Bab 20
Adira menoleh. Lelaki yang lebih tinggi darinya berada dekat dengannya. Adira mengangkat muka. Berkacamata. Lelaki itu tersengih-sengih. Adira mengerutkan dahi. Patut lah ! Desis hatinya.
“Junaidi !” ujar Adira.
“Nah, dik !” ujar kakak yang membungkus keropok lekor. Adira pantas menyambut plastik bungkusan yang telah diisi dengan keropok lekor. Selesai membayar, dia segera menjauh dari gerai itu. Junaidi mengekorinya.
“Apa tarik tudung?” Adira menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Mana ada.” Junaidi menyangkal kata-kata Adira.
“Habis, siapa yang buat ? Kan awak yang diri belakang saya, ?” Adira masih lagi tidak puas hati.
“Tengok tu,”Junaidi menyuruh Adira kembali melihat ke arah gerai tadi.
“Apa ?” soal Adira hairan.
“Nampak tak lelaki yang rambut warna karat tu ?” Junaidi menunjuk ke arah lelaki yang berambut perang. Namun Adira tidak dapat melihat wajahnya kerana lelaki itu berdiri membelakangi kedudukan mereka.
“Dia yang kacau awak.,” ujar Junaidi lagi. Adira terkedu.
“Saya yang halang dia. Nasib baik saya nampak dia kacau awak,” kata Junaidi.
Lelaki berambut perang yang ditunjuk oleh Junaidi itu menoleh berkali-kali. Wajahnya seperti tidak puas hati. Junaidi mengajak Adira beredar dari situ.
“Sorry. Saya dah tuduh awak,” Adira memohon maaf kerana salah sangka.
“Saya tak marah pun. Awak kena hati-hati,” balas Junaidi. Dia senyum saja. Kemudian dia menambah lagi, “ Tapi kalau saya yang buat, awak tak payah nak marah lah. Seronok dapat menyakat awak.” Junaidi sengih.
Adira membuat mimik muka. Amboi ! Kata hatinya.
“Awak datang seorang aje ke ni ?” soal Adira.
“Ya. Jom lah jalan dengan saya,” pelawa Junaidi.
Tanpa bantahan, Adira menurut saja pelawaan Junaidi. Mereka berjalan berdua dan singgah membeli di beberapa gerai. Apabila azan Maghrib berkumandang, Junaidi mahu pulang. Dia tidak mahu terlepas waktu Maghrib.
“Jom, Dira. Balik,”ajak Junaidi.
“Eh, nak hantar ke?” soal Adira.
“Yelah. Jom. Nak jalan kaki seorang aje ke ? Kan dah nak senja ni,” balas Junaidi. Adira menurut.
Adira mengekori Junaidi hingga ke kereta. Mereka masuk ke dalam kereta dan beredar.
“Dira habis cuti sem ni bila ?” soal Junaidi.
“Dalam bulan depan.” Jawab Adira.
“Oh, dah puas cuti?”
“Belum lah. Kalau boleh nak tambah lagi sebulan,” Adira ketawa di hujung kata.
“Pemalas !” kata Junaidi. Adira hanya menjelir lidah.
“Macam budak-budak aje perangai,” ujar Junaidi.
“Yelah, saya muda lagi. Tak tua macam awak,” Adira membalas dengan sindiran.
“Haihh..kadang-kadang risau saya tengok awak,” ujar Junaidi pula.
Adira tidak membalas. Dia hairan. Kenapa Junaidi nak risau tentang dirinya pula ? Namun dia tidak bertanya. Nanti tak pasal-pasal Junaidi fikir dia perasan.
“Pasal budak lelaki tu dah settle ?” soal Junaidi.
“Budak lelaki mana?” soal Adira. Maksud Junaidi…
“Yang menangis tulah.”
“Oh, yang menangis tu ! Err..,” teragak-agak Adira mahu menjawab.
“Tak settle lagilah tu kan ?” Junaidi menduga.
“Hmm..” jawab Adira.
Mereka tiba di hadapan rumah Adira. Sekejap saja. Perbualan mereka tamat di situ. Adira cepat-cepat keluar dari kereta dan memberi salam. Junaidi menjawab salam dan memandu keretanya pergi. Adira lega kerana tak perlu lama-lama untuk berkongsi hal Faiz kepada Junaidi.
Bukan kah dia tidak mahu melibatkan orang lain dalam halnya dengan Faiz ? Jadi, dia perlu bertegas dengan diri sendiri supaya jangan mudah berkongsi hal dengan Junaidi. Dia faham niat baik Junaidi yang ingin tahu namun dia seboleh-bolehnya tak mahu melibatkan Junaidi. Dengan emak dan ayah pun dia tidak bercerita, ini kan pula Junaidi. Adira rasa belum tiba masanya dia bercerita kepada emak dan ayahnya. Nanti masalah tak selesai pula. Risau juga bila memikirkan kalau-kalau ayahnya melarang terus dia berurusan dengan Faiz yang angau terhadap dirinya. Jadi, cukuplah Junaidi tahu yang dia ada urusan dengan Faiz, itu saja.
