Bapa harap penjenayah langgar anak diberkas
[size=0.9em]Kulaijaya: Bapa kepada anggota polis unit rondaan bermotosikal (URB) yang maut selepas dirempuh penjenayah dalam kejadian di Parit Buntar, Perak jam 1 petang tadi mengharapkan penjenayah terbabit diberkas segera. [size=0.9em]Bapa mangsa, Abdullah Mahmood, 49, berkata, dia yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menjalankan tugas sebaik mungkin dan dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat bagi memberi keadilan kepada anaknya, Mohd Azuan, 25.
Saya menerima berita mengenai kejadian ini lebih kurang jam 1.30 petang daripada anak bongsu saya sebelum beberapa rakan arwah turut menghubungi saya memaklumkan kejadian.
"Sebagai bapa pastinya saya terkejut dengan kejadian ini kerana ia berlaku dalam sekelip mata lebih-lebih lagi arwah bakal bernikah pada 28 Mei ini (Rabu) dan majlis perkahwinan di sebelah perempuan pada 1 Jun ini (Ahad) ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Scientex di sini, sebentar tadi.
Menurut Abdullah, walaupun pahit untuk menerima kejadian itu namun dia sekeluarga tetap menerimanya dan berharap semua anggota polis yang lain untuk lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas.
|