|
977# saliza1979
murah btol kann liza utk winter rate
i punya 4 berth...dah NZD330 wiith full insurance:cf:...
terasa gaklah.....tu blom masuk campsite yg holiday park 10
semua lebih nzd50....
tapi new experience kann..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kahwin dgn org airline tu baguss....heheheh
tapi kalo anak keje airline pun, u takkan dpt free ticket tu
tak entitiled utk mak/ayah atau sedara mara pun...
pilot sekarang pun dah kureng pr ...
my-alja Post at 23-6-2009 18:44
kalau staff tu bujang lagi, boleh bagi free tiket kat 2 dependants. terpulang la nak bagi kat parents or adik beradik.
but once dah kawin, automatic bagi kat wife and anak2.
untuk anak2 valid max sampai 5 org jek.
tapi actually pilot is the commander of the flight, so kalau kebetulan anak/family dia or sesapa saja yg dia nak bagi, dia boleh je upgrade
passenger tu ke bisnes/1st class.
ramai je pilot yg buat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
977# saliza1979
murah btol kann liza utk winter rate
i punya 4 berth...dah NZD330 wiith full insurance:cf:...
terasa gaklah.....tu blom masuk campsite yg holiday park 10
semua lebih nzd50... ...
my-alja Post at 23-6-2009 18:47
u amik dgn Kea ke? mahal betul tu, more than double price liza !!
memang terasa sgt la mcm tu.
kalau convert dah dekat RM750 sehari!!
tapi actually kan, kat holiday park tu, u boleh je kelentong.
especially kalau u sampai dah malam.
hubby liza ada gak buat.
mcm liza, baby alya tu memang la free, tak payah bayar.
pastu ada 2 boys kan. just bgtau sorang jek..
so 2 adults and i child. jimat la dalam NZD13 1 malam. somethg la jugak kan
sebab bukannya pakai sgt pun facilities dia, just plug power and air jek. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by saliza1979 at 24-6-2009 22:13
day 7 06/06/2009
pagi ni saya bangun awal sebab risaukan pasal water tank tu.
dalam kul 7 lebih, saya bwk torchlight, merangkak kat bawah campervan.
rupanya bukan water tank pecah, water level sensor yg tercabut, maybe sebab
overpressure masa saya isi air semalam.
nasib baik la ada technical background, so saya just pasang balik and ketatkan
pakai plier jek.
pastu try isi air, ok, takde leaking dah. problem solved
saya pun call Kea balik bgtau problem dah settle, so rasa happy sket sebab takde la kena buang
masa kat workshop nanti.
pagi tu lepas servis toilet etc, dlm kul 9 lebih, we all gerak ke CBD wellington.
pagi ni plan nak visit te papa museum. nasib baik senang nak parking, kat sebelah
museum tu ada parking lot yg besar. parking 1 hari NZD10.
so park kat situ and jalan ke museum, dekat je pun. admission fee, free.
ada 6 tingkat. letih gak la nak pusing2. untuk budak2 best la jugak sebab byk benda2
interaktif. sampai tingakt 5 dah letih, so jalan sekali lalu jek
then turun bwh, gi cafe dia beli kopi. buy 1 free 1 sebab pakai kupon dalam magazine "arrival"
yg we all amik masa kat auckland airport. kopi kat NZ ni sedap, mcm ketagih plak.
tiap2 ari mesti kena minum, at least pun 2 cawan. 1 cawan biasanya NZD3.50 or NZD4.
tak pasti whether saya ada bgtau ke belum kat page2 belakang, masa kat airport and i-site, rajin2
la amik buku/pamphlet etc kat situ. kat dalam tu biasanya ada discount coupon, so boleh la pakai.
mostly bagi discount 10-20%. byk gak tu
dari te papa museum tu we all ke i-site. tak jauh sgt, dalam 500 meter jalan kaki.
saja nak tgk apa lagi aktiviti yg we all boleh buat kat situ. sampai kat i-site, ada kedai jual
souvenir yg besar. liza apa lagi, sibuk la dgn fridge magnet dia
sambil tu saya gi sembang2 dgn org kat i-site. end up we all decide nak gi cable car jek.
