Komen Lana Nordin:
Kami kawan dan rapat sejak sebulan lalu. Kami masih dalam proses mengenali dan belum ke tahap bercinta lagi. Saya tak mahu lagi letakkan status kami ini sebagai bercinta atau pasangan kekasih sebab masih awal lagi. Dia pun masih baru dalam industri. Kebetulan dia jadi hero saya dalam filem ‘Biasan’. Jadi saya rasa tak salah saya bawa dia ke majlis sebegini untuk pendedahan dia. Sambil tu sikit sebanyak dia dapat pendedahan dan berkenalan dengan pihak media. Dia seorang yang easy going, terbuka dan senang nak berborak. Dia tak kisah tentang hal yang remeh-temeh. Semua orang ada sejarah kan. Walaupun dia baru berusia 20-an, dia matang. Dia tak kisah pun tentang kisah-kisah kontrovesi saya yang lalu. Dia pun bijak menyesuaikan diri dia dengan kawan-kawan saya. Dia dengan giler-giler dia, saya dengan giler-giler saya. Kami bole ngam lah From
http://beautifulnara.com/mas-kha ... ekasih-lana-nordin/
|