CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jelita

[V46] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ FOREVER FAZBULOUS ~ LOTS OF LOVE ~

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2019 02:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2019 02:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 03:00 PM | Show all posts

subhanallah, lawa xleh bincang
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 03:11 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 12-6-2019 03:00 PM
subhanallah, lawa xleh bincang


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 03:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 03:30 PM | Show all posts
she's such a flirtatious girl...hehehe...tersipu2 si ridho ni.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 12-6-2019 02:39 PM
iols boleh bayangkan chuols sangat classy with selendang and your kebaya.

Bolehlah chuols.....now longgar sikit dah kebayanya...maklumlah dah berlaki dan badan ada naik sikit...dulu2 kaka pakai cam kebaya putih bella astillah tu haa....free hair lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 12-6-2019 05:58 PM
sora13 replied at 12-6-2019 02:56 PM


Lawa betul fazzy dlm iklan nih...tq lah sora sebab tepek video yg manis2 nih...kaka stress dgn isu 'video' yg lagi satu tu....yg tengah panas kat bod ci sekarang ni. ...kalau betul lah bagai dikata...ku keciwa...dah ada pun yg forward video tu kat kaka....ishhhh tak mau cakap lah...buat sakit jiwa jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 12-6-2019 05:54 PM
Lawa betul fazzy dlm iklan nih...tq lah sora sebab tepek video yg manis2 nih...kaka stress dgn i ...

Iols tengok jugak video tu kaka tapi kenapa okt tu nampak lemah dan lembik mcm kena date rape drug. Kalau consensual sex bukan ke patut ada tindakbalas yg sepatutnya. ini sipelaku nampak drowsy and confused je tapi yg mengaku tu kemain rakusnya. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 12-6-2019 06:38 PM
Iols tengok jugak video tu kaka tapi kenapa okt tu nampak lemah dan lembik mcm kena date rape drug ...

My bff pun highlighted the same thing...okt tu macam tak excited kan?...whatever it is..excited tak excited, kalau kat jepun dah harakiri chuols....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 12-6-2019 07:27 PM
My bff pun highlighted the same thing...okt tu macam tak excited kan?...whatever it is..excited ta ...


Itu betul. Walaupun iols kecewa juga tapi kalau heols senang masuk perangkap macam ni memang patut heols take the high road dan lepaskan semua jawatan.  Sorry OT sementara nak tunggu fazzy’s next project. But she said she wanted to concentrate on klfw2019 after raya. Uwaaaa!!!! Menangis lagi iols.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 12-6-2019 07:38 PM
Itu betul. Walaupun iols kecewa juga tapi kalau heols senang masuk perangkap macam ni memang pat ...

Yes, if u ask me. But he is not the first one chuols.....and not the only one yg songsang (assuming it was him in the video)...kat mesia semua boleh jadi chuols..bukti depan mata, video clear camana pun, u can just deny and your supporters will then support u no matter what. Kita ni bangga gelar diri negara Islam tapi akhlak pemimpin and penyokong taksub,..omg. Tak kisahlah dari parti mana. 2×5 jer...kes sebelum2 ni pun, ramai yg kata fitnah...tapi mana yg tau tu, tau lah. At the end of the day, we have to choose the lesser of two evils...titik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 12-6-2019 07:49 PM
Yes, if u ask me. But he is not the first one chuols.....and not the only one yg songsang (assumin ...

Ni pasal Abang aa ke?

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 12-6-2019 08:20 PM
Ni pasal Abang aa ke?

Who else chuols...sorry ot lak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Politician ke retis ke org biase biase pun semua bole kene....terpikir pula apa lah diaborg dh buat sampai diujii fitnah sebegitu....jauhkan lah dari fitnah
Faz pun pernah kene juga pe...kurang lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalammualaikum & Morning all

Nampak ada yg retweet kat Twitter pasal artikel ni yg ditulis 2 tahun lepas.

