CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: philipinoe2

[Jenayah] LATEST DR POJ: PEMBUNUH ALTANTUYA SHARIBU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI!

[Copy link]
Post time 13-1-2015 02:39 PM | Show all posts
simple minded.. tapi assumption kalah novel...


dafak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 02:46 PM | Show all posts
Sirul di luar negara, gagal hadir di mahkamah

KUALA LUMPUR: Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana berada di luar negara. Menurut sumber, beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata: "Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara."

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/28928
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:52 PM | Show all posts
Sampai sekarang tak tau motif pembunuhan, macam mana rekod kemasukan altantuya boleh hilang dari rekod imigresen, dari mana datang C4 dan macam mana bekas bodyguard najib ni boleh terlibat... semuanya masih misteriiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:55 PM | Show all posts
aku sampai dah naik lupa dah apa kesah sebenar kes neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:55 PM | Show all posts
pinksarah replied at 13-1-2015 12:57 PM
peliknya ada lagi yg ckp althantuya tu gf razak baginda..

powerful sgt kuasa si razak baginda s ...

Dan betapa powernya razak baginda boleh bagi access pesalah boleh tutup muka sampai dah jatuh hukuman mati sekalipun... razak nih pm malaysia ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:56 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 13-1-2015 01:49 PM
Terpulanglah jika masih mahu buat kesimpulan begitu. Tapi ingatlah, berpada2 jadi balaci. Sebab ka ...

menaruh syak wasangka...bahawa si tertuduh x mahu dedah sbb takut family diancam bahaya? oh please...

mmg sedap kalau teori2 konspirasi jd kenyataan...spt Najib dalangnya...tapi berpada2 lah berkhayal...

ko pon tau kan pasukan polis korupnya mcm mn...ada yg terlibat dadah, rogol tukang urut...so si tertuduh ni boleh dikategori "polis baik suci murni" plak dah???

tak perlu timbul isu balaci, kambing hitam...kalau benar jadi balaci sekalipon, tertuduh juga yg mengebom si mati kan? bukan org lain....so u expect si tertuduh yg mengebom ni patut bebas dan tuannya diberkas? gila!

analogi mcm kes Mona Fandey la....yg tetak datuk Mazlan tu pembantu mat gian tu...so wajarkah mat gian tu terlpas hukuman gantung semata2 dia hanya menurut arahan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2015 02:59 PM | Show all posts
Kambing relax je poi obersea. Tau2 da nk kena sembelih...tu pun kalu balik la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:59 PM | Show all posts
lipans replied at 13-1-2015 02:46 PM
Sirul di luar negara, gagal hadir di mahkamah

KUALA LUMPUR: Tertuduh kedua kes pembunuhan warga  ...

Kes bunuh boleh bersenang lenang duduk oversea 2-3 bulan...powernya kuasa razak baginda guna polis mahkamah tak boleh sekat passport...akak makin lawak dan gelihati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 03:02 PM | Show all posts
nordayu replied at 13-1-2015 09:24 AM
Malah Sirul juga dalam kenyataan tidak bersumpah dari kandang mahkamah juga berkata Musa tidak terli ...

mmg sirul ni mengaku dikambeng itam kan ye

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:03 PM | Show all posts
brownstone replied at 13-1-2015 02:56 PM
menaruh syak wasangka...bahawa si tertuduh x mahu dedah sbb takut family diancam bahaya? oh please ...

menurut 'arahan' satu hal

menunjukkan ada 'arahan' dengan jelas
tanpa niat sendiri satu hal lain

bertahun2 kes ini berjalan,
sedikit pun tiada petunjuk oleh tertuduh
untuk menimbulkan keraguan bahawa
wujud sebarang 'arahan'

samada dalam bentuk apa sekalipun,
lisan atau bertulis atau sms

dan rapuzi PKR sendiri
tak ambil kesempatan untuk menjaja
'kisah benar' kedua2 tertuduh selama ini
kerana tahu sememangnya tuduhan mengaitkan
kes bunuh tuya dengan PM najib adalah
fitnah murahan rekaan PR semata2

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:04 PM | Show all posts
mesti lah kambing hitam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:12 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 13-1-2015 12:52 PM
Sampai sekarang tak tau motif pembunuhan, macam mana rekod kemasukan altantuya boleh hilang dari rek ...

br ku tau..depa ni ex bodigad pak bijan ropanya...

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:32 PM | Show all posts
Korang tak perlu la nak teori bagai... kes ni simple je...

1) Mangsa, Altantuya dtg mesia dr mongolia naik tongkang. sbb tu takde rekod kemasukan dlm Imigresen...

2) Mangsa dtg ugut2 depan umah VIP. VIP tu call polis, polis ronda pun datang la utk tangkap mangsa. Eh, bukan polis peronda... tapi Polis UTK spesel dr Bukit Aman.

3) Polis UTK (OKT) ni suka hati dia la nak bawa C4 ke mana2 pon... kan depa UTK. Tak perlu pengesahan sape2 pon nak bawa C4 atau nuke kalo ader... depa pon nak cari makan. esok2 bole jual black market bole kasi letup Twin Tower (contohnya...)

4) OKT kena tangkap, kantoi. Saksi pula suka hati la depa nak tukar2 stori ke, nak pegi hijrah ke oberc ke... jgn la prasangka buruk sangat...

5) akhirnya OKT bersalah. Kena hukum bunuh. Fair. Case closed. Keadilan berjaya ditegakkan.

The End.


(ni skrip En. Lem Boo Kondow yg buat taw...)

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:41 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 13-1-2015 03:02 PM
mmg sirul ni mengaku dikambeng itam kan ye

mgkin ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:48 PM | Show all posts
RIP Sirul, RIP Azilah.

Dunia memang camni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 04:12 PM | Show all posts
lipans replied at 13-1-2015 02:46 PM
Sirul di luar negara, gagal hadir di mahkamah

KUALA LUMPUR: Tertuduh kedua kes pembunuhan warga  ...

ooo boleh yer gi keluar negara...?

ala.. tayah balik la dik Sirul... Duk sana je la.. orang dah bagi chance tu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 04:21 PM | Show all posts
kurang sikit bangsa melayu di malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne paspot heshe bole ada dgn heshe?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 04:28 PM | Show all posts
berusjamban replied at 13-1-2015 04:22 PM
Camne paspot heshe bole ada dgn heshe?

lari ikut lorong tikus kt sempadan siam kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 04:34 PM | Show all posts
karpal dah mati

siapa lagi peguam hebat yang ketum harapkan
untuk tegakkan KEADILAN?

kenapa ketum tak nak
bela dua orang 'marhaen'
yang konon dijadikan kambing ni?

tak kan la ketum nak bela
ahli berdaftar PKR je?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.103277 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list