|
Julie Dahlan Semakin Susut dan Kabur Penglihatan
[Copy link]
|
|
sedih tgk julie dahlan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 17/12/2013
Cerita sedih Julie Dhalan
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
Gambar AIZZUL A. MAJID
Julie Dahlan bersama anaknya Hani Harni ketika menghadiri Majlis Malam Amal Warisan Seni anjuran Persatuan Karyawan Malaysia di Hotel Istana Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itu mungkin peribahasa yang boleh dikaitkan dengan hidup insan seni bernama Julie Dahlan. Bekas model, pelakon dan pengarah filem itu kini sedang menderita sakit buah pinggang selain masalah katarak pada kedua-duabelah matanya.
Sebagai insan biasa yang juga tidak pernah sunyi daripada menerima pelbagai dugaan, anak seni berusia 60 tahun ini menganggap itu semua lumrah hidup. Apatah lagi pada usia emas, Julie tidak menafikan dua penyakit itu semakin mencengkam kehidupannya.
Malah, anak kelahiran Kampung Koris, Senggarang, Batu Pahat, Johor ini turut mengakui dia kini sedang melalui dugaan hidup yang amat perit. Keperitan dugaan daripada Allah itu mula ditanggungnya sejak lapan bulan yang lalu tetapi Julie tetap cuba menggagahi deritanya itu.
Tambah memeritkan lagi penderitaan itu apabila dia kini hilang punca pendapatan. Ramai penggiat dalam dunia lakonan mengetahui sejak lebih 25 tahun lalu punca utama pencariannya adalah menerusi penerbitan drama televisyen dan juga filem cereka.
Namun, menurut pemilik syarikat produksi JD Production Sdn. Bhd. ini, sudah enam bulan dia tiada pekerjaan.
Katanya, syarikat produksi yang ditubuhkannya suku abad lepas itu kini sunyi sepi tanpa sebarang penerbitan mahupun penggambaran drama dan filem.
Justeru, Julie berharap agar ada pihak di stesen-stesen televsiyen terutamanya RTM yang sudi menawarkannya slot siaran mereka.
Meskipun sedang bergelut dengan dua penyakit itu tetapi dia yakin masih mampu untuk berkarya dalam bidang tersebut.
"Sekarang ini saya sudahlah menghidap penyakit yang kronik tetapi pada masa sama juga tiada punca pendapatan. Saya amat memerlukan peluang terutama slot bagi membekalkan rancangan-rancangan televisyen seperti drama sebagai mata pencarian saya ketika ini.
"Semua itu bagi membiayai kos rawatan perubatan saya pada setiap minggu. Bayangkan, saya perlu menjalani rawatan sakit buah pinggang dengan menggunakan mesin hemodialisis tiga kali seminggu di Wangsa Maju. Setiap rawatan itu memerlukan kos RM225.
“Ini bermakna, saya memerlukan sekurang-kurangnya RM675 pada setiap minggu. Kalau sebulan saya perlu ada RM2,700 untuk membiayai kos rawatan buah pinggang saya itu. Dalam keadaan sekarang ini mana saya mahu cari duit," katanya kepada Mega.
Dari raut wajahnya yang semakin ditelan usia itu, jelas terpampang rasa kecewa. Ibu kepada tiga orang anak dan dua cucu ini terasa seperti diasingkan daripada arena penerbitan rancangan-rancangan oleh stesen-stesen penyiaran tempatan.
Katanya, rawatan menerusi hemodialisis yang dijalaninya pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu itu bukan menjadi penghalang untuk dia terus membabitkan diri dalam kerjayanya itu.
Malah, dia menganggap itu adalah kerjayanya sehingga ke akhir hayatnya.
Julie turut tidak menjadikan alasan masanya yang banyak dihabiskan di mesin hemodialisis sebagai penghalang untuknya berkarya termasuklah menulis skrip selain kesanggupannya menerbitkan drama atau filem. Ternyata dia masih kuat semangat untuk terus aktif.
"Setiap kali menjalani rawatan hemodialisis saya akan menghabiskan masa lima jam. Tetapi selepas itu masa saya banyak dihabiskan di rumah begitu sahaja. Sebab itu, saya memerlukan slot rancangan televisyen untuk mendapatkan bayaran.
