CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: beldandy

Mengejar akhirat...

[Copy link]
Post time 30-9-2013 10:07 AM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 10:04 AM
kenapa posting kau suka buat saya menangis?

Bismillah


saya buat kau nanges?

mmg kau suka nanges ke?

kerjaya aku mmg kejam ke?

buat org berfikir bermalam bkn berjam Last edited by mr_evergreen on 30-9-2013 10:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 10:09 AM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 09:30 AM
bermakna jika sst yg nabi tak buat kita tak boleh buat?
contohnya jika sambil driving kita berdoa ...

Sebab tu kita kena cari ilmu dengan guru yang betul. Berdasarkan perngalaman saya, dalam pembelajaran ilmu agama, cara terbaik adalah berguru (i.e dalam kes orang biasa mcm kita ni pi kuliah2 pendek lepas solat mcm maghrib ke dhuha ke). Buku tu sebagai sampingan. Once you dah berguru, rasanya yang buku tu kurang impact dari segi kupasannya.

Anyway, sapa kata masa tengah memandu Rasulullah tak ajar berdoa? Semuanya bermula dengan ilmu. Bukan setakat doa naik kenderaan, Rasulullah mengajar kita berdoa untuk keselamatan dengan membaca Alfatihah dan Ayat Kursi. Rasululullah dalam hati dia sentiasa ingat Allah (kecuali bila masuk tandas), tak pernah blank macam kita. Kita cari ilmu untuk mempelajari setiap langkah kehidupan Rasulullah, insya allah dapatlah idea apa nak buat. Maka, secara tidak langsung, ianya indicate doa boleh dilakukan dimana2, tak semesti dengan angkat tangan kat sejadah.

Kata2 ibu bel tu berdasarkan hadith. Maksudnya, kalau kita aim akhirat (matlamat), insya allah cara kita mengikut syariat agama (halal). Bila kita aim kebaikan di akhirat, kenala ada ilmu, takut2 ilmu salah, sure menjunam ke neraka.
Last edited by baulu on 30-9-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:55 AM | Show all posts
baulu posted on 30-9-2013 10:09 AM
Sebab tu kita kena cari ilmu dengan guru yang betul. Berdasarkan perngalaman saya, dalam pembelaja ...
Bila kita aim kebaikan di akhirat, kenala ada ilmu, takut2 ilmu salah, sure menjunam ke neraka.

1. Ilmu ni tak perlu banyak, cukup dengan ilmu fardu ain dah memadai(Ilmu wajib tahu bagi setiap orang islam).
Fardu ain mengandungi Tauhid, fekah dan akhlak. Bila dah tamat fardu ain digalakkanlah belajar ilmu kardu kifayah.


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:05 AM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 09:47 AM
Thanks GiQ...

seringkali saya rasa tak pasti...
seringkali saya rasa tak pasti...
ikhlaskah saya
...apa sebenarnya niat saya...
saban hari saya bertanya pd diri sendiri...
ikhlaskah saya menambahbaikkan diri
atau adakah kerana saya sedang bermasalah...
saya sendiri tak dapat jawapan tu GiQ...adakah ini bermakna saya tidak ikhlas?
saya buntu...
di tambah dengan keadaan saya yg masih belum dapat solat...

Syukur, anda telah berada dilandasan yang betul;

Hati Yang Takut

Hati para hamba berada di antara dua jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya. Ya Allah, tetapkan hati kami di atas agamaMu. Terkadang, seseorang dihampiri aral yang merintangi dari maksudnya yang ikhlas, maka ia terhalang dari pahala yang dijanjikan tanpa ia sadari, karena pahala itu hanya diberikan atas amalan yang ikhlas saja.

    “Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (adzab) Rabb mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Rabb mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Rabb mereka (sesuatu apapun), dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka.” (al-Mukminun 57-60).

Mengomentari ayat, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut…” Aisyah bertanya kepada Rasulullah, “Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?” Beliau menjawab, “Tidak wahai putri ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan shalat, dan bersedekah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam kebaikan.” (Hasan dengan syawahidnya, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi 3175, Ahmad VI/159, 205 dan al-Hakim III/393-394).
- See more at: http://jilbab.or.id/archives/171 ... thash.ZkDC2YBN.dpuf


komentar saya supaya awak lebih jelas;
Ada hamba-hamba Allah swt yang melakukan ibadah, bersedekah dan lain-lain amalan agama, namun dalam hati mereka merasa takut, adakah mereka ikhlas atau tidak, namun harapan mereka semuga amalan mereka diterima. Meragui diri sendiri adakah amalan kita diterima atau tidak kemudian berharap semuga amal itu diterima Allah swt adalah satu tanda yang baik.

