CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 10:19 PM

"Kenapa you pandang I?" Jie menyoal Rayyan yang asyik  merenung wajahnya dari tadi. Tangan masih lagi sibuk mengopek kulit udang galah. Tak pasti berapa ekor yang sudah selamat masuk ke perutnya.

"Dari you pandang I elok you makan ini.." Jie menghulur udang yang sudah siap dibuang kulit.

"Bukalah mulut you !" Walau hubungan mereka masih dingin, Jie perasan Rayyan seperti kurang selera untuk makan. Terbit simpati.

Lantas prihatin menawarkan diri untuk menyuap makanan. Manalah tahu Rayyan jadi berselera.

Bau udang yang dekat dengan hidung membuatkan tekak loya. Tak mahu menghampakan isterinya , Rayyan memaksa diri untuk menelan. Gagal untuk bertahan lagi, Rayyan muntah ! Habis semua yang dimakan keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:45 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-3-2015 11:53 AM
"Kenapa you pandang I?" Jie menyoal Rayyan yang masih merenung wajahnya dari tadi. Tangan masih lagi ...

Aku mkin.tak suka hubungan cinta rayyan n jie. aku nak diorang hancur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 10:57 PM | Show all posts
Jie segera menepuk belakang Rayyan untuk meredakan. Mujur mereka memilih untuk duduk diluar jauh dari pengunjung restoran yang lain. Jadi tidak risau jika ada yang terganggu dengan keadaan Rayyan. Suaminya masih lagi belum puas muntah. Cuba mengeluarkan saki baki makanan yang bersisa.

"You jangan tahan ! Kalau you loya lagi, you muntahkan saja." Kasihan pula melihat wajah Rayyan. Kulit putih Rayyan kelihatan bertukar jadi kemerah merahan. Dah macam orang mabuk pun ada ! Sempat mentertawakan suaminya dalam hati.

Rayyan lembik. Tersandar dikerusi. Kepala pusing. Mata dipejamkan sebentar. Tekak terasa payau. Tak selesa !

"You ok tak?" Jie mengusap lembut bahu Rayyan. "You tunggu sini  kejap. I'll buy something for you.." Pantas berdiri untuk menapak ke kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari restoran.

Langkah Jie terhenti apabila tangannya ditarik Rayyan. Suaminya nampak gelisah. Khuatir untuk membiarkan Jie pergi dari sisi. Takut Jie lari lagi.

"Please sayang ! Stay with me !" Rayyan separuh merayu. Risau ditinggalkan oleh Jie.

"Ray.."Genggaman tangan suaminya dileraikan. Faham Rayyan takut dia melarikan diri. "I pergi sekejap saja  !  Tak sampai 10 minit pun !" Jie cuba meyakinkan Rayyan.

"Promise ?" Rayyan menagih janji. Masih lagi curiga dengan isterinya. Manalah tahu Jie terus 'hilang' nanti.

Jie hanya mengangguk. Langkah pantas dihala menuju keluar. Kebetulan, bertembung dengan pelayan restoran lalu menitip pesanan supaya membersihkan muntah suaminya tadi.

Pelayan muda itu hanya menurut. Permintaan pelanggan adalah keutamaan mereka.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 01:33 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-3-2015 02:14 AM

Jeruk mangga yang dihulurkan isterinya diambil lalu dikunyah perlahan. Masam !  Pertama kali seumur hidup menelan asam namun tekak yang tadinya payau mula reda. Sehiris lagi mangga dimasukkan ke mulut. Sedap pula ! Kunyahan diteruskan sehingga tak sedar hampir habis dimakan oleh Rayyan !

"You dah ok ke?" Jie lega melihat Rayyan yang mula segar. Jari jemari masih memicit dahi suaminya. Bau minyak angin yang disapu kuat menusuk. Rayyan mengadu pening dari tadi.

"I dah ok sayang !" Rayyan sudah boleh mengukir senyuman. "Thanks tau! Sayang juga you dekat I ek.." Jari jemari runcing isterinya dicapai lalu dielus lembut. Rindu untuk bermesra dengan Jie.

" Perasan lah you ini !" Jie malas layan. Hanya membiarkan Rayyan mengusap tangannya.

Jauh disudut hati Jie risau melihat keadaan Rayyan tadi. Ternyata Tan Sri Isa tidak berbohong ! Setelah melihat didepan mata sendiri, Jie yakin Rayyan mengalami 'alahan' kerana bayi yang dikandungnya.

