CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] Negaraku yg makmur - minta sedekah beli susu anak

[Copy link]
Post time 6-5-2014 05:24 PM | Show all posts
otai_g posted on 6-5-2014 01:24 AM
drp dok meratib rmi2 dlm ni salahkan maik cik ni dan suaminya, baik la pi hulur sepuluh dua.

no a ...

me pernah hidup susah, nak belajar pun me kena keja habis kelas,
berapa tahun tak makan mcd kfc tu sebab duit siap bercatu...

so me memang pandang sebelah mata aje orang miskin yang pemalas....
keja kampung suami dia tu, me nak tau merokok tak sominya itu itu ini....
ada pakai henpon tak, etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 05:41 PM | Show all posts
faraway1 posted on 6-5-2014 05:24 PM
me pernah hidup susah, nak belajar pun me kena keja habis kelas,
berapa tahun tak makan mcd kfc t ...

mana ko tau dia org kg yg pemalas?

ko pernah tgk x kawan2 ko yg lbh berjaya dr ko. let say la ko pakai kete proton, kawan ko pakai ferrari.

adil ke kalo aku kata ko pakai proton sbb ko pemalas. kalo ko rajin mest ko pakai ferrari

kdng kalo rajin mcm mn pun da x de rezeki jd susah jgk.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:50 PM | Show all posts
otai_g posted on 6-5-2014 05:41 PM
mana ko tau dia org kg yg pemalas?

ko pernah tgk x kawan2 ko yg lbh berjaya dr ko. let say la k ...

dia tahulah org tu jiran sebelah rumah dia masa kt kampung
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:51 PM | Show all posts
ha ah bagi jer laa......sian kat baby tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:52 PM | Show all posts
Suchi posted on 6-5-2014 05:22 PM
mcmmana leh tengok?

yelah tu tak kenal

dah lama... long2 time ago

yg pasti sy bukan xclassmate akak, confirm
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:09 PM | Show all posts
Santeira posted on 6-5-2014 01:56 PM
family planning.

ingatlah, anak tu tanggungjawab yg amat besar. kalau agak2 tak mampu nak beri ke ...

yg nih, aku rs agree. tp, org luar bandar, mmg kurang ilmu pasal nih. aku penah borak dgn sedara2 laki aku. depa sebok pertikai awat nak family planning. reason aku bg mcm2. tp, ujung2 dia ckp: " ala, makan jugak kan? g skolah jugak kan? " pd dorg, asal cukup makan, cukup pakai, anta g skolah, CUKUP. nih borak dgn org yg konon2 blaja tinggi. blaja tinggi tak bermaksud akal pun tinggi.
*sigh*



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 06:36 PM | Show all posts
faraway1 posted on 6-5-2014 05:24 PM
me pernah hidup susah, nak belajar pun me kena keja habis kelas,
berapa tahun tak makan mcd kfc t ...

ponsel sekarang wajib ada tak kira ada uang ke tidak.
jenama ponsel jah yg membeda kan.

namun akak lehat tokei kedai makan tomyam dekat area akak tinggal sekarang pakai ponsel nokia yg tak sampai RM100 seketul itu jah, restoran ada dua bijik lagi area situ.
sempoi sahaja, termalu akak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:50 PM | Show all posts
harimau76 posted on 6-5-2014 01:51 PM
ok.. now I know.. kalau tak mampu beli susu, kena salahkan gomen...

Kalau tak mampu beli rumah..duduk sekeluarga dalm reban ayam..kita jangan salahkan kerajaannya...sebab kat negeri lain pun ramai gak yg miskin.

Reban ayam jadi rumah
Oleh Norliza Wasilan

2010/07/05      Keluarga  diami   reban ayam akan segera dibantu: Shahrizat

KOTABHARU: Sayu dan menyayat hati! Itulah perasaan yang dapat digambarkan sejurus melihat kehidupan pasangan Yusuf Wahab, 35, dan Fatimah Jalin,36, bersama tiga anak mereka yang kini terpaksa mendiami bawah rumah yang sebelum menjadi bekas reban ayam.

