CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 17-9-2014 04:06 PM | Show all posts
Adi menjemput Nelydia di hadapan kedai 7-eleven.

“Nape lambat?” tanya Nelydia yang tunggu Adi lebih kurang sejam itu.

“Keje I bukan mengadap U je. Banyak lagi keje yang I  nak kena buat!”

Adi tolong membukakan pintu untuk Nelydia.

“U keluar dengan perempuan lain kan?”

“Apa U merepek ni?”

“Boleh jujur dengan I tak?!”

“Nak jujur apanya kalau dah betol I dari pejabat!”

“Tipu!”

“Sekarang ni U nak I hantarkan U balik ke tak?”

“I nak U kahwin dengan I”

“Gila!”

“What? U panggil I gila?”

Adi terus berjalan masuk ke dalam kereta. Nelydia bengang! Dia masuk ke dalam kereta lalu tutup dengan kuat sekali.

“Sampai hati U panggil I gila.”

“I kalau nak kahwin bukan dengan perempuan macam U.” selamba Adi menjawab sambil menukar gear.

“Habis tu selama ni?”

“Pemuas nafsu I!”

“Hah?! Arghhhhhhh!! U memang lelaki tak guna.” Bertalu-talu Nelydia menampar dan menolak tubuh badan Adi.

“Hei! Heiii!!” jerkah Adi.

Nelydia kembali diam. Nafasnya turun naik.

“Kalau tanya lelaki waras, dah tentu nak isteri yang suci murni. Alaaaaa..macam lah I tak tahu apa yang U buat di belakang I..”

Nelydia semakin geram.

“Perempuan kalau ada maruah, tak da maknanya nak melayan lelaki yang ajak dia keluar malam.”

“U tak payah nak hina-hina I erk! I boleh hidup la tanpa U..”

“Ok, good! So..”

“So?”

“Silakan keluar.”

Nelydia mengetap bibirnya menahan marah. Memang agak rugi besar jugaklah kalau dia tinggalkan si Adi jerung besar ni!

“Tunggu apa lagi? Keluar la!”

Nelydia cuba memegang tangan Adi. Adi menepisnya.

“I’m sorry..”

Adi menggelengkan kepalanya lalu mengeluh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 04:07 PM | Show all posts
Beto menghentikan keretanya di hadapan sebuah tasik yang agak berhampiran jugak lah dengan kolej mereka itu. Sunyi dan sepi! Jap! Gelap jugak laa..

Puteri Sarah agak hairan dan sedikit gementar. Perlahan-lahan dia membuka tali pinggang keledar.

“Kenapa awak bawa saya datang ke sini?”

Beto membetulkan kedudukannya lalu mengadap Puteri Sarah. Kemudian dia memegang tangan Puteri Sarah.

“Awak cintakan saya?”

“Ya..” jawab Puteri Sarah ikhlas.

Beto diam kembali. Kemudian tangannya mula menggatal. Disentuhnya paha Puteri Sarah.

“Hei, apa ni?”

“Sarah! Dengar sini.” Beto menggenggam tangan Puteri Sarah.

Puteri Sarah mula takut. Apa yang Beto sedang cuba mahu lakukan?

“Buktikan cinta awak pada saya.”

“Hah? Bukti?”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Saya akan bertanggungjawab apa yang berlaku pada malam ni.”

“Apa awak cakap ni, Beto?”

Beto mula mengganas. Nafsunya bertambah bila Puteri Sarah semakin melawan kehendaknya.

“Saya nak awak serahkan pada saya.”

“Ha? Apa semua ni?”

Beto menarik Puteri Sarah ke pangkuannya. Puteri Sarah meronta minta dilepaskan. Beto menurunkan seat kereta. Kemudian dia naik ke atas Puteri Sarah.

“Awak..jangan awak..” Puteri Sarah merayu.

“Awak mesti serah pada saya. Lepas ni abang Shah dah tak ada alasan nak pisahkan kita.”

“Bukan ini caranya, awak..” Puteri Sarah sudah mula menangis.

Beto membuka zip seluarnya.

“Jangan awak..tolongggggggg!!!!!!!” Puteri Sarah menjerit.

“Shhhhhhh..” Beto menutup mulut Puteri Sarah.

“Sekali lagi awak jerit, saya pukul awak!”

Puteri Sarah buntu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea!

“Arghhhhhhhhh!!! Sakit la bodoh!!”

Puteri Sarah menendang alat sulit Beto lalu dia sempat berlari keluar dari kereta itu. Menangis sambil berlari ke pintu besar kolej.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:09 PM | Show all posts
Shahnaz memberhentikan keretanya di hadapan pintu besar kolej itu. Kemudian dia memandang jam di tangannya.

“Hmm lagi 5 minit pukul 9..”

