CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sipolan

Siapakah Qarin

[Copy link]
Post time 11-6-2013 08:43 AM | Show all posts
orangbesi posted on 11-6-2013 12:12 AM
Yerrr..maaf di terima..hehehe
tak kan aku nak simpan dlm hati ngan OB..hehehe tak pe
Ingusan eek ...

kalau salah tetap salah - kalau kau dah lupa
yg BATHIL tetap BATHIL -tu pun kalau kau nak ambil pengajaran

OB engko tuding kat muka ko sendiri eekk??

ingusan -bukan maksud muda atau tua
tapi bab ILMU - hang cetek lagi leeee
boss hang pun dok lintang pukang lagi jeeee
tak beberapa teringin sebenarnyeee.....tapi ada udang sebalik batu leeee

Yer betul laaa aku cetek lagi ilmu, tak tinggi cam engko sampai boleh berkawan ngan jin hehehe
OB berkawan ngan jin tu bathil..ingat tu..aku pesan jek..nak terima ke tidok lantak engko laaaa ..ilmu dah tinggi melangit kan kan kan


klau kau MALAS - maksudnya sama je camperangai setan kan
  belek AL QURAN, cam tu leee sifat2nya

OB aku malas sebab engko tuh cam besi karat..dah berkarat sampai ke dalam.
engko tak rasa letih eekk?? bila berkata2 kasor? bila cakap kasor engko tak letih eekk??
aku letih bila bercakap kasor cam engko tuh..satu lagi boleh buat hati tak tenang.
sbb tu aku malas nak layan engko....
engko mmg suka dlm kebathilan (berkawan ngan jin) nak wat cemana?? hehehe

dah bnyak kali aku mention, kau masih nk tegakkannya kannn
aku terus terang kasitau- kalau kawan je
yg hang dgn sekork lagi tu - tanpa disedari dah TERIKUT SIFAT2 KESYAITANAN
     dgn bicara yg BATHIL
     yg ni napa kau tk JAWAB????


OB sepanjang perbincangan ngan engko..engko tak pernah jawab soalan yg di beri.
engko selalu mengelak,pusing topik,putar belit...walau pon soalan mudah.
jadi apa yg engko nak tegakkan OB..jika diri sendiri pun tak tertegak2 .
malu laaa sket dengan apa yg engko tulis tu...takut jatuh kemuka sendiri nanti.
OB Jin yg mencampori urusan manusia tuh..syaitan jin.
"kalo nak tengok perangai seseorg tengoklah perangai kawan2 dia."

kau tk BACA kot Hadith ni: SEJAHAT2 MANUSIA ATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK
    hang tk faham kotttttt

Sapa yg ngaku ulamak kat dlm nih??OB
tak ade kan, pastu ape pasal engko gi sebut hadis tu??
satu lagi, kalo baca hadis/quran bior habis..jgn sekerat2 nanti jadi fitnah..engko nak tanggung?? fitnah terhadap nabi.
OB bawa mari sini..kata2 ulamak yg membolehkan berkawan dengan jin..dengan sandaran hadis dan quran sekali.
maklumlah aku cetek ilmu..tu pasal aku mintak ngan engko yg tinggi ilmu tu..

apa engko nak jawab bila org kapir tuduh..quran dan hadis ade pengaruh bisikan dari jin/qorin...alasannyer nabi pon ade qorin/jin..boleh tolong jawab??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 01:21 PM | Show all posts
orangbesi posted on 7-6-2013 04:36 PM
Ni yg qarin dari golongan malaikat dulu,
Boleh nyatakan apakah jenis malaikat yg jadi qarin ko tu ...