Beberapa hari lepas Papa mertuanya ada berjumpa Jie untuk mendapatkan kepastian benarkah Jie masih mengandungkan cucunya. Jie tiada pilihan melainkan berbohong. Namun Tan Sri Isa tampak sukar untuk percaya kata kata Jie kerana keadaan yang dialami oleh Rayyan.

Hal ini kerana Papa mertuanya sendiri mengalami alahan teruk sama seperti Rayyan sewaktu isterinya mengandung ketiga tiga anak lelaki mereka.

Oleh itu, Jie terus saja terfikir untuk membeli jeruk supaya dapat meredakan mual yang dihadapi suaminya. Malah minyak angin juga turut diambil sebagai persediaan jika Rayyan mengalami pening kepala. Takut Rayyan pengsan lagi ! Jie tak tahu di mana harus meminta bantuan jika Rayyan rebah tidak sedarkan diri. Tak mungkin Jie larat untuk mengangkat kerana Rayyan memang berat ! Malah sewaktu Rayyan pengsan dirumah Faridah, dua pengawal yang membantu mencungap kepenatan ketika mengangkat tubuh sasa Rayyan.

"Kita check in hotel sajalah malam ini sayang !" Rayyan bersuara tiba tiba. "Malas nak drive baliklah." Wajah isterinya ditenung inginkan persetujuan.

" I tak nak !" Jie segera menolak. " You dahlah bawa I lari sehelai sepinggang !" Segala baju dan barang peribadi miliknya tinggal dirumah yang diduduki bersama Rayyan dan ada dirumah Faridah. "Tadi I suruh you singgah rumah Ibu ambil barang I, you tak nak ! I tak ada sehelai baju pun nak pakai." Membantah keras idea gila suaminya.

"Ala sayang ! You tak payah pakai apa apa lagi cantik tau ! Seksi ! Bukan depan orang lain pun, depan I seorang saja ! Macam tak biasa.." Rayyan sengaja menyakat. Terserlah 'kegatalan' disitu.

Darah menyerbu ke muka mendengar gurauan suaminya. Malu ! Takut ada yang terdengar dan salah faham. Pantas paha Rayyan dicubit. Gatal ! Rayyan mengaduh kesakitan.

"You jangan nak mengada ngadalah ! I nak balik rumah Ibu !" Arahan tegas diberikan. Enggan menurut kehendak Rayyan.

"Suka hati I lah !" Rayyan tak mahu mengalah. " I nak bawa you dengan baby honeymoon." Jam tangan dipergelangan tangan kiri dibelek. Tepat pukul 7.45 malam.

"Kita singgah mana mana nanti beli baju dengan barang personal yang you nak..." Sempat membuat tempahan bilik hotel sewaktu isterinya tertidur dalam kereta tadi. Idea spontan untuk memulihkan hubungan mereka suami isteri.

Rayyan akan memanfaatkan peluang yang ada untuk menawan semula hati isterinya. Yakin Jie masih mencintai dirinya seperti dulu.

Rayyan juga berjanji takkan membiarkan Iskandar Zulkarnain merampas Jie dari sisinya. Masih mencari strategi untuk menyingkirkan lelaki itu dari hidup isterinya.

Tambah pula Jie sedang mengandungkan anaknya, Rayyan bertambah pasti kebahagiaan masih milik mereka berdua. Cuma Rayyan perlu berusaha lebih keras untuk memujuk Jie !
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:12 AM | Show all posts
thank for update tt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:29 AM | Show all posts
elia201 replied at 4-3-2015 05:33 PM
Jeruk mangga yang dihulurkan isterinya diambil lalu dikunyah perlahan. Masam !  Pertama kali seumur  ...

Kenapa berbaik ? WAAAAAAAAA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2015 03:06 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-5-2015 08:30 PM

Zack senyum sendiri. Hati masih lagi sukar percaya Jie akhirnya akan kembali disisinya. Walau hanya dapat berbual sekejap namun cukup membuatkan diri teruja. Bahagia ! Tahu Rayyan sedang bersama Jie. Nampaknya mereka terpaksa berhubungan secara sulit ! Batas untuk mereka sudah ditetapkan oleh Jie dari awal. Zack akur. Asal saja Jie menunaikan janji !

