CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: no_el

lemak kg santan tak laku..hans merajuk!!

[Copy link]
Post time 14-8-2013 09:38 AM | Show all posts
raya ari tu i pegi bw anak2 sedara layan adnan sempit je...x terpikir nk g tgk lemak kg santan ni sbb pernah terkena tgk movie misteri jalan lama afdlin shauki dulu...ingatkan cite hantu rupe2nye cite pasal makhluk ntah ape2 dgn cgi yg ke laut...nyesal gile tgk

so i assume cite ni pon hampeh mcm cite afdlin jugak...baik layan lawak bodoh adnan sempit bole tgk gelak2 hahahahha dr tgk cite yg membodohkan penonton..terpinga2 ape motip cite dr awal smpai ujung ntah apa2


p/s: tp kalo lawak ke der @ cuci2 ada lg kt IB compom i pegi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 09:40 AM | Show all posts
korang, cer buat sinopsis sikit pasal pilem neh seriyus taktau....teruja nak tgk KL Gangters 2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:53 AM | Show all posts
melinda_kerr posted on 14-8-2013 02:33 AM
Neelofa tu kurang daya tarikanlah.. Cara die berlakon agak keras dan kurang hayati watak.. For me i  ...

sama la.....
lofa baik jd host saja....dia belakon xda soul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:53 AM | Show all posts
cerita apa jek yg laku skrg?
sedangkan cerita yg dijangkakan laku pon flop
org melayu dah bijak dengan lambakan filem sampah kat malaysia nih.dah serik!
lagi satu, sekdar neelofa tu x mampu menaikkan apa2 filem mahupon drama
menaikkan rating jualan majalah Mangga bulih kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:14 AM | Show all posts
kalau takat ambik lopa gf dia belakon sama si hans ingat filem dia blh kutip juta2 kot...
silap lah tu....lopa nya nama belum cukup kuat utk buat org g tgk filem lakonan dia
padan muka x laku!! Dlm ig kemain si lopa ni eksen kannnn
g pun taun ni mmg byk filem flop...... jaga2 lah.... jgn nk ober konpiden sangat wahai penerbi filem & pelakon2 sume
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:15 AM | Show all posts
tajuk filem senduuuuu sgt.... tak menarik langsungggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2013 10:20 AM | Show all posts
leenaz posted on 14-8-2013 07:44 AM
mesti ada punya
kalau kutipan panggung suam2 tek dia
hahahahahahaha

klo ada..malu la lopak nnti.huhu

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:23 AM | Show all posts
akui sajalah bahawa dunia filem melayu sekarang hampir tak ada pelakon! yang ada hanyalah manusia-manusia yang bergerak depan kamera; dia orang bukan berlakon, cuma melontarkan dialog-dialog yang bebudak sekolah tingkatan 3 pun buleh buat, malah mungkin lebih baik prestasi lakonannya. Harapkan gossip jer lebih; tu pun gossip pasal bercinta, bergaduh, menafikan skandal dll...tak ada langsung yang nak membicarakan pasal seni lakon atau cabang seni yang lain; bila ditemuramah kat tv pun, masing2 bangang; tak reti nak menjawab, nampak sgt tak berilmunya...akhirnya jadilah apa yang jadi sekarang; berlakon, orang tak tergerak hati nak gi nonton, buat album, orang tak ingin nak beli; jual kuih raya pun...merayu mintak orang beli....alahai, kesian orang-orang 'seni' negara kita ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 10:28 AM | Show all posts
Tajuk yg amatt tak menarik...LEMAK KAMPUNG SANTAN??? watdeheckk
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:31 AM | Show all posts
hero kertu, tajuk x best, pelakon pompuan yg berlakon kayu. pas tu kos promosi RM 750,000.00 . ye ker, mcm x jer, x nampak pun iklan kat tv ker , kat tepi jalan ker.  

Hans Isaac Labur RM750,000 Promosi 'Lemak Kampung Santan'
PETALING JAYA: Kekurangan penonton untuk menonton filem Melayu membuatkan Hans Isaac sanggup mengeluarkan kos yang tinggi iaitu RM750,00 bagi mempromosikan filem Lemak Kampung Santan terbitan syarikat produksi miliknya, Tall Order Production.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia telah mengumpulkan beberapa petugas untuk memberi fokus pada bahagian pemasaran mempromosikan filem berkenaan dengan lebih dekat.

"Saya mahu berkongsi kualiti filem ini dengan semua penggemar filem Melayu. Hampir RM750,000 dilaburkan untuk tujuan promosi filem ini kerana saya lihat masyarakat semakin kurang ke pawagam untuk menonton filem Melayu.

"Sebab itu saya promosikan filem ini sebaik mungkin. Malah pihak Tall Order juga menganjurkan pertandingan di mana pemenangnya dapat bercuti bersama para pelakon-pelakonnya.
Sebab itu saya promosikan filem ini sebaik mungkin. Malah pihak Tall Order juga menganjurkan pertandingan di mana pemenangnya dapat bercuti bersama para pelakon-pelakonnya.


"Malah kami turut menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan filem ini kepada orang ramai,” katanya.

Tambah Hans, pihaknya juga membuat iklan secara besar-besaran menerusi media cetak dan elektronik termasuklah medium sosial Internet.

Lemak Kampung Santan mengisahkan Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa).

Filem ini turut dibintangi antaranya Natasha Hudson, Nadia Mustapha, Nadia Heng, Adlin Aman Ramli, Mat Over, Ridzuan Hashim, Datuk Jalaludin Hassan dan Harith Iskandar.

Beritahu Hans, filem ini mungkin sangat klise, sama seperti dengan filem cinta yang ada namun, selepas 16 kali skrip diolah, plot penceritaannya dipadatkan sehingga mengandungi pelbagai mesej yang sarat.

"Apa-apa pun, filem ini terdapat banyak plot yang mengejutkan penonton dan mereka akan sedar ia bukan sebuah filem cinta sebenarnya.

“Bagi saya, permulaan dan nadi sebuah cerita adalah skrip. Apabila penonton datang ke panggung, apa yang mereka ingin tengok adalah kandungan dan penceritaan.

"Pada permulaannya, saya ingin memasukkan dua atau tiga cerita dalam satu filem. Namun setelah berbincang dan melakukan rombakan hampir 16 kali terhadap skrip, maka terhasillah Lemak Kampung Santan yang padat dengan komedi bermesej.

"Kemudian, saya juga turut menyelit suasana cinta ala Bollywood. Konsep lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis miskin sering kali menjadi pengisian dalam filem Bollywood tetapi satu dunia menyukainya. Jadi tidak salah saya menggunakan sedikit elemen itu di dalam filem ini," ujarnya.

Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama iaitu Khamis.

Selain itu, penonton juga berpeluang untuk memenangi peraduan bercuti bersama Neelofa dan barisan pelakon yang lain ke Langkawi selama lima hari dengan cara mendapatkan sebanyak lima tiket wayang.

Dan kemudian, tiket tersebut dimasukkan ke dalam sampul surat bersama borang peraduan. Sampul tersebut boleh diberikan kepada kaunter mana-mana pawagam yang menayangkan filem tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:31 AM | Show all posts
kesian dgn Hans
gigih sgt nak jadi ahli kuarge lopak
macamlaaaa parents lopak nak bagi restu
sedangkan kat luar sanaaaa, ramai lagi lelaki melayu yg berkualiti
lihat saja ipar duai lopak (hasben2 saradinna, nabila, nellisa)
sume stok2 lelaki melayu yg ada kualiti (setahu aku, hasben nabila is an investment banker, hasben nellisa is bisnessman)
kejadahnya parents lopak nak bermenantukan HI ni??
ada masa depan ke HI ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:45 AM | Show all posts
padan muka ... ingat neelofa tu boleh tarik org datang panggung ke ... buat malu artis je buat filem ppprt macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:53 AM | Show all posts
kalau neelofa la yg berlakon, filem/drama tu mesti tak best
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Neelofa punyer filem semua gagal...badi apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:01 AM | Show all posts
aku kerja part time kat panggung wayang... tak sampai setengah jam aku tengok..secara peribadi cerita ni cam sampah..elok je jual kat astro ria je pasal standard telemovie... level citer ni bawah sikit dari citer 2 alam dr rozmi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:02 AM | Show all posts
tak tau pun pasal filem ni..... tunggu astro first
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 11:02 AM | Show all posts
sadis...lofa tak mampoo tarik orng pi panggung..kesahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:02 AM | Show all posts


poster iklan pun tak menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
WawaRaRa posted on 14-8-2013 07:59 AM
sama la kita... asyk2 kecewa ble tgk dia blakon... semua cerita tak best jadinyer...

Yelah. Sama aje mcm Fazura si Lopa ni. Mereka masing2 ramai fans but when it comes to acting ke apa mcm tak laku. Mungkin fans diaorg lbih suka pd physical looks diaorg drpd talent yg mereka ada. Masalahnya skrg talent pun tak seberapa.. Hermmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.148916 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list