|
[Tempatan]
Kastam Melayu bunuh Kastam Melayu, anak tak brape nak menjadi
[Copy link]
|
|
STONER posted on 25-8-2013 03:45 AM
norita tu kes apa bro.ada kena mengena ngan politician gak ke.. aku tak follow kes dia ni tp tau ...
gossip kata Jamaluddin Jarjis yang bunuh dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-8-2013 03:54 AM
Kematian arwah Norita mmg ada kena mengena dgn tokoh / yg memegang jawatan dlm negara di mana sa ...
nombor 1 tu, cerita saja la. bukan ada apa pun.
btw memang best sangat jadi menteri di Malaysia ini. bunuh sesama menteri seperti Harris Salleh pun senang2 boleh lepas takda tindakan, siasatan ka hapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai rogol noritta
aku kesian laa
siapa nak jadi batman di msia ni |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-8-2013 04:07 AM
Menteri Malaysia mmg jahat...
Tahu buat tapi tak brani tanggungjawab..
jawaban itu, kita yang tidak terencat akal ini tahu sindri saja sudah la.
*kaka akan tawen bila sudah sampai masanya. kita harus pircaya segala sesuatu ada masanya dan jika Tuhan belom ijinkan masa itu tiba, maka gatal merenyam camna pon kita nak tawen, tetap tak mudah untuk kita nak tawen walau kita jutawan dengan rupa A class sekalipun. *
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-8-2013 04:29 AM
Ko jadik SuperCat..
Ability
aku kalau ada kuasa superhero insya allah aku akan keluar mlm2
dan humban penjenayah2 ni depan balai polis
sekarang aku tahu kenapa wujudnya watak bernama "batman" ni, bukan saja2 gila suka2 pakai kostum, tak tido mlm dan belasah orang
|
|
|
|
|
|
|
|
STONER posted on 25-8-2013 04:10 AM
oisshh biar btol. bahaya ni main petik2 nama.hehe
tp serius ni baru aku tau bro sulurbidar ceri ...
gossip kata bukan rogol. sebenarnya perlakuan mengesek secara rela di mana pembunuh yang memang hadap kinky sex dengan arwah telah secara tidak sengaja terbunuh arwah semasa tengah bersenggama dengan arwah. so Hanif Basri la yang dijadikan kambing hitam kerana Hanif Basri terlebih dahulu melanggan arwah pada hari itu (sebelum pembunuh).
nah, baca sindri gossip;
Sementera itu, saya teringat kes pembunuhan kejam Norita Shamsudin pada tahun 2003 yang mana Hanif Basree seorang jurutera telah dituduh melakukan pembunuhan tersebut. Dalam perbicaraan kes tersebut, ada disebut ada orang ‘lain’ yang masuk selepas Hanif berzina dengan Norita. Ini membawa maksud bahawa Norita masih hidup ketika Hanif keluar daripada apartmen mewah itu.
Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah dua orang mata-mata gelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia [bersama seorang rakannya] terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang mata-mata gelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.
Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama [VIP] pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakah Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Akhirnya Hanif dibebaskan kerana tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan yang Hanif yang melakukan pembunuhan kejam tersebut. Yang pentingnya kes itu ditutup dan orang yang melakukan perbuatan itu bebas.Semua orang tahu khususnya warga di Putrajaya, kes pembunuhan Norita ini ada kaitan dengan Jamaluddin Jarjis. Tanyalah saudara-mara, kenalan dan sahabat-handai yang berkerja di Putrajaya sekiranya maklumat ini salah. Saya hanya mendapat maklumat ini dariada seorang sahabat yang bekerja di JPM. Betul atau salah wallahua’alam.
http://www.tranungkite.net/v7/mo ... =print&sid=9239
|
|
|
|
|
|
|
|
STONER posted on 25-8-2013 04:49 AM
mcm tu ceritnya.ok
tp claka btol la kan.. kes2 bunuh melibatkan vip smua boleh lps mcm tu je
...
memang celaka. sangat sangat celaka.
tapi lumrah la; dari dulu sampai sekarang (malah sampai kiamat kot) duit dan pengaruh politik akan menang di dunia.
orang biasa cam kita ni, dok dendiam jaga kelakuan sindri ja la. silap langkah, terbabit dengan ummah sebegini, boleh melayang nyawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik bukan sedara aku, kalau tidak, nyawa keluarga ko jadi ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Buat pengetahuan tt, sebenarnya 70% anak2 kastam yg bijak pandai... x semua org kastam terlibat ngan corruption malah mereka bertugas utk membangunkan ekonomi negara... ABID!! Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi |
|
|
|
|
|
|
|
maybe arahan pertukaran tu boleh dijadikan titik pemula untuk siasatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hakeeya posted on 25-8-2013 05:56 PM
Buat pengetahuan tt, sebenarnya 70% anak2 kastam yg bijak pandai... x semua org kastam terlibat ngan ...
i am very sceptical about your statement...
