|
[Tempatan]
{5}Haiwan pelik seakan purba ditemui ! pic - post 8
[Copy link]
|
|
airfilterkotor posted on 25-7-2013 01:22 AM ![](static/image/common/back.gif)
Kengkadang mende mainstream tu yang ramai taktau. Apatah lagi kalu menatang tu rare lagik pelik.
...
kalau ramai tak tahu, kita kasi tahu
anywaya, ramai tak tahu apakah itu narwhal
hangpa tahu?
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 25-7-2013 01:25 AM ![](static/image/common/back.gif)
kalau ramai tak tahu, kita kasi tahu
anywaya, ramai tak tahu apakah itu narwhal
hangpa tahu?
google jaa. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Masalah disini adalah sememang tabe'at orang melayu... kalu jumpa benda pelik jaa habih satu kampung riuh-gempita panggil wartawan bagai. Alahai....
Tu kesah pokok petai menangis sesambil gegeh tadah air buat minum. Ingat tak...?
Kesudahannya.... memalukan diri keluarga dan termasuk yang datang berbondong takung air.
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor posted on 25-7-2013 01:35 AM ![](static/image/common/back.gif)
google jaa.
Masalah disini adalah sememang tabe'at orang melayu... kalu jumpa benda pelik ja ...
bab bising panggil wartawan atas benda yg "luar biasa" aku boleh terima
cuma kalau ambik buat solat hajat ka, buat pelaris kaa tu memang jatuh tahap kurafat
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama laa macam bawah ni...
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.185622.1374540637!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)
23 Julai 2013
TUMPAT – Seorang petani terkejut apabila pokok tembikai tanpa biji yang ditanam mengeluarkan buah kembar siam seberat 7.2 kilogram di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian, di sini.
Aiyokk... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 24-7-2013 08:03 AM ![](static/image/common/back.gif)
Astagaaaa kekekekekekekeke![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan dia tak try bagi makan Quran ka?
Kalau dak buleh dah meniaga air terapi makhluk aneh...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 25-7-2013 01:10 AM ![](static/image/common/back.gif)
bro, makhluk sulur bidar tu adalah sejenis hantu laaa
bukan haiwan
Sorry bro..
dlm hal ini, aku tidak bersetuju dgn kenyataan ko bahawa Sulur Bidar yg mendiami di Tasik Kenyir ataupun Tasik Banding adalah hantu..
Aku percaya bahwa Sulur Bidar ini adalah sejenis hidupan akuatik yg mengalami dua kemungkinan iaitu :-
- hidupan akuatik yg tidak berevolusi sejak puluhan ribu yang lampau. Perlu diingat, sebelum empangan Kenyir dibina telah ada tasik-tasik tua di sekitar Kuala Berang sebelum tenggelam akibat pembinaan empangan Kenyir. apabila ia tidak berevolusi maka, ia masih kekal dlm bentuk dan saiz purbanya.
- yang mengalami proses evolusi akibat pengaruh empat perkara asas iaitu tekanan di dasar tasik, suhu air tasik, kandungan 'dissolved oxygen' yg ada di dasar tasik dan jugak sinaran cahaya matahari. Empat perkara ini mampu merubah biologi hidupan akuatik utk suatu tempoh jangka masa yg lama.
Aku bukan seorang cryptologist, zoologist ataupun oceanologist apatahlagi hydrologist, namun minat aku terhadap hidupan daratan/akuatik yg misteri ini membawa aku utk menyelongkar khazanah alam bahawa masih ada lagi hidupan yang belum dijumpai. Sedangkan hutan hujan tropika kita berusia jutaan tahun, sudah tentu ada hidupan yang tidak berevolusi dgn arus sekeliling.
Aku tidak nafikan bahawa makhluk ghaib mmg sukakan kawasan tadahan / takungan air, namun utk kes Sulur Bidar serta sewaktu dgnnya, aku lebih percaya kepada penerangan ilmu sains dan maklumat kerana Allah itu al-Khaliq (Maha Pencipta Sekalian Makhluq)..