Kemudian dia tiba-tiba nampak Puteri Sarah berlari ke arahnya. Dengan cepat dia keluar dari kereta. Puteri Sarah menangis dan terus memeluk abangnya itu. Erat!

“Hei! Kenapa ni?”

Puteri Sarah masih memeluk erat abangnya.

“Sarah! Boleh tak bagi tahu abang apa yang dah berlaku ni? Tudung sampai senget ni kenapa?!” Shahnaz mula lantang bersuara.

“Takutt…”

“Yelah takut. Takut ape?! Adoi..kang aku belasah gak kau ni kang!”

Puteri Sarah diam membisu. Patutkah dia bagi tahu Shahnaz apa yang telah berlaku?


                                                              **********

Nazim kusyuk bermain PS3. Kemudian dia memandang jam di dinding.

“Cepatlah balik abang oii! Tak sabar plak nak bagi tahu ni..heh heh heh..”

Tiba-tiba cahaya lampu dari luar menerjah masuk ke ruang tamu itu.

“Yes! Abang dah balik.”

Nazim menutup televisyen lalu terus berjalan ke muka pintu. Sebaik pintu dibuka, terus badannya di tolak Puteri Sarah dan laju adik angkatnya itu berjalan menuju ke anak tangga dan masuk ke dalam bilik. Nazim memandang Shahnaz.

“Kenapa tu, abang?”

“Ni sorang lagi! Aku pun dari tadi dia tak bagi tahu, ko plak banyak bunyi.”

Shahnaz merebahkan punggungnya di atas sofa.

“Tanya pun marah..”

Nazim duduk bersebelahan abangnya.

“Kau apehal ni?”

“Nak bagi tahu ni.”

“Ape?”

“Aku nak ke US.”

Shahnaz terdiam.

“Kevin, call aku tadi. Ayah dia cari pekerja baru.”

“Kevin yang datang rumah kita dulu-dulu tu ke?”

“Yelah. Kevin mana lagi?”

“Manalah tahu Kevin yang lain ke.. Bila nak pergi?”

“Eh, kau izinkan aku pergi ke?”

Shahnaz membetulkan kedudukannya. Mereka berdua bertentangan mata.

“Kau pun tahu kan yang arwah mak dan abah penah pesan kita tiga beradik tak boleh berpisah kan? Tapi tak bermakna aku nak sekat niat baik kau tu.”
Nazim tersenyum.

“Satu je abang nak pesan.”

“Nasib baik satu je..”

Shahnaz terus menunjal kepala Nazim.

“Adoi!”

“Dengar dulu apa aku nak cakap ni.”

“Yeeee..” Nazim memuncungkan mulutnya.

“Ingat asal usul kita. Jangan lupa diri bila dah ada kat tempat orang. Nak buat apa pun ingat Allah..ingat keluarga!”

“Itu bukan satu pesanan dah tu abang!”

“Kau nak aku tunjal kepala ko lagi ke?”

“Tak nak..tak nak! Hehehehe..”

“Bila nak pergi ni?”

“Minggu depan.”

“Tiket dah tempah?”

“Belum. Tunggu abang leee..”

“Esok sabtu kan? Boleh la kita pergi esok beli tiket.”

“Sekarang on-line je abang oi..”

“Banyak bunyi ko erk?”

Pang!!!! Kedengaran bunyi seperti pasu pecah di atas. Terus Shahnaz dan Nazim memandang ke arah bilik Puteri Sarah.

“Sarah!” Shahnaz berlari naik ke atas diikuti Nazim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:11 PM | Show all posts
Adi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang dia tidak pernah datang. Rumah Beto!

“Rumah sape ni?” tanya Adi kehairanan.

“Err..member kolej.” Berani betul dia!

“Member kolej? Nape tak nak balik rumah je?” Adi ingat rumah student perempuan.

“U tak tahu ke yang akak I dah bercerai? Sekarang dia duduk rumah boyfriend dia. Malas la nak kacau dia malam ni.”

“Owh..kes curang la erk?”

“Tak jugak actually..”

Adi mengerutkan dahinya. Pelik! Kalau bukan kes curang, kes apa pula kan?

“Tak nak masuk dulu ke?” pelawa Nelydia sambil memegang tangan Adi.

“Tak kot.”

“Tak? Nak ke mana yang cepat sangat ni?”

“Jangan banyak tanya sangat boleh tak?”

Nelydia diam. Nak tinggalkan lelaki tu, rasa rugilah pula sebab ‘bank bergerak’ katakan! Nelydia cuba hendak mengucup bibir Adi, namun Adi sempat mengelak.

“I minta maaf pasal tadi tau.”

Adi hanya mengangguk sambil menukar gear. Perlahan-lahan Nelydia membuka pintu lalu keluar.


                                                        **********

Beto baring di atas katil. Berpeluh dahinya. Kemudian dia terpandang akan handphone di sisinya.

“Apa aku dah buat ni?”