Last edited by zamkumis on 30-9-2013 11:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:27 AM | Show all posts
zamkumis posted on 30-9-2013 10:55 AM
1. Ilmu ni tak perlu banyak, cukup dengan ilmu fardu ain dah memadai(Ilmu wajib tahu bagi setiap ...

Sapa kata tak banyak......

Once kita dah start belajar satu fakta, kita akan mengorek lagi untuk bandingan dan come up with one resolution.

Kalau setakat baca tanpa guru memang nampak macam tak banyak. Buku bab solat satu jilid, puasa satu jilid. Lepas tu tengok sudut tauhid etc, yg kupasan dia berjela-jela. Hadith Sahih Bukhari pun rasanya tak cukup hayat jika kaedah berguru diamalkan bagi orang kebanyakkan ni.

Cuma, kena ada strategi la. Jangan berguru, tapi ikut dan, kadang2 datang, kadang2 tak datang. Para penganjur yg menguruskan majlis2 ilmu ni pun kena la pandai agar teratur silibus. Kadang2 kena lupakan cuti2 untuk bersuka ria disebabkan tak nak tertinggal kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:42 AM | Show all posts
Cuma nak share dengan bel, sebagai seorang working mother to 3 kids dan takde maid.

1. Join kelas hujung minggu.

Alhamdulillah, kat tempat saya, kuliah2 agama structured, dah tahu ustaz mana ajar aspek apa/kitab apa. Dalam sebulan tu mungkin satu malam  je diallocate untuk penceramah jemputan atau selepas waktu subuh. Selalunya awal tahun, AJK surau akan review balik kelas2 pengajian ni.

2. Dari awal lagi saya declare kat husband dan anak2, weekend malam lepas maghrib kena ada kat rumah sebab nak join kuliah.

So, sy mintak depa punya understanding, kalau nak makan, sila senduk sendiri nasik dalam pinggan. Semua saya dah hidang. As much as possible jangan kacau antara waktu maghrib sampai 10mlm. Hari husband saya malas ke surau, saya dah bagitau details.

3. Kat rumah dibiasakan cerita pasal aktiviti surau dan kongsi2 apa2 ilmu yg diperolehi kat surau.

Husband saya yg jarang2 ke surau pun lama kelamaan tertarik nak join ustaz2 yg bawak ilmu agak heavy, yg dulu dianggap mengelirukan dia. Kdg2 kalau dia tak pi pun, dia pulak hilite ustaz mana kuliah malam tu untuk ingatkan saya.

Nak cari masa, ikutkan banyak godaan, dengan keluarga la, dengan tv la, dengan letihnya kita dengan aktiviti harian. Nak2 kita ni pompuan, isteri dan ibu. Kena cari masa dan manage faktor2 yang berkaitan masa tu la.....

4. Bila berguru, kenalah ada notes, jangan dengar je. W/pun surau ada waqaf kitab2 rujukan untuk jemaah refer, jangan kedekut untuk buat investment. Biar kita dapat scribble additional notes kat kitab2 tu sendiri tanpa risau. Kalau kes kitab yg belum tulis rumi atau tak pernah cetak, terpaksalah saya jot down notes. Sesetengah ustaz saya amat treasure ilmu depa, ni saya akan record.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2013 11:54 AM | Show all posts
Nak belajar ilmu apa pun, kena ada support suami (redha). Mudah usaha kita.

Dah ada ilmu tu, kena zahirkan/amal, insya allah suami suka. Cuma jangan la stress yg drastik sangat.

Macam kes saya, saya bagitau bab hukum sebenar muzik dalam Islam. Dia tak suka saya kelirukan anak2 antara pendapat asal dan yg kontemporari. Jadi, saya taklah kecoh sangat cuma saya kontrol supaya mana2 ilmu yg kita dah tahu tu, kalau tak boleh avoid 100% pun cubalah ada usaha untuk elakkan dan improve.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 02:07 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 30-9-2013 10:02 AM
Bismillah

kau menulis dgn bahasa yg cukup indah
aku membaca dgn tafsiran yg cukup kerdil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2013 02:11 PM | Show all posts
baulu posted on 30-9-2013 11:42 AM
Cuma nak share dengan bel, sebagai seorang working mother to 3 kids dan takde maid.