Source : http://majalahwm.com/2017/04/16/nur-fazura-seksi-stunning-confident/

Nur Fazura Seksi, Stunning, Confident!
APRIL 16, 2017 by SHAUFIK YUNUS

Sekitar 2004 bermula kekaguman saya terhadap Fazura. Waktu itu saya suka kerana rupa parasnya, boleh berbahasa Inggeris dengan fasih, pandai berlakon juga pandai bergaya. 2005, daripada kagum bertukar menjadi kegilaan setelah melihatnya dalam dua siri drama Gol & Gincu di 8TV dan edisi filem juga di bawah judul yang sama.

Zaman itu Gol & Gincu paling urban, paling ringkas tetapi paling berkesan penyampaian cerita. Sesiapa saja yang mengikuti francais Gol & Gincu mahu menjadi Putri (watak yang dimainkan Fazura), mahu jadi Shasha (Sazzy Falak) dan mahu ada geng yang sama seperti mereka. Daripada television, saya menonton Gol & Gincu menerusi cakera padat video yang saya menangi daripada kuiz di 8TV Quickie (zaman Marion Counter dan Adam Carruthers) dan seterusnya di Youtube. Percayalah, saya hafal bait-bait dialog Putri contohnya ketika bersama Shasha selepas Shasha menjadi spy untuknya merisik koleksi rekaan Ratu (lakonan Diana Danielle) untuk ujibakat Project Runway, “Dia (Ratu) kata you gemuk? Oh she is s mean.” “What do mean hot culture?” “Oh you mean haute couture?” Dan saya boleh bariskan lagi dialog lain satu persatu termasuk daripada filem Pisau Cukur.

Baru-baru ini saya bertemu Fazura ketika majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi yang juga pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy berjudul Nothing Like Pag Ibig atau Nothing Like Cinta Ini.

Ikuti temubual saya di bawah bersama the hot and happening, Nur Fazura Sharifuddin.

Shaufik: Fazura, apabila anda menonton drama dan filem lama lakonan anda, adakah anda rasa masih orang yang sama seperti Fazura yang dulu atau Fazura yang baru yang sudah berubah?

Fazura: Saya masih orang yang sama tetapi semakin meningkat dewasa. Ada perubahan yang saya lalui dalam beberapa segi kerana semakin lama kita semakin matang. The sense of innocent, the sense of knowledge and individuality itu tetap ada. Saya masih Fazura yang sama tetapi mungkin lebih wiser, mungkin lebih calmer…

Shaufik: And mungkin lebih richer?

Fazura: Hahaha (tergelak besar). Mostly wiser I would say.

Shaufik: Sepanjang hampir 15 tahun, anda menerima pelbagai kejayaan dan penghargaan. Adakah anda menikmati kerjaya ini?

Fazura: Tentunya. Obviously it’s a passion. Saya percaya jika melakukan sesuatu kita mesti melakukannya dengan penuh semangat. Ini adalah passion saya; berlakon, menyanyi. Saya tidak pernah pun menyangka yang saya akan berada dalam industri ini. Dulu saya suka modelling, mahu jadi model iklan dan sebagainya. Memang ada pasang impian untuk menjadi penyanyi tetapi tiba-tiba jadi bidan terjun… jadi pelakon dulu. Sebab itu saya kini menjadi penyanyi kerana itulah cita-cita saya daripada mula.

Shaufik: Facing Up With Fazura – apakah kualiti yang anda miliki yang membolehkan E! Asia memilih anda berbanding ribuan selebriti lain untuk membintangi rancangan realiti di saluran television mereka? Kerana kita ada Marion Counter, ada Amber Chia dan ramai lagi selebriti lain yang juga terkenal dan ada nama, sebaliknya anda yang dipilih. Kenapa agaknya?

Fazura: Sungguh saya tidak tahu apa kriteria yang mereka nampak dalam diri saya yang membolehkan saya terpilih. Jujurnya saya sangat bersyukur. Saya harap apa yang saya lakukan akan memberi inspirasi kepada peminat-peminat saya.

Shaufik: Ada lanjutan musim terbaru?

Fazura: Ya ada, harapnya rakaman bermula hujung tahun ini tetapi kalau tidak, mungkin awal tahun hadapan.

Shaufik: Kawan-kawan anda seperti Sazzy Falak contohnya sudah berkahwin dan memiliki anak. Sebaliknya, saya percaya perkahwinan bukan keutamaan anda buat masa ini. Betul bukan?