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak aje menatang pelik sikit, terus AJE CAKAP HEWAN PURUBA, macamlah dia pernah idup zaman puruba & kenal semua menatang purba....mulayu...![](static/image/smiley/default/3doh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
byk lagi binatang2 pelik lam dunia ni...esp. yg dah nak pupus dan x diketahui kewujudannya, dan ada jugak binatang2 yg wujud hanya ada pada satu tempat sahaja...antaranya
olms
okapi
quagga
dan lagi, binatang2 yg org2 kita x pernah jumpa dan mmg x ada kat malaysia, dan org2 kita xde pengetahuan sbb x nak baca pasal haiwan2 dr negara lain...last2 bila dah jumpa nnti ckp la mcm2....
armadillo, red panda, frilled shark, narwhal (ada org x percaya ada paus bertanduk bila aku bgtau..org putih tuuuuu), ceolacanth, dan macam2 lagi binatanng yg aku x sebut....sesungguhnya dunia ciptaan Allah ni luas....macam2 ada, bykkan membaca n tgk dokumentari... nak lagi best, pergilah melancong ke hutan2 negara luar... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-7-2013 02:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
Sorry bro..
dlm hal ini, aku tidak bersetuju dgn kenyataan ko bahawa Sulur Bidar yg mendiami di ...
aku ada beli buku ensiklopedia (sebenarnya buku kecil aje, bukan taraf ensiklopedia pun) tentang hantu2 malaysia
sulur bidar, adalah sejenis makhluk halus atau jin/hantu yg mendiami kaw tasik dan berair
dipanggil juga ular bidar
aku teringat kisah mak aku pernah cerita asal ular bidar yg mengembang mcm teratai gergasi bila menunggu mangsa, dan akan menguncup bila mangsa dah duduk atasnya (biasanya monyet)
kalau ya pun sulur bidar sejenis makhluk, maka ia tergolong dlm cryptologist, iaiatu haiwan yg secara meluas di satu2 kawsan diangap wujud, tp belum dibuktikan dgn sains
pernah tgok rancangan lost tapes di history channel?
aku ada tgok 2 siri pasal loch ness dan bear lake monster, dua2 ni bleh dikatakan makhluk cryptid
pakar2semua kata, kalau wujud pun makhluk ni, mungkin ia sejenis makhluk purba dari zaman dinosaur yg tak mati(mungkin spesis terakhir)
di bear lake, ia kemungkinan adalah mesossaurus
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRB6vMuBHWsJU5SVF8zidXHmUMeXQIEcHPmm7X67XfhVuG-_G1Plw)
di loch ness pulak, kemungkinan ia adalah sejenis makhluk dari kalangan plesiosaurus
![](http://eweb.furman.edu/%7Ewworthen/bio440/evolweb/jurassic/plesio1.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-7-2013 02:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
Sorry bro..
dlm hal ini, aku tidak bersetuju dgn kenyataan ko bahawa Sulur Bidar yg mendiami di ...
aku mmg tersangat2 curious nak tahu apa yg ada kat dasar2 empangan n tasik2 kat Malaysia ni...esp bila dgr mcm2 cerita org2 yg pegi mancing kat tempat2 tu...
teringat kat kawan aku, dia buat kajian ngn lecturer dia, pegi ke empangan hidro Batang Ai...diorang buat kaajian pasal air... so, ada amik sampel air dr dasar empangan....hasil dapatan lecturer tu: x mungkin ada haiwan yg dpt survive di dasar empangan tu sbb air di dasar bersifat alkali yg kuat...
tp itu dapatan lecturer dia...bg aku, x mustahil ada haiwan2 yg berevolusi utk menyesuaikan diri dgn persekitaran..sepertimana kat dasar laut, ada ketam2 kecil yg hidup dekat dgn hydrothermal vent dan survive dgn kepanasan dan kandungan sulfur yg tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
craduza posted on 25-7-2013 02:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
aku mmg tersangat2 curious nak tahu apa yg ada kat dasar2 empangan n tasik2 kat Malaysia ni...esp ...
tuan nampaknya mcm sangat arif!
dipersilakan tuan!
bg aku laaa, dasar empangan takde apa, hanya lumpur dan air
tp dasar tasik2 lain ceritanya, mungkin mcm apa yg bro sulur bidar ckp
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 25-7-2013 02:54 AM ![](static/image/common/back.gif)
aku ada beli buku ensiklopedia (sebenarnya buku kecil aje, bukan taraf ensiklopedia pun) tentang h ...
Bro..
Mmg benar istilah ko..
Sulur Bidar termasuk di dalam bidang cryptology iaitu hidupan yg belum disahkan kewujudannya oleh ahli sains..
Ini kerana tidak ada persatuan / NGO yg sanggup melabur utk meneroka dasar tasik utk mengesahkan kewujudannya..
