CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: zarulnazmi

All about Neelofa : PEMINAT BERDO'A LOFA DAN FAHRIN DISATUKAN (p80) + video p81

 Close [Copy link]
Post time 1-1-2013 10:20 AM | Show all posts
Lofa muda cantik n educated. Tggu je la nex stori mori dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 10:35 AM | Show all posts
NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan ‘klise’ itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai.

“Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki,” katanya tersenyum.

   Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31
credit to mymetro.com


Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana.

Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.


Mahu atau tidak, hakikatnya, anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab juga pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang mesra disapa Lofa ini paