haa.. ambik ko.. panjang tak..?? hikkhikk... sorry lah lame terbengkalai.. harap-harap puas hati ler yer.. tq..tq..tq.. sebab sudi membaca cerita yang ala ala bengong sikit macam orang yg tulis nyer jugak.. ting tong skit..
*************************************
Selepas menyapu ubat tangan Auna Aulia memulakan kerja.Terlalu banyak kerja yang harus dia selesaikan. Tuntutan dunia. Dia sebagaihamba harus berusaha. Seperti Abah selalu berpesan jika kita mengejar duniaakhirat akan meninggalkan kita namun jika kita mengejar akhirat dunia akandatang pada kita. Terpulang kepada kita untuk memilih dan membuat pilihan.
Auna Aulia mengadap dinding kaca pejabatnya. Boleh Nampakpanorama Kuala Lumpur. Tempat orang mencari rezeki. Bumi ALLAH ini luas, rahmatALLAH juga luas. Dia cuba melihat kembali perjalanan hidupnya. Jatuh bangunseorang insan dan hamba bernama Auna Aulia. Masa banyak mengajarnya menjadilebih matang dan lebih menghargai. Kecundang dia bangkit semula. Jatuh dia bangunsemula walaupun terpaksa merangkak.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan kelihatan Datuk MegatKhalid Zamri menjengukkan kepala. “Apa yang jauh sangat termenung tu Auna?”tanya Datuk Megat Khalid. Dia suka pada gadis ini. Auna Aulia baginya bolehpergi jauh. Seorang yang didikasi dan yang pasti sangat amanah dengan setiapperkerjaannya. Tapi mata anak gadis ini bagai menyembunyikan cerita sedih. Apayang membuatkan gadis ini sedih. Senyumannya hanya sekadar tersenyum jarang diamelihat mata itu bersinar.
“Eh, Datuk, kenapa tak panggil saya saja ke pejabat Datuk?”Auna Aulia berbahasa. Sebenarnya dia segan. Walaupun majikannya ini seorangyang baik dan merendah diri. Dia segan di layan begitu kerana dia hanya seorangpekerja.
“alaaa Auna, saya yang berkehendak saya yang harus berjumpadengan kamu. Lagipun saja saya nak tengok keadaan pejabat. Kita ni Aunawalaupun telah setinggi mana pun kita jangan lupa orang yang dibawah. “
Auna Aulia hanya menganggukkan kepala. Dia mengerti dan diafaham. Tanpa yang dibawah tiada yang di atas. Tidak hairan Datuk Megat KhalidZamri berjaya hingga ketahap ini. Dia amat dikenali tetapi dia seorang yangsangat merendah diri. “Ada apa yangboleh saya bantu Datuk?”
“Saya nak berbincang dengan kamu berkenaan projek kita di Serembandan saya bercadang nak menghantar kamu untuk menguruskannya. Itu pun kalau kamurasa boleh.”
“Bukan saya tidak setuju Datuk cuma saya masih perlu menyelialagi tiga projek. Saya takut saya tak mampu nak uruskan semua.”
“Saya faham Auna, saya bukan apa, saya lebih percayakan kamuuntuk uruskan yang Seremban ini sebab ini adalah projek kerajaan negeri, sayaberat nak lepaskan pada orang lain. Pasal projek kamu di sini kamu uruskan lahjuga saya faham lagi pun projek di Seremban tu perlukan kamu ke sana sesekali,jangan risau yang lain, nanti saya minta staf lain membantu” terang Datuk MegatKhalid Zamri. Dia mempunya rencana yang lain untuk gadis ini yang telah dianggap anak.
Auna Aulia terdia sebentar. Banyak yang perlu menimbal balik.Akhirnya hanya anggukkan tanda setuju yang mampu dia berikan. Kalau sudahbegitu kehendakkan majikannya.
“Bagus Auna, saya tahu kamu tidak menghampakan saya. Jangansusah hati nanti saya minta yang lain bantu kamu. Jangan pulak kamu bertambahkeding lagi nanti saya tengok.”
Auna Aulia hanya mampu ketawa. Sampai kesitu sekalimajikannya.
“kamu masih lagi dengan motor besar kamu Auna?” tanya DatukMegat Zamri.
Auna Aulia tersedak air liurnya sendiri. Macam mana pulakboss nya boleh tahu ni.
“Saya ni Auna, walaupun jarang berada di pejabat saya tahuapa yang terjadi. Bawak motor tu baik-baik.” Pesan Datuk Megat.
Auna Aulia hanya mampu tersenyum. “InsyaALLAH Datuk..”
“Anak bujang saya tu pun sama juga. Ada kereta di rumah motorjugak yang di minatnya. Puas Umminya melarang tapi dah itu kehendakkan nak buatmacam mana. Baru-baru ni sebijik lagi baru dibelinya. Lama-lama rumah kamiboleh buat show room motor.”
“Berapa buah motor anak Datuk ada?”tanya Auna Aulia berminat.
“Tak banyak lah adalah dalam tujuh buah termasuk yang barudia beli tu.”
Auna Aulia tersedak tak banyak, hello tujuh, T.U.J.U.H ohkey.Perghh terbaek. Alah orang kaya apa saja mampu.
“Tak apalah Datuk motor aja pun. Bukan girlfriend yang ramaimenjadi koleksi.” Pujuk Auna Aulia. Pujuk ke? Rasa nya tak macam pujuk pun.
“Haaa itu pun masalah jugak. Bukan ramai girlfriend masalahnyadan bukan tak ada orang hendak berderet yang mahu dah jenuh Umminya menkenen tapi yang dia mahu hanya yang satuitu,”
Auna Aulia pelik. “Maksud Datuk?”
“Entahlah saya pun tak faham budak-budak sekarang. Tak apalahAuna saya tak nak ganggu kamu. Sambunglah kerja kamu balik. Saya ada mesyuaratlepas ni” kata Datuk Megat Khalid.
Auna Aulia bangun dan mengiringi majikan nya ke pintu. Diapun pelik dengan apa yang majikannya cuba sampaikan. Arggghh kisahkkan..
Auna Aulia menapak ke tempat Syafiqah. “Kak, sibuk tak?”Tanya Auna Aulia sambil melihat Syafiqah yang leka membuat kerja.
“Kenapa Auna.”
“Jom kak nanti lunch sama.”
“Nak lunch kemana?”
“Adalah. Rahsia.”
“Naik apa? Jauh ke?”
“Alaaa akak ni macam tak biasa you and me together gether.. broom…broom…okey?” tanya Auna Aulia sambil menaikkan keningnya. Syafiqah berubah riak. “Kau.. akak..bromm..broom?” tanyaSyafiqah ingin kepastian sambil membuat isyarat tangan seperti mempress minyakmotor.
Auna Aulia hanya mengangguk tersengeh. sambil buat muka yang paling comel gyoumi pun bleh.
“Tak hingin akak. Kau gila Auna dengan pakai skirt macam nikau suruh naik motor kau hilang akal apa?”
“Alaaa akak ni, naik dengan abang Aakif boleh. Takkan dengansaya tak boleh.. tak aci sungguh.”
“isshhhhh..” Syafiqah menunjukkan isyarat dimulut. Di pejabatini tidak siapa pun yang tahu dia adalah tunangan abang Auna Aulia. Biarlah begitu.Bila masa tiba akan diumumkan. Lagipun baru bertunang tidak perlu dihebohkaanlainlah kalau sudah berkahwin itu harus.
“hahahahaha…. Tahu takut. Jom lah akak…” rayu Auna Aulialagi.
“Minta maaf dulu.. akak tak pernah dan tak akan naik motordengan abang selagi kami tak kahwin okey..tak sesuai sungguh.” memang pun tidakpernah dia naik motor dengan Aazad Aakif. Itu bukan prinsipnya. Bercinta danbertunang bukan lessen segala-galanya. Kalau semua dah diberi tahu apa manisyang tinggal sewaktu berkahwin nanti. Hampas adalah. Tak menarik sungguh.
“Yelahh.. sorry..tapiboleh lah kak..teman Auna.. please..please..”Auna Aulia buat muka seposen.
“Auna nak kemana sebenarnya cuba cerita.”
“Nanti akak tahu lah. ikut yaa.. “ pujuk Auna Aulia lagi.
Syafikah hanya mendiamkan diri. Bukan dia tak pernah naikmotor bersama Auna Aulia. Selalu. “errmm okey lah. balik cepat. Akak ada kejatak siap lagi.”
“Haaa.. macam tu lah. bakal pengantin tak boleh marah-marahnanti darah dari manis jadi kelat. Ok kak.. you and me… daaa” kata Auna Auliamelangkah semula kebiliknya.
Syafiqah hanya mampu menggelengkan kepala. Tersenyum sendirimelihat telatah adik kepada tunangannya. Dia bersyukur kerana keluargatunangnya walaupun berada dan berpendidikan tinggi masih sudi menerimanyawalaupun dia hanya anak kepada seorang peneroka. Rahsia ALLAH tidak siapa yangtahu.
Tengahari seperti yang dijanjikan Auna Aulia membawa Syafiqahke satu tempat, Teratak Kasih Bonda.
Syafiqah terkejut. Kelihatan beberapa budak kecil sedangbermain sambil di awasi beberapa orang dewasa. Auna Aulia tersenyum dan menariktangan Syafiqah masuk.
“Akak, ini Puan Nurul Ain, pengurus teratak bonda ni. Kami panggildia Ummi Ain” Auna Aulia perkenalkan pada Syafiqah. Mereka bersalaman dan bertanya khabar.
"Akak duduk sini sekejap ya, Auna ada benda nak dibincangkan dengan Ummi Ain." terang Auna Aulia sambil berjalan seiringan dengan Puan Nurul Ain.
"Siapa tu Auna?" tanya Puan Nurul Ain.
"Oh.. bakal kakak ipar Auna. Comel kan?"
"Anak Ummi yang ni pun comel jugak. Cantik, lemah lembut yang penting hatinya baik.." Puji Puan Nurul Ain
"Alaa ummi jangan lah puji Auna, Auna malulah.."
Puan Nurul Ain ketawa melihat Auna tersipu-sipu. Auna Aulia, seorang yang hati keras, bersahaja tapi malu bila diusik. seperti pokok semalu, bila di sentuh dia kuncup. Bertuah siapa yang memiliki gadis di depannya. Andainya arwah anaknya Nurul Ainul masih hidup pasti sudah sebaya gadis dihadapannya kini, Kini hanya tinggal suami dan dia saja selepas satu-satunya permata hati mereka pergi kerana menghidap penyakit lukimia. Pertemuan dia dengan Auna Aulia sewaktu dia sedang berdoa di hadapan dihadapan makan nabi ismail. tiba-tiba kakinya kejang kebetulan Auna berada disitu gadis itu yang membantunya. Melihat gadis itu seperti melihat anaknya. dari situ jatuhnya sayang.
"Ummi.." panggil Auna Aulia.
"Ohh maafkan ummui mengelamun pulak?"
"ermm.. ummi rehatlah kalau penat.. nanti Auna datang bantu Ummi.." dia kasihan melihat wanita dihadapannya ini
"Tak adalah Auna, cuma Ummi nak tanya, jadi ke Auna nak bawak anak-anak tengok MotorGP di Sepang nanti?"
"ehh jadi lah Ummi apa tak jadi pulak. Auna dah ada ticketnya pun. tapi tak ramai lah dalam 20 orang saja yang Auna boleh bawak"
"Mana Auna dapat tiket sebanyak tu?" tanya Puan Nurul Ain hairan.
"Alaaa ummi Auna kenyit mata kat orang ni.. Auna kenyit mata kat orang tu dah dapat.." Auna Aulia berseloroh.
"pandai lah kamu. Ni Ummi nak tanya kenapa Auna bank in duit banyak sangat? mana Auna dapat?"
"Ada orang bagi, Auna ambik. Ummi jangan risau ok. InsyaALLAH.. ALLAH ada bersama dengan kita."
"Ummi tahu.. cuma Ummi tak mahu Auna terbeban Babah boleh bantu Ummi."
"Dah lah ummi jangan pening kepala. okeylah Ummi Auna nak balik office. nanti Auna datang lagi. Auna nak pergi tengok tapak projek lagi petang ni. Auna pergi dulu yaa.." Auna Aulia bersalaman dengan Puan Nurul Ain. Pipi tua itu di kucup.
Dari jauh kelihatan Syafiqah sedang bebual dengan seorang petugas disitu. setelah melihat Auna Aulia petugas itu pergi mereka hanya membalas senyuman. “Akak, tempat ni adalah rumahperlindungan kanak-kanak yang ditinggalkan oleh parent, di dera dan juga untuk remajayang mengandung sebelum berkahwin. Mereka dibawa ke sini akan diberikaunseling, kesedaran didikan agama untuk memantapkan lagi jati diri mereka. ini adalah kerja sama diantara NGO dan kerajaan" terang AunaAulia sambil merenung jauh. " Selain dari itu kami ada berikan makanan, baju kepada mereka ang hidup bergelandangan. Macam dekat Chowkit, Jalan Tunku Abdul Rahman.. banyak lagi sebenarnya."
Syafiqah tercengang. Selama initunangnya tidak pernah member tahu aktiviti Auna Aulia yang satu ini selaindari motor.
Auna Aulia mengerti denganpandangan itu. “Actually akak, sesiapa dalam keluarga kita pun tak tahu. Akak janganlahcakap dengan abang atau sesiapa saja. Biarlah rahsia kita. lagipun tak best lah kalau abang-abang tahu”
“Macam mana Auna boleh terlibatdalam kerja amal ni?”
Auna Aulia melepaskan keluhan danmenarik nafas dalam. “Kalau saya cakap dengan akak di sini saya jumpa diri sayaakak percaya tak?” tanya Auna Aulia memandang
“Percaya. Kerana Allah akanmemberikan kita berbagai cara untuk kita mengenal diri kita. Kita kenal dirikita, kita akan kenal ALLAH dan kita akan lagi tahu setiap ujian, nikmat danapa saja yang ALLAH kurniakan pada kita adalah tanda sayangnya ALLAH pada kitadan ALLAH mahu kita sentiasa mengingatinya.” Terang Syafiqah panjang lebar.
Auna Aulia hanya menganggukkankepala. Dia akui apa yang dikatakan oleh Syafiqah. “Nanti lah akak, ada masaAuna cerita kat akak. Dah jom balik. Nanti lewat kita sampai office. Auna nakkene pergi site lagi.” Ajak Auna Aulia.
“Tapi sebenarnya Auna buat apadekat sini?” tanya Syafiqah ingin tahu.
“Tak ada apa.. saja rindu denganbudak-budak,”jawab Auna Aulia. Apa yang dia buat biarlah hanya dia dan PuanNurul Ain saja yang tahu. Tidak perlu sesiapa yang tahu. Ibarat tangan kananyang member tangan kiri tidak perlu tahu.
Selepas memastikan Syafiqah dudukdengan selamat. Auna Aulia memecut Ducati Monster 796nya. Terkejut Syafiqah. Lajusaja tangannya mencubit Auna Aulia. Auna Aulia hanya tersenyum di sebalikhelmet full cover. Rahsia hati tak siapa yang tahu dan biarkan lah ia menjadirahsia.
*****************************************************
ok.. itu sahaja untuk hari nie... nanti kita sambung lagi ok.. sudi2 lah membaca dan mengomen... makacihh
|