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 24-8-2013 04:09 PM
apalah anak dia ni kritik pulis, kang nanti rumah dimasuki pencuri, anak kena culik, bini kena ragut ...
kalau tiada kritikan masakan negara bole maju.
kalau ada kes jenayah, memanglah cari polis takkan cari doktor.
Last edited by esbok on 26-8-2013 11:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
polis pun pening kepala...bagaimana utk cekup sekor lebah tanpa mengacau sarangnya...korupsi teruk sgt dah kat malaysia ni...semua benda kena dpt green light dr org politik yg gigih jaga periuk nasik sendiri juga periuk nasik kawan2 u hep me i hep u...sprm tu baik pi terjun lombong jelah smeua Last edited by hzln on 26-8-2013 11:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-8-2013 08:41 PM
i am very sceptical about your statement...
hanya org yg memberi dan menerima rasuah jer yg skeptikal
sbb dah biasa buat jadi ingat org lain mcm dia gak
ingat dlm dunia ni hanya ada benda sehitam2nya dan seputih2nya
ada warna lain tau
warna merah, hijau, royal blue dll
|
|
|
|
|
|
|
|
mysara posted on 26-8-2013 11:47 AM
hanya org yg memberi dan menerima rasuah jer yg skeptikal
sbb dah biasa buat jadi ingat org lain ...
well, what do u expect of a country of 'endless possibilities'..?
not to be sceptical?
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.
NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Penahanan itu dibuat di Klang.
Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.
Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.
NONEPegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.
NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.
Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tinjauan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di mana mayat Ahmad Sarbani dihantar untuk dibedah siasat, mendapati anggota keluarganya berada di persekitaran bilik mayat sejak kejadian itu dimaklumkan kepada mereka.
Namun sehingga lewat petang tadi, media elektronik dan cetak dihalang menemuramah anggota keluarga Ahmad Sarbani oleh pegawai Kastam.
Pihak hospital juga tidak memaklumkan waktu bedah siasat itu selesai yang kelak dapat merungkai keputusan pakar patalogi mengenai punca kematian mangsa tersebut.
Sumber hospital memberitahu Bernama bagi kes berprofil tinggi seperti kejadian ini, ia memerlukan masa untuk bedah siasat disiapkan di mana ada wujudnya kemungkinan bedah siasat kali kedua.
Katanya ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan keputusan bedah siasat yang betul dan sahih serta tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak kelak.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, yang turut berada di HUKM, memberitahu media bahawa pihak Kastam perlu diberikan masa secukupnya bagi menenangkan keadaan ketika ini.
"Pihak kami akan memberikan bantuan kepada keluarga Ahmad Sarbani dan semua pihak diminta tidak mengeruhkan keadaan," katanya.
Usaha menghubungi Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mendapatkan komennya gagal, tetapi seorang pegawainya berkata beliau (Mohamed Khalid) akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Mohamed Khalid berada di Tasik Kenyir untuk mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 yang bermula semalam.
Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Kastam Malaysia, Mohd Mazlan Mohd Shaari yang dihubungi pula berkata pihak kesatuan belum memutuskan sebarang pandangan atau keputusan mengenai kes kematian itu dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.
"Kejadian itu baru berlaku dan kita tidak tahu sangat mengenainya dan kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi.
Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai sama ada kes kematian itu mempunyai kaitan dengan kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan kastam sebelum ini.
"Kita akan mengadakan sidang media mengenai kes itu Jumaat ini dan kita akan menyatakan pandangan kesatuan mengenai perkara itu," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani.
Dalam malaysia ni, kalau tak kena bunuh , kena 'bunuh diri' |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya kes ni memang melibatkan pegawai atasan, org politik, org besar atau org kenamaan....hmm kesian arwah aku memang penah dgr kakitangan bgtau arwah ni sangat tegas...mungkin sbb dia tau ramai yg mkn suap dalam kastam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|