|
emyas ...
guna visa pelajar ke memang penduduk tetap bekerja di sana ?
lojiok tak kalau buat umrah terus ke tanah suci dari eropah
alah ... mcm melancong umrah la kan ...
emm ... maaf soalan biasa sgt .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1001 budakjawa's post
hubby kerja kat sini..so guna visa resident kat sini..
selagi x balik malaysia kira penduduk tetap kat sini la
budakjawa,tak tahu sbnrnya kalu nk buat umrah guna visa melancong..sbb KSA nya visa nih susah sikit..
cuba tanya pakar2 sebelum2 nih..mungkin diaorg tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
oo .. numpang ikut suami yek ..
bj ada gak kawan kawan kerja kat riyadh , jeddah tu.
projek universiti |
|
|
|
|
|
|
|
ader x sesiapa tau...
travel agency mana yg ader wat
promo pakej umrah dan ziarah...
cover egypt...
tengkiu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakej andalusia ok tak?ada tak yg dah pernah pergi dgn pakej andalusia? |
|
|
|
|
|
|
|
I dah pernah pakai package Andalusia. Ok, best sebab ustaz dia (mutawif) sungguh knowledgeable. Banyak ilmu dapat dipelajari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 27-2-2008 11:38 PM 
pakej andalusia ok tak?ada tak yg dah pernah pergi dgn pakej andalusia?
saya nak share kat sini...
my fren yg dah pegi ngan andalusia nih siap bagitau
jgn lerr ambik package ngan agency nih...dia kata
service teruk sangat...dah larr selalu janjikan itu ini
tp x pernah nak kotakan...
sampai kat sana plak asik minta duit itu ini lagi...
padahal masa kat msia dah bagitau yg sumer dah cover...
dan x perlu nak bayar apa2 lagi...
dia pon dah serik...and next time kalo nak pegi pon dia
akan pegi ngan TH jer...
dia kata indah khabar dari rupa...
saya sendiri pon insyaallah akan ke sana...insyaallah
pegi ngan TH... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya, dalam soal memilih travel agent untuk mengerjakan umrah memang sukar untuk mempastikan samada kita mendapat servis yang terbaik atau sebaliknya dari sesebuah agensi yang kita ikuti. Kerana sudah pasti setiap agensi ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Itulah sebabnya kadang-kadang pada suatu waktu kita sangat berpuas hati kerana mendapat perkhidmatan yang terbaik dari agensi yang kita ikuti dan di suatu waktu yang lain pula kita menghadapi pelbagai masalah walaupun bersama dengan agensi yang sama. Masalah sentiasa berada di mana-mana dan tidak mengira masa dan siapa, hanya kecekapan wakil agensi pakej tersebut sahaja yang dapat membantu dan mengatasi masalah seminimum mungkin bagi mengelakkan rungutan atau rasa tidak puas hati jemaah yang mengikuinya. Walau bagaimanapun, tak dinafikan, kebanyakan dari kita tentu akan memilih dan merasa lebih selesa dan yakin dengan agensi yang ada nama yang mana lebih berpengalaman dalam pengendalian haji dan umrah, meskipun agensi ini juga tak dapat lari dari menghadapi masalah pada satu-satu ketika.
Selebihnya, seperti yang selalu diwar-warkan, anggaplah segala rintangan atau apa jua yang berlaku sebagai dugaan dari Allah swt. bagi menguji kesabaran dan keimanan kita dan didiklah hati ini supaya selalu redha. Kalau kita merasakan tidak mendapat servis yang sepatutnya ketika berada di tanah suci, seboleh-bolehnya janganlah jadikan perkara tersebut sebagai gangguan kepada emosi kita untuk beribadat dengan sepenuh jiwa raga ke hadrat Allah swt. kerana ketika itu kaki kita telah berpijak di bumi Makkah dan Madinah dan kita adalah tetamu Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm majlah Anjung Seri...ada pakej p dgn Ustazah Cakar Harimau...bulan Mei ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1005 rinafarha1709's post
Last year my parents ambik package RAYHAR Travel.So far semua yang pergi masa tu cakap service bagus..rinafarha boleh survey dulu sebelum nak buat decision..banyak company yang buat service umrah sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi tgk dlm paper utusan...andalusia punya offer....rm4 ribu lebih je,,, |
|
|
|
|
|
|
|
rina insyallah nak pergi dlm bln april....rayhar mmg bagus,ramai puji rayhar...
