CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nsyazawani

[Jenayah] Dua beradik ditemui 5 Km dari lokasi dibawa lari

[Copy link]
Post time 25-6-2014 09:48 AM | Show all posts
sam_survivor posted on 25-6-2014 09:44 AM
Memang kena lock kereta even I isi minyak kat stesen gas pun lock kereta gak walaupun isi guna kad ...

yup memang kena lock
tapi masih ramai ibu2 yang selamba badak tinggalkan anak dalam kereta masa nak bayar minyak tu
aku kat kereta sebelah ni dah kelam kabut sebab nampak baby 6 bulan kot dah nangis2 kena tinggal
aku ni dengan pegang pam lagi 
dengan nak monitor minyak full tank lagi

kalau aku p dekat kat baby tu sah2 depa tuduh aku nak culik baby


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 09:57 AM | Show all posts
Berjalan sambil dukung adik
[size=0.9em]Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.

[size=0.9em]Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.


[size=0.9em]“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.
[size=0.9em]“Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.

Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
[size=0.9em]Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.
[size=0.9em]“Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.
[size=0.9em]“Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.
[size=0.9em]Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.
[size=0.9em]“Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.
[size=0.9em]
Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:58 AM | Show all posts
kenapa masih ramai mak bongok mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:03 AM | Show all posts
Empat anak dia handle sorg
Yg di htr dulu tu xtau la umur brp ... Mgkin dia angkat beg baju baby dll
Biasa mcm ni mesti berenti dpn rmh pengasuh je
Tp seminit pon la ni x bole la nak hrp lg sekelip mata je

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:05 AM | Show all posts


Sebaik saja ditinggalkan penjenayah yang mencuri kereta ibunya di tepi jalan, seorang budak lelaki berusia 9 tahun memberanikan diri berjalan lebih 500 meter sambil mendukung adiknya berusia empat bulan, sebelum diselamatkan orang ramai di Taman Perindustrian Puchong, semalam.

Muhamad Naqiuddin Rashid, berpakaian seragam Sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan (SKIMI) mendukung Muhamad Thaqiff selain menggalas beg sekolahnya dan berjalan tanpa haluan sebelum ditemui dua lelaki yang menyelamatkannya.
Sebelum itu, mereka dilarikan seorang lelaki di Jalan Dahlia 1, Puchong Perdana, lima kilometer dari taman perindustrian berkenaan, serta mengugut akan membunuh Muhamad Naqiuddin sebelum dipaksa turun dari kereta ibunya.

Pada kejadian itu, dua beradik berkenaan menaiki kereta bersama ibu mereka, Karniyurtini Ishak, 35, serta dua lagi adik beradik berusia 3 dan 5 tahun dari kediaman mereka di Taman Putera Perdana ke rumah pengasuh mereka di Puchong Perdana, pada jam 7.15 pagi.

Tugas menghantar tiga anaknya ke rumah pengasuh berkenaan rutin harian Karniyurtini sebelum memulakan tugas sebagai pengajar di SKIMI yang terletak kira-kira 300 meter dari Puchong Perdana.

Bagaimanapun, kealpaan wanita itu tidak mematikan enjin kereta dan tidak menguncinya ketika menghantar dua dari tiga anaknya ke rumah pengasuh mengundang padah apabila kenderaannya dilarikan seorang lelaki sebelum sempat beliau berpatah balik untuk mengambil bayinya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:07 AM | Show all posts
alinone78 posted on 25-6-2014 09:46 AM
cadangan aku

tokey nursery kena prihatin sama

cadangan aku pule,
semo nursery patut dibuat drive thru. masuk situ, drop anak tnpa kuar kereta..
asal kete, mpv bole masuk ja
jgn lori balak masuk sudah..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
parents malaysia mmg xsuka dgr ank diorg menangis...
ank tido dlm kereta sanggup biarkn sebab kalau angkat budak tu nnt die menangis...(puiii)

banyak dah kes yg aku dgr,parents malaysia ni bahayakn nyawa ank diorg sbb xnk ank menangis...