“Korang dah dapat contact Aina ?” soal Sofia dengan reaksi terkejut. Dia mengoncang lengan Adira berkali-kali kerana teruja. Adira yang sedang cuba menggantung blouse, terkejut dengan reaksi Sofia. Perlakuan Sofia itu turut mencuri perhatian Kak Nana dan Kak Siti. Mereka kehairanan.
“Relaks, nanti jatuh baju ni,” ujar Adira tidak senang.
“Macamana rupa dia?” soal Sofia lagi. Masih teruja ingin tahu.
“Macam model,”balas Adira.
“Ye ke ? Wow ! Aku nak tengok jugak, Ira.” Pinta Sofia.
“Nanti aku send kat whatsapp gambar dia.”
“Kau.. tak jealous ke ?” Sofia sengaja menduga.
“Jealous apa nya ? Tak ada sebab aku nak jealous,” balas Adira.
“Yelah, nanti Faiz tu jatuh hati kat Aina lagi, dia takkan pedulikan kau.”
“Kau ni, itulah yang sepatutnya !,” balas Adira bersungguh-sungguh.
“Kau tak menyesal ke ?”
“Nak menyesal kenapa pulak ? Aku bukan nak pun kat Faiz tu.”
“Pergh, degil betul hati kau ni.. Hati kau tak terusik langsung ke dengan Faiz sekarang ? Bukan ke dulu kau suka betul kat dia ? Macam pelik aje kau boleh layan dia macam tak ada feel.” Sofia menduga lagi.
Adira diam. Memang lah dulu dia memuja Faiz. Tapi itu dulu. Cerita lama. Adira tak ingin perasaannya kepada Faiz hidup semula. Biarkan ia terkubur begitu saja.
“Benda yang lepas jangan dikenang,” ujar Adira penuh maksud.
“Tapi sekarang, kau tak bertepuk sebelah tangan.”
“Kau nak kena sekeh dengan aku ke Sofia ? Dah aku cakap tak, tak lah.” Adira mengomel.
“Yelah, sebab kau nak bertepuk tangan dengan Junaidi, kan ? Kan ?” Sofia bertanya galak.
“Aku tepuk amai-amai aje,” balas Adira lalu ketawa.
“Ceh !” balas Sofia. “Habis, korang nak buat apa ? Jumpa Aina ?” soal Sofia pula.
“Aku tak sure. Tapi kalau face to face lagi bagus. Tunggu dulu apa Faiz nak buat.”
Adira sendiri tidak pasti hendak tunggu Faiz atau tidak sebenarnya. Adakah dia patut bertindak atau biar Faiz saja yang bertindak ? Ini kan urusan Faiz dengan Aina? Siapalah Adira ? Hanya watak sampingan dalam kisah cinta mereka. Kalau dia turut campur tangan, tak menjadi masalah kah ? Dia sudah mengotakan janjinya untuk sama-sama mencari Aina. Kini Aina sudah Berjaya dijejaki. Patutkah dia turut sama bertemu dengan Aina ? Adira tidak pasti.
Namun dia ingin tahu dari Aina tentang siapa yang sebenarnya telah mengambil gambarnya dan memberikan alamat emelnya kepada Faiz Haikal. Patutkah dia mencari jawapan kepada persoalan itu bersama Faiz atau sendiri-sendiri ? Ini penting baginyatapi mungkin tidak bagi Faiz. Boleh kah kalau dia memberitau Faiz yang dia mahu menyelesaikan hal itu seorang diri saja ?
Faiz berfikir lagi. Mereka sudah berjaya menjejaki Aina. Sekarang apa yang perlu dibuat ? Adakah Faiz punya urusan lagi dengan Aina ? Bukankah hubungannya dengan Aina sudah tamat ? Hatinya pun sudah bukan untuk Aina lagi. Namun bila memikirkan Adira yang ingin mengetahui siapa dalang yang memberikan gambarnya kepada Faiz, dia juga jadi ingin tahu. Rasanya dia memang perlu tahu ! Siapa yang telah menggunakan dirinya sebagai helah untuk mempermainkan Adira? Jika dapat, memang Faiz akan kerjakan orang itu. Faiz nekad.
“Hello..Assalamualaikum. Ni Aina ke ?” soal Faiz di talian.
“Waalaikumusalam.Ye, ni Aina. Siapa ni ?” balas suara gadis itu di talian.
Faiz diam. Entah kenapa dia kelu setelah mendengar suara Aina. Sudah lama dia tak mendengar suara gadis itu.
“I’m Faiz.. Faiz Haikal.”
“Faiz.. Faiz Haikal ? Are you kidding me ? ” kedengaran suara gadis itu juga seperti terkejut.
“No, I’m serious. Remember me ?” Faiz teruskan menyoal.
“Faiz Haikal.. You mean Haikal ke ? Anak Auntie Anita ?”
“Ya, lets meet. Weneed to talk.”
“Okay..” balas Aina setelah gadis itu diam untuk beberapa saat.
Setelah memutuskan untuk bertemu, Faiz mematikan talian. Faiz berasa lega kerana Aina setuju untuk bertemu dengannya. Faiz mula resah. Peliknya kenapa dia rasa tak keruan seperti itu. Entah bagaimana pertemuannya dengan Aina nanti.