Untuk itu, Zack memastikan Jie memuat naik software encrypted SMS didalam smartphone untuk memudahkan perhubungan mereka. Baik Zeeta mahupun Rayyan takkan dapat membaca luahan hati mereka. Cukuplah  menjadi rahsia sehingga tiba masanya Rayyan menceraikan Jie. Zack yakin rancangan mereka akan berjalan lancar.

How I wish you were here Bie.. SMS dihantar kepada Jie. Rindu mula bertandang. Kalau saja Jie tidak menyentuh semula kisah silam mereka mungkin Zack masih boleh mengawal diri. Cuba hidup dengan beranggapan cintanya adalah untuk Zeeta.

Namun bila saja Jie memberi 'hint' masih mencintainya Zack hilang arah ! Itu adalah satu satunya peluang bergolek yang hanya datang sekali saja seumur hidup. Cukuplah terlepas peluang untuk hidup berdua sebelum ini. Zack yakin Jie akan menunaikan janji yang dilafazkan.  

Zeeta yang sedang menidurkan anak mereka ditenung. Perasaan mula keliru. Tegakah Zack meninggalkan isteri dan anak mereka demi mengejar cinta pertamanya ? Hati berbolak balik.

Benarkah Zeeta langsung tidak dicintai? Fikiran buntu mencari jawapan. Malas melayan perasaaan Zack terus bangkit menuju ke bilik bacaan. Sengaja ingin menjauhkan diri dari isterinya. Takut Zeeta curiga.

Buat sementara waktu Zack dan Jie terpaksa berlakon didepan pasangan mereka. Hubungan ini tidak boleh diketahui sesiapapun !

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 06:29 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 6-3-2015 08:24 PM

Jie membaca mesej yang tertera. Puas ! Hasrat untuk membalas dendam bakal terlaksana. Biar buku bertemu ruas ! Kalau selama ini Jie membodohkan diri menelan saja segala tingkah menyakitkan hati Mama mertuanya kerana cintakan Rayyan namun kini tidak lagi ! Tengku Safiah akan merasakan sakit yang Jie rasakan ! Malah lebih teruk dari itu ! Walau mungkin akan dibenci dan disisihkan  seumur hidup Jie tak kisah ! Asal saja hajat tercapai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-5-2015 07:39 PM

"Sayang..." Rayyan mendekati isterinya yang sedang duduk dibirai katil.

Sejak dari saat masuk ke bilik hotel Jie tidak lekang dengan telefon bimbit ditangan.

Malah sewaktu keluar dari bilik mandi Jie kelihatan seperti sedang bercakap dengan seseorang. Sebaik menyedari kehadiran Rayyan, Jie beriak selamba saja membelek telefon. Khusyuk melayari internet. Konon membaca gosip artis ! Ketara isterinya berpura pura !

Rayyan tidak bodoh ! Pasti isterinya berbual dengan Iskandar Zulkarnain tadi. Rayyan ada cara sendiri untuk mendapatkan jawapan. Cuma buat masa ini Rayyan cuma mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Mahu mengetahui sejauh mana hubungan isterinya dan lelaki itu !

Tiada respon dari Jie. Rayyan berbaring di ribaan Jie yang sedang duduk. Ingin bermanja dengan isteri yang dikasihi.

Wajah Jie diusap lembut. "I miss you sayang.. Finally I boleh sentuh the real you ! My lovely wife ! Selama you tak ada life I miserable betul." Kalaulah Jie tahu betapa Rayyan gila bayang selama lebih sebulan mereka duduk berasingan. Hidupnya tak menentu.

Tak dapat bayangkan andai perceraian terjadi antara mereka, mungkin Rayyan rela riwayatnya ditamatkan saja.

"Ok.." Jie masih dingin. Tangan memegang tab pula. Rayyan tidak diendahkan. Leka bermain game.

Rayyan tahu itu hanya taktik yang Jie gunakan untuk mengelak dari berbicara dengannya. Tab ditangan isterinya diambil lalu diletak ke meja yang terletak di sisi katil. Mahukan perhatian Jie.

Tubuh Jie diraih dalam pelukan. "I love you sayang..." Pipi Jie disentuh. Satu ciuman ingin diberi namun isterinya sempat menepis. Rayyan kaget.