lepas tu bila kecelakaan berlaku,parents plak menangis xde kesudahan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
alinone78 posted on 25-6-2014 09:46 AM
cadangan aku

tokey nursery kena prihatin sama

kat forum ni ramai mangkuk ayun yang belum kawen, belum tau betapa renyahnya uruskan anak2 kecik. tu pasal semua duk memaki si emak je. sembang saja kencang. poyo habis. esok2 bila dorg ni jadi emak, dapat pulak laki cuma tau sumbang sperma saja, entah2 perangai lagi cuai dan hazab dari emak budak berdua ni. choi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
auntieagony posted on 24-6-2014 03:13 PM
A'ah. Serba salah makbapak sekarang. Dikunci kereta dgn anak2 di dlm - takut tertinggal dan terus  ...

bukan suruh kunci kereta, suruh matikan enjin n cabut kunci
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
Mohon cikgu anak kpd azhar sulaiman lempang kokedai budak sekolah tu 10x.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:09 AM | Show all posts
apa dah jadi dgn dunia nih remaja plakkk dah berani plakkk buat kerja tuh ....
seram plkkk sya baca nih ............
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:10 AM | Show all posts
jelas terang lagi nyata Malaysia kini sudah tidak aman...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:11 AM | Show all posts
mixed posted on 25-6-2014 09:57 AM
Berjalan sambil dukung adik
Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan ka ...

bagus betul technician tu..amik tau hal budak ni.


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:11 AM | Show all posts
ingat lagi kes kawan aku singgah beli nasi lemak

tinggal 2 anak dalam kete,boleh si abang yg dah lock kete dari dalam sambng tido.6tahun

adik dah tentu tido.

balik2 ke kete panggil si abg tak bangun2,ketuk2 cermin.tak sedar gak.
las2 org2 kat situ sama tolong goyang2 kete.baru la sedar

sejak tu kawan dah tak singgah2 beli.

**mungkin boleh lock kete dari dalam tapi bukak sikit cermin kete .
tahla macam2 kemungkinan tak terjangka sekarang ni.
tu belum kes 'van putih' yang tersebar skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:16 AM | Show all posts
saden posted on 25-6-2014 10:09 AM
bukan suruh kunci kereta, suruh matikan enjin n cabut kunci

Kalau matikan enjin & cabut kunci, aircond off, kesian kat anak2 kat dlm kereta.

Cadangan : Pihak taska/tadika/nursery sediakan seorg pekerja utk menjemput anak2 drp kereta ibubapa yg menghantar anak lebih drp seorg ke tempat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:17 AM | Show all posts
cekenit posted on 25-6-2014 06:35 AM
Aku pun perasan bnd yang sama..semua la kaum ibu yg buat..bile jd bnd mcm ni masuk paper or berita ...

2 sebab;

1. Pompuan yang selalu cuai bab2 keselamatan ni.
2. Pompuan jugak yang nampak lemah dan mudah dimangsakan. (Kalau yg hantar tu bapaknya jantan muka gangster agak2 penyangak nak serang tak?)

Tu pasal bila timbul berita, secara statistiknya mangsa ialah pompuan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 10:18 AM | Show all posts
auntieagony posted on 25-6-2014 10:16 AM
Kalau matikan enjin & cabut kunci, aircond off, kesian kat anak2 kat dlm kereta.

Cadangan : Pi ...

Haih... kan tak sampai seminit nak hantar anak masuk dalam gate Taska tu?

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:23 AM | Show all posts
alinone78 posted on 25-6-2014 09:41 AM
anak dia 4

dia hantar yang 2 orang (abang n kakak) dulu sambil angkat barang

nank taknak memang kena buat cam aku suggest tula dah maknya sorang.... tinggalkan anak2 dlm keta tengah running n x berkunci memang mengundang bahaya..... bapaknya ke mana tak tolong skali antar anak? keje shift ker?


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan posted on 25-6-2014 07:12 AM
moral of the story.. atas faktor keselamatan.. ibu ibu kena la jadi suri rumah sepenuh masa dalam te ...

kalau la betul kerajaan nk implement mcm ni akk mau sesangat..dah 2 tawun berenti keja sbb nak jaga ank2 n jd drebar depa pi amik antaq ke sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:33 AM | Show all posts
sapp73 posted on 24-6-2014 02:48 PM
Remaja sekolah pun dah jadi samseng melarikan kereta serta bawa senjata tajam.

Nasib baik tersela ...

yes setuju suruh anak lock keta dari dalam..kalau umur 6 tahun die dah faham dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.077195 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list