1. Join kelas ...

Baulu...thanks for ur input
membaca komen ko terasa betapa jahilnya aku...
dan menyedarkan aku bahawa ada pekara2 yg masih sgt ssh untuk aku lepaskn. yg buat aku rasa aku masih mengejar dunia...
tapi tak mengapa akan aku cuba mengisi apa yg kosong...
akan aku cuba cari ruang waktu dan kelas2 yang sesuai...
thanks again...rasanya aku kena join group muslimah area umah aku ni ...br dpt info ttg kelas2 agama yg ada...kalau ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 02:14 PM | Show all posts
zamkumis posted on 30-9-2013 11:05 AM
Syukur, anda telah berada dilandasan yang betul;

Hati Yang Takut

saya rasa syukur...namun rasa bimbang tetap ada
sbb saya masih tak dpt lepaskn beberapa pekara duniawi untuk di ganti dgn majlis keagamaan...
insya allah...saya mahu mencuba melaksanakannya...
Thanks Zam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 02:14 PM | Show all posts
zamkumis posted on 30-9-2013 10:55 AM
1. Ilmu ni tak perlu banyak, cukup dengan ilmu fardu ain dah memadai(Ilmu wajib tahu bagi setiap ...

macam subjek2 di sekolah agama kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 04:54 PM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 09:47 AM
Thanks GiQ...

seringkali saya rasa tak pasti...

Tergerak pulak aku nak menulis kat sini


seringkali saya rasa tak pasti...
ikhlaskah saya...apa sebenarnya niat saya...
saban hari saya bertanya pd diri sendiri...
ikhlaskah saya menambahbaikkan diri
atau adakah kerana saya sedang bermasalah...
saya sendiri tak dapat jawapan tu GiQ...adakah ini bermakna saya tidak ikhlas?
saya buntu...
di tambah dengan keadaan saya yg masih belum dapat solat...

selalunya lepas solat, saya mengadu sepuas2nya...bercerita..meluahkan yang terbuku dlm hati...menangis...sehinggakan terlalu byk kata2 yag berlari2 di dalm hati yg tidak terluah...
ya mmg saya terasa sgt lega..namun lepas tu saya rasa letih...sgt letih dan mengantuk
terasa seperti saya mengalah dlm ujian kali ini...
Menarik, tentang ikhlas!!!!

Apakah ikhlas? iaitu perbuatan yg dilakukan tanpa mengharapkan apapun balasan.

Contohnya, ko nak puji aku, ko pujilah aku dengan sejujurnya pujian, katalah ko nampak aku hensem, ko katalah dan pujilah aku sejujurnya pujian banyak kali pun tak pe,  ko hensem, pun tanpa ada niat lain walaupun untuk mengurat aku, untuk dapat kesayangan dari aku, atau untuk dapat redho dari aku dan sebagainya.

Tu kalau ikhlas nak puji aku la... hehe




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 30-9-2013 04:54 PM
Tergerak pulak aku nak menulis kat sini



Aku pun beranggapan begitu hk..
Kalau sunguh mcm bermakna selama ni mmg aku x ikhlas....uwaaaaa sedihnya
Walau selalu nya buat sst tanpa niat tp ada ketika waktu aku terasa sedih bila terasa seakan segenggam garam di lautan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:26 PM | Show all posts
Ada satu amalan yang dirahsiakan pahalanya. Iaitu solat tahajjud. Ini dikira hadiah misteri.
Tidak salah kita tahu apa pahala yang tuhan nak bagi. Sebab sahabat nabipun ghairah dalam mencari pahala. Siapa yang lebih baik dalam agamanya? Kita atau sahabat nabi? Meyakini janji Allah swt adalah tanda iman.

Seringkali kita dengar orang kata tidak harap pahala. Tapi yang sepatutnya kita mengharapkan pahala. Ini yang sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:33 PM | Show all posts
Janganlah kita memandai-mandai mengeluarkan fatwa dalam agama kalau perkara itu masih samar dan tidak ada ulama yang menegaskannya. Nanti jadi fahaman sesat, bila org lain amal silap kenetanggunglah sendiri. Berlumba2lah mencari keampunan tuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis posted on 30-9-2013 09:33 PM
Janganlah kita memandai-mandai mengeluarkan fatwa dalam agama kalau perkara itu masih samar dan tida ...

Zam nk tegur sst kat sini ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 09:20 AM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 09:40 PM
Zam nk tegur sst kat sini ke?

Ya, sebab ada sesetengah fahaman ahli forum disini yang memegang fahaman beramal tidak mengharapkan pahala, ada yang kata "kita jangan berkira-kira dengan Allah nanti Allah berkira-kira dengan kita" ini fahaman yang tak betul. Cara yang betul adalah seperti mana fahaman para sahabat, mereka beramal dan mengharapkan pahala untuk bekalan akhirat nanti, namun mereka juga takut kalau-kalau amalan tidak diterima, disini ada dua perasaan yaitu "takut dan harap" ini adalah sikap terpuji.