" Sorry !" Jie menjarakkan diri dari Rayyan. " Doktor cakap I kena tidur on time untuk baby.." Sudah lama hidup berdua membuatkan Jie faham segala yang tersirat difikiran Rayyan.

Setelah semua yang terjadi sukar hubungan mereka untuk kembali seperti dulu.  "Good night you !" Lantas menguap keletihan.

Jie terus baring untuk tidur. Mata dipejam rapat. Berharap Rayyan membatalkan hasratnya. Sedar Rayyan masih suami dan tetap berhak ke atas dirinya.

Rayyan dapat merasakan Jie sengaja memberi alasan untuk menolak.

"It's ok ! Baby tahu Papa dia rindukan Mommy sangat sangat.. Mommy teman Papa kejap ye baby.. Jangan nakal nakal tau !" Perut Jie diusap lembut.

Tangan beralih melingkari pinggang isterinya. Jie tersentak. Mata dibuka lalu merenung tajam tanda memprotes.Ternyata Rayyan tak putus asa !

"You..."Jie mahu berkata sesuatu namun Rayyan pantas bertindak. Jari telunjuk Rayyan menghala ke bibirnya. Isyarat supaya Jie tidak membantah tindakannya.

"I miss you so much sayang !" Pelukan Rayyan semakin erat. Rambut ikal Jie dibelai. Wajah isterinya ditenung. Bahagia dengan kehadiran Jie disisi saat ini ! Rindu yang sarat ditanggung beransur surut.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:16 AM | Show all posts
Jie nak guna Zack utk buatkan keluarga Tengku Sufiah membenci dia seumo hidup....ummmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:55 AM | Show all posts
elia201 replied at 5-3-2015 11:28 AM
"Sayang..." Rayyan mendekati isterinya yang sedang duduk dibirai katil.

Sejak dari saat masuk ke ...

Oh.....ermm..Jie ni, dia masih love rayyan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:24 AM | Show all posts
jie dah pandai berdendam....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:36 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 6-3-2015 08:44 AM
Untuk itu, Zack memastikan Jie meng'install' software encrypted SMS didalam smartphone untuk memudahkan perhubungan mereka.

Meng 'install'?

1) Memuatnaik perisian
2) memasukkan perisian

Meng 'instal' tu dah macam pelik bunyiknya.

Sorry Bro. Sekadar cadangan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:47 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-3-2015 12:36 AM
Meng 'install'?

1) Memuatnaik perisian

Kahkahlah. ’meng’install’
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-3-2015 08:36 AM
Meng 'install'?

1) Memuatnaik perisian

Ye ... finally i get the actual translation... thank you... later i edit... puas dok mikir ape meaning install tu dlm bhs melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:59 AM | Show all posts
Esmiria replied at 6-3-2015 08:47 AM
Kahkahlah. ’meng’install’

Hehe. Ko tak baik Es. Duk gelak-gelak. Normal ler tu. Kekadang, bila nak cari perkataan yg sesuai tapi tak jumpa, bubuh ajelah apa yg ada dalam kepala.

Akak pun selalu buat benda sama. Tak jumpa perkataan bahasa melayu, bantai aje english. Pastu jadi pelik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 09:05 AM | Show all posts
elia201 replied at 6-3-2015 08:58 AM
Ye ... finally i get the actual translation... thank you... later i edit... puas dok mikir ape mea ...

No Problem. No heart feeling yek sebab tegur depan-depan...

Selalu SR je tapi bila baca tang meng 'install' tu rasa macam...haaaaa??????




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 09:08 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-3-2015 09:05 AM
No Problem. No heart feeling yek sebab tegur depan-depan...

Selalu SR je tapi bila baca tang me ...

no heart feeling la.

I jarang menggunakan bahasa melayu proper

At least bole belajar bila start menulis ni

Tunjuk ajar ku sifu !!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 09:09 AM | Show all posts
Esmiria replied at 6-3-2015 07:55 AM
Oh.....ermm..Jie ni, dia masih love rayyan kan?

may be Jie sayang kot !

Haha

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 09:11 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 6-3-2015 09:15 AM
elia201 replied at 6-3-2015 09:08 AM
no heart feeling la.

I jarang menggunakan bahasa melayu proper

KAMUS DBP online - http://prpm.dbp.gov.my/

Very helpful.

Google translate pun okey jugeeekk...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.075402 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list