Beto cuba menghubungi Puteri Sarah. Panggilannya tidak dijawab.


                                                       **********

Tok! Tok! Tok

“Sarah! Bukak pintu ni!!” jerit Shahnaz dari luar.

Diam. Dia memandang Nazim.

“Kunci pendua ada?”

“Jap.” Nazim berlari turun ke bawah.

“Sarah! Bukak pintu ni!! Abang pecah pintu ni kang!”

“Abang, nah!”

Shahnaz mengambil kunci pendua dari Nazim lalu terus membuka pintu bilik Puteri Sarah. Aik? Mana Puteri Sarah?

“Sarah! Sarah!” Shahnaz dan Nazim kehairanan Puteri Sarah tiada dalam bilik itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi tangisan halus di dalam almari pakaian.

“Seram la plak abang oii!” tegak bulu roma Nazim dibuatnya.

“Shhhh..”

Shahnaz menghampiri almari pakaian Puteri Sarah yang besar itu. Perlahan-lahan dia menolak pintu almari ke arah kiri. Ya! Puteri Sarah sembunyi di dalam almari pakaiannya.

“Sarah..”

“Pergi! Sarah tak nak jumpa sesiapa pun!”

“Apahal kau ni?!”

“Keluar la! Sarah nak bersendirian.” jerkah Puteri Sarah balik.

“Melampau betul kau erk!” Shahnaz masuk ke dalam almari itu dan terus menarik Puteri Sarah keluar.

“Sakit la, abang.”

Kuat Shahnaz menggenggam lengannya.

“Tau pulak sakit! Yang kau sakitkan hati aku kau tak fikir pulak erk?”

Puteri Sarah menangis.

“Aku nak tanya kau ni. Kau ni dah kenapa? Menangis bagai..siap menyorok dalam almari lagi. Nak jadi ju-on ke ape?!”

Puteri Sarah tolak Shahnaz lalu terus baring di atas katil dan langsung menyelimutkan dirinya.

“AKu cukup pantang betol orang yang tak faham Bahasa ni!” Shahnaz menarik selimut adiknya itu.

Kemudian dia menarik rambut Puteri Sarah.

“Kau keluar dengan siapa tadi?”

“Sakit laaa..”

“Aku tanya dengan siapa kau keluar tadi?!!”

Tiba-tiba handphone Puteri Sarah berdering. Kebetulan pula handphone itu bersebelahan dengannya. Tertera wajah Beto di skrin tersebut.

“Aku dah agak dah! Dia rogol kau erk?”

“Tak…”

“Cakap dengan aku, dia rogol kau ke?!!!!!” Shahnaz seperti dirasuk. Semakin kuat dia genggam rambut Puteri Sarah.

“Takkkkkkk!!!!!!”

“Kau bawak aku pergi rumah dia sekarang.”

“Jangan la, abang..”

Shahnaz terus menarik tubuh badan Puteri Sarah turun dari katil. Dirembatnya tudung di atas meja solek, lalu langsung membawa adiknya itu turun ke bawah.

“Kau jaga rumah!” Shahnaz sempat pesan pada Nazim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:14 PM | Show all posts
Beto mengambil setin air coke. Dibuka lalu terus dihirupnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.

“Siapa pula datang malam-malam ni?”

Beto ke ruang tamu. Dibukanya pintu dan muncullah wajah Nelydia.

“Hai awak..” Nelydia melambai tangannya.

“Eh, awak. Dah malam kot.”

“Nak masuk boleh?”

“Tapi..”

“Please, awak.. kejap je..”

Beto kalah. Mudahkan?


                                                               **********

Sesekali Shahnaz memandang Puteri Sarah yang sudah bengkak matanya itu.

“Sarah tak nak pegi rumah Beto..” teresak-esak Sarah yang membiarkan airmatanya mengalir.

“Kau memang nak aku lambung kau keluar kan?”

“Sebenarnya tak ada apa-apa pun.”

“Kalau tak ada apa-apa tak kan sampai kau nangis mcm ni? Hei, boleh lap tak airmata kau tu? Habis basah baju!”

Perlahan-lahan Puteri Sarah mengesat airmatanya.

“Beto rogol kau kan?”

“Tak!! Berapa kali Sarah nak cakap?”

“Mana rumah dia?”

Puteri Sarah diam. Shahnaz menggenggam lengan adiknya.

“Sakit!”

“Sebelum aku genggam sampai lebam, bagi tahu aku rumah dia lorong mana.”

“Depan tu! Pastu belok kanan.”

“Siap korang!”


                                                                    **********

Nelydia memandang Beto yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa segelas kecil yang berisi air coke. Beto tersenyum lalu duduk bersebelahan Nelydia. Ringan tangan Nelydia memegang peha Beto. Serentak itu Beto memandang wajahnya yang lembut itu. Jantung Beto mula berdegup kencang.