Fazura: Ya betul. Ia pernah menjadi keutamaan tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang fokus saya adalah kerjaya dan mengejar impian saya. Saya percaya ajal, maut, jodoh di tangan Allah dan rahsia Allah. Jika saya memang sepatutnya bernikah dan berkahwin, daripada dulu lagi saya sudah bernikah dan berkahwin. Tetapi saya memasang impian untuk tidak terburu-buru berkahwin dan sebagainya kerana saya tidak mahu jika berkahwin selepas itu baru sibuk nak cari duit la, sibuk nak berkejar ke sana sini dan anak kena tinggalkan di rumah. Saya memasang niat untuk kerja sepuas-puasnya, saya mahu kembara ke seluruh dunia, saya mahu timba pengalaman, saya mahu buka minda saya dan dalam masa yang sama mahu persiapkan diri untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga saya nanti.

Shaufik: Dan sebagai peminat, saya gembira perkahwinan belum berlaku pada anda kerana jika tidak, kerjaya anda mungkin tidak akan jadi sebesar ini.

Fazura: Thank you… thank you so much.

Shaufik: So are you still are a Chanel girl?

Fazura: Always and always will be. Tetapi saya juga merasakan saya lebih ke arah a House of Doll girl now – more of a House of Doll girl than a Chanel girl. Walau bagaimanapun Chanel sentiasa menjadi cinta pertama saya.

Shaufik: Adakah anda masih berbelanja besar?

Fazura: Adakah saya masih berbelanja besar? Tidaklah seperti dulu. Seperti yang saya katakan tadi, semakin meningkat dewasa saya lebih bijak membuat keputusan. Saya tidak lagi membeli barang yang saya mahu, sebaliknya beli yang saya perlu. Dulu saya membeli mengikut kemahuan tetapi sekarang lebih kepada keperluan.

Shaufik: Anugerah Bintang Popular 2011, di atas pentas Rosyam Nor mengatakan, “Betul apa yang orang lain cakap, Fazura adalah pelakon paling cantik di Malaysia.” Saya setuju dengan Rosyam. Dan saya percaya jika saya tanyakan pada anda, “Adakah anda yang paling cantik?” Pasti jawapan anda, “Pelakon lain juga cantik…”

Fazura: Sudah tentu.

Shaufik: Tetapi jika pelakon lain juga cantik, maksudnya siapa yang paling cantik?

Fazura: Pada saya sekarang saya lihat Uqasha Senrose seorang wanita yang cantik. Cantiknya dia sepertikan tidak logik.

Shaufik: Maksud anda, a perfect looking girl?

Fazura: Tidak ada istilah sempurna. Kita tidak boleh harapkan manusia untuk menjadi sempurna. Saya sendiri tidak sempurna tetapi jika mahu menggambarkan seorang wanita yang cantik, Uqasha adalah orangnya kerana rupa parasnya, lemah lembut perwatakan dan sebagainya.

Shaufik: Selepas filem Pisau Cukur, anda dianggap sebagai ‘the Malaysian it girl’ dan selepas lapan tahun gelaran itu kekal bersama anda hinggalah sekarang. Dan Fattah Amin kini dianggap sebagai ‘it guy’. Jadi untuk drama Hero Seorang Cinderella; ‘it girl’ bertemu ‘it guy’. Tidakkah ia begitu istimewa?

Fazura: Ianya satu kebetulan dan tidak pernah terlintas di fikiran saya. Di tahap ini jika berlakon saya akan digandingkan dengan Aaron atau Remy atau pelakon-pelakon lain yang sudah senior. Gandingan saya dengan Fattah Amin bukanlah perkara baru kerana ini adalah kali kedua kami bekerjasama selepas Manisnya Cinta di Cappadocia, di mana Fattah sebagai pelakon pembantu tetapi tidak ada babak yang memerlukan banyak dialog antara saya dan dia. Dan kali ini dia menjadi teraju utama Hero Seorang Cinderella. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Dan saya percaya Fattah seorang pelakon yang bagus.

Shaufik: Hampir 15 tahun bergelar artis, bagaimana interaksi antara anda dengan selebriti lain terutama selebriti wanita?

