CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Rita Rudaini Diugut Bunuh: 'Takkan itu pun salah saya?'-Aidil Zafuan #pg14

[Copy link]
Post time 13-10-2014 09:22 AM | Show all posts
erin86 posted on 13-10-2014 09:14 AM
boleh explain pasal tempurung jantan tu? tanya kat thread satu lagi, tapi takda org jwb..

si edel upload pic and tagged ex bff si rr ni...post tu seolah2 nak mengatakan ada org nak menggunakan ilmu2 kot kat edel semua yang di panggil #tempurungjantan...

then di komen oleh exbff rita and mak si jemah ni.....kononnya exbff ni menyampaikan pada si edel and jemah & ak nak bersubahat katanya....padahal ms baik dengan rr dia pun sama je perangai jenis melahar punya org....

temukan dorang ni ramai2...mesti kecoh ya amat...dengan rr mulut longkang, exbff pun sama, dengan si jemah pun jerit2 and edel suara ala2 nobita...pastu hantuk kasi sedar sikit....hehehehe..... Last edited by bunga7788 on 13-10-2014 09:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 09:24 AM | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 08:57 AM
kenyataan kat media aku tak baca, kenyataan kat ig kata dia tak bayar nafkah ada. I don't pretend  ...

Awal awal tuh meamang aidil ada yg tak bagi. Lepas tuh aidil dah bagi.Sebab rr duk bising bising so dia bagilah. Sebab tu rr tak bising lagi dah samapi aidil kawin. Video  tunjuk anak ckp daddy daddy good luck pun adakit. dua dua senyum jer. sapa yg ambik kalu bukan rr kalu dah pakai baju tido kat rumah semua. n ada gambar kat mahkamah, dua dua sentyum jer walaupun tengah bicara kes nafkah anak. Semua dah nak jadi okay. tapi aidil buat buat lupa janji dia. Dah seronok bini abaru anak pun tak endah lagilah. Tu yg meletop balik.

Kau benci dia. Aku pun tak suka dia mroyan tapi jangan buat seolah dia nih jahat sgt. Aku rasakan dalam kes ini dua dua pihak kena berbincang. Sekali ngan bini aidil tuh. Dah baru kawin tertiba jadi camtu mestilah rr lg benci kan zarema. Cuba aidil okay okay jer ngan anak anak dia n zarema open sikit dah tahu dia kawin ngan duda ada anak yg mana ex bini masih mentimpan persaan benci pada dia. Sabarlah sikit. lama lama kalu dah okay antara suami n ex bini, barulah ko boleh mencelah masuk dlm dunia anak anak dia. Ini tidak ngan perasaan yg kurang percaya tuh sampai tak bagi laki berhubung ngan ex bini pasal anak jer pun. Aidil tak hadaplah ngan rr. Kalu hadap takkan diorang bercerai.

Aku kalu bercerai pun n laki aku berkawin baru pastu lupa pada anak. takat bagi duit jer cukup cukup untuk belanja anak. aku pun sedih. Kau tak sedih ke? Cuma aku taklah meroyan kat media sosial.  Dia nih pantang sedih kecewa sikit dah meroyan. Sifat azali nih. Yg tu aku harap dia ubah. Yang tulah buruknya RR nih. lN lagi satu dia nih kalu dah marah semua benda hambur. apa yg patut jadi rahsia pun dia hamburkan. Berpada padalah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Bila bercerai anak2 jd mngsa kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:30 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 09:24 AM
Awal awal tuh meamang aidil ada yg tak bagi. Lepas tuh aidil dah bagi.Sebab rr duk bising bising s ...

kenyataan ni semua dah keluar lama. dulu dia tuduh edel tak bagi, lepas tu edel dah bagi semua bukti resit kat mahkamah. jap aku cari artikel tu.

Nafi cuai beri nafkah anak
Petaling Jaya: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menafikan dia cuai dan gagal menyediakan nafkah untuk bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar serta dua anak lelaki mereka.

Selain itu, Aidil, 26, yang kini mewakili pasukan bola sepak Johor Darul Takzim memberitahu dia memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan dan tuntutan nafkah anak RM5,392 oleh bekas isterinya itu adalah melampaui keperluan sebenar kanak-kanak itu. “Saya menanggung kedua-dua ibu bapa. Saya turut mempunyai tanggungan lain, hutang peribadi seperti kereta dan motosikal untuk kegunaan ketika bekerja,” katanya. Aidil selaku defendan berkata demikian pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat sini, semalam.