“Jom..” ajak Nelydia manja sambil menarik tangan Beto.

Beto seperti dipukau. Mengikut sahaja kehendak nafsu yang sedang membuak-buak itu.


                                                                     **********

Shahnaz mematikan enjin keretanya di hadapan pintu pagar rumah Beto.

“Ni rumah dia?”

Puteri Sarah mengangguk lemah.

“Tau plak ko rumah dia erk? Kau pernah tido kat rumah dia ke?!”

“Apa abang ni?”

Shahnaz keluar dari kereta lalu menarik Puteri Sarah keluar bersama. Pintu pagar dibuka.

“Abang..jom lah kita balik!”

“Kau ni dah kenapa?”

Sebaik sahaja Shahnaz hendak memegang tombol pintu, kelihatan pintu terkuak menandakan pintu rumah tidak tutup dengan rapat. Shahnaz memberi isyarat pada Puteri Sarah supaya mendiamkan diri. Perlahan-lahan Shahnaz dan Puteri Sarah masuk ke dalam rumah bujang Beto itu.

Terdengar bunyi yang kurang menyenangkan di dalam bilik utama hadapan itu.

“Suara perempuan?” bisik hati Puteri Sarah.

Shahnaz memandang Puteri Sarah. Puteri Sarah dengan langkah yang laju menuju ke bilik utama itu. Matanya kembali berair.

Sebaik sampai di depan bilik itu, tanpa membuang masa Puteri Sarah terus memulas tombol pintu lalu membukanya.

Kelam kabut Beto dan Nelydia menarik selimut lalu menyelimutkan diri mereka. Tergamam Puteri Sarah dan Shahnaz setelah apa yang mereka lihat pada waktu itu.

“Sayang…”ucap Beto sambil mencari boxernya.

“Aku tak sangka korang berdua sanggup buat aku macam ni.. Aku benci kau, Beto!”  Puteri Sarah terus berlari keluar dari rumah itu.

Mungkin ini satu berita gembira buat Shahnaz.

“Aku belum habis lagi dengan kau!” Shahnaz sempat memberi amaran pada Beto sebelum dia keluar dari rumah itu.

“Arghhhhh!!!!” Beto membaling bantalnya ke bawah.

Nelydia hanya tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:16 PM | Show all posts
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Shahnaz sengaja membiarkan Puteri Sarah bersendirian melayan diri yang sedang sedih itu.

“Memang kau jodoh aku, Sarah..” bisik hati Shahnaz.

Sampai sahaja di rumah, Puteri Sarah membaling kasut yang dipakainya itu ke dinding lalu laju masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

Nazim yang sedang bermain ‘watsup’ itu terus bangun lalu berjalan ke arah Shahnaz yang baru masuk ke dalam rumah itu.

“Kenapa tu, abang?”

“Tadi dapat tangkap Beto boyfriend dia tu tengah romen dengan perempuan lain.”

“Hah?”

“Aku dah cakap dah..Beto tu bukan lelaki yang baik!”

“Nasib baik..”

“Nasib baik?”

“Yelah. Kalau dah kawin baru tahu perangai macam tu, tak ke naya adik kita tu?”
Shahnaz tersengih.

“Ada peluang la abang lepas ni kan?”

Shahnaz terus memandang Nazim.

“Naz tahu abang boleh jaga Sarah dengan baik.”

Shahnaz terus bangun lalu berjalan ke dapur.

“Abang boleh tipu Naz, tapi abang tak boleh tipu diri abang sendiri!!” jerit Nazim lalu tersenyum.


                                                        **********

Jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Puteri Sarah masih termenung melayan perasaan. Bengkak langsung matanya!

Shahnaz yang kebetulan mahu turun ke bawah ternampak cahaya lampu bilik adiknya itu masih bernyala.

“Tido tak tutup lampu ke?”

Perlahan-lahan Shahnaz berjalan ke arah bilik Puteri Sarah.

“Nak ketuk ke tak?”

Shahnaz melepaskan nafasnya. Baru sahaja dia hendak ketuk pintu, pintu bilik itu terbuka. Shahnaz dan Puteri Sarah sama-sama terkejut. Shahnaz perasan akan mata adiknya yang bengkak itu. Namun, wajah Puteri Sarah yang kelihatan lemah itu lebih menarik perhatian Shahnaz. Baru sahaja Puteri Sarah hendak menutup pintu semula, Shahnaz cepat menahan dari tertutup.

“Nanti dulu!”

“Sarah tak ada mood nak cakap.”

Puteri Sarah terus menutup kuat pintu biliknya. Shahnaz menundukkan mukanya ke lantai.

“Abang..”

Shahnaz terus menoleh ke belakang. Kelihatan Nazim sedang tersenyum padanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2014 04:16 PM | Show all posts
Shahnaz mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkan di bibir. Kemudian dengan tiba-tiba juga dia baling rokok itu ke tanah.