Faiz duduk menunggu di taman, tempat yang menjadi tempat pertama dia bertemu dengan Adira. Hari ini, taman ini sekali lagi menjadi saksi pertemuannya dengan seorang lagi gadis iaitu Aina. Faiz tidak dapat menipu diri lagi. Dia memang resah. Walaupun dia tak dapat merasai perasaan terhadap Aina, namun gadis itu pernah bermain cinta dengannya.
“Haikal..” panggil Aina. Dia mendekati. Faiz serta merta berdiri dan melihat Aina. Dia bagaikan terpukau. Cantik. Memang cantik. Aina senyum. Faiz berani bersumpah ramai lelaki yang telah gugur meilhat senyuman Aina.
Aina sama cantik seperti yang dilihat di Facebook. Rambut hitam yang lurus. Mata yang cantik. Sekali pandang, Aina mampu memikat hati sesiapa pun yang melihatnya. Aina duduk di sebelah Faiz. Faiz ikut duduk. Untuk seketika, mereka diam dan hanya berbalas pandang.
“Awak apa khabar?”soal Aina.
“Baik aje. Awak ?”
“Saya okay.”
Mereka diam lagi.
“Lama kita tak duduk sekali macam ni,” ujar Aina. Dia menyambung, “ Awkward kan ?”
“Sikit..”
“Haikal okay ke sekarang ? Awak dah baik ke ?”
“Saya okay. Just..I can’t remember few things.”
“Auntie Anita tak marah ke Haikal datang jumpa saya ?”
“Dia tak tau pun.”
“Mesti Irfan yang tolong kan ? Dah agak dah.”
Aina merenung wajah Faiz. Lama.
“Haikal, awak nampak lain. But still awak Haikal. Saya tau..” ujar Aina. Dia bertanya pula, “So, ada apa awak nak jumpa saya ?”
“Boleh awak cerita balik macamana mama suruh awak putus dengan saya ?” soal Faiz. Aina diam untuk beberapa saat. Mungkin cuba mengenang kembali bagaimana Pn.Anita memintanya agar menjauhi Faiz.
“Haikal, awak tau kan awak kemalangan ?” soal Aina. Faiz mengangguk.
“Then, awak koma. Masaawak koma tu, Aina ada datang jenguk Haikal untuk beberapa kali. I’m worried about you. Really worried. Setiap hari Aina berharap Haikal cepat sedar & bangun.
Auntie Anita sedih sangat bila jadi macam tu. She cried almost everyday. Dia sayang sangat kat awak, Haikal. Hati emak siapa yang tak marah bila anak dia ditimpa musibah macam tu. Dia marah kat Aina. Sangat-sangat marah. Aina lah penyebab Haikal jadi macam ni,” Aina bercerita.
“Dia tau kita couple. Dulu dia baik dengan Aina. Tapi lepas macam-macam jadi, dia marah. Dia taknak saya dekat lagi dengan awak. Dia mintak saya tinggalkan awak untuk future awak. Dia cakap life awak could be better if tak ada saya. I can’t do anything. Anyway, dia mama awak. Dia lebih berhak ke atas awak. Haikal, awak tau kan kenapa kita bertengkar masa kemalangan tu ?” Aina bercerita dan bertanya. Tenang saja namun ada hiba di wajahnya.
“Sebab Adira..” balas Faiz.
“That girl..,”ujar Aina. “ Aina memang tak suka dia. Dia pandai curi perhatian Haikal. Dia yang bagi lukisan tu. Aina tak lupa sampai sekarang. Aina sakit hati bila tengok Haikal tak habis-habis memuji-muji potret tu. Saya mengaku, saya cemburu,” Aina bercerita dan membuat pengakuan. Faiz mendengar dengan teliti.
“Walaupun Haikal beria-ria jadikan sebagai hadiah harijadi Aina. I hate it !,” ujar Aina lagi.
“Sebab.. saya percaya, kalau dia yang buat, mesti awak akan terfikirkan dia bila tengok potret tu. I can’t stand it. I’m the one who can win your heart, Haikal. Saya takut dia, budak perempuan yang tak seberapa tu boleh ambil awak dari saya,” Aina meluahkan ketidakpuas hatinya.
“Maybe it sound childish tapi Aina tak peduli. Mana boleh macam tu,” Aina beremosi pula. Keningnya berkerut-kerut.
“Aina, awak tau tak siapa yang dapat gambar dengan alamat emel Adira ?” Faiz menyoal pula. Faiz menatap Aina. “ Awak ke ?” soal Faiz lagi.
“Kenapa Haikal nak tau pasal tu ?” soal Aina pula.
“Saya nak tau. Awak ke ? Please jujur.”
“Kenapa awak kisah ? Awak.. sekarang dengan dia ke ?” soal Aina lagi. Ada riak tidak puas hati diwajahnya.
“Just tell me, Aina.. tell me,” Faiz cuba merayu.
“Iq.. Iqbal,” jawab Aina. Faiz terkejut. “What ?,” katanya.
|