|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengah tunggu nk mkn breakfast |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu kah Anda
Saiz bola mata kita tak berubah dari bayi hingga dewasa.
Sebab itu mata bayi nampak besar dan comel sebab - nisbahnya lebih besar berbanding muka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AWAS! Jangan Sembarangan Klik Link Shopee
Sekarang makin ramai scammer menyamar sebagai penjual dan kongsi link Shopee palsu melalui mesej, komen, atau media sosial. Jangan mudah terpedaya!
Link palsu ini boleh:
Curi maklumat peribadi
Akses akaun bank anda
Kosongkan duit dalam akaun tanpa disedari
Nasihat penting:
Jangan klik link mencurigakan!
Beli hanya melalui aplikasi Shopee atau laman web rasmi.
Jangan buat bayaran luar dari platform.
Lindungi diri, lindungi wang anda. Berhati-hati sebelum klik! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Manusia
Tubuh manusia ialah satu produk ciptaan yang sangat unik dan berteknologi tinggi. Mari ikuti fakta menarik mengenai tubuh badan anda yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.
1. Manusia normal mempunyai sebanyak 206 tulang
Dari tulang paling besar iaitu tulang paha (femur) sehingga paling kecil di dalam telinga (stapes). Semasa anda baru lahir, jumlah tulang anda lebih banyak iaitu 270. Semakin membesar, jumlah tulang semakin berkurang sehingga menjadi 206.
2. Wanita melepaskan 300 hingga 400 telur seumur hidup
Semasa di dalam rahim, janin perempuan mengandungi 6 hingga 7 juta telur. Setelah lahir pula angka ini berkurang menjadi sekitar 1 juta dan pada waktu haid pertama, hanya 300,000 telur berbaki. Dari telur yang berbaki ini, 300 hingga 400 telur akan dilepaskan seumur hidup.
Selepas tiada lagi telur di dalam kilang telur (ovari), kitaran haid akan terhenti dan wanita tersebut mengalami menopaus.
3. Tubuh anda mengandungi sehingga 1.5 galon atau 5.5 liter darah
Darah merangkumi 7% hingga 8% dari keseluruhan berat badan anda. Secara purata, tubuh manusia mengandungi 1.2 hingga 1.5 galon (4.5 hingga 5.5 liter) darah. Jika anda menderma darah, hanya sekitar 470 mililiter darah akan diambil dari tubuh anda. Fungsi utama darah ialah untuk membawa oksigen ke seluruh sel tubuh, membuang karbon dioksida dan sisa buangan, serta mengawal suhu badan.
4. Otak manusia mengandungi 100 bilion neuron
Organ manusia paling misteri ialah otak. Saintis dan pengkaji masih belum merungkai banyak fungsi otak. Organ ini merupakan organ paling penting dalam tubuh badan manusia dan ia menjadikan manusia berbeza dengan hidupan lain yang tidak mempunyai fungsi kognitif seperti manusia. Unit asas bagi otak ialah neuron yang terkandung sebanyak 100 bilion di dalam sebuah otak. Neuron ini berfungsi menghubungkan maklumat di dalam otak serta menerima dan menghantar maklumat dari bahagian tubuh yang lain.
5. Luas permukaan usus kecil anda seperti sebuah gelanggang tenis
Fungsi utama usus kecil adalah untuk menyerap nutrien dari makanan yang diambil. Untuk menjalankan fungsi tersebut, ia memerlukan permukaan yang luas agar lebih banyak nutrien dapat diserap. Jika keseluruhan usus kecil dibuka dan dibentangkan, ia berkeluasan sekitar 250 meter persegi atau seperti sebuah gelanggang tenis. Keluasan ini dimampatkan menjadi usus berbentuk silinder sepanjang 6 meter dengan permukaan dalam yang dilipat. Oleh itu, permukaan yang luas dapat dimuatkan dalam ruang yang kecil.
( credit Hello Doktor)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|