“Baik kau ngaku je lah yang kau suka kat Sarah tu.”

Shahnaz terus menoleh ke belakang. Direnung tajam wajah Nazim.

“Tak lama lagi aku dah nak pergi. Sekurangnya sebelum aku pergi, dapat jugak lah makan nasi minyak abang aku ni..”

Terus Shahnaz berjalan laju lalu menumbuk manja perut Nazim.

“Adeh!”

Shahnaz mengeluh. Kemudian dia memandang langit.

“Aku perlukan kekuatan untuk..”

“Haaaa..kan dah ngaku dah!”

Shahnaz terus memandang Nazim.

“Kau rasa patut ke perasaan ni wujud dalam hati aku?”

“Aku ok je..”

“Sarah?”

Ya! Puteri Sarah curi mendengar perbualan dua orang abangnya itu. Ditutup mulutnya apabila dia dapat rasa Shahnaz mula jatuh hati padanya.

“Macam mana kalau Sarah tak boleh terima aku?”

“Tak cuba tak tau kan?”

“Tapi kalau dah cuba, menghampakan tak ke malu?”

“Sekurangnya kita mencuba kan?”

Shahnaz terdiam. Perlahan-lahan Nazim meramas bahu Shahnaz yang sasa itu.

“Kalau mak dan ayah masih hidup, tentu mereka setuju dengan tindakan abang ni.”

Shahnaz masih diam. Manakala Puteri Sarah yang sudah berkaca matanya itu perlahan-lahan menaiki anak tangga lalu masuk ke dalam bilik.


                                                                                        **********



Pada keesokkan harinya..

Puteri Sarah menyandang begnya di bahu lalu turun ke bawah menuju ke dapur. Shahnaz yang tengah bakar roti sedar akan kehadiran Puteri Sarah.

“Kelas start pukul berapa?” tanya Shahnaz sambil membuka apron.

Puteri Sarah diam. Dibuka peti ais lalu mengambil sekotak air susu. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari dapur, Shahnaz sempat memaut lengan adik angkatnya itu.

“Sarah dah lambat.”

“Jamah la sikit roti yang abang bakar ni..”

Dalam renungan Puteri Sarah itu. Puteri Sarah menarik lengannya lalu terus berjalan keluar dari rumah. Tiba-tiba kelihatan Beto sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Kusut masai!

“Kau nak ape?” Puteri Sarah bengis!

“Maafkan saya, awak..”

Puteri Sarah membuka pintu pagar lalu terus menolak tubuh badan Beto yang agak kecil itu.

“Berambus laa! Aku dah tak hingin nak tengok muka kau lagi.”

“Bagi saya peluang..”

“Bukan awak yang tak layak untuk saya..tapi saya yang tak layak untuk awak!” Puteri Sarah menahan airmatanya dari mengalir.

Shahnaz yang berdiri di muka pintu hanya diam menjadi pemerhati.

“Saya rasa cukup sampai di sini hubungan kita. Saya dah tak sanggup..sakit! Sakit!!” terus Puteri Sarah berjalan laju meninggalkan Beto sendirian.

Sebaik sahaja Beto menoleh ke belakang untuk membuka pintu keretanya, Shahnaz muncul di hadapan mata.

“Puas hati kau buat dia macam tu?”

Beto diam. Dia cuba membuka pintu kereta namun dihalang Shahnaz.

“Memang betul apa kata hati aku. Kau memang lelaki yang tak guna sesen pun! Permainkan perasaan orang perempuan. Nak jadi legend kaki perempuan la konon erk?”

“Abang tak ada hak nak cakap saya macam tu.”

“Kenapa plak?”

Shahnaz menggenggam kolar baju kemeja Beto itu.

“Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.”

Beto menepis tangan Shahnaz. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Tanpa berkata apa-apa terus dia berlalu pergi dengan lajunya.
Last edited by momey on 17-9-2014 04:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:19 PM | Show all posts
Puteri Sarah tak masuk kelas pada pagi itu. Dia berserabut! Permandangan tasik di hadapannya itu menjadi peneman hati di kala ingatan masih segar bermain adengan Beto bersama kawannya juga, Nelydia.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Dirabanya di dalam beg mencari handphone yang masih berbunyi itu. Dapat! Kelihatan nama ‘Abang’ tertera di skrin Handphone.

Puteri Sarah mengeluh! Dia tak jawab. Namun tak putus asa Shahnaz berkali-kali menghubunginya. Untuk kali yang ke-5 Puteri Sarah terpaksa menjawabnya.

“Sarah kat mana ni?”

Puteri Sarah diam.

“Sarah dah pekak ke? Abang tanya Sarah kat mana sekarang?!”

Puteri Sarah terus mematikan talian. Dia menangis.

“Ayah….Sarah nak ayah..”

Puteri Sarah memeluk erat begnya itu.