liza pulak borong byk jugak t-shirt, mug, keychain. fridge magnet.
dalam NZD300 gak abis.
cable car tu kat quay street rasanya. sebelum lalu tu kena lalu victoria street. victoria street
ni mcm kat bukit bintang la, main shopping area. saya masuk kedai all black, beli t-shirt and jersey
all black. takde la murah sgt, tapi sebab dah sampai beli jugak la, untuk sendiri n kwn2 kirim.
pastu beli gak sket t-shirt canterburry. hubby fairyjasmine ada ckp pasal kedai yg jual t-shirt
canterburry murah kat hamilton, tapi lupa nak tanya dia.
pastu we all naik cable car. family ticket NZD14. dekat je actually journey dia, tak sampai pun 10 minit.
ada 1 stop, kat universiti. ramai gak student yg turun naik pakai cable car tu.
kat atas tu takde apa sgt, just ada cafe, museum cable car and souvenir shop.
beli gak fridge magnet sket. pastu ada observation platform, amik2 gambar sket sambil tgk view
wellington.
pusing2 kejap dalam 15 minit pastu turun balik. pastu terus ke campervan untuk lunch.
masa tu dalam kul 2.30 dah. berkeroncong dah perut. ari ni makan spaghetti lagi.
sambil2 makan spaghetti tu, saja2 tgk map. patutnya plan malam ni nak stay kat wellington lagi.
tapi mcm dah takde apa2 nak buat dah. plan nya esok nak drive ke rotorua, jauh gak tu, dalam 460km.
penat gak kalau nak drive 1 day. so saya decide nak drive ke palmerston north petang ni.
at least esok takde la jauh sgt nak drive ke rotorua, dalam 320km jek.
lepas lunch tu we all ke 'tawa' a place north of wellington,(dalam 20km from wellington).
nak pi dressmart tgk2 baju sket. sampai kat tawa tu dalam pukul 4pm. dah nak gelap dah.
masuk dressmart tu, takde apa yg menarik.
best lagi dressmart kat hamilton.
so naik balik campervan and start our journey to palmerston north. about 150km from wellington.
saya ikut route 1 jugak, tapi sampai ke town levin, ikut route 57 dan route 56 sampai ke palmerston north.
lepas town levin tu, jalan dia tak berapa elok, ada byk road construction, so tak boleh laju sgt and hari pun dah
gelap. masa kat town otaki we all singgah kedai buah, beli apple, grape and telur.
kedai tu dah nak tutup masa tu, so dpt beli buah murah2 org philipines yg jual. seronok dia dpt
jumpa org malaysia. mak dia ada kat malaysia, jadi maid.
buah epal 1 kg NZD1 jek
masa on the way tu saya call palmerston north holiday park untuk book motel room.
saja nak ubah angin, sebab dah 5 malam tido dalam campervan.
sampai town palmerston north dalam kul 7.30. pastu terus pegi holiday park tu.
motel room tu NZD90 1 malam.
end up i make quite a mistake. holiday park tu agak rundown, takde qualmark certification.
tapi since dah bayar, we all stay jugak la
talking about qualmark certification, NZ tourism comes out with the idea to segregate hotels/accomodation
kat NZ dgn star rating. so kalau u all nak selesa, pilih la hotel/accomodation yg ada 3 star ke atas.
kalau yg pakai campervan tu, stick to top 10 holiday park chain. they wont dissapoint u.
untuk aktiviti kat NZ plak, cari yg ada "qualmark endorsed activity". sama jugak untuk transport
service (car rental, campervan etc).
mlm tu saja2 je pusing town dia.. ada bad experience
saya kena "finger" dgn punk guys kat sana. scary jugak sebab dia follow we all.
risau dia tahan jek. liza pun panik dah.
pastu terus we all balik ke holiday park n tido. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau staff tu bujang lagi, boleh bagi free tiket kat 2 dependants. terpulang la nak bagi kat parents or adik beradik.
but once dah kawin, automatic bagi kat wife and anak2.
untuk anak2 valid ...
saliza1979 Post at 23-6-2009 20:17
i see.....
i duk jumpa bini pilot kat sini, jarang gak depa keluar esp kalo anak2 dah ramai
tak tercover cost w/pun free ticket ...
