iPhone 5 Geekbench : Lebih pantas dari S3 dan Nexus 7, Dua kali lebih pantas dari iPad 3

Tidak tahu dari manakah sumbernya, mungkin daripada ‘reviewer’ yang mendapat unit iPhone 5 awal, tetapi Geekbench test result yang ditunjukkan agak menarik. Menunjukkan kehebatan cip A6, hasilnya menunjukkan jauh lebih laju berbanding semua peranti Apple sebelum ini, lebih 2 kali ganda mengatasi iPhone 4S, dan melebihi semua peranti terkini Android, termasuk Galaxy SIII dan Nexus 7. Belum pernah ada peranti Apple yang melepasi angka 800 di dalam ujian ini. Jadi, keputusan 1601 untuk iPhone 5 ini agak mengejutkan. Nexus 7 yang menggunakan Tegra-3 Quad Core processor serta grafik 12 core mendapat keputusan 1591, manakala Samsung Galaxy SIII yang juga mengunakan Quad-Core Exynos mendapat keputusan 1560. (Galaxy SIII yang menggunakan Jelly Bean mendapat keputusan yang lebih berbanding iPhone 5, tetapi Jelly Bean untuk SIII masih belum dikeluarkan kepada umum).
iPhone 5 hanya menggunakan cip pemprosesan Dual Core 1 GHz ARMv7 dan mempunyai RAM 1 GB. Keputusan lain-lain peranti lengkap di bawah :
Peranti-peranti Apple:

Peranti-peranti Android : 
Kesimpulannya, hal ini membuktikan hardware di atas kertas yang sangat hebat seperti Quad-Core dan sebagainya belum tentu boleh menghasilkan user experience yang baik jika tidak mempunyai OS yang berkualiti. Apa pun kami tidak sabar untuk mendapat kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy SIII, pasti menarik!
Sumber: Oh! Geekz
|