                                                                       **********

Shahnaz masuk ke dalam bilik Nazim. Masih terbongkang tidur! Terus diselaknya selimut lalu ditamparnya bontot Nazim lalu mengejutkan Nazim tidur yang nyenyak itu.

“Sakit la weii!!!”

“Kau tau Sarah selalu lepak mana kalau dia stress?”

“Bayar la weii!!”

“Kepala hotak kau! Sarah mana?” Shahnaz menarik rambut Nazim pula.

“Weiii sakit la woiii?!!” Nazim terus menolak Shahnaz.

Shahnaz jatuh terduduk. Kuat juga Nazim melawan kudrat si Shahnaz yang sasa itu.

“Bila kau nak berubah erk baran kau tu? Cuba banyak-banyak istighfar. Aku rasa sembahyang kau setiap hari tu belum cukup sempurna.”

Shahnaz diam. Nafasnya turun naik dan cuba dengar apa yang Nazim sedang perkatakan padanya.

“Mana perempuan nak kalau macam ni perangai kau! Berubahla..”

“Aku minta maaf..” Shahnaz sentap.

“Kau berubah sejak ayah meninggal. Yang pergi tetap pergi, abang. Tak guna pun abang nak tunjuk ego..baran.. Tak bawa untung pun! Benci lagi adala!”

“Aku risaukan Sarah..”

“Tuhan ada boleh jagakan dia, abang.. Dia dah besar. Kalau aku jadi Sarah pun aku rimas!”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 04:20 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.

“Ya Allah..” Shahnaz kusut.

“Boleh duduk diam tak? Kehulu kehilir..pening!”

Shahnaz terus merebahkan dirinya di atas sofa.

“Mana kau pergi, Sarah???”

Tiba-tiba pintu dikuak. Muncul wajah Puteri Sarah yang pucat itu.

“Sarah..” Shahnaz dan Nazim terus mendapatkan adik mereka itu.

“Sarah..Sarah pegi mana tad…”

Puteri Sarah terus jatuh pengsan. Nasib baik Shahnaz sempat menyambutnya.

“Astaghfirullah..Sarah! Bangun, Sarah! Nazim, pegi amik air.”

Nazim menurut perintah.


                                                                          **********

Beto yang baru keluar dari kedai runcit itu berjalan menuju ke arah keretanya. Dipandang kereta kiri dan kanan untuk melintas. Baru sahaja dia hendak melintas, dia ternampak Nelydia bersama dengan seorang lelaki berpakaian kemas sambil berpegangan tangan. Bertambah terkejut apabila Nelydia berulang kali cium pipi lelaki itu tanpa segan silu di tempat awam.

Beto tak sedar yang kakinya sedikit demi sedikit melangkah ke tengah jalan. Tak kelip matanya memandang Nelydia.

“Aarghhhhh!!!!!”

Jeritan itu mengejutkan Nelydia dan Adi.

“Kenapa tu?”

“Orang eksiden la tuu.. Dah jom!”

“Nanti!”

Nelydia seolah-olah dibawa untuk melihat ke tempat kejadian itu. Orang ramai semakin sesak berkumpul di kawasan kemalangan yang melibatkan lori tong gas itu. Corak baju kemeja yang dipakai mangsa dia macam pernah tengok.

“Tolong tepi sikit..” Nelydia akhirnya berjaya sampai ke depan mangsa yang terbaring kaku itu.

“Beto?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:21 PM | Show all posts
ok la..smbung esk la plak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 04:55 PM | Show all posts
momey posted on 17-9-2014 04:21 PM
ok la..smbung esk la plak

terbaeklah momey... lama menyepi... bila ada entry panjang lebar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 07:07 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-9-2014 04:55 PM
terbaeklah momey... lama menyepi... bila ada entry panjang lebar...

@Zamzam2013 ekeke
pas mamam pagi, momey smbung lg!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 07:49 AM | Show all posts
selamat pagi momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:32 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 07:49 AM
selamat pagi momey

morning @zamzam2013
ok jom smbung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:33 AM | Show all posts
Perlahan-lahan Puteri Sarah membuka matanya. Terasa kepalanya sejuk dan basah ketika itu. Kelihatan di kanannya Shahnaz dan kirinya Nazim sedang duduk memandangnya.

“Abang..” panggil Puteri Sarah lemah.

“Shh..Sarah rehat dulu. Nanti..”

“Beto pilih Nely..bukan Sarah.”

Shahnaz terdiam. Dia kemudian memandang Nazim.

“Tadi petang Beto jumpa Sarah. Dia buat keputusan untuk memilih Nely.”

Airmata mula mengalir.

“Dah..dah. Sarah rehat dulu.”

Puteri Sarah terus menggenggam tangan Shahnaz.

“Bodoh betul Sarah kan? Kalau dari dulu Sarah dengar cakap abang, Sarah takkan sakit macam ni..”