Rita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang. Dalam keterangan bertulisnya, Aidil berkata, sejak mula tinggal berasingan dengan Rita Rudaini, 37, pada Januari 2012, dia memasukkan wang nafkah untuk anak-anaknya melalui akaun Maybank pelakon itu, justeru menafikan dia gagal memberikan nafkah kepada mereka. “Saya sudah mengirimkan nafkah untuk anak-anak saya sejak mula tinggal berasingan dengan plaintif. “Pada awalnya saya ada mengirimkan cek berjumlah RM3,000 yang diposkan secara pos berdaftar di alamat tempat tinggal plaintif di Kota Damansara, Petaling Jaya. Bagaimanapun ia tidak dituntut dan cek dikembalikan, namun selepas mendapat nombor akaun Rita, saya masukkan duit nafkah ke dalam akaunnya,” kata Aidil. Aidil berkata, dia memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan untuk nafkah plaintif dan anak-anak serta RM4,000 ketika musim perayaan. “Saya tidak menentukan jumlah nafkah untuk mereka. Jika ada lebih saya akan bagi lebih,” katanya. Dia turut memaklumkan plaintif pernah enggan menerima bayaran nafkah yang dibuatnya melalui cek bertarikh 19 Mac 2012.

Katanya lagi, selain wang, dia membuka akaun Bijak Malaysia dan akaun Tabung Haji.

Selain itu, Aidil berkata, dia juga menyediakan insurans untuk anak-anaknya serta keperluan asas seperti susu dan lampin pakai buang jika berkesempatan berjumpa mereka.

Berhubung tuntutan plaintif berkaitan 18 kotak susu yang didakwa digunakan dua anak lelakinya, Aidil tidak bersetuju tuntutan itu.

“Saya percaya jumlah itu tidak logik kerana anak-anak saya sudah pandai makan dan tidak hanya bergantung kepada susu semata-mata.

“Saya juga percaya jumlah RM792 untuk kos susu di luar keperluan anak-anak saya dan kos itu tidak selari dengan resit dilampirkan plaintif,” katanya.

Pada prosiding semalam, Mohamad Aidil Zafuan hadir ke mahkamah ditemani kembarnya, Mohamad Zaquan Adha manakala Rita ditemani rakan-rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articl ... thash.DJLOKNKd.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:31 AM | Show all posts
juliez posted on 13-10-2014 09:08 AM
Yang pasal soal jawab dgn lawyer tu pun i pernah baca. Ada dlm rumah2 yg lepas kan. Siapa2 rajin t ...

yup ada lam rumah2 sebelum ni...
even depa semua ada penyakit amnesia, dont expect org len sama cam depa...

yg paling aku ingat, rr ni panggil pak mentua dia nama jer & kata pak mentua dia kurang agama...
pehtu buat iklan kat sinarfm psl hormat org tua???? dan sgt pelik malaun mana la yg nk ugut bunuh si rr ni?
tak worth it pun utk dibunuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:32 AM | Show all posts
skrg ni kuan2minit dh tak campur dah kan?
kih3..
takut ke apa kuan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 09:33 AM | Show all posts
makin lama iol makin meluat ngan rr..pas iol tengok kaka @Santeira tepek video kat tred mana ntah..iol rs rr nie tak menjawab soklan wartawan langsung..especeli bab "sape yg patut taat sape"..dia banyak putar alam n in the end dia buat aidil nampak salah..

n pasal ape yang dia dok reply kat edel tue, apsal cara dia cakap tue macam nak tuduh zarema yg delete msg dia..busuk betul rr nie..n karatz pliz lar..kalo uol bole suruh edel tepek bank in slip nafkah ank2 yg sebelum2 nie, y not uol suh jugak idola uol tue tepek conversation lama2 dia ngan edel yang dikatakan didelete tue..

siyesly, iol memang da tak leh caya every single word yg kuar dr mulut rr nie..terlalu exaggerate n play victim sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:33 AM | Show all posts
bambimo posted on 13-10-2014 09:27 AM
Bila bercerai anak2 jd mngsa kesian...

kan.....paling kesian kat sini adalah anak2...kalo sampai dorang beso, kes mcm ni tak slesai lagi...malu je dorang nak bertemu org ramai.....pastu stress.....

doakan je lah si rr tu berubah jadi pmpuan soft spoken and edel jadi lbih b/jawab and jemah sebagai pendamai bukan pengapi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 09:33 AM | Show all posts
bunga7788 posted on 13-10-2014 09:22 AM
si edel upload pic and tagged ex bff si rr ni...post tu seolah2 nak mengatakan ada org nak menggun ...

oh gituuuu...haha paham dah. i'm not picking sides. sama je dua2 nih. dok gadoh mcm zaman skolah pulak. karats n haters pun sama naik bertelagah mcm bdk skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:34 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 09:24 AM
Awal awal tuh meamang aidil ada yg tak bagi. Lepas tuh aidil dah bagi.Sebab rr duk bising bising s ...

