CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Graduan Pendidikan tidak dijaminkan peluang kerja.

[Copy link]
Post time 27-11-2013 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari sekolah.. sampai universitu terbawak sampai kerja ka mau spoon feed...  :lol :lol :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ringcat posted on 27-11-2013 06:43 AM
aku bersyukur semakin lama semakin susah nak jadi guru
semoga kesusahan ini membuat hanya mereka ya ...

Stuju dgn ko. Aku slalu bygkan bgaimana kalo student dip stu ipta ni smbung dgree pastu nganggur last2 jd ckgu. Klo dlu byk ckgu seni ngn pj dri ipta ni. Ak pon dri ipta ni jd thu prangai cmne
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:48 PM | Show all posts
nak jadi cikgu.. nak jadi cikgu.. x kira nak jugak jadi cikgu... kikiki....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 06:00 PM | Show all posts
sepupu aku ambik bidang perguruan dulu kat UUM..lepas kelua 2 tahun mengangur..tk dapat keje..banyak interview dia p..satu pun tk lepas..last2 dapat pangilan dr goverment p sabah jadi cikgu...p sana 2 bulan je..pastu balik sini jadi cikgu sekola kat kepong...tp memang sombong la dia tu lps jadi cikgu..suka kutuk org lain kalau mengangur
jadi cikgu 3 bulan je..dah beli rumah 2 tingkat..pastu beli keta pesona..tp semua dari loan...bongkak sungguh dia kata dia beli semua dari hasil usaha dia sendiri....hampir semua barang kat ruma dia beli guna kredit kad..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 06:10 PM | Show all posts
ada gak saudara aku sorang p marah dia..sbb selalu sngt kutuk hubby dia mengangur..malas nak cari keje dan mcm2 lg..
tp tula  dia lupa asal usul dia sendiri yg mengangur lama tu

satu lg yg pelik..dia memang tk suka budak2 lgsung..dia kata merimaskan..tp bole pulak jadi cikgu..kebanyakan cikgu sekarang memang tk ikhlas mengajar anak murid..yg ada tu pun 40peratus je
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 06:13 PM | Show all posts
dia dah 6 tahun keje as cikgu..katanya gaji dia lbh 4k..dia kata doctor dan guru gaji sama je..betul ke Last edited by yasinfi on 28-11-2013 06:14 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2013 06:16 PM | Show all posts
Nak kerja yang terjamin ? Berniaga la ...... . Jadi Boss.  9/10 rezeki Tuhan bagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 06:20 PM | Show all posts
yasinfi posted on 28-11-2013 06:00 PM
sepupu aku ambik bidang perguruan dulu kat UUM..lepas kelua 2 tahun mengangur..tk dapat keje..banyak ...

gila lupa daratan siot sepupu ko..orgnya mmg jenis yg annoying bajet cam bagus je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 09:06 PM | Show all posts
caca_eric posted on 27-11-2013 12:38 AM
bole bygkan tak? umur 59 thn ngajar budak darjah 3 umur  9 thn tu...hahaaa

bkn tu je. yg dah masuk umur 55+ ni salunya dah dpt pakej pyakit jantung-diabetes-darah tinggi , mcm mn lah nk bertahan melayan kerenah students yg di ajar...

tak terbyg guru berumur 60 tahun menjadi cikgu disiplin. silap haribulan terus kojol ble tngok perangai bebudak zmn skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ad sorg ni..dpt posting ke kelantan..blh ditolak sbb xnk g kelantan.nk posting kt bandr kl.byk cantik.bodoh kan..elok2 dpt posting x pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 05:20 AM | Show all posts
Kisah Cikgu Idayu pasrah 8 tahun tak dapat tinggal sebumbung dengan suami

FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yangbaru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.
Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yangmenjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita,terutamanya dari kampung pedalaman.

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi. Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.
Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumahtangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun. Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini. Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan,tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun,setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali. Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal. Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kena ldengan beliau. Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun,permohonannya ditolak sekali lagi. Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal. Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan,sedang menerima rawatan akibat tekanan.
Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya…”

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini. Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya – mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal.Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau.
Tulis beliau kepada saya: “Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO,takda satu tandatangan mereka yang laku… jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa.”

Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa. Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru barusetiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu,” katanya. Jikasatu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula? Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya? Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya,tolonglah teliti kes ini.Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.
Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan. Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadisebuah negara maju?

sumber : suarainsan.net


p/s : kasihan jugakla cikgu ni. dah lapan tahun tak duduk sama suami, tak dapat anak. but in another view, tak boleh nak cakap apa, kalau nak duduk dengan suami, boleh terus merayu, kalau x dapat, dan masih juga nak bersama suami, berhentilah kerja. sekarang ni, pilihlah yang mana lebih penting.