triways ok tak ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1012 rinafarha1709's post
dah 2x nak pegi ngan rayhar...tp ader jer
masalah...itu yg ingat tahun nih nak pegi
ngan TH jer...insyaallah... |
|
|
|
|
|
|
|
pegi dengan mana2 syarikat sama sahaja..
yg penting persediaan kt Malaysia..
pastikan semuanya bersedia..
dan anggap semua ini ujian
kita pergi bukan untuk dipampared tapi ingat ini salah satu perjuangan
bukan ke london tp ke makkah n madinah
kena banyak berdoa..
mcm ustaz akhil hayy kata
pergi macam nak gi mati..
org berhantor sampai sebuah bas nak hantar sorang/...
berpeluk sakan dengan periuk belangga berkelah kt airport
it is normal scenary u can watch when u send jemaah whether umrah or haj
kalau gi london idokle teman nak ngantor pun... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai berkelah kat airport..... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalaamualaikum
saya baru disini, nak kongsi pengalaman sama.
Kawan aku dulu gi ngan andalusia, katanya bercelaru
juga kerana ramai sangat, mutawwif tak dapat nak
kontrol. Sepatutnya lantiklah ramai mutawwif , lantik
setiap 20 seeorang ketua baghu lah dapat kontrol dan
tak lah haru biru.
2 tahun lepas sedara aku pergi ngan Utas Travel, dia
ingat bagus lah asyik dok promote dalam tv waktu bulan
puasa tapibelum terbang lagi dah ada masalah. Dia
tempah pakej 15hari, tapi last minute Utas kata dpt
hanya 11hari 8 mlm. Alngkah frustnya dia anak beranak
sbb dia dah tempah 2
bulan awal,alasannya dia kata pihak saudia buat
perangai, yang jadi masalahnya kenapa lansung tak
maklumkan pada dia sehinggakan 2 minggu sblmberlepas
baru dia dpt tahu, itupun stlh dia kepejabat utas
travel.Utas servis lansung tak professional.Sedara
saya ni minta batalkan tapi alasannya dia org kata
tiket dan visa dah keluar dan takboleh buat apa2.
Sedara saya cakap dgn dia org bahawa next time kami
tak akan lg pergi melalui egensi dia org ygtak
bertanggungjawab.
Aku pun pernah mengalami masalah yang sama. Aku pernah
gi ngan Lintas Travel,janji 13 hari tapi akhirnya 10
hari je, dia kata "kalau nak ambil, kalau tak nak
boleh dipulangkan wang".Dalam masa yang singkat, macam
mana nak cari travel agency lain. Saya boleh cancel je
tapi tak sampai hati tengok orang tua yang memang
berharap sangat untuk mengerjakan umrah
(faham-fahamlah orang tua).Maka terpaksalah ambil
agency itu juga walaupun rugi.
Oleh itu tahun lepas aku gi ngan tabung haji travel
pula, sangka aku gi ngan tabung haji ni everything ok
kerana banyak pengalaman uruskan haji, rupa2nya tak
bagai disangka, bercelaru pengurusannya di sana ,
jemaah ramai tentulah haru biru dibuatnya, dah lah
banyak kali tangguh kerana tiket tak confirm, memang
aku tak puas hati, elok gi sendiri aje atau gi
ngan syarikat kecil aje, baghu lah bagus kot.
Saudara husintahir kata;
pegi dengan mana2 syarikat sama sahaja..
yg penting persediaan kt Malaysia..
pastikan semuanya bersedia..
