CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syabee

PERMOHONAN UTK KPLI/DPLI 2008

 Close [Copy link]
Post time 17-9-2007 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by zailoas at 17-9-2007 07:55 AM
selamat pagi anim..start je bulan puasa dah lambat datang keja..pegi keja jem..balik keja pun jem..sakit lutut dibuatnya(harap maklum, aku bawa keta manual)..


slamat pagi zai..ahmad..
ye ke..ciannye zai...hehe..ujian di bulan ramadhan..
hehe..anim pn bwk manual gak..tp dekat je umh ngn tmpt kje.. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2007 07:59 AM | Show all posts

Majlis Berbuka Puasa

Salam. Kawan2..anim cdgkn kite wat mjls b'buka puasa ramai2 nk x??
Kite decide la ktne..bile..hrp dpt maklum balas drpd forumer yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:26 AM | Show all posts
selamat pagi untuk semua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:41 AM | Show all posts

Gunting dalam lipatan

Oleh MARZITA ABDULLAH

BERULANG lagi...sama ada soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 benar-benar soalan bocor atau soalan ramalan (spot question) masih menjadi tanda tanya.

Namun begitu, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perkara tersebut ialah `fenomena bermusim' - perkara sama, yang berulang setiap tahun.

Maknanya, apabila bermula peperiksaan kebangsaan di negara ini, tidak kira UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pasti perkara yang sama berlaku.

Ada yang menyalahkan ibu bapa, ada yang menyalahkan guru dan yang pasti, tiada yang menyalahkan diri sendiri.

Seperti kata Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, sikap masyarakat terutama ibu bapa menjadi punca masalah.

``Punca utama yang membawa kepada perkara ini ialah harapan tinggi menggunung oleh ibu bapa supaya anak-anak mereka mendapat keputusan semua A,'' katanya.

Hal itu berkait rapat dengan sistem pendidikan.

Jelas beliau, fokus pendidikan di negara ini sudah tersasar kerana mentaliti masyarakat yang hanya memfokuskan kecemerlangan akademik.

Justeru, ibu bapa cenderung melakukan apa sahaja untuk memastikan anak masing-masing memperoleh keputusan tersebut.

``Namun mereka lupa bahawa yang perlu cemerlang ialah sifat keinsanan dalam diri pelajar itu.''

Tambah Anuar:

``Kementerian Pelajaran perlu tegas memperbetulkan fokus pendidikan supaya jangan fokus kepada kecemerlangan akademik sahaja kerana bila hanya kepada peperiksaan inilah jadinya.

Malah beliau juga tidak menolak kemungkinan pihak sekolah sendiri mempunyai sikap sedemikian dalam usaha mereka untuk meningkatkan peratusan pelajar cemerlang di sekolah masing-masing.

``Mereka mahu sekolah mereka dijulang sedangkan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana akibat perbuatan menjulang pelajar maka isu sebegini timbul,'' katanya.

Masalah kedua, bila ada permintaan maka sudah tentu wujud penawaran sekali gus akan ada petualang yang sanggup melakukan perkara tersebut.

Ini mungkin berlaku sama ada ketika proses membuat soalan, menyalin, mencetak atau membungkus.

``Saya minta tolong kementerian ini bertanya balik kepada mereka yang terlibat jika ada bukti tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka ini yang bersikap seperti gunting dalam lipatan.''

``Kita boleh kata berlaku kesilapan jika sekali sekala perkara ini berlaku tetapi kalau kerap berlaku maka perhatian serius dan tindakan perlu diambil,'' tegas beliau.

Ketika ditanya tentang sebarang aduan yang dilaporkan kepada NUTP berhubung perkara tersebut beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima bukti kukuh tentang perkara tersebut.

``Cuma kita menerima aduan secara lisan daripada beberapa pihak yang mengatakan pernah melihat soalan yang sama sebelum peperiksaan itu bermula,'' katanya.

Bagaimanapun pihak berkenaan tidak mengetahui sumber pemberi maklumat mengenai soalan tersebut.

Kesal dengan perkara tersebut beliau berkata, NUTP sedang mengumpul maklumat secara terperinci mengenai kejadian itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:48 AM | Show all posts

2007 tahun evolusi pendidikan

(BAHAGIAN 1)
Tahun 2007 cukup bersejarah dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Malaysia telah memasuki fasa negara maju dengan pendidikan mendahului sektor lain.