Kan...... sah ko memang tak reti apapun! lagak je lebih... haha... dah gi jauh jauh sana, bikin malu jek, sembang tinggi tinggi tapi habuk pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 01:55 PM | Show all posts
salamz. banyaknya cerita hal ehwal qorin. qorin tu bende ape? kita boleh kenal qorin ke? kalau ada ilmu-ilmu ni mesti bestkan? boleh juga suruh qorin buat kerja-kerja amal lepas ini?
Last edited by AdAkAmA on 11-6-2013 01:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:50 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 11-6-2013 01:55 PM
salamz. banyaknya cerita hal ehwal qorin. qorin tu bende ape? kita boleh kenal qorin ke? kalau ada i ...

HAAAAA..tuuu kene tanyer en.OB
dia kenal qorin dia bukan stakat tu jek..
ngan qorin2 aku dia nak rembat..hehehehe

aku tak pandai/tahu ilmu cemana nak bagi arahan pada qorin/jin2...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:55 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 02:50 PM
HAAAAA..tuuu kene tanyer en.OB
dia kenal qorin dia bukan stakat tu jek..
ngan qorin2 aku dia nak ...

owh. OB tu siapa?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 03:27 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 11-6-2013 02:55 PM
owh. OB tu siapa?

x baca dari awal tread eekkk??

OB tu En.Orangbesi...cube laaaa bertanyer dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2013 04:16 PM | Show all posts
sbb tu kita mmg kena menuntut atau mencari ilmu supaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:28 PM | Show all posts
Share


Pada tulisan kali ini aku ingin mengetengahkan berkenaan dengan qarin. Barang kali ramai yang tidak mengetahui apakah qarin ini. Atau juga ramai diantara kita yang tidak mengetahui keujudannya. Malah keujudan qarin ini bukanlah diantara kita tetapi didalam diri kita sendiri.


Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.



Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.



firman Allah:


Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)



Qarin membawa dwimaksud.

Maksud 1 - rakan, taulan, kawan dan seumpamanya.



Definisi ini saya dasarkan di atas Firman Allah SWT dari Surah As-Saffat:51 bermaksud : Seorang di antaranya berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang cuba menyesatkan aku)”



Maksud 2 - Iblis atau syaitan atau sekutunya (Jin) yang menjalankan tugas tetap untuk setiap manusia bagi menyesatkan manusia ke jurang kebinasaan.



Definisi kedua ini saya dasarkan atas Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 : “(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong)”



Didalam hadith Rasulullah SAW juga ada menceritakan perihal qarin ini dan mensifatkannya dengan terang.



Hadis dari Abdullah bin Mas'ud - Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :


"Tidak ada seorangpun di antara kamu semua yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)".



Para sahabat bertanya; "Termasukkah engkau wahai Rasulullah ?,


"Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku memasuki Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik".



Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)


Adakah Qarin dan saka itu sama

Jangan pula kita menyamakan qarin dan saka itu satu hal yang serupa dan satu fenomena yang sama sahaja. Kerana ‘saka’ itu adalah sejenis makhluk nin yang berkhidmat kepada seseorang (dengan janji-janji yang tertentu) lalu apa bila ia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli waris(anak cucu beliau). Saya tidak mengatakan perbuatan memelihara saka ini baik, dan saya juga tidak mengatakannya buruk. Perumpaan dan keterangannya(saka) telah saya sentuh dalam ertikel yang terdahulu.*jin dalam pandangan aku.



Sedang qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.



Qarin adalah kembar manusia

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.



Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)



Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)



Qarin makan dan minum bersama manusia yang didampinginya

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."



Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.



Menggunakan qarin dalam tujuan perubatan

Ada juga dalam sesetengah keadaan, pengamal perubatan menggunakan khidmat qarin untuk tujuan tersebut. Pendapat saya dalam hal ini lebih kepada berkecuali. Namun lebih selamat jika menghindari dari perlakuan ini. Kerana telah diterangkan diawal-awal tadi sifat qarin ini adalah jahat pada asalnya. Dan menjadi baik(islam) apabila diislamkan. Tetapi tertakluk kepada tahap-tahap yang tertentu(Rasulullah). Sedangkan dalam hadith Nabi SAW telah menyatakan.



Daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)



Perhatikan didalam hadith ini. “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam”  dan " syaitan Nabi Adam tetap kafir " Telah dinyatakan yang qarin Nabi Adam a.s tidak diislamkan. Maka lebih sangsilah pada kedudukan(iman) qarin manusia umum ini. Jadi untuk menjadikan qarin itu sebagai salah satu usaha ikhtiar perubatan adalah membimbangkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 04:38 PM | Show all posts
sipolan posted on 11-6-2013 04:28 PM
Share

Maaf yer TT..
Boleh saya tanyer??
sapa mak ayah qorin tu??
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 04:52 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 04:38 PM
Maaf yer TT..
Boleh saya tanyer??
sapa mak ayah qorin tu??

nama gak sama kot,tentu qorin juga.
Tuam/Puam ada pendapatan lain?
blh kita discuss?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:52 PM | Show all posts
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup. Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu. Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi: Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia. WaLLahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:57 PM | Show all posts

JIN QARIN SANG PENDAMPING MANUSIA SEJAK LAHIR




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bedanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti sholat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:13 PM | Show all posts
sipolan posted on 11-6-2013 04:52 PM
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:  Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman  ...

masih belum terjawab soalan saya tu..
qorin juga makhluk kan?..jadi dia tak boleh keluar dari definasi makhluk itu.
"ia itu beranak dan di peranakkan"..soalan saya
adekah qorin tu ade tiba2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:21 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 05:13 PM
masih belum terjawab soalan saya tu..
qorin juga makhluk kan?..jadi dia tak boleh keluar dari def ...

senang cerita mende ni kalau dlm melayu org panggil
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:26 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 08:43 AM
kalau salah tetap salah - kalau kau dah lupa
yg BATHIL tetap BATHIL -tu pun kalau kau ...

OB engko tuding kat muka ko sendiri eekk??
sekadar ayat ingusan ke ni

Yer betul laaa aku cetek lagi ilmu, tak tinggi cam engko sampai boleh berkawan ngan jin hehehe  
OB berkawan ngan jin tu bathil..ingat tu..aku pesan jek..nak terima ke tidok lantak engko laaaa ..ilmu dah tinggi melangit kan kan kan

kawan dgn jin pun, tapi aku tak tagakkan yg bATHIL, cam ko ni
dah tau bathil tu, apasal tak buang jauh2
dan berkawan dgn jin ka teruk atau ikut jejak langkah syaitan yg teruk

OB aku malas sebab engko tuh cam besi karat..dah berkarat sampai ke dalam.
engko tak rasa letih eekk?? bila berkata2 kasor? bila cakap kasor engko tak letih eekk??
aku letih bila bercakap kasor cam engko tuh..satu lagi boleh buat hati tak tenang.
sbb tu aku malas nak layan engko....
engko mmg suka dlm kebathilan (berkawan ngan jin) nak wat cemana?? hehehe

allaaaaa, ayat penakut cam hang ni, kat forum je laaa berani nyeee
kalau kat luar tu, nyorok2 je cam cencorot bukan aku tak tahu

OB sepanjang perbincangan ngan engko..engko tak pernah jawab soalan yg di beri.
engko selalu mengelak,pusing topik,putar belit...walau pon soalan mudah.
jadi apa yg engko nak tegakkan OB..jika diri sendiri pun tak tertegak2 .
malu laaa sket dengan apa yg engko tulis tu...takut jatuh kemuka sendiri nanti.
OB Jin yg mencampori urusan manusia tuh..syaitan jin.
"kalo nak tengok perangai seseorg tengoklah perangai kawan2 dia."

pasal ni le nanti lapang aku ke johor
nak test ko sekali, ada telor ke tarak
selalunye- yg cakap besar ni cam hang........dayus je

