Edited by dani-rox at 5-4-2015 01:18 AM
Cynthia dan John jatuh cinta masa sama2 belajar di satu art college... good girl yg terpesona dgn bad boy gituhh. Dua-tiga tahun kendian, John baru naik dgn Beatles dan Cynthia pon pregnant. So, John ajak lah GF nya itu kawen... Tapi masa permulaan Beatles popular, ramai peminat tak tahu pon kewujudan bini John Lennon. Dia org ingat beliyaw single jah. Padahal Cynthia disuruh dok diam2 jah di rumah, dan tak pernah pon dibawa ke mana2 majlis/party. Lama2 selepas Julian iaitu anak derang lahir dan mencapai umur toddler sebegitu, barulah orang tahu John dah berbini. Itu pun Cynthia masih diletakkan sbg background jah. Orang nampak derang keluar bersama pon sekali sekala jah.
Lewat 60-an, John pun mula curang... jalinkan hubungan dgn Yoko Ono. Yoko tu pon gilakan John... sanggup pi rumah derang utk menggoda beliyaw. Pernah Cynthia sendiri ternampak derang dlm keadaan yg sgt scandalous di rumahnya. John buat bodoh jah, mungkin sengaja nak sakitkan hatibininya tu. Sudahlah John tu mula main dadah. So dia org cerai, dan John cuma offer duit 75k sebab baginya itu jah nilai Cynthia dan anak derang. Julian, si anak kalo dikutkan selalu diabaikan oleh apaknya tuh. John pernah bagi tahu yg Julian hanyalah hasil 'eksiden' jah dan dia tak pernah pon mencintai Cynthia. Kawen pon sbb terpaksa katanya. Tapi Cynthia nafikan... Masa derang masih dikolej dulu, John memang suka tulis surat2 cinta utknya.
Paul McCartney cipta lagu 'Hey Jude' utkJulian masa tengah heboh dgn kisah perceraian John dan Cynthia.
Ada rumours mengatakan John ni kaki dera...Bukan first wife jah yg kena, Yoko pon pernah dipukul.
Selepas bercerai, Cynthia terus terasing dr klik Beatles. Dia kawen semula sebanyak dua kali tp semua berakhir dgn perceraian, mungkin dia takbleh lupakan first love nya, John Lennon. Dua tiga hari lepas, Cynthia meninggal dunia akibat penyakit kanser. |