Edited by Syd at 13-3-2015 08:38 AM
Cubaan burukkan nama sayaOleh Riadz Radzi
[email protected]
Kuala Lumpur: Bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah, 30, menafikan dia melakukan penderaan seksual terhadap penyanyi cilik dari Indonesia itu seperti dilaporkan media di negara itu semalam.
Arif yang juga warga Singapura ketika dihubungi mendakwa pihak keluarga Tegar turut mereka cerita bagi memburukkan namanya.
Media Indonesia semalam melaporkan Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan di Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu badan melindungi hak kanak-kanak di Indonesia berhubung perkara itu.
Dalam sidang media selepas itu, Ketua Komnas PA Arist Merdeka Sirait mendakwa berlaku serangan seksual oleh pengurusnya terhadap Tegar. Dalam sidang media yang sama, Tegar dipetik sebagai berkata, Arif memaksa dia tidur dengan hanya memakai seluar dalam dan Arif juga akan melakukan perkara yang sama.
Tegar turut mendakwa pengurusnya itu akan menemaninya ketika dia mandi.
Difahamkan,semua kejadian itu berlaku ketika mereka berada di sini mulai awal November tahun lalu hingga Januari lalu untuk memenuhi undangan persembahan.
Mengulas dakwaan itu, Arif berkata, dia menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada ibu Tegar pada 23 Februari lalu menuduh dia meliwat Tegar.
"Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.
"Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di Singapura, malam tadi.
Arif berkata, dia terkejut apabila laporan media Indonesia semalam mengatakan berlaku penderaan seksual pula.
"Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?" katanya.
Menurut Arif, ketika mereka tiba di Kuala Lumpur pada November lalu bagi menjayakan persembahan di Istana Budaya, mereka tinggal di kondominium milik rakannya di Jalan Dutamas, di sini.
"Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik. "Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja. "Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut," katanya. Dalam pada itu, Arif turut menafikan dia mencuri gitar, kamera dan komputer riba milik Tegar ketika mereka tinggal di rumah itu.
"Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma 'disorok' di rumah itu.
"Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri. Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang," katanya.
Arif yang kali terakhir menguruskan Tegar pada Februari lalu mendakwa Tegar menjadi mangsa keadaan.
Dia percaya ada pihak tertentu yang memanipulasikan penyanyi itu hingga sanggup membelakangkannya.
"Saya akan melantik peguam berhubung perkara ini," katanya.
TEGAR ditemani Arif ketika persembahan pada 2014. FOTO fail NSTP Mohd Nazllie Zainul
|