|
[Tempatan]
Pemandu MYVI memang SAMSENG, Hilux kena balun dgn Stering Lock!!!
[Copy link]
|
|
agak2 ada tak yg bawak kereta tiba2 je suruh hang stop dan pi bawak keluar kayu atau besi terus hentam kereta tanpa sebab?...mesti ada benda yg buat mamat myvi pink ni panas hati sgt...
kalau dah tahap panas mcm nih mesti ada sebab2 seperti yg boleh membahayakan pemandu myvi tersebut contoh hampir eksident ka...sorry la aku ckp, sesetengah yg bawak 4x4 nih sgt kurang ajar...biasa yg sgt kurang ajar bila memandu kenderaan syarikat/jabatan. pasal bukan depa punya...depa lenjan sampai nak terbalik. yg jenis cucuk, yg jenis pangkah cara bahaya....dah la mencelah kat ruang sempit...siap break lagi sebab kat depan kereta slow dari depa...yg jadi gelabah kereta belakang terpaksa break mengejut...langgar kalu...4x4 ni bumper belakang besi...lori langgar pun belum tentu kemek.
apa pun, mamat myvi pink ni dah jadi salah atas kesalahan merosakkan harta kerajaan...hatta asalnya dia mungkin tak salah dan punca dia dari pemandu 4x4 ni...babarian act tak terpakai dah zaman la nih. Last edited by lompatikam on 18-12-2014 11:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek buli jalanan dikesan
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Disember 2014
Lelaki yang dikatakan menyerang kenderaan Jabatan Kesihatan Hulu Langat. Lelaki yang dikatakan menyerang kenderaan Jabatan Kesihatan Hulu Langat.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, cermin kenderaan jenis Toyota Hilux pecah di bahagian pemandu akibat dipukul dengan pengunci stereng.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.
Katanya, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.
“Selepas itu, suspek bertindak mengeluarkan pengunci stereng dan meluru ke arah kenderaan dipandu mangsa, sebelum memukul cermin sehingga pecah.
“Mangsa yang ketakutan tidak keluar dari kenderaannya dan segera beredar serta terus ke balai polis membuat laporan,” katanya.
Ab Rashid berkata, hasil maklumat nombor kenderaan dinaiki, suspek dipercayai berumur 30-an dan tinggal di Bandar Tun Hussin Onn.
“Namun, suspek dipercayai tidak lagi menetap di situ,” katanya.
Beliau berkata, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Mohd Hanif Zailani ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian, dan laporan polis telah dilakukan sejurus selepas kejadian.
Katanya, sewaktu kejadian petugas terbabit dalam perjalanan bertugas kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.
Kejadian didakwa buli jalanan itu menjadi 'viral' di laman sosial Facebook apabila gambar kejadian terbabit dikongsi pengguna.
Salah satu daripada tiga gambar berkenaan memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang kunci stereng kereta.
Manakala dua lagi gambar memaparkan keadaan cermin kenderaan unit berkenaan pecah dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan menggunakan kunci stereng.
|
|
|
|
|
|
|
|
serah diri dah kan?
JURULATIH LAGAK SAMSENG SERAH DIRI
Kuala Lumpur: Seorang jurulatih kecergasan ditahan kerana bertindak samseng jalan raya selepas memecah cermin dan mengugut kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, di Lebuhraya SILK, berhampiran Jalan Reko, Kajang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata lelaki yang memandu kereta milik tunangnya ditahan pada jam 5.30 petang semalam, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat oleh kakitangan pejabat kesihatan berkenaan.
Tidakan jurulatih kecergasan memecahkan cermin kenderaan jabatan kesihatan tersebar di FB sejak pagi semalam mendapat perhatian ramai serta pelbagai komen di laman sosial facebook (FB)
Sumber: Berita Harian
ambil kat fb bbb |
|
|
|
|
|
|
|
keta baru tu marah la kot bergesel dgn 4x4..mcm kiki yg hangin keta baru kuar dah kena langgar |
|
|
|
|
|
|
|
ren0_0 posted on 17-12-2014 07:37 PM
Dah la pakai myvi je.
Kaler pink pulak.
kereta baru sat keluar showroom, tu yg kecewa sampai keluar steering lock.
klu mamat ni handsome, kita tak marah tapi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire posted on 18-12-2014 09:41 AM
tapi drebarnya baran
tgah dtg bulan lettewwwww.... haha |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apa pon.. driver myvi ni salah.. wlu dia kata 4×4 tu bawa melulu..
qt pelik.. dlm fb tu.. ramai sokong keganasan driver myvi ni... ermmm... |
|
|
|
|
|
|
|
trebadoure7 posted on 17-12-2014 07:44 PM
msalahnya rmai drivers selfish kt atas jln raya
especially yg pakai kete hilux dn seangkatan dgn ny ...
betul..so kena tunggu citer pihak satu lagi..bawak keta company, keta besar ..kepala pun besar..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa, dia tuntut ganti rugi dengan si hilux tu pasal dah bergesel dengan myvi dia..
mesti si hilux tu tak mau bayo, nak-nak pula kereta gomen
tu dia hangin kot |
|
|
|
|
|
|
|
Orix posted on 18-12-2014 07:29 PM
tgah dtg bulan lettewwwww.... haha
lelaki pun datang bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau eksiden ngn kete gomen, nak tuntut kat sapa?
kalau kete polis ngan askar takde insurans boleh tuntut ka...? |
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 17-12-2014 05:27 PM
Dah keluar no plet, nanti tak senang duduk lah mamat tu....
Cheh... Bukan kete mamat tu pon... Owner kete tu pompuan... Dah la muka mamat tu macam pondan je aku nampak...
|
|
|
|
|
|
|
|
kete baru... hehehe kiki ngamuk dulu pun sebab keta baru gak hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
manusia zaman skrg cpt panas ati...maybe tekanan hidup mempengaruhi |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire posted on 19-12-2014 08:04 AM
lelaki pun datang bulan?
hahaha... yela kot. ngamuk semacam dgan steering lock.. dahla myvi pinkkkkk... penat nak hadam berita ni... |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 19-12-2014 08:53 AM
Cheh... Bukan kete mamat tu pon... Owner kete tu pompuan... Dah la muka mamat tu macam pondan je a ...
mne tgok muka dia? |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah selepas ini pemandu2 4x4 tu bersopan sket drive..sekali sekala kena dgn protege kiki baru ada akal sket.. kita yg tak daya nk ngamuk ni teruskan memandu dgn berhemah, kalau org cari psl pon mari bersabar je , jgn pecah2kan keta org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 hal sekarang nih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|