Ruang yang mempunyai ketinggian kira-kira satu meter berdindingkan jaring besi serta papan buruk sudah pasti tidak selesa untuk didiami pasangan terbabit bersama tiga anak iaitu Nur Atikah Yusuf, 6, Mohd Haikal, 5, dan Mohd Aiman, 3.

Berbeza keluarga lain yang hidup selesa di rumah masing-masing,mereka tiada pilihan, selain terpaksa menduduki bekas reban ayam itu sebagai rumah berikutan kesempitan wang. Sebelum ini, mereka sekeluarga tinggal di rumah adik iparnya yang ketika itu kosong.

Fatimah berkata, selepas adik ipar kembali ke rumah berkenaan,mereka sekeluarga mengambil keputusan membersihkan reban ayam di bawah rumah itu untuk dijadikan tempat tinggal.

"Saya dan suami tidak mempunyai masalah dengan adik ipar, cuma sejak dia balik tinggal di rumah ini, kami mengambil keputusan untuk tinggal di bawah rumahnya dengan anak secara rela.

"Walaupun sedih dengan keadaan sekarang terpaksa tinggal di bekas reban ayam, kami tiada pilihan lain kerana suami tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Pendapatan suami sebagai pemandu lori hanya RM350 sebulan dan itupun hanya bawa lori untuk dua kali sebulan. Bagi menampung kehidupan,suami memelihara ternakan dan beberapa jenis burung dan arnab untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Suri rumah itu berkata, berikutan ketinggian bekas reban ayam itu hanya kira-kira satu meter, pergerakan mereka terbatas sehingga memaksanya untuk memasak di luar kawasan rumahnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Syukurlah, walaupun hidup dalam keadaan kekurangan, kami masih tidak putus makanan dan anak pun tidak cerewet. Saya juga sebak memikirkan anak selalu mengadu kepala sering terhantuk pintu rumah,"katanya yang tidak pernah memohon bantuan kerajaan kerana malu.

Selain itu, Fatimah yang mengakui mengalami sakit bahagian belakang badan kerana terpaksa membongkok ketika berada di dalam rumah berkata, beliau bersama suami sering berendam air mata memikirkan nasib mereka terutama anak yang semakin membesar.

"Paling sebak, apabila ada yang bertanya kepada anak di mana tempat tinggal, mereka hanya mampu menjawab tinggal di reban ayam,"katanya yang mengakui tempat tinggalnya sudah dua kali ditenggelami banjir sebelum ini.

Kesempitan hidup keluarga itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat pasangan berkenaan dan menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkejut dengan kehidupan keluarga berkenaan, berkata pihaknya akan membantu mereka berpindah selain menghulurkan bantuan sewajarnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa memberitahu saya mengenai keadaan keluarga ini dan kalau saya tak datang, memang susah nak percaya.

"Mereka perlu dipindahkan. Saya akan meminta JKM dan UMNOPengkalan Chepa untuk memberi bantuan," katanya yang turut menyerahkan bantuan makanan kepada pasangan berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 06:52 PM | Show all posts
siputsedut posted on 6-5-2014 03:56 PM
mana pegi wang zakat

tulah pasai..mana pinya wang zakat?..

Oleh Torek Sulong
[email protected]

Dalam kepayahan yang terpaksa dilalui bersendirian, Rosnani Mamat amat mengharapkan suaminya pulang lebih-lebih lagi anaknya, Mohd. Shabini disahkan oleh doktor menghidap penyakit buah pinggang.



PASIR PUTEH 6 Mei - Apa yang dipanggil rumah buat seorang ibu bersama sembilan orang anaknya berteduh di Kampung Kolam Tembesu disini hanyalah sebuah bangsal, bekas kandang lembu.

Sudah lima bulan keluarga itu menetap di situ dan mereka tidak mempunyai pilihan lain biar pun terpaksa tinggal bersesak, tanpa kemudahan bekalan air bersih, malam yang diterangi pelita ayam dan basah bila hujan.