Kenapa kita mengharap pahala? kerana ia telah dijanjikan namun kita takut kalau amal kita tidak memenuhi syarat yang menyebabkan amalan kita di tolak, apabila kita sampai diakhirat nanti tangan kosong, sebab amal ditolak. Pahala ini kita sangat perlukan sebagai bekal untuk menyelamatkan kita, sebab matawang diakhirat nanti adalah pahala amal kebaikan yang akan kita gunakan semasa dimahkamah keadilan, setiap orang akan menuntut hak mereka jika kita ada buat aniaya kat orang tu, kita kene bayar dengan pahala. Kalau pahala tak cukup kita terpaksa bayar dengan ambil dosa orang yang kita buat anaiya tu dan kita pikul. Jadi banyaklah perkara yang perlu diambil perhatian untuk persiapan sebagai bekalan. Dosa sesama manusia ni cukup susah.

Bijak dalam memahami akhirat ini dipanggil bijaksana maksudnya bijak disana atau bijak akhirat.

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya  dan mereka selalu berdo'a kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.(As-Sajdah:16)

Last edited by zamkumis on 1-10-2013 09:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:37 AM | Show all posts
beldandy posted on 30-9-2013 08:47 PM
Aku pun beranggapan begitu hk..
Kalau sunguh mcm bermakna selama ni mmg aku x ikhlas....uwaaaaa s ...

Berkaitan ibadah pada Allah pula, cuba tengok kata kata Allah ni :

Al Ankabut 56 "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. "


Bila Allah SURUH ikhlaskan ibadah hanya kepadaNYA, tentulah tidak ada bersebab yg lainnya. Ini bermaksud kita tidak boleh pun berharap apapun dari ibadah tersebut, iaitu dilakukan dengan sejujur jujurnya tanpa inginkan apapun imbalan atau keuntungan dari ibadah tersebut waimah pahala, syurga, redho, dijauhi neraka dsb.



Bagaimanapun jika kita beribadah tetapi masih mengharapkan balasan tersebut iaitu syurga, redho, pahala, keselamatan, rezeki, kesembuhan dsb, ianya masih dinamakan KERANA ALLAH TAALA juga, tetapi tak ikhlas. Bukan senang nak dapat ikhlas. Susah sangat!

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:06 AM | Show all posts
hantukiller posted on 1-10-2013 10:37 AM
Berkaitan ibadah pada Allah pula, cuba tengok kata kata Allah ni :

Al Ankabut 56 "Wahai hamba-h ...
Bagaimanapun jika kita beribadah tetapi masih mengharapkan balasan tersebut iaitu syurga, redho, pahala, keselamatan, rezeki, kesembuhan dsb, ianya masih dinamakan KERANA ALLAH TAALA juga, tetapi tak ikhlas. Bukan senang nak dapat ikhlas. Susah sangat!

Macammana pula dah kerana Allah tapi masih tak ikhlas?  jangan pandai-pandai buat andaian dalam bab agama ni, ini namanya kefahaman mestilah perlu kepada rujukan hadist, Al-Quran dan iktibar dari Nabi dan para sahabat.

Bila Allah SURUH ikhlaskan ibadah hanya kepadaNYA, tentulah tidak ada bersebab yg lainnya. Ini bermaksud kita tidak boleh pun berharap apapun dari ibadah tersebut, iaitu dilakukan dengan sejujur jujurnya tanpa inginkan apapun imbalan atau keuntungan dari ibadah tersebut waimah pahala, syurga, redho, dijauhi neraka dsb.

anda mengatakan "tanpa inginkan apapun imbalan" ini bermaksud tak ingin, kenyataan anda ini bertentangan dengan ayat dibawah dimana adanya perasan "takut dan harap", jadi apa yang diharapkan dalam ayat ini?

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya  dan mereka selalu berdo'a kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.(As-Sajdah:16)


Last edited by zamkumis on 1-10-2013 11:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:36 PM | Show all posts
zamkumis posted on 1-10-2013 11:06 AM
Macammana pula dah kerana Allah tapi masih tak ikhlas?  jangan pandai-pandai buat andaian dalam  ...
Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya  dan mereka selalu berdo'a kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.(As-Sajdah:16)

Dah namanya berdoa, mestilah berharap agar diperkenankan...


Tapi kalau kata nak memuji Allah dsb, pujilah dengan sejujurnya pujian, jangan menipu, jangan ada udang disebalik kayu....



Katalah aku minta ko tolong repair kereta, dan ko tolong setolong tolongnya tanpa nak mintak upah dari aku, itu namanya ikhlas, tapi kalau ko tolong sebab nak tunjuk kat orang yg ko reti baiki kereta, atau kerana nak upah, atau kerana terpaksa sebab aku rayu rayu minta tolong atau apapun sebabnya yg lain selain sebenarnya nak menolong aku tanpa balasan, tentulah tak ikhlas. semua tu Tolong jugak namanya kan
Last edited by hantukiller on 1-10-2013 12:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081660 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list