|
|
[Jenayah]
Melayu kena tipu hidup2 - Majlis Raja-Raja difitnah
[Copy link]
|
|
|
saya cadangkan lorong haji taib ditukar kepada lorong macai dzeck.
muktamad. cadangan ditutup |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anwar atau rafizi buat mcm ni? 3 bulan macai umno meratib.
Bila pemimpin umno tipu macai konon majlis raja perkenan tukar nama jalan? Mereka snyap. Hakikat majlis raja tiada kena mengena dengan tukar nama jalan.
Betapa jahatnya umno menipu rakyat dengan guna nama majlis raja.
Mereka fitnah org lain demi kepentingan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cemolot posted on 4-12-2014 09:03 PM 
saya cadangkan lorong haji taib ditukar kepada lorong macai dzeck.
muktamad. cadangan ditutup
beliau sudah kembali ke rahmatullah ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku Nan: Tukar nama jalan sebab 'tak ada erti'
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Tengku Mansor menjelaskan, lapan jalan di Kuala Lumpur dinamakan semula nama bekas Yang di-Pertuan Agong kerana nama sedia ada “tidak ada erti”.
Lagi pun, katanya, setakat ini, hanya dua sahaja nama sultan telah diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Sallehuddin.
"Lapan Agong lagi tak ada. Jadi kita ambil keputusan, Jalan Duta tak ada makna kepada kita. Kenapa saya tidak boleh tukar Jalan Duta keapda Jalan Sultan Abdul Halim. Yang di-Pertuan Agong kita yang (telah) dua kali dilantik jadi Agong. Salah?
"Jalan Mahameru? Apa (makna) mahameru? Orang Asli Mahmeri saya tahulah. Jalan Mahameru, tak tahu apa bendanya. Apa salahnya kita tukar, dan kita akan tukar lagi nama (jalan),” katanya.
Tengku Adnan berkata perkara itu tidak harus dipolitikkan melainkan kerajaan menukar nama jalan yang telah ada sejarah atau bersempena namanya sendiri.
"Ini semua politiklah,” katanya diiringi gelak ketawa tetamu yang hadir.
Tengku Adnan berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung keputusan menukar nama itu setelah Majlis Raja-raja berkata tidak pernah menitahkannya.
Semalam dilaporkan persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula lapan jalan utama di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum itu, pada 28 November lalu, Tengku Adnan Tengku berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama itu bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian yang mula berkuat kuasa 26 November.
Jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.
Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.
Tengku Adnan sebelum itu mengadakan lawatan turun padang ke projek River of Life di empat lokasi dekat Bangkok Bank, Jambatan Lebuh Pasar Besar, Masjid Jamek dan tapak pembinaan Count Down Clock. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Adnan berkata perkara itu tidak harus dipolitikkan melainkan kerajaan menukar nama jalan yang telah ada sejarah atau bersempena namanya sendiri.
"Ini semua politiklah,” katanya diiringi gelak ketawa tetamu yang hadir.
Bukan politik lah bahlol. Tak payah nak konar baring.
Alasan yg diberi pun alasan orang bodo jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
puncak si guntang mahameru........  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck: tak perlu Majlis Raja- Raja yang mohonatau luluskansekadar menetapkan nama jalanadalah perkara yang amat kecilisu seperti ini sengaja diperbesar2 kan  ...
kan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah, I don't even care pun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Konar-9 Semantan ke Duta dinamakan: Jalan Konar Baring Ku Nan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Rafizi ker sapa -sapa yg dalam pakatan petik nama raja lepas tu raja cakap tipu, mampus la masuk akta hasutan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Jabba the Hutt  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lorong Haji Taib patu ditukarkan kepada Lorong D'zeck.................. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bit posted on 5-12-2014 08:21 PM 
Kalau Rafizi ker sapa -sapa yg dalam pakatan petik nama raja lepas tu raja cakap tipu, mampus la mas ...
wajib disula.................... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nama jalan patutnya ringkas, pendek.
buang ink je nk taip pjg2.
klu tgk dlm maps, gps ke waze, nmpk pjg2 ni nyusahkn
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bnda2 kcik pon nk bkelahi
pasai nma jalan ja pon...phuiiii setempek muka ku nan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|