“Sarah..”

“Sakit sangat, abang! Sakit!”

“Shhhh..”

Shahnaz terus menarik tubuh Puteri Sarah lalu memeluk dengan erat sekali. Dengan sepuas hati Puteri Sarah menangis di dalam dakapan Shahnaz. Nazim diam lalu tersenyum.

“Moga dipermudahkan untuk mereka berdua hidup bersama..amin” bisik hati Nazim.


                                                                    **********


Seminggu kemudian..

Puteri Sarah masih memegang batu nisan milik Beto itu. Shahnaz yang sudah berdiri di sebelah kereta sengaja membiarkan Puteri Sarah bersendirian.

Air di dalam jug disiram ke pusara. Kemudian Puteri Sarah berpaling ke belakang lalu memandang Shahnaz. Shahnaz perlahan-lahan mengukir senyuman. Puteri Sarah berjalan lemah menuju ke kereta.

“Bagi abang jug tu..”

Puteri Sarah menghulurkan jug itu pada Shahnaz. Kemudian dia mengelap peluh yang mula basah di dahi.

“Sarah dah nak balik ke?”

Puteri Sarah memandang Shahnaz. Kemudian dia menoleh ke belakang mengadap pusara Beto. Kemudian dia memandang Shahnaz semula. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Jom.” Shahnaz membukakan pintu untuk Puteri Sarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
Nizam yang sudah bersiap kemas itu sudah terpacak menunggu Shahnaz pulang ke rumah. Sesekali dia memandang jam di tangan.

“Mana abang nii..flight pukul 2 kot! Sekarang dah pukul berapa dah..aaiishhh” Nazim mengeluh.

Baru sahaja dia hendak menghubungi Shahnaz, terus kedengaran bunyi enjin kereta. Sedikit kelegaan di wajahnya.

Nazim menarik begnya keluar lalu terus mengunci pintu.

“Jangan ada benda yang tertinggal plak!” jerit Shahnaz dari dalam kereta.

Shahnaz kemudian memandang Puteri Sarah yang duduk di sisinya.

“Nape?” tanya Puteri Sarah kehairanan dengan pandangan Shahnaz yang cukup dalam itu.

“Tak de pape..saje tengok.”

Puteri Sarah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Nazim menyimpan beg pakaian di dalam bonet kereta lalu terus berjalan pantas masuk ke dalam kereta.

“Cepat..cepat! Dah lambat ni”

“Kalut benar! Suka la tu pas ni leh dapat awek omputih..”

“Tak yah nak jeles sangat laaaa..” jawab Nazim sambil memakai kaca mata hitam.

“Nyampah nya aku weii!!” Shahnaz cuba bergurau dengan Nazim sambil membuka kaca mata yang dipakai Nazim itu. Namun tak berjaya.

“Hahaha werkk! Werk!! Tangan pendek tak sampai hahaha”

Puteri Sarah ketawa mengekek melihat gelagat abang-abangnya itu.

“Ngade!” Shahnaz menukar gear lalu kereta meluncur laju di jalan raya.

“Kau tak nak aku cari sorang ke awek kat sana?”

“Tak nak laa..”

“Ooo lupa! Dah ada di sini buat apa nak cari di sana lagi kan?”

Puteri Sarah tersentap! Adakah berkaitan dengan dirinya. Terus dia memandang Shahnaz. Shahnaz hanya tersenyum.


                                                           **********

Nelydia menarik tangan Adi.

“U nak ape lagi?!” Adi menolak tangan Nelydia.

“U tak boleh buat I macam ni!!”

“Oooo I tak boleh buat.. so U je lah yang bleh buat? Pergi mampus la!”

Baru sahaja Adi hendak membuka pintu kereta, Nelydia memaut lengan Adi.

“I cintakan U. Tak de orang lain. Sumpah!”

“Boleh percaya ke?”

“U..jangan tinggalkan I..”

“I dah muak! Jelik! Fed-up! Perempuan macam U nak lelaki macam I ni sebab duit je kan?”

“What?”

“Mengaku je laaaa”

“Hai sayang..”

Nelydia dan Adi terus berpaling memandang ke arah suara itu.

“Eh, hai darling..” Adi terus memegang tangan gadis bermata sepet itu.

“Siapa ni?” tanya gadis itu

“Perempuan ni?” Adi menuding jari ke arah Nelydia.

Gadis itu mengangguk.

“Oooo..perempuan ni anak orang gaji yang sebelum ni..”

“Owh yeke..”

“What?!!” Terus Nelydia menampar muka Adi dan terus berlalu pergi dengan malu dan marah yang amat dalam!

Adi tersenyum sambil menggosok pipinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
kenapa beto momey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
Di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

“Sarah, abang nak ke toilet jap.”

“Ok..”