"Saya tiada kerja lain selain dalam bidang ini. Apatah lagi, tinggal di Kuala Lumpur sekarang ini kalau tiada pendapatan RM5,000 sebulan memang agak payah sikitlah kerana sara hidup yang semakin tinggi. Keadaan itu semakin menghimpit hidup saya," ujarnya.
Tambah memeritkan lagi apabila Julie terpaksa mengharungi kehidupannya kini sebagai ibu tunggal setelah rumahtangga yang dibinanya musnah 12 tahun lalu.
Katanya, mujurlah anak bongsunya, Hani Harmi, 32, banyak membantunya dalam urusan seharian. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu punya keuntungan tuakkan takda saving???...takkan takda labur kat mana2 yg ada dividen? |
|
|
|
|
|
|
|
aku da tak ingat muka lama die macam mana..jap arr nak gugel...
semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
acik, anak2 tak buleh tanggung ka?
dedulu banyak job takdak saving ka?
lain betui muka acik ni skarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
nmpk lain sgt muka dia. nasib baik ada hani nk jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah meningkat biasa la camtu.. bertabah la auntie..
|
|
|
|
|
|
|
|
insaf....semoga dikuatkan semangat menempuh dugaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 kawan2 yang kaya membantu
azwan, maya, kenchana do something walaupun sikit |
|
|
|
|
|
|
|
cian dia.. hope ada la yg sudi bantu... |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca story dia nih, menginsafkan, dulu masa zaman dia muda2, memang nampak macam dunia nih dia yang punya, kaya, ada nama,pelakon2 baru terkejar2 kat dia sbb nak berlakon dlm filem dia... penerbit filem kannn..sape yg tak kenal dgn dia,' dont make my blood go upstair' antara quote dia yg mmg pemes...dan juga kisah2 peribadi beliau yang hmmmmm... (malas nak ngungkit)
tapi sekarang....bila dah tua nih, hidup menderita macam nih, hilang sumer glamer duniawi, hidup dia pun seperti kita2 nih, tetap akan tua dan kena sakit2 kronik, tapi takde duit nak dptkan rawatan...
so korang!!!! beringat lah dari sekarang, mcmana kaya, cantik, sihat or muda pun kita, satu hari nnt akan tua jgk, sakit jgk..so allocate lah sikit duit income utk buat investment or amik insurans (takaful , utk islamic), jgn dah tua nnt, asik meminta2 jer kat org lain utk rawatan sakit tuh...walupun ada anak2, tapi takyahlah myusahkan diaorg..mgkn anak2 pun ada life diaorang, mgkn anak2 boleh bantu sikit2, tapi tak sepenuhnya...so ingat masa muda nih yerrr...sekian, nasihat ikhlas yg tak berbayar dari aku... |
|
|
|
|
|
|
|
harap banyak bersabar......mudahmudahan dipermudahkan oleh Allah swt |
|
|
|
|
|
|
|
paling rugi apabila artis x melabur dlm insurance masa berada.. utk artis2 kalo korg terbaca benang ni klau ada yg msih blum ambik sebrg insurance buat secepat mungkin..ambik lebih dr satu lg bgus..bekaln utk hari tua/hari sakit..
klau dpt beli beg,baju,kasut,kereta2 mewah smpai beratus ribu xkan premium insurance nyawa x mampu nk byr.. yela klau saving mungkin sekejb jer bleh bocor/withdraw sbb beli itu ini.. but at least insurance x boleh withdraw sesuka hati.slmt sikit.memandgkn pencen & epf pun korg terlepas kan..
bg artis2 yg bijak plan utk masa depan tahniahla..
apapun utk julie dahlan..moga dipermudahkn segalany..
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokbunga posted on 20-12-2013 05:40 PM
bila baca story dia nih, menginsafkan, dulu masa zaman dia muda2, memang nampak macam dunia nih dia ...
betul sgt2 tu.. memang menginsafkan. semoga kita mengambil iktibar dr kisah beliau..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|