Aku setuju tapi mesti diingat bahawa kerja haji dan umrah mesti dibuat denagn cara yang betul,
kalau tak betul macam mana nak sempurna. ustaz nasiha ada kata di postingnya.
Bila aku jumpa forum ni seronok membacanya, macam2
pengalaman kau orang cakap. Aku paling seronok baca
posting ustaz naasiha, bagi aku dia ni orang berilmu.
Orang begini lah sepatutnya kita cari buat teman untuk
ke sana. Kalau kita salah dia boleh tegur dan bimbing
kita. Memang pun aku baca buku adab nak gi haji dan
umrah ni biarlah berteman ngan oghang berilmu supaya
ibadat haji nak umrah kita nanti sempurna.
Aku kasihan kat ustaz nasiha, dia ajak oghang gi pun
tak da yang nak gi. Tak pa lah ustaz, begitulah akhir
zaman. Nasihat aku pada Marisa tanyalah ustaz nasiha
tu, mungkin dia nak gi umrah/kaherah sbb dalam
postingnya dia kata mungkin gi ke Mesir,Jordan atau
syria.
Insha ALLAH , kalau aku nak gi umrah nanti aku akan gi
ngan ustaz nasiha, dia banyak pengalaman, dia pernah
belajar disana .Bagi aku Makkah dan Madianah tu memang
tempat dia. Aku harap ustaz nasiha selalu lah menulis
, kami ni kurang ilmu. Bimbinglah kami.
Bila aku tenguk ustaz lampir surat kebenaran lawat
baitulmaqdis terkejut beruk aku dibuatnya, sangka aku
tak leh lawat dan. Ustaz cakap orang tuduh dia masuk
cara haram, now semuanya dah tersingkap, bukti dah
jelas ustaz tunjuk.
Kalau aku jadi moderator posting inilah yang aku bagi
paling tinggi point, kerana ustaz berjaya bawakan
bukti, sekali gus menafikan tuduhan itu.maaf ya
moderator, bukan nak mengajar , tapi nak cakap yang
haq.
Terima kasih dan maaf untuk semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1016 pohonbuloh's post
Selamat berposting pohonbuloh dan tulisan pohonbuloh selepas ini amat dialu-alukan demi manafaat bersama.
Seperti yang saya katakan, agensi yang mempunyai nama yang gah dan besarpun belum tentu dapat menjamin perkhidmatan terbaik seperti yang dijanjikan. Perkara ini kerap timbul sejak kebelakangan ini kerana beberapa waktu yang lalu terdapat beberapa prosedur atau peraturan baru yang telah menimbulkan masalah kepada agensi umrah ini. Bila masalah ini timbul ianya akan berkait antara satu sama lain bermula dengan tempahan tiket penerbangan, tempat penginapan dll dan yang menjadi mangsanya adalah jemaah terutama bagi jemaah yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada agensi yang dipilih. Kadangkala masalah yang timbul itu bukan berpunca dari agensi itu sendiri dan kita tidak seharusnya membuat tuduhan melulu. Itulah sebabnya perlu kita mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa menghubungi agensi yang kita pilih itu untuk mengetahui status pakej yang kita ikuti. Terutamanya mengenai visa, Selagi visa belum diperolehi, ianya belum menjamin kita dapat berangkat ke tanah suci kerana akhir-akhir ini pengeluaran visa untuk mengerjakan umrah hanya keluar dalam masa sehari dua sahaja dari tarikh penerbangan kita. Pengalaman saya sendiri ketika mengerjakan umrah di bulan Ramadan yang lalu, walaupun semua persiapan termasuk tiket kapalterbang telah ada, dan semua orang telah mengetahui kita akan berangkat mengerjakan umrah, hanya Allah sahaja yang tau betapa kecil besarnya hati ini kerana visa hanya diperolehi sehari sebelum berangkat ke tanah suci. Setiap pagi dan petang saya menghubungi agensi untuk mengetahui status visa kami dan bila telah disahkan visa saya telah diperolehi, barulah rasa lega hati ini.