Puteri Sarah duduk bersebelahan dengan Nazim. Nazim yang dari tadi asyik bermain watsup sambil tersenyum sendirian.

“Abang Naz..”

“Yup.”

“Sunyilah abang Naz tak de nanti.”

“Abang kan adeeeee”

“Lain macam je abang Naz ni. Abang Naz ada sembunyikan sesuatau dari Sarah ke?”

Nazim terus menyimpan handphonenya di dalam poket jacketnya. Kemudian dia duduk mengadap Puteri Sarah.

“Sarah jaga diri baik-baik tau.”

“Insyaallah..Sarah tau jaga diri Sarah.”

“Sarah. Ada sesuatu yang abang Naz nak bagi tau Sarah.”

“Ape?”

“Pasal abang.”

“Nape dengan abang?”

“Oiiii!! Sembang ape dekat-dekat sangat ni? Ngumpat aku erk??” terus Shahnaz menolak Nazim lalu Shahnaz duduk di tengah-tengah antara Nazim dan Puteri Sarah.

Nazim terus terdiam. Dia hanya tersenyum memandang Puteri Sarah yang masih ‘blur’ dengan apa yang Nazim cuba ceritakan padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:36 AM | Show all posts
momey posted on 18-9-2014 08:32 AM
morning @zamzam2013
ok jom smbung!

yeah... sayang momey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:39 AM | Show all posts
Pukul 8.00 malam.

Puteri Sarah membuka pintu peti ais. Diambilnya sebotol air twister oren. Kemudian dia duduk sambil menuang air ke dalam gelas.

“Apa yang cuba abang Naz nak cakap dekat aku tadi erk?? Pasal abang plak tu..”

Dia menyimpan kembali air twister oren itu ke dalam peti ais. Baru sahaja dia nak ke ruang tamu, dia bertembung dengan Shahnaz yang ketika itu agak nak cepat ke dapur. Habis tertumpah air oren terkena bajunya dan juga baju Shahnaz.

“Sorry abang..”

Shahnaz terus merampas gelas kosong dari tangan Puteri Sarah dan terus berlalu ke dapur. Aik? Diam je.

“Abang..sorry tau!”

“Tak pe..” Shahnaz membasuh bajunya yang terkena air oren itu.

“Abang nak ke mana?”

Kelihatan Shahnaz kemas berpakaian t-shirt putih bersama seluar jeans.

“Nak kuar jap.” Shahnaz mengelap baju tshirtnya yang basah itu dengan kain bersih.

“Abang keluar lama ke?”

“Ha? Hahaha apa soal abang macam inspector polis plak ni?”

“Sunyi..takut!”

Shahnaz terus memandang Puteri Sarah. Dia lupa! Masa Nazim ada, Nazim yang selalu temankan Puteri Sarah di dalam rumah ini ketika dia sibuk menguruskan hal kerja yang kadang-kadang perlu di selesaikan pada waktu malam.

“Kalau macam tu pegi bersiap. Ikut abang.”

“Nak ke mane?”

“Pejabat abang la..mana lagi?”

“Bosannya!”

“Dah cakap tadi takut duduk sorang-sorang kan? Nak ikut tak?”

Puteri Sarah memuncungkan mulutnya. Tanda sedang berfikir.

“Jangan nak muncung sangat Farah oiii..kepit nak?”

Terus Puteri Sarah menutup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan.

“Pergi siap cepat. Abang tunggu dalam kereta.”

“Ok!!” Puteri Sarah berlari anak meniti tangga lalu masuk ke dalam bilik.

Shahnaz tergelak sendirian.


                                                               **********


Shahnaz menghidupkan enjin keretanya. Kemudian handphonenya berdering. Tertera nama Remy di skrin. Dia tersenyum.

“Hello.”

“Bos mana bossssss”

“Hahahaha sabar. Tuan Puteri aku tengah bersiap.”

“Mengada!”

“Hahaha tunggu la jap! Ok..ok! Macam ni. Bulan ni aku bagi bonus lebih kat kau. Boleh?”

“Waaaa ni yang aku nak dengar sangat ni hahaha thank you bossss”

“Eleh..laju ye!”

Tiba-tiba ternampak kelibat Puteri Sarah sedang berjalan menuju ke arahnya.

“Oitt! Puteri aku dah sampai. Jumpa sana.” Shahnaz terus mematikan talian.

Puteri Sarah masuk ke dalam kereta.

“Lamanya bersiap. Last-last pakai tshirt dengan seluar tracksuit je.” Perli Shahnaz lalu menukar gear.

“Lama ke? Sorry..” Baru sahaja Puteri Sarah hendak cubit lengan Shahnaz, terus Shahnaz mengelak.

“Jaga batas sikit. Bila tinggal berdua ni ada orang ketiga!”

“Heh!” Puteri Sarah menjerling tajam.

Shahnaz ketawa kecil dapat menyakat adik bongsunya itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.668927 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list