Seperti ibu-ibu yang lain, Rosnani Mamat, 38, mengimpikan anak-anaknya tinggal dalam keadaan sempurna tetapi nasib keluarganya tidak sebaik orang lain kerana himpitan kemiskinan dan diburukkan dengan konflik keluarga.

"Sebelum ini kami menumpang di rumah orang tua tidak jauh dari sini dan kemudiannya terpaksa berpindah, menjadikan keadaan lebih buruk,"ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Bangsal seluas tiga meter persegi di tanah datuknya dibaiki dan diubahsuai menggunakan plastik tebal dan papan lama sebagai dinding.

Enam anaknya masih di bangku sekolah manakala tiga lagi masih kecil termasuk yang bongsu berusia setahun dan Rosnani bersendirian menguruskan anak-anak kerana suaminya bekerja sebagai buruh kasar diPulau Pinang.

Selain kiriman bulanan suaminya sekadar RM100, dia bersyukur kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan RM450 sebulan bagi membolehkan dapur rumahnya berasap dan anak-anak ke sekolah.

''Hati saya menangis melihat anak- anak tidur bergelimpangan dalam ruang sempit ini apatah lagi bila melihat mereka resah ketika ruang tidur basah kerana bocor.

Tiga anak saya belajar di sekolah rendah dan tiga lagi belajar di sekolah menengah.

"Anak saya, Norshihah Maidin, 17, dan Nor Shamira, 15, akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Mereka perlu lebih banyak belanja," ujarnya.

Selain itu, katanya, Nor Ain Eliya, 13, Mohd. Amirul, 10, dan anak kembarnya, Mohd. Shabani dan Mohd. Rabbani, 8, turut memerlukan wang saku untuk belanja sekolah.

"Lazimnya mereka ini, tidak membawa wang ke sekolah dan mengharapkan bantuan makanan yang disediakan menerusi Rancangan Makanan Tambahan,"katanya.

Katanya, keadaan rumah membataskan tumpuan anak-anaknya untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam kerana hanya menggunakan pelita minyak tanah.

Menurut Rosnani, dia berusaha mengangkut air bersih berulang kali bersama anak-anak sejauh 400 meter untuk keperluan mereka.

Dia memberitahu, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi bersama Guru Besarnya, Halimah Mahfud terus menziarahi keluarganya dan menyampaikan sumbangan hasil derma guru-guru selepas mendapati ketiga-tiga anaknya tidak pernah membawa wang ke sekolah.

Dalam kepayahan yang terpaksa dilalui bersendirian, Rosnani amat mengharap suaminya pulang, lebih-lebih lagi apabila anaknya Mohd.Shabini disahkan oleh doktor menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa sering menjalani pemeriksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren posted on 6-5-2014 05:52 PM
dah lama... long2 time ago

yg pasti sy bukan xclassmate akak, confirm

dan2 panggil akak kehkeh

walhal tah2 sebaya

ai blm masuk 3 series lg yea.

cemanalah korang leh  tgk gambo org nih xleh jd nih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf ckp, org yg betul2 susah akan berusaha dan amat malu skali nak meminta ni.
Utk kes ni nmpk keraguan kat situ, si suami tu kenapa tak usaha lebih sikit? Maybe si iateri dh biasa meminta sblum ni & dpt hasil yg lebih lumayan dr bila bekerja. Hasil sedekah ni boleh cecah rm500 sehari kalau guna cara dia tu....sbb rakyat malaysia mmg pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:07 PM | Show all posts
Innrukia posted on 6-5-2014 07:02 PM
Minta maaf ckp, org yg betul2 susah akan berusaha dan amat malu skali nak meminta ni.
Utk kes ni n ...

yg peliknya tu..siisteri tahu suami tak kerja..kangkang kat rumah siang dan malam...dia tak marah kah?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 6-5-2014 07:07 PM
yg peliknya tu..siisteri tahu suami tak kerja..kangkang kat rumah siang dan malam...dia tak marah  ...

