi supaya natijahnya tidak merosakkan fikrah dan akhlak para remaja khususnya yang beragama Islam malah pengiktirafan terhadap beliau sebagai ikon dan (lebih tersasar lagi) memiliki salasilah para wali,harus dipertimbangkan semula dan difikirkan dengan hati yang tenang dan waras. - lanh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nikotina at 10-10-2006 11:52 AM
Edisi Utara: Nyaris rugi RM9,000
Oleh Rahmat Othman
[email protected]
ALOR STAR: Kesilapan yang berlaku ketika proses pemindahan wang menerusi mesin juruwang automatik (ATM) berjaya menyelama ...
la ni senang ja....kalau dok tak dok dapat ribu2 tu..toksah dok caya!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Originally posted by alahai at 10-10-2006 12:00 PM
khas untuk abe niko..prfftt
-----------------------------------------------
Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak b ...
:bgrin::bgrin: mawi...mawi... bulan2 posa ni bawak2 la berehat dan beramal...
(prffffttttt mesti ramai marah find buat kenyataan ni) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 10-10-2006 12:00 PM
khas untuk abe niko..prfftt
-----------------------------------------------
Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak berterawih ...
poyonya statement
kalau dah jenis tak pi terawih tu
mawi tak nyanyi pun dok langut tv gak
apa da............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 10-10-2006 12:00 PM
khas untuk abe niko..prfftt
-----------------------------------------------
Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak b ...
idola isle kunun....
org bulan2 posa pi masjid buat tarawih,dia ajak makcik2,fondan2 gelek2 puja fompuannn....kikikkiki
idola isle kununnn.... |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1011 Nikotina's post
--------------- --------------------
tumpang senyum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1010 7276's post
kalo awie ka ct ka too phat kaa buat konsert live ms bulan2 posa mesti ramai org marah kan kan kan kan...maklumlaa depa tak islamik sgt...kikikikiki |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1013 Nikotina's post
---------------- -----------------
senyum lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1013 Nikotina's post
ala...terawih tu sunat
kalau ada org nyanyi ka tadak ka..
bukan rumah kosong pakat pi mesjid pun
dok ramai langut tv gak
tengok siaran lain |
|
|
|
|
|
|
|
kalau memang jenis buat terawih
ada mawi ka sapa ka
dia buat gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1015 7276's post
yg langut tv tu sepasai la...
yg kat p tgk live tu camana kak...
kikikikiki..
nanti ada yg kata..kubo masing2 lor...kikikiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1017 Nikotina's post
ala...kalau tak p tgk
pi shopping kat jln TAR
samala still tak terawih gak
dah tak sedar nak buat gena |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by find7707 at 10-10-2006 12:21 PM
---------------- -----------------
senyum lagi...
senyum itu satu sedekah...kuikuikui
err..PM x leh reply. ada kegelongan berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1019 Nikotina's post
dak..sebab dah reply kat porum
so kena tunggu la
kalau tak reply lepas 60 seconds can send la pm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|