Masalah visa ini memang amat menyusahkan hati. Pernah juga beberapa tahun lalu, bila saya mendengar berita di TV permohonan visa umrah bulan Ramadan hanya akan diterima sehigga tarikh tertentu, saya terus menghubungi agensi yang saya ikuti meminta pihaknya menghantar segera permohonan visa kami sebelum tarikh yang dimaklumkan kerana bimbang permohonan visa kami tidak akan diterima lagi dan sudah tentu akan menimbulkan masalah kepada kami kelak.
Walau bagiamanapun saya sentiasa berdoa kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mengerjakan umrah atau haji akan sentiasa mendapat pertolongan, rahmat dan hidayah dari Allah SWT dan akan mendapat umrah atau haji yang mabrur.
. Yang penting, sentiasalah kita berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik ketika ingin mengerjakan haji atau umrah.
Saya juga menanti-nanti dan merindui tulisan ustaz naasiha. Tentu ustaz sibuk kalau tidak, tentu ustaz bersama kita di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..
seronok baca kisah & pengalaman forumers pegi umrah. insyaAllah kalau
diizinkan, cdgnya nak buat umrah masa cuti sekolah ni. baru dok survey
pakej2 yg ada. rasa2 mcm nak ambik dgn andalusia sbb housemate pernah
pegi & dia ckp ok. tp baca post marisa & pohonbuloh jd risau pulak. harap2
forumers lain boleh tlg bg idea / share experience dgn travel agencies masing2
ya? boleh buat panduan  |
|
|
|
|
|
|
|
salam ...
ustaz naasiha boleh buat ulasan lagi
dan kongsi pengalaman bersama ...  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum, izinkan saya disini share pengalaman saya pergi menunaikan umrah dengan Andalusia pada tahun 2004.
Jangkaannya saya akan pergi pada middle bulan mac 2004 tatapi disebabkan kelewatan pihak arab saudi mengeluarkan visa, saya hanya dapat pergi pada akhir Mac.Package saya untuk 11 hari (kalau tak silap), harga dekat RM 5k sbb 2 orang/sebilik dan pilih hotel yang dekat.
Sepatutnya pergi pada hari ahad tetapi Saudi Air delay di Jakarta. Mula2 dapat coupon makan malam.Lepas makan tunggu lagi, then dapat news that definately plane delay and kena stay dihotel Nak balik rumah tapi agency tak beri. Airlines tempatkan kami berdua di hotel Pan Pac. Alhamdulillah, dpat bilik besar, dapat makan dinner lagi, then breakfast and then lunch. Makanan sedap2 di sana, memang rezeki.
Then,lebih kurang 5pm baru fly out of KLIA. Rasa bersyukur sangat sebab dah berada diudara. Sampai di Madinah dah dekat tengah malam, terus check in hotel. Hotel betul2 depan gate masjid. Kami hanya dapat stay 2 hari sahaja, 1 hari dah lost di M'sia. Tak dapat extend stay sebab hotel di Mekah dah book. Di Madinah, dibawa melawat beberapa tempat spt masjid Quba', Kiblatain, pasar kurma, jabal uhud, gua tempat Rasulululah berehat semasa perang uhud(kalau tak silaplah),- tinggi nak panjat jabal uhud ni and naik ke gua sejadah- tempat rasulullah buat sujud sejadah - kena panjat juga but tak setinggi jabal uhud tadi. Semua kena charge transportation 5 rial.
Then pergi ke Mekah, on the way berhenti di rest area untuk sembhayang mawrib dan makan nasi beriani. Sedap.. sangat nasinya dengan lauk ayam dan ikan goreng.
Group kami ni dalam 40 org rasanya (1 bas besar), ada 3 orang mutawif. 2 orang mutawif ni adalah bekas penuntuk drp keturunan Rasulullah. Seperti di Madinah, diMekah juga group kami dibahagi kepada 2 group iaitu di hotel yang dekat and yang jauh. Di hotel yang dekat dalam 10 org (or less). Alhamdulillah, kami dapat bilik yang besar, siap ada washing machine lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|