CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Jenayah] Perompak ‘jatuh cinta’. Mintak jadi kekasih dan kawan dlm facebook. Pg4

[Copy link]
Post time 26-6-2014 09:41 AM | Show all posts
macam-macam daa..
siap ada cite telenovela tuk taun 2016 lagikk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 09:42 AM | Show all posts
hahaha mcm ni punye perompak pun ade
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:42 AM | Show all posts
the_killer posted on 26-6-2014 09:36 AM
jangan tak tahu...mana lah tahu kan.....2 tahun laki tu tak merompak ( jika tak kena tangkap la).. ...

cehhh..tuan direktor!..

tapi kalau perompak berwajah boleh carik makan, mungkin mudah utk Nurul maafkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:43 AM | Show all posts
alinone78 posted on 26-6-2014 09:39 AM
bukan jiran laaaaaaaaa
ni mesti budak main kompang
tak pun budak penanggah

ahahahha....mungkin la bdk caterer yg dok area taman sebelah...umah low cost...keyakinan diri pon xbrape nk ada...tu yg xbrani nk ngorat depan2...tup2 terlangkah kanan pulak...sedang nk merompak lalu ternampak si pujaan hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 09:44 AM | Show all posts
shamsadis posted on 26-6-2014 09:39 AM
ala perompak tu kalo dia dah rasa tubuh budak tue dia tak rasa cinta da

eh dari sumber bilik berita, nampak nya perompak tu cinta tulus ikhlas tanpa merasai apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:44 AM | Show all posts
cam cite hindustan lak....
huhuhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 09:57 AM | Show all posts
gambo mana gambo... cantik ke nurul ni... untung larr..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:03 AM | Show all posts
geli hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 10:04 AM | Show all posts
shamsadis posted on 26-6-2014 09:40 AM
ni nak buat novel ke film ke drama ke haper nie

better ngan drama or telemovie dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:15 AM | Show all posts
Terbaiklah komen2 dgn sinopsis drama akan datang hampa tuu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:19 AM | Show all posts
versi Sinar harian pulakkk

Perompak tawar diri jadi kekasih!

BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.  

Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.

Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.

Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.

“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.

“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai
topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.

Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.

Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.

Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.

“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.

“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah  mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.

“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.

“Apa-apapun saya bersyukur, semua ahli keluarga selamat walaupun ada antara mereka ugut akan memperkosa adik ipar saya sekiranya melawan,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Abdul Sukur menegaskan, PSKK menawarkan kesediaan untuk membantu polis dalam mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan Kampung Permatang Pasir terutama pada waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:21 AM | Show all posts
dah merompak, pas tu expect org terima cinta nya?  nak ke boyfriend keje merompak, dgn kawan2 kaki cabul. ntah2 dia pun biasa cabul org lain yg dia rompak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:21 AM | Show all posts
ha3 penin budak pompuan tu nak pk
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:24 AM | Show all posts
uikkkkkkkkkkk..bahaya ni...
mesti org2 dkt ctu gak perompak ni....
eh dah ko rompak umah kluarga tu..rasa2 ko ni diterima ke ...bodoh btul lah.....
tapi ada baiknya gak dia jatuh cinta kat bdk ni..sbb selamat dari diapa2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:25 AM | Show all posts
Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.


Rajin perompak pergi kenduri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:30 AM | Show all posts
akak kalo muka penjenayah macam jeremy meeks
akak tak cari lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 10:36 AM | Show all posts
tengah pikir nak buat movie atau drama...tajuk nye mungkin  "aku rela dan terpaksa"...atau "sumpah lelaki psycho'atau "cinta sang penjenayah"atau "aku tidak pernah hadir dalam hidupmu"atau "Nurul"

@tapibukanaku  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:37 AM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 26-6-2014 10:21 AM
ha3 penin budak pompuan tu nak pk

diluah mati mak, ditelan mati bapak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:38 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 26-6-2014 10:30 AM
akak kalo muka penjenayah macam jeremy meeks
akak tak cari lain
kerlass kak....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:39 AM | Show all posts
goss79 posted on 26-6-2014 10:21 AM
dah merompak, pas tu expect org terima cinta nya?  nak ke boyfriend keje merompak, dgn kawan2 kaki c ...

kalau bad boy cam ekin cheng - young & dangerous, boleh hadam jugak...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.088102 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list