Sapa yg ngaku ulamak kat dlm nih??OB
tak ade kan, pastu ape pasal engko gi sebut hadis tu??
satu lagi, kalo baca hadis/quran bior habis..jgn sekerat2 nanti jadi fitnah..engko nak tanggung?? fitnah terhadap nabi.
OB bawa mari sini..kata2 ulamak yg membolehkan berkawan dengan jin..dengan sandaran hadis dan quran sekali.
maklumlah aku cetek ilmu..tu pasal aku mintak ngan engko yg tinggi ilmu tu..

tu la ko ni
kan aku dah kata ko bodoh, akuilah saja
dlm forum MPS ni hanya beberapa kerat je yg dok BACAKAN AL QURAN DAN HADITH
dan sepatutnya mereka adalah ULAMAK (mengetahui)
pasal tu aku bacakan hadith tu - baca ayat ALAH tapi dok tegak yg bathil
malaun jenis penama leee korang ni

apa engko nak jawab bila org kapir tuduh..quran dan hadis ade pengaruh bisikan dari jin/qorin...alasannyer nabi pon ade qorin/jin..boleh tolong jawab??

kalau cerita- semua orang ngaku hebat
cam hampa jugak laaaa
nanti aku uji  zahir n rohani
, baru hampa tau langit tu tinggi rendahnyeeee



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 05:26 PM | Show all posts
masih belum terjawab soalan saya tu..
qorin juga makhluk kan?..jadi dia tak boleh keluar dari definasi makhluk itu.
"ia itu beranak dan di peranakkan"..soalan saya
adekah qorin tu ade tiba2.


malaikat dilahirkan ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 05:27 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 11-6-2013 05:21 PM
senang cerita mende ni kalau dlm melayu org panggil

...mambang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:27 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 05:13 PM
masih belum terjawab soalan saya tu..
qorin juga makhluk kan?..jadi dia tak boleh keluar dari def ...

Qarin ada yg dari jenis jin dan ada yg dari jenis malaikat, boleh jugak dipanggil kemabr atau pendamping, tapi pendamping tak semuanya qarin dan qarin semestinya pendamping....


Malaikat Qarin tak dipanggil qarin, tetapi Mulhin, sebab duduknya tak sama tempat... jin dan malaikat mana nak join daaa.... haha


Dimanakah Duduknya jin Qarin???? mestilah dlm badan manusia tu. berapa ekor???? haha.... berjuta ekor pun boleh daa.... so qarin sesaorang tak semestinya seekor, tapi paling kurang seekor..... tapi maksimanya tanpa had...


Boleh kah dibunuh atau hapuskan???? yg reti ye boleh saja, yg tak reti ya enggak boleh donggggg... haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:30 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 11-6-2013 08:43 AM
kalau salah tetap salah - kalau kau dah lupa
yg BATHIL tetap BATHIL -tu pun kalau kau ...

apa engko nak jawab bila org kapir tuduh..quran dan hadis ade pengaruh bisikan dari jin/qorin...alasannyer nabi pon ade qorin/jin..boleh tolong jawab??

woii beruk
kot lah hang jahil camana pun
tapi takkan ayat gila babi ni hang buat kotttt

tak boleh tanya dgn elok2 kaaa?????

bab yg kita dok sembang leh sepak terajang
bab AL QURAN DAN HADITH - hang nak main2 kaa???????

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:35 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-6-2013 01:21 PM
Kan...... sah ko memang tak reti apapun! lagak je lebih... haha... dah gi jauh jauh sana, bikin ma ...

Kan...... sah ko memang tak reti apapun! lagak je lebih... haha... dah gi jauh jauh sana, bikin malu jek,
sembang tinggi tinggi tapi habuk pun tarak


sembang tinggi
ko tu je yg penakut abis
baru aku ajak gi bukit kepong- dah terkucill kee????

takpe, dr dok sembang2 gini tk berkesudahan
nanti aku turun johor
nak tengok perawat taik kucing yg sekork ni ada telork ka tarak
dgn...............yg 3 lagi tuuuuu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.090492 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list