Tuntutan nafkah: Rita nafi tipu
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Julai 2013

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Rita Rudaini Mokhtar
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa dia berbohong berhubung tuntutan nafkah dua anaknya yang diterima daripada suami, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Rita, 37, menafikan perkara itu ketika disoal balas oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil, dalam prosiding perbicaraan tersebut semalam.

Roshdan, sebelum itu, mencadangkan kepada Rita bahawa keterangannya berhubung anak guamnya tidak memberi nafkah adalah tidak benar.

Bagaimanapun, Rita memaklumkan keterangannya yang diberikan itu berdasarkan perkara yang berlaku selepas Mohd Aidil keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara di sini, Januari tahun lalu.

Roshdan kemudian mengemukakan slip pembayaran RM3,000 dan RM2,000 bagi Jun dan Julai 2012 yang dimasukkan ke dalam akaun bank Rita oleh anak guamnya.

Rita turut menyatakan dia tidak perasan jika suaminya ada memasukkan wang kerana tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya tidak perasan duit yang dia masukkan. Kadang-kadang dia beritahu, kadang-kadang tidak beritahu.


"Akaun Maybank saya juga banyak duit lain yang masuk, termasuk duit bayaran penggambaran drama," katanya.

Menurutnya, suaminya ada beri nafkah, tetapi tidak cukup dan tidak konsisten.

Kepada cadangan Roshdan bahawa Mohd Aidil tidak pernah gagal memberi nafkah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan pada 2013, Rita bersetuju.

Menyentuh dakwaan Rita bahawa gaji suaminya lebih RM50,000 sebulan, Roshdan mencadangkan gaji Mohd Aidil sebenarnya RM10,000 tetapi Rita tidak bersetuju.

Bagaimanapun, Rita mengakui dakwaan berhubung gaji Mohd Aidil dibuat tanpa mengemukakan dokumen sokongan.

Roshdan turut bertanyakan secara terperinci berhubung keperluan tuntutan wang RM5,390 yang diminta oleh Rita untuk kedua-dua anak mereka.

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah menetapkan 11 September depan untuk perbicaraan semula.


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:36 AM | Show all posts
Hahahaha lawak plak aku rasa aku leh banyak berkomen skrg ni berbanding dulu hanya silent reader je....phewwww
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:37 AM | Show all posts
Innrukia posted on 13-10-2014 08:47 AM
karatz rr ker ni...

fyi aku pnh baca report time disoal dek peguam edel psl nafkah...rr meman ...

Aku peminat rr. Tapi aku tak menyokong membabi buta rasanya. Pasal kes nafkah tu kan dah lama lepas tu aidil memang dah bayar n rr dah tak bising dah lepas aidil dah bayar.

Semua dah senyap, hampir menjadi okay sampailah aidil tak jenguk anak lepas kawin. pastu bising bising n senyap.

Yang bising balik sekarang ialah sebab sebutan kes kat maghkamah kes tuntuntut nafkah dia yg tertunggak pastu aidil yg pusing cerita tak jenguk anak semua n upload nafkah anak. apa kes? yg disebut kes rr, tuntutan nafkah tertunggak, nafkah edah n mutaah, yg ko pun sama meroyan kes lain apa hal. Plus tempurung jantan semua nih. Dahlah tak bertanggungjawab, malahan duk spin benda lain pulak aidil nih.

sama jer dua ekor nih. Rupa sama meroyan jugak. Bukan rr sorang jer. Yg jantan pun kaki meroyan. haters rr kata rr kaki royan padahal yg lagi satu sama jugak kaki royan siap duk fitnah tempurung jantan bagai. Motif? kalu betul tuduhan cer buat statement cam rr buat yg cakap terang terang bini ko halang ko berhubung hal anak anak. Kalo ko beranilah. Tapi masalah ko pun busuk hati nak buat fitnah kat rr kata kes tempurungjanatan tapi tak berani sebut rr memang buat. Berani hashtag ajer. Pengecut.....