Ramai manusia sanggup melabur billion dolar utk meneroka angkasa lepas namun tak ramai yg sanggup melabur jutaan dolar hanya utk menerokai/mengkaji hidupan akuatik yg mendiami di dasar tasik / lautan kerana risiko dan persekitarannya serta hidupannya lebih misteri, lebih extreme dari angkasa lepas
Apabila tiada manusia yg sanggup melabur, maka para pengkaji tidak mampu berbuat apa-apa.
Apabila keadaan itu berlaku, maka kekallah hidupan itu di dalam kategori cryptology..
Aku tetap percaya bahawa Sulur Bidar adalah hidupan akuatik yang nyata cuma misteri rupa bentuknya.
Jika ibu ko menyatakan bahawa ia umpama bunga teratai dan menantikan mangsa spt monyet dll) maka cerita ibu ko telah mengesahkan kenyataan aku bhwa ia adalah hidupan akuatik...
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-7-2013 03:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
Bro..
Mmg benar istilah ko..
mak aku klasifikasikan makhluk tersebut sbg ular
ini cerita turun temurun mak kepada mak aku
mereka anggapnya ular, mungkin sebab semasa mengembang, kepalanya mcm ular tedung
sebab tu dinamakan ular bidar
|
|
|
|
|
|
|
|
craduza posted on 25-7-2013 02:59 AM ![](http://mforum.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
aku mmg tersangat2 curious nak tahu apa yg ada kat dasar2 empangan n tasik2 kat Malaysia ni...esp ...
mmg alkalinity level pada sesuatu tahap di kawasan takungan air seperti tasik itu berbeza..
Apa-apa pun ia di luar bidang aku utk mengulas berkenaan dgn hydro-chemistry sesuatu tasik tersebut..
Berkenaan kajian di Batang Ai, suka juga aku bawakkan satu kisah seorang professor dari Eropah (sama ada Germany atau Scotland) berada di salah sebuah tasik tua di Pahang sekitar 1998 - 2000 (aku membacanya di akhbar harian berbahasa Melayu)..
Beliau membuat kajian berkenaan dgn hidupan di kawasan iklim khatulistiwa dan hutan hujan tropika.
Bersama dgn beliau adalah sonar scanner equipment yg digunakan utk mengkaji tahap kedalaman tasik seperti mana konsep submarine menggunakan sonar system sebagai alat pandu di dalal laut.
Hasil daripada imbasan sonar adalah:-
- kedalaman tasik tersebut telah dapat dikenalpasti
- terdapat pelbagai hidupan akuatik yg berada di dasar tasik berdasarkan keputusan imbasan sonar
- hidupan akuatik bersaiz kereta volkswagen adalah hidupan yg paling banyak mendiami di dasar tasik tersebut
- hidupan akuatik terbesar adalah bersaiz lori 3 tan..
Kesimpulannya, pakar zoologist kita masih tidak dapat membuat kajian kerana dana yg tidak mencukupi sedangkan hidupan belantara / hidupan akuatik di negara kita adalah variasi dan pelbagai lagi misteri..
Last edited by SulurBidar on 25-7-2013 03:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 25-7-2013 03:06 AM ![](static/image/common/back.gif)
tuan nampaknya mcm sangat arif!
dipersilakan tuan!
bg aku laaa, dasar empangan takde apa, hanya ...
Aku mengerti kerana memba aku dari Kuala Berang dan Hulu Terengganu menyatakan nama yg sama pada aku..
Sama seperti ko, kerana ia adalah cerita yg disampaikan secara turun-temurun..
Ada yg memanggilnya Ular Bidar
Ada yg memanggilnya tikar-tikar
Ada yg memanggilnya Sulur Bidar..
Apa-apa pun, ia masih kekal menjadi misteri di Tasik Kenyir sehingga kini.....
p/s: Aku rasa, aku nak jadi part-time cryptologist..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo ak pecut laribalik dulu jumpe benda pelik gini |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-7-2013 03:40 AM ![](static/image/common/back.gif)
mmg alkalinity level pada sesuatu tahap di kawasan takungan air seperti tasik itu berbeza..
Ap ...
huhuhuhuh....kalau la dpt di buat request ngn Nat Geo utk buat kajian kat dasar2 tasik malaysia ni...huhuhuuh.... teringin betul nak tahu apa yg ada kat dlm tu...
aku kalo pegi tasik2 ni mmg sgt2 takut...lagi2 kalo airnya tenang dan hitam....hhuhuuhhuh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|