RM nie kecik sgtlah liza....dulu masa earn in £, syok nak berjalan...kekekek |
|
|
|
|
|
|
|
u amik dgn Kea ke? mahal betul tu, more than double price liza !!
memang terasa sgt la mcm tu.
kalau convert dah dekat RM750 sehari!!
tapi actually kan, kat holiday park tu, u boleh je kelent ...
saliza1979 Post at 23-6-2009 20:22
tu ahh....mahal kan tapi murah lagik drp summer rate....huhuhu
bole ekk buat camtu?.....kekekek
my hubby nie jenis btol punya olang....susah nak kawtim dgn dia
kekekek |
|
|
|
|
|
|
|
tu ahh....mahal kan tapi murah lagik drp summer rate....huhuhu
bole ekk buat camtu?.....kekekek
my hubby nie jenis btol punya olang....susah nak kawtim dgn dia
kekekek
my-alja Post at 23-6-2009 21:57
tu la pasal, kalau masa summer more than NZD400 sehari.
letih nak membayarnya.
tapi taktik yg liza ajar kat atas tu tak boleh pakai kalau u chk in awal.
kalau dah gelap tu ok la. takut kantoi plak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
hehe, takpe fairy, balik malaysia nanti u boleh apply keje dgn airline, dpt tiket free boleh kita jalan sama
awal tahun ari tu u pegi sydney ekk?
hb dah start plan....
nak drive dari syd ...
saliza1979 Post at 23-6-2009 01:50 AM
a'ah we went to sydney in march. LOVE it!! Kalau ada rezeki rasa nak pi lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
989# fairyjasmine
memang kat sydney je ke? or ada venture ke melbourne or gold coast/brisbane? |
|
|
|
|
|
|
|
day 8 07/06/2009
pagi ni agak sejuk jugak, temperature dalam 5 celcius. anak2 still tido lagi, so saya pegi dump
station dulu servis toilet and waste water. pastu isi air sekali. masa nak reverse campervan
tu terlanggar tong plak. nasib baik takde campervan takde apa2. mamai kot pagi2 ni, sampai tak nampak
tong yg besar tu.
dah settle semua, liza buat breakfast dalam campervan. malam tadi rupanya we all je yg tido kat motel
tu. bilik2 lain semua kosong. cuma ada few permanent resident kat holiday park tu. scary la jugak
sebab takde org lain malam tadi. kat NZ ni, ada gak org dia yang takde rumah. so they all stay
dalam caravan kat holiday park. keliling caravan diorang tanam pokok2 bunga etc. dah buat mcm
rumah permanent la. tak boleh nak imagine duduk dalam caravan yg sempit tu bertahun2
we all yg stay kejap ni enjoy la, tapi kalau bertahun mesti rasa rimas sebab sempit.
lepas mandi and breakfast, saya pun start driving. ari ni nak ke rotorua, agak jauh jugak.
dari palmerston north ni ikut route 54 lalu town feilding. masa kat feilding nampak signboard
yg mengatakan town feilding ni menang town tercantik kat NZ 3 tahun berturut2.
memang cantik pun town dia jalan dari feilding ni ke next town (hunterville) tak elok sgt.
turun naik bukit, banyak selekoh. selekoh2 tajam pun banyak. silap sikit terjun gaung la jawabnya.
so kena drive hati2. anak2 saya kat belakang sampai pening nak muntah. jalan ni jarang org guna so tak
banyak selisih dgn kenderaan lain sepanjang jalan tu. tapi view sepanjang jalan tu still cantik
dalam kul 11 we all sampai ke waiouru. pastu ikut route 1 ke turangi. route ni antara yg paling boring
sebab lalu desert. nama jalan tu pun 'desert road'. kiri kanan kosong je jalan tu/. banyak selisih
dgn military vehicle jek. masa kat tengah2 tu je ada view cantik, nampak view mt ruapehu lagi. nampak
dekat sgt berenti la jugak kejap amik gambar dgn anak2.
pastu we all berenti lunch kat turangi. ari ni makan nasi. turangi ni tempat fishing ikan trout.