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:38 AM | Show all posts
jawab jemahhh..jawabbbbb!!! popcorn plisssss!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:38 AM | Show all posts
katakau posted on 13-10-2014 09:33 AM
makin lama iol makin meluat ngan rr..pas iol tengok kaka @Santeira tepek video kat tred mana ntah..i ...

kan? yg terbaru ni dia kata edel tak pernah ajak dia pindah rumah.

padahal bukti edel ajak tu ada dalam video dan dalam video yg sama dia terang2 reject pelawaan edel siap perlekeh dan kutuk edel depan wartawan.

edel rilek je soft-spoken.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
erin86 posted on 13-10-2014 09:14 AM
boleh explain pasal tempurung jantan tu? tanya kat thread satu lagi, tapi takda org jwb..

Jantan tu cari gambar tempurung jantan kat internet upload kat ig kata ada org nak buat naya dia lakibini sambil tagkan mmbakery..tiap kali twit tuju pd rita dia tag #tempurungjantan..awat dia tk report polis pasal tempurung jantan klu btul ada org buat naya dia..duk gebang dlm ig saja buat apa..aku pun tak tau apa itu tempurung jantan sblum nihh lepas jantan tu upload dlm ig baru tahu..rupa2nya tmpurungjntan tu sjnis bnda nk mandrem sihir org..agaknya dia pcaya bomoh2 nih..dia terlupa kut kuasa TUHAN mengatasi segala2nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:42 AM | Show all posts
RR pun pernah kata keluarga edel mandrem dia kan kat ig? tak payah nak tuduh sorang tu je. hakikatnya dua2 percaya sihir tu boleh berlaku, pasal sihir ni ada sebut dalam quran pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 09:45 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 09:37 AM
Aku peminat rr. Tapi aku tak menyokong membabi buta rasanya. Pasal kes nafkah tu kan dah lama lepa ...

yang aku tak faham kan asal si edel, jemah & family terus nak percaya dengan apa yang di smpikan oleh si exbff rr ni....then si edel buat tindakkan bodoh (tak tahu lah edel or jemah yg upload ni) dengan mengupload pic berkaitan #tempurungjantan tu dan di komen oleh si exbff rr, jemah & family.... nampak sangat laaaa taraf depa ni sama je ngan rr yang tak educated langsung ok....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:45 AM | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 09:38 AM
kan? yg terbaru ni dia kata edel tak pernah ajak dia pindah rumah.

padahal bukti edel ajak tu  ...

sebab tue iol da berazam iol takkan percaya lg ape yg dia cakap..defensive and egois..kalo iol jumpa org macam nie iol akan elakkan diri dari berkawan dengan dia..too much negative vibe..cakap dia aje nak kena dengar..yang wat iol tak berkenan tue everytime wartawan soal dia, dia akan menyampuk n jawab ntah pape..duhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:47 AM | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 09:34 AM
Tuntutan nafkah: Rita nafi tipu
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Julai 2013

Untuk tahun 2012 cuma 2000 dan 3000 dibagi sedangkan masa tuh dia yg tinggalkan rumah start januari, so consider bayar yek. Layaklah rr merempan setahun banyak tu jer. Hmmmmm kelakarnya. Kalu itu dikira bayar nafkah.Lepas rr bising baru pembayaran dibuat secara berterusan untuk tahun 2013. Barulah betulkan. kalu rr tak pungpang pungpang dalam video entah entah tak bayar.

untuk tahun 2014, rr memanglah tak mroyan pasal nafkah anak dah.sebab aidil memang dah bayar.So tak payah tepek ini cerita. RR meroyan kes tak jenguk anak. Pastu aidila sendiri mengaku memang tak jenguk. Pastu sekarang ni kes tuntutan nafkah dia yg baru berlangsung, yg duk meroyan kes nafkah anak pasal apa. Nak spin jugak amacam aidil.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:51 AM | Show all posts
Ada orang nasihat Edel dalam LAMAN SOCIAL EDEL, soh bunuh Rita.....????
KANTOI! KANTOI!..........................
Agaknya hari-hari Rita skoding laman social Edel, otherwise macam mana
dia nak b aca posting orang tu kat laman social Edel.....hehehe
Tak dapat tengok muka pun, dapat masok laman social Edel
dah cukup, ye Rita.
Kesian! Kesian....................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.391300 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list