|
|
[Tempatan]
KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.
[Copy link]
|
|
|
ai_fah posted on 25-12-2014 04:44 PM
sama la...kg ai since 1952, air banjir x pernah cecah rumah org kg...banjir kali ni, kg i tenggela ...
Kesiannya. ...apa status sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 25-12-2014 04:55 PM
Kesiannya. ...apa status sekarang?
tak boleh contact....x tahu status dah sekarang....tapi saya selalu call bilik gerakan banjir remind them the situasi...last dpt msg pagi tadi inform x der bantuan smpai...air x naik juga x surut...mmg sejarah sungguh banjir kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ai_fah posted on 25-12-2014 04:44 PM 
sama la...kg ai since 1952, air banjir x pernah cecah rumah org kg...banjir kali ni, kg i tenggela ...
sabarlah uols.. btabahlah..
keep praying... mudah2an semua slmt..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Media Perdana Menteri Mengenai Keadaan Banjir DISEMBER 25, 2014
Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.
Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.
Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.
Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.
Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.
Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.
Dato’ Sri Mohd Najib
25 Disember 2014 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 25-12-2014 04:55 PM 
Kesiannya. ...apa status sekarang?
kaka nor... kuale cane? air sampai umah famili?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg pernah kena banjir..tahulah betapa susahnya...nak2 ada anak kecil....air pipe yg terhad.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila gomen beli mcm2 ko rasuah kehulu rasuah kehilir...membazir kehulu membazir kehilir....skng sape susah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen posted on 25-12-2014 05:09 PM 
Bila gomen beli mcm2 ko rasuah kehulu rasuah kehilir...membazir kehulu membazir kehilir....skng sape ...
penting diri sendiri dulu...dah bencana besar macam ni...baru lah tahu...nak2 famili rakan taulan yg kena musibah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
halimi78 posted on 25-12-2014 05:04 PM
kaka nor... kuale cane? air sampai umah famili?
Rasanya tak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tertengok gambar abang2 tentera turun dari helikopter ke SMK Manik Urai...shot dari atas heli gituh...sapa ada gambar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan meningkat sedikit pada tengah hari ini iaitu 32,731 orang berbanding 32,343 orang pada sebelah pagi.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, bacaan paras air sungai terus naik melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard dan di Tambatan Diraja. Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turut melepasi paras bahaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.2503MWsU.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh dah jumpe
saja nk tag @dino ..ada sama mcm gambaran felem uols tu? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ai_fah posted on 25-12-2014 04:59 PM
tak boleh contact....x tahu status dah sekarang....tapi saya selalu call bilik gerakan banjir remi ...
Moga semuanya selamat. ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut posted on 25-12-2014 04:43 PM 
lintas tak berapa langsung serta kesenduan....dalam keadaan kelam kabut sempat lagi bapak akak melar ...
mak aku lak lari ke johor
jangan johor pun banjir sampai takleh balik sini semula dah lah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 25-12-2014 02:51 PM 
semalam punya cerita:
Thursday, December 25, 2014
Nasib baik Hospital Kuala Krai kat atas bukit tapi tu la bekalan kuasa dah makin menyusut tu. Kesian kat patient.
Sekarang ni pulak tengah bina hospital kuala krai yang baru, di tepi jalan dekat dengan kawasan pahi. Bila siap nanti dah tak payah ke hospital besar. Harapnya diorang ubah sikit plan hospital baru ni. Fikirkanlah unforeseen consequent macam banjir besar ni. Buat bangunan lebih tinggi ke apa. Banjir dan bencana prevention/caution kena ambil kira. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak gerak dan minta bantuan rakan2 pakatan..cakap je pandai..doh3:
Bomba nekad hantar bantuan malam ini
FATHIN ATHIRAH HASLI
25 Disember 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
bomba
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam ini.
Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi tersebut akan ditangguhkan ke esok pagi.
“Saya baru selesai melawat bilik gerakan banjir di bandar negeri Kelantan. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini menunjukkan peningkatan tahap kritikal di beberapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia teruk. Namun begitu hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.
“Pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan menghantar bantuan pada esok pagi kepada penduduk yang terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai," katanya.
Difahamkan, operasi bantuan tersebut merupakan percubaan kali ketiga oleh pihak tentera dalam menghulur dan menyampaikan bantuan terhadap mangsa di kawasan itu.
“Pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kritikal, kemudahan perhubungan utama antara kelantan dan negeri lain telah terputus,” katanya lagi menerusi satu kenyataan hari ini.
Seramai 500 mangsa banjir dikatakan berpindah ke bukit berdekatan ekoran paras air yang meningkat secara mendadak hingga ke paras bahaya.
Sebelum itu, rata-rata mangsa banjir itu dikatakan mendapatkan perlindungan di sebuah pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai.
Namun situasi dilaporkan bertambah kritikal apabila paras air meningkat sehingga menenggelamkan tiga tingkat dari empat tingkat bangunan sekolah.
Husam dalam pada itu turut menghubungi rakan PR bagi menghulur bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir.
“Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidariti. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini.
“Saya juga cuba menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi tujuan yang sama tetapi beliau masih berada di luar negara,” jelasnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur...dah selamat dah depa..
400 terperangkap di SK Manek Urai Lama selamat
25 Disember 2014 5:58 PM
KOTA BHARU 25 Dis. - Lebih 400 mangsa banjir yang terpaksa mendiami tingkat tiga Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di Kuala Krai berikutan air menenggelamkan sehingga tingkat dua bangunan berkenaan, sejak lima hari lepas, dilaporkan selamat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bekalan makanan yang terputus akibat kesukaran pasukan penyelamat sampai ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, akibat cuaca buruk dan arus deras itu, telah dapat diatasi apabila dua bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya tiba di sekolah itu malam tadi dengan membawa makanan dan keperluan harian lain.
“Keadaan banjir didapati bertahan di Jajahan Kuala Krai hari ini, ini membolehkan usaha penghantaran bekalan makanan agak mudah,” katanya dihubungi Bernama ketika turun padang meninjau keadaan banjir yang melanda jajahan itu yang disifatkan paling kritikal.
Jajahan Kuala Krai dianggap kritikal berikutan banyak mangsa yang terperangkap ekoran air naik mendadak dengan arus deras serta laluan Kota Bharu-Kuala Krai terputus akibat banjir sehingga tidak boleh dilalui semua kenderaan.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, selain sekolah berkenaan, terdapat 28 lagi lokasi di jajahan itu yang penduduknya terperangkap akibat banjir dan kerajaan melalui pelbagai agensi bekerja keras untuk menghantarkan bantuan terutama makanan.
“Lokasi berkenaan termasuklah sekolah, masjid, balai raya, malah ada yang menyelamatkan diri di atas bukit. Di lokasi-lokasi ini yang terputus hubungan terdapat ramai juga kanak-kanak dan warga emas. Pasukan penyelamat kita bertungkus lumus membantu mereka ini,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar bekalan makanan ke lokasi yang terputus laluan darat.
Sementara itu, seorang mangsa yang terperangkap di SK Manek Urai Lama, Rahana Awang, 42, berkata keadaan mereka amat kritikal beberapa hari lalu kerana air naik mendadak sehingga mencecah tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.
“Apabila air hampir mencecah lantai aras tiga (aras terakhir), kami semua begitu cemas, Alhamdulillah air tidak naik sampai tingkat tiga,” katanya kepada Bernama melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) memandangkan bateri telefon bimbitnya terpaksa dijimatkan berikutan bekalan elektrik terputus.
Beliau berkata perkara lain yang mencemaskan mereka ialah bekalan makanan yang hampir habis dan bantuan yang diminta daripada pihak berkuasa tidak kunjung tiba.
Rohana menyifatkan banjir yang melanda jajahan itu adalah yang terburuk sehingga sekeliling bangunan sekolah kelihatan seperti lautan dan arus deras.
“Malam tadi sahaja, kami tengok lapan buah rumah hanyut, (dan) yang terlekat di bangunan sekolah tiga buah... habislah rumah kami,” katanya yang bersyukur dengan bantuan makanan dan keperluan lain yang dibawa ATM ke sekolah itu, malam tadi. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.rdKVkuLz.dpuf Last edited by Anak_Nogori on 25-12-2014 06:13 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 03:52 PM 
stahuan saya...setiap negeri ada MKNnya sendiri....kalau transport punya poblom...boleh dikerahkan ...
Cakap mmg senang pakcik. Coz I sendiri penah terlibat dalam operasi banjir nie so I know how difficult it is. Ppl's expectation mmg tinggi sangat2, dan mereka sangat bergantung dgn kita. Sikit salah jer, confirm terus kena basuh kaw2. Kdg2 tgh2 malam tetiba lampu padam, genset tak berfungsi, kena bergerak sana sini cari apa yg boleh dipakai. Kedai pun tak bukak kalau time banjir. Koordinasi setiap jabatan mmg penting sangat2. Takder istilah tgh tidur ker rehat ker, tgh2 malam org call kena jawab jugak. Henpon mesti sentiasa charging, takut bateri kong. Dan banyak lagi persiapan dan ketahanan mentaliti diperlukan. Really not that easy. Lagi2 mcm Kelantan nie banjir sangat besar, pastu banyak org terperangkap di tempat yg susah diakses. Meeting toksah cakap, mmg tiap kali pagi petang malam, selalu jah ada adhoc meeting. Dulu I pun berfikiran mcm pakcik jugak, tapi lepas terlibat sendiri hands on, mmg respek lah dgn siapa2 yg handle bencana nie. Slow ker fast ker, janji mangsa2 banjir selamat dan sihat. Tu paling penting. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut posted on 25-12-2014 04:43 PM
lintas tak berapa langsung serta kesenduan....dalam keadaan kelam kabut sempat lagi bapak akak melar ...
Family uols skng kt kl lah ya?syukur selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|