Malah Malaysia ternyata bergerak lebih pantas dan merancang dengan lebih baik berbanding negara lain - malah negara maju sekalipun - dari segi kesejahteraan dan kesaksamaan ekuiti pendidikan apabila mengisytihar pendidikan percuma untuk semua.

Secara tidak langsung Malaysia telah menyempurnakan syarat pendidikan wajib untuk semua warga Malaysia - tetapi masih tidak dikuatkuasakan atas budi bicara dan sikap toleransi kerajaan.

Sebenarnya `satu dunia' memang telah memaklumi bahawa Malaysia adalah negara terbaik dari segi bilangan rakyatnya yang mendapat pendidikan peringkat persekolahan.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang mula dilaksanakan pada 1975 akan percuma sepenuhnya pada tahun depan - walaupun bukan dalam bentuk e-buku sepertimana yang pernah dirancangkan sepertimana sebelum ini kerana kos yang jauh lebih tinggi.

Begitu juga yuran percuma untuk semua adalah bukti bahawa kerajaan telah mengotakan janjinya dalam usaha mendemokrasikan pendidikan.

Sedikit keuntungan yang diperolehi dikongsi secara saksama.

Buat pertama kalinya, sejak dua kementerian dipecahkan, pendidikan di peringkat persekolahan menjadi lebih berfokus dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Lapan prinsip bekerja yang digariskan oleh Menteri pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga cukup jelas, iaitu:

I. Pertama, kejayaan sesuatu dasar amat bergantung kepada bagaimana ia diterjemahkan ke dalam pelan tindakan, strategi, kesungguhan dan kesatuan dalam tindakan untuk melaksanakannya. Suatu dasar yang baik sekalipun berkemungkinan gagal atau menjadi kurang berkesan sekiranya disalahterjemahkan serta tidak disokong oleh pelan pelaksanaan yang tepat. II. Penyelarasan dan kerjasama berpasukan sangat penting untuk mengelakkan sebarang pertindihan dan pembaziran. Kementerian Pelajaran tidak boleh bekerja secara sendiri dengan mengambil haluan tersendiri sebaliknya usaha kita wajar mengambil kira (leverage) dan bersinergi dengan usaha pihak-pihak lain bagi memastikan pelaksanaan dasar yang lebih berkesan.

III. Input Kementerian Pelajaran sangat penting bagi memastikan kejayaan program dan projek pendidikan kerana kementerian itu merupakan pihak yang paling memahami tentang dasar, kemampuan dan keterbatasan untuk melaksanakan program dan projek pendidikan.

Kementerian Pelajaran juga merupakan pihak yang paling mengetahui tentang apa yang mereka telah laksanakan sebelum ini dan yang hendak dilaksanakan pada masa hadapan.

IV. Kementerian Pelajaran tidak boleh menyelesaikan semua masalah dan isu kerana terdapat isu dan masalah yang penyelesaiannya berada di luar kepakaran, di luar batas tugas atau di luar bidang kuasanya. Justeru, kementerian itu perlu membangunkan mekanisme yang berkesan bagi mendapatkan kerjasama dari pihak yang mempunyai kepakaran dan diberi kuasa untuk menyelesaikan isu atau masalah tersebut.

V. Kepemimpinan di setiap peringkat, baik di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian, Jabatan dan peringkat tertinggi KPM amat penting dalam melaksanakan semua dasar pendidikan. Adalah penting untuk memastikan kepemimpinan di setiap peringkat ini memahami kehendak dasar, keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian.

VI. Keterbukaan terhadap idea baru dan keterbukaan terhadap bentuk baru perkongsian pintar amat penting. Malaysia perlu belajar dari pengalaman pihak dan negara lain, dan sensitif terhadap setiap perkembangan terbaru serta kehendak dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

VII. Berani mencuba idea-idea baru, bagaimanapun sesuatu idea itu untuk berjaya adalah lebih baik sekiranya ia dicuba, dirintis dan diuji terlebih dahulu untuk memahami setiap masalah yang bakal timbul sebelum dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan peruntukan dan keupayaan yang ada. Oleh sebab sumber yang terhad, kementerian itu perlu menentukan keutamaan sesuatu program baru dan mengukur aspek kos dan faedahnya dengan teliti terlebih dahulu sebelum melaksanakannya

VIII. Bagi memastikan kejayaan program-program pendidikan yang telah dirancang, ia perlu disokong dengan sumber yang mencukupi dari segi tenaga, peruntukan kewangan dan kepakaran. Semua pihak perlu menetapkan penanda aras dan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang tepat dan jelas dalam setiap agenda, program dan projek kita.