Ntahla ankel susah nk ckp... Kat kilang ni ramai ja ibu tunggal yg keje siang mlm buat ot utk tanggung 4-5 org anak..... Dah la takde laki, anak ramai, tp boleh jer hidup tanpa meminta ni....
Ni bersuami, muda plak tu anak br dua...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:11 PM | Show all posts
inilah yang dia kata setiap anak ada rezeki dia ka apanama
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:13 PM | Show all posts
asermullen posted on 6-5-2014 03:18 PM
laaa akak .. hang boleh cakap elok2 tadi mak pak , otak udang semua keluaq.. tudia nak jadi heroin ...

jangan bergaduh lah dengan AdamBillionaire, buang masa jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:16 PM | Show all posts
ultra78 posted on 6-5-2014 02:07 PM
Akak ni dah mintak baitulmal kah? Sepatutnya org malaysia dah tak ada yg meminta sedekah untuk bel ...

laki dia bukan indon sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 07:17 PM | Show all posts
Innrukia posted on 6-5-2014 07:11 PM
Ntahla ankel susah nk ckp... Kat kilang ni ramai ja ibu tunggal yg keje siang mlm buat ot utk tang ...

Ni i cerita betul...berlaku diAmpang Selangor...staff anak I.

pempuan ni dia lebih tua dari lakinya...dia bekerja dgn anak 1..selalu komplen tak cukup, hutang banyak..makan tengahhari pun jarang..dia sering cerita kat anak i pasal perangai suaminya yg duduk rumah mengangkang je..kerja tak nak..harapkan hasil bini je(macam sesetengah laki diKelantan lah)..kesian kakak tu anak i cerita kat i.

satu hari nak dijadikan cerita suaminya call bini dia ni..marah2 sambil tu bini dia ni nagis depan anak i...satu perangai anak i ni..dia tak boleh tengok macam tu..dia mintak phone tu...dia terus basuh kawkaw laki kakak tu sampai laki tu bisu.

lusa...anak i diberitahu oleh kakak tu..laki dia dah dapat kerja kat dlm store kat satu supermarket diAmpang....boleh je laki dia tu kerja.



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 6-5-2014 07:17 PM
Ni i cerita betul...berlaku diAmpang Selangor...staff anak I.

pempuan ni dia lebih tua dari lak ...

Betul tu ankel, bkn nak ckp la... Ramai sgt lelaki yg bukan lelaki skrg ni. Tak layak pun nak kawen yet si pompuan nak jugak hadap. End up kesian kat anak2...
Inn slalu gak sembang dgn operator kat kilang ni. Boleh tau susahnya depa tp depa usaha kerja. Baru ni ada operator laki baru kawen. Mas kawen rm500 hantaran rm2k... Tak berhutang pun. Kira okla hidup dgn kemampuan sendiri. Yg penting rajin kerja. Insyaallah takkan kelaparan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:31 PM | Show all posts
Innrukia posted on 6-5-2014 07:23 PM
Betul tu ankel, bkn nak ckp la... Ramai sgt lelaki yg bukan lelaki skrg ni. Tak layak pun nak kawe ...

sebenarnya..cari rezeki yg berkat je..kalau berkat..cukup semuanya...kalau cari kerja tak berkat..tu yg selalus usah je..

dikg..berapa ramai penoreh kedah, penanam padi yg ramai anaknya...bukan banyak pun dapat sebulan...ce tengok hasil berkat yg mereka dapat..anak2 menjadi...sampai boleh masuk univesiti...dia laki bini pi umrah pi haji...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 08:10 PM | Show all posts
Hampa ni kalau xmau tolong x payahla duk mengata mcm2..

xpenah beranak, xpenah jaga anak sakit, xpenah jaga bb xpayah judge org itu ini ...kalau dia tipu pun tu antara dia dgn tuhan lah..kita tunai tanggungjawab as masyarakat yg prihatin..lg pun bukan hari2 kita besedekah pd org susah kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049072 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list