Fazura: Jujurnya, saya tidak ada kawan baik di kalangan selebriti. Saya pernah cuba tetapi saya rasa kita tidak ada keserasian untuk menjadi kawan baik. Lagipun industri ini kecil dan terlalu banyak persaingan. Lebih baik saya dan kawan-kawan artis itu berbaik tetapi tidak terlalu rapat. Kebanyakan kawan baik saya dari kalangan yang agak low profile dan bukan orang dalam industri hiburan. Ada di antara mereka di kalangan editor majalah dan orang biasa yang tidak kaya dan glamor but the people who have been keeping me grounded.

Shaufik: Soalan terakhir saya, saya tidak pernah sampai ke Pekan tetapi saya tahu ia adalah kawasan pinggir bandar. Juh berbeza jika dibandingkan antara Pekan dengan, mungkin Subang Jaya contohnya? Dan anda membesar dan bersekolah di sana tetapi anda boleh berbahasa Inggeris dengan baik, walaupun berasal dari kawasan pinggir bandar. Jadi saya mahu tahu, bagaimana kehidupan anda sewaktu membesar yang membolehkan anda miliki kebolehan yang jarang bagi sesiapa yang berasal dari kawasan seperti itu miliki?

Fazura: Saya rasa mungkin kerana pergaulan. Asuhan juga mungkin. Dalam keluarga saya ada juga masanya kita bertutur bahasa Inggeris di rumah dan sebagainya. Tidak sepanjang masa tetapi ada. Apabila meningkat dewasa saya banyak bergaul dan mengembara dan apabila bergaul, secara tidak langsung saya terbiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Pernah ada yang tanya accent you daripada mana? Tetapi saya pun tidak tahu sebab accent tidak boleh dibuat-buat kerana jika tidak ia kedengaran pelik. Jadi bila orang tanya, saya tidak ada jawapan sebab saya ada kawan dari Amerika, Britain dari Australia dan sebagainya. Jadi bercampur baur. Kalau nak kata bahasa Inggeris saya sempurna tidak sebenarnya. Ada ketika di mana bila saya berbahasa Inggeris itu tiba-tiba terfikir, “Oh where did that come from?” “Ada grammatical error di situ,” “Ada salah pula kan?” Ha ha. Tetapi okey… bolehlah. But honestly, maybe it is just the accidental accent yang membuatkan ianya nampak macam terror sangat, sebaliknya biasa saja.

Shaufik: Pada saya anda bertutur dengan sangat baik dan saya tidak pun mendengar sebarang accent. Saya masih ingat menonton anda dalam Pillow Talk with Jojo Struys?

Fazura: Oh my goodness! Yes you are a real fan! Thank you so much.

Shaufik: Yes, dan saya juga ingat dialog anda dalam Gol & Gincu dan Pisau Cukur antaranya. Dalam Gol & Gincu ada babak anda bergaduh mulut dengan Diana Danielle sebelum ujibakat Project Runway. Saya masih ingat yang itu.

Fazura: Thank you and sebut pasal Diana Danielle, dia mungkin satu-satunya kawan wanita yang paling rapat dengan saya sekarang dan saya ada adik baru iaitu Uqasha Senrose. Jadi yang saya suka dan saya rapat dan yang saya boleh percayai adalah mereka.

Shaufik: Fazura, saya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual ini.

Fazura: It was such a pleasurable interview, thank you so much. You have done your research. Soalan-soalan awak juga sangat bagus, terima kasih.

Shaufik: Thank you Fazura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 08:47 AM | Show all posts
cantiknya fazura ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 09:50 AM | Show all posts
qwerty02 replied at 13-6-2019 07:44 AM
Assalammualaikum & Morning all

Nampak ada yg retweet kat Twitter pasal artikel ni yg ditulis 2 ...


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:17 AM | Show all posts
MentariSenja replied at 12-6-2019 07:49 PM
Yes, if u ask me. But he is not the first one chuols.....and not the only one yg songsang (assumin ...

selagi namanya manusia, begitulah fitrahnya. tahap taksub tu tak boleh bawa bincang. speaking of leaders, do we really have a choice?
"...they say if you don't vote, you get the government you deserve, and if you do, you never get the results you expected." - E.A. Bucchianeri




Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.808928 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list