CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: LUNCH

[Tempatan] Pegawai bank, suami ditahan dipercayai keluar wang penumpang MH370

[Copy link]
Post time 20-8-2014 10:40 PM | Show all posts
Pegawai Bank HSBC, suami tidak mengaku salah tuduhan curi, pindah, keluar wang empat mangsa



KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Bank HSBC dan suami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas beberapa pertuduhan antaranya mencuri, memindah dan mengeluarkan wang yang kesemuanya berjumlah RM85,180 milik empat penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 antara Mei hingga Julai lalu.

Tertuduh, Nur Shila Kanan, 33, dan suami Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Nur Shila merupakan pegawai di Ibu Pejabat Bank HSBC Leboh Ampang di sini menghadapi 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik menghadapi empat pertuduhan.

Empat penumpang MH370 yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Tan Size Hiang, 46, Jun Kun, 32, Hue Pui Heng, 66, dan Tian Jun Wei, 29. Size Hiang dan Pui Heng warga Malaysia manakala Ju Kun dan Jun Wei warga China.

Bagi empat pertuduhan pertama Nur Shila didakwa memindahkan wang Pui Heng berjumlah RM40, 000 ke dalam akaun Jun Wei. Selepas itu Nur Shila didakwa memindahkan wang sebanyak RM35,000 daripada akaun Jun Wei ke dalam akaun Ali Faran Khan.

Nur Shila turut didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memperbaharui kad debit atas nama Jun Wei dan borang pindahan wang daripada akaun bank atas nama Ju Kun dan Size Hiang.

Selain itu, wanita sama turut didakwa menggunakan dokumen palsu bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet atas nama Judy Margaret Lai.

Nur Shila juga menghadapi dua pertuduhan menipu dua penyelia Bank HSBC iaitu Nor Aini Derus @Mat Rose dan Mohd. Fazli Mokhtar dalam urusan permohonan kad debit baharu bagi akaun simpanan bank milik Jun Wei dan Judy.

Dua pertuduhan terakhir, Nur Shila didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri wang RM2,530 daripada akaun Ju Kun dan Size Hiang.

Kesemua 12 pertuduhan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Ibu Pejabat Bank HSBC di Leboh Ampang antara 14 Mei dan 8 Julai 2014.

Nur Shila turut berdepan dengan lapan pertuduhan pilihan iaitu melibatkan kesalahan mencuri wang milik keempat-empat mangsa tersebut.

Sementara itu, Basheer pula menghadapi empat pertuduhan menggunakan kad debit daripada akaun simpanan Jun Wei dengan mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 menerusi tiga transaksi.

Mahkamah membenarkan pasangan suami isteri itu diikat jamin RM12,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. Pasangan itu membayar wang ikat jamin tersebut


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnyer.. Kes berprofile tinggi lg mau buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:10 PM | Show all posts
geenie posted on 18-8-2014 05:49 PM
aku cume terfikir la... klau org dah mati, akaun bank, bleh aktif lg eh?  
tak dibekukan ker?
...

tak...sebab mak mertua macit baru meninggal 3 minggu yg lepas, dan laki macit adik beradik, depa sepakat keluarkan sikit2 simpanan mak mertua dlm bank sampai tinggal minimum....

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:40 PM | Show all posts
tentera_laut posted on 18-8-2014 09:59 AM
macammana diorang leh transfer sesuka hati ye. i tot banka da cam password and username semua.
even ...

Senang jer nk trnsfer duit org msuk bnk kita
klu kej collection just trace nama penuh or ic jer
pastu kua mklumat match2kan plak
xpyh pswd bgi cume guna sistem je
mmg kena vrfyg pihak atasan tp sehari berpuluh2 statmnt nk kena sign
mmg xcek properly la melainkn staff baru..


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:50 PM | Show all posts
kelana36 posted on 18-8-2014 08:04 PM
Yes, sampai sekarang orang dan bangkai pesawat tak jumpa jumpa..

banayk kisah mistik pasal wahi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:01 AM | Show all posts

subhanallah, ummah Sunni bumiputra suci muruni tak makan babi rupanya....

kan ke cina selet tak cebok saja yang kuat munipu & mata duitan...

tak purcaya lah bur1ta ini.
...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 09:49 AM | Show all posts
naina posted on 20-8-2014 11:40 PM
Senang jer nk trnsfer duit org msuk bnk kita
klu kej collection just trace nama penuh or ic jer
...

bahayanya...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:08 AM | Show all posts
banker yang bodo.. you can't escape.. mesti ada trail.. ingat polis malaysia ni tak reti menyiasat? sekarang rasakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 10:10 AM | Show all posts
Keling rupanya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:14 AM | Show all posts
protonpersona posted on 21-8-2014 10:10 AM
Keling rupanya...

Keling tapi pakai nama melayu so, melayu jugak yang dapat nama......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira posted on 21-8-2014 10:14 AM
Keling tapi pakai nama melayu so, melayu jugak yang dapat nama......

Kalau jumpa keling dengan ular...kita kena pukul keling dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:27 AM | Show all posts
Dia ni pernah keja kat BSN Ampang Point ke?

Cawangan tu pun kuat curi duit! Bongok betul!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:40 AM | Show all posts
malunya aku kat forumer yang dok kutuk2 melayu kat pages depan..sekali keling daa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
chinatsu posted on 21-8-2014 10:40 AM
malunya aku kat forumer yang dok kutuk2 melayu kat pages depan..sekali keling daa

Melayu suci murni...mesti sat lagi ada yg sentap..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:42 AM | Show all posts
keling ke mamak kurti?

tp kot mana pon dorg ni sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:15 AM | Show all posts
las2 yg untung nya...pakistan @ bangla tu lah kot...masih blom dapat tangkap kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054173 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list