actually saya minat gak memancing, tapi nak memancing kat NZ ni kena amik lesen. chk dalam internet,
nak amik daily license mahal la. abt NZD30 sehari. tapi boleh je kot nak curi2 memancing.
memang kat sungai2 kat turangi tu nampak ramai org memancing.
lepas makan we all sambung perjalanan sampai ke taupo. lalu balik jalan sepanjang lake taupo. memang tak
jemu tgk view sepanjang jalan ni. cantik je view dia. saya n liza je la yg suka tgk view ni.
my 2 hero asyik kat belakang campervan je tgk dvd. diorang kecik lagi, tak pandai nak appreciate keindahan alam.
sampai taupo dekat pukul 2pm. tak singgah mana2 pun, just lalu jek. dari taupo saya ikut route 5 sampai la ke
rotorua. tapi masa on the way tu singgah kejap kat waimangu volcanic valley. tak masuk pun liza je
beli fridge magnet and amik gambar sket. pastu singgah pulak kat wai-o-tapu thermal wonderland.
pun we all tak masuk, sebab dah agak lewat. actually kat wai-o-tapu ni menarik jugak.
tiap2 hari, pukul 10.15am, Lady Knox Geyser akan meletus up to 20m high.
so kalau dtg awal pagi tu best la jugak nak masuk.
kat NZ ni, most of their attraction ni mahal2. so kena budget2 la apa yg kita nak visit.
mostly untuk family dalam NZD70 keatas. so kalau sehari u visit 3-4 tempat dgn entrance fees yg mcm tu,
rabak la jugak poket hukafalls jet and rapids jet plak almost NZD100 sorang. kalau buat tandem
skydiving lagi la mahal, rasanya dalam NZD300 seorang.
sebab tu org ckp, 'its cheap to visit NZ, but its expensive to "exprience" NZ'
and its definitely true. dgn conversion rate RM against NZD makin jatuh, its getting more expensive
to visit NZ.
malam ni we all stay kat rotorua top 10 holiday park. betul2 dkt dgn town rotorua.
malam ni makan speghetti lagi. liza masak extra untuk lunch esok sekali.
lepas makan pusing2 town rotorua jap, pi pak n save. cadangnya nak beli ayam, tapi takde pulak
ayam brand turks atau brinks. so end up beli kudap kudapan jek.
pastu terus balik holiday park and tido. hari yg memenatkan |
|
|
|
|
|
|
|
eh.. apa la best nya report tanpa pics... huhu
saliza nak tgk pics gak
nway... nice report.. |
|
|
|
|
|
|
|
991# saliza1979
kalo convert ke RM kite, seme mende jd mahal .. but if kite keje & dok sane, sure x rasa sgt price2 cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
eh.. apa la best nya report tanpa pics... huhu
saliza nak tgk pics gak
nway... nice report..
azazral Post at 25-6-2009 10:03
hehe, jap2, sket2 la....
hubby tukang karang, liza tukang tampal foto.
nak upload pic tu slow sgt la.... |
|
|
|
|
|
|
|
btw, selingan sket.
umah mak liza dimasuki pencuri semalam.
kebetulan pulak mlm tadi bwk kamera pi umah dia.
pastu tertinggal kat umah dia. so lesap la sekali kamera liza tu.
nasib baik gambar NZ semua dah transfer ke external hard disk.
kalau tak, hilang jugak la kenangan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
996# saliza1979
aduhhh..siannyer...salam takziah yer...
harap2 yg mencuri tuh insaf laa..xde kerja lain ape..? |
|
|
|
|
|
|
|
991# saliza1979
wahhhhh.... bestnya... apsal gambar tak byk... |
|
|
|
|
|
|
|
991# saliza1979
wahhhhh.... bestnya... apsal gambar tak byk...
alangGIRL Post at 25-6-2009 13:45
nak upload gambar tu yg lambat sgt.
berjam2 tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
996# saliza1979
aduhhh..siannyer...salam takziah yer...
harap2 yg mencuri tuh insaf laa..xde kerja lain ape..?
makshu Post at 25-6-2009 13:18
takpe la, takde rezeki agaknya.
harap2 datang rezeki lain untuk kami |
|
|
|
|
|
|
| |
|