Last edited by xanderz on 29-11-2013 05:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 06:04 AM | Show all posts
kalau begitu sesiapa yg ambil jurusan ini kena ada mentality keusahawanan dan life long learning

sebab at least yg grads ni level 4000  dan berijazah saya rasa  ada baiknya kumpulan ini selain ada keinginan untuk berdikari dan tak harapkan kerajaan  (sebab baca thread lain pandailah kutuk kutuk ) so  try ceburi bidang pendidikan awal kanak kanak  , kindergarten untuk menyediakan satu perkhidmatan jagaan awal kanak kanak yg berkualiti, comprehensive , bersesesuaian dengan tahap perkembanan kanak kanak  dan ekonomikal.  sebab? pada saya  ini masih belum dilakukan .

sebab grad bidang pendidikan tu dah bagus  sebab ada asas kukuh but tambah lagi dengan ilmu augmentative yg lain.

u still can make money

dan harapnya tak ada lagi pusat jagaan nursery yg tahap sampah atau kanak kanak diasuh dengan  kelompok berkualiti sampah sorry to say dan hanya mementingkan keuntungan.

u all have the basics , the knowledge just kena cari modal dan ilmu lain saje lagi.

a little bit more. Last edited by mbhcsf on 29-11-2013 06:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 06:17 AM | Show all posts
chazey posted on 26-11-2013 05:28 PM
Batch aku pun tak ramai jadi cikgu. Yang aku tau sekerat dua ja. Yang lain2 terutama Cainis dan  ...

tapi pada saya kan minat sesuatu bidang tu sangat penting, passion tu, so, kalau rasanya kurang minat , awak rasa , awak nak  cuba bidang lain ke?
sebab u know sometimes, kalau tak minat dan paksa diri tu kekadang tak effect ke cara pendekatan kita, daya usaha dan motivasi  kita untuk tanamkan sifat dan sikap yang betul kat pelajar?
saya tak nafikan faktor pelajar itu sendiri juga amat penting tapi kalau 'aptitude' keguruan itu ada juga memainkan peranan, ethically ...

hmm...ini soalan yg tak ada jawapan salah atau benar tapi  interesting dilemma...u make me think.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:14 AM | Show all posts
Apalah masalah cikgu idayu ni..simpati sgt

kawan2 aku yg cikgu majoriti keja dekat2 je, sekolah lama kami pun ada
sorg kawan tu belum pun 10 thn keja, dah 4 sekolah dia pindah
dlm daerah yg sama pulak tu! kiranya duduk je rmh yg sama, sekolah je pindah2
bila ada masalah je mintak pindah, yg last sekali pindah sbb kena sekolah cina, tertekan katanya

tp dia kata kena tebal muka la sikit,
bkn setakat buat permohonan je, tp kena rajin naik turun pejabat sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:35 AM | Show all posts
Ayun_Maiden posted on 28-11-2013 06:16 PM
Nak kerja yang terjamin ? Berniaga la ...... . Jadi Boss.  9/10 rezeki Tuhan bagi

jual kicap khenz??? buleh jugak kawin sampai 4........dengar2 khatijah "wheelbarrow" am dah bertaubat....betul ka???

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:46 AM | Show all posts
nasib aku bukan cegu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 29-11-2013 06:17 AM
tapi pada saya kan minat sesuatu bidang tu sangat penting, passion tu, so, kalau rasanya kurang mi ...

Entah. I have no definite answer to that question now. I do have the passion but I do not have the drive.

For now, I'll stay.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 01:05 PM | Show all posts
graduan apa pun susah nak cari keje sekarang menurut kata ipan.
ank say hari balik dari melaka, ada pemilihan/assesment oleh JPA SAC.
diorang kumpulkan student yg dijangka grad first class utk masuk ke
GLc n gomen katanya..mmg sgt mencabar n competitive..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:09 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 29-11-2013 08:35 AM
jual kicap khenz??? buleh jugak kawin sampai 4........dengar2 khatijah "wheelbarrow" am dah bertau ...

Baik ko pi jual pung kok kat kumpulan gay tu ... Kira reti juga berniaga


Ni asyik main forum jer . Apa yang ko reti ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:32 PM | Show all posts
apa tunggu lagi jadi cekgu tadika lah .........
ataupun apply kat SPA tuh utk jawatan mana-mana yg setaraf dgn diploma ...
alah jangan lah memilih sangat yg jadi kerani kat jabatan kerajaan skrang nih melambak yg guna diploma tapi apply jadi pembantu tadbir .............. deorang tak kisah punnnnn ada yg dah beranak pinak punnn masih jadi kerani ..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068983 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list