Pelan induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah dokumen yang bakal menjadi titik tolak kepada masa depan pendidikan negara.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:55 AM | Show all posts

Reply #10011 alhassan82's post

oh ada nak buat bukak pose.. makan2 aku nk join
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2007 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by cikniza785 at 17-9-2007 08:55 AM
oh ada nak buat bukak pose.. makan2 aku nk join


anim baru cdgkn je..terpulang kt yg lain cmne..kite decide la sama2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:59 AM | Show all posts
"Ada yang menyalahkan ibu bapa, ada yang menyalahkan guru dan yang pasti, tiada yang menyalahkan diri sendiri."
Aku suka ayat ni..sebenarnya pun, soalan ni memang soalan yg berulang..tp bukanlah soalan tahun lepas diaorg ulang tahun ni..maybe itu soalan 5-10 tahun lepas..tp skg budak ramai yg pg tuisyen, banyak buat latih tubi soalan yg lepas2..tu la yg dikatakan soalan bocor..kadang2 sama je soalan just tukar nama, figure skit2 je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2007 09:02 AM | Show all posts

Reply #10016 alhassan82's post

buka puasa sama2..macam best je..kalau bawa partner boleh tak? kalau tak, tak dapatla nak pegi takde driver yg hantarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by zailoas at 17-9-2007 09:02 AM
buka puasa sama2..macam best je..kalau bawa partner boleh tak? kalau tak, tak dapatla nak pegi takde driver yg hantarkan..


BLEH JE IF NK BWK PARTNER (PAKWE)..HEHEHE
BLEH KENAL2..ERATKAN SILATURRAHIM..:handshake:
MANA TAU, KOT2 KENAL..KAWAN LAMA..:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:09 AM | Show all posts
sobahul khair..
salam suma.. pecite arinie..??
anem nak buat majlis buka posa ramai2..? bestnya.. kiena ok jer..
tempat n amasa bila?
mana pengetua awa nie.. dia takde susah nak buat kptsn.. hee hee
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:09 AM | Show all posts

Reply #10018 zailoas's post

eh bukan ko drive kete manual tu ke? apa lak nk berderebar.. heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:10 AM | Show all posts
hi sume..morning..lame tak masuk thread nie...
lame lagi la KPLI nak kluar..3 bulan lagi arrr..tak sabarnye nak menanti saat itu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:10 AM | Show all posts
anem.. bukan pakwe la.. zai dah bertunang..
zai.. mana alamat? kata nak kad raya..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:13 AM | Show all posts
makan2?berbuka?ooo...sy tgok aje la..x dpt lor nk join..korg sme kt belah sana......
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:14 AM | Show all posts
cik niza.. office dah ok? lepas kejadian 'curi' tu?
jarang join forum sekarang..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2007 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by nur_kiena at 17-9-2007 09:10 AM
anem.. bukan pakwe la.. zai dah bertunang..
zai.. mana alamat? kata nak kad raya..?


dah zai ckp 'partner'..so anim in bracket kn la 'pakwe'..

kiena..anim nk gak kad raya..
address, anim da kasi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by nur_kiena at 17-9-2007 09:09 AM
sobahul khair..
salam suma.. pecite arinie..??
anem nak buat majlis buka posa ramai2..? bestnya.. kiena ok jer..
tempat n amasa bila?
mana pengetua awa nie.. dia takde susah nak buat kptsn..  ...


Tu la..mana la kak awa ni..bz kot..
Aritu ade cdgn yg nk buat kt kajang kn..so ok la kot..:bd: :tea:
(utk yg dok area kl & s'ngor)..
kite wat la ari sabtu @ ahad..
cmne??:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:23 AM | Show all posts

Reply #10025 nur_kiena's post

ok dah ofis hehe.. jarang sket join project br running. kene focus lebih sket hehe. tp baca je thread ni jadik pemerhati mcm dolu2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #10027 alhassan82's post

stuju jek.. so far sabtu ahad aku clear... majlis bka posa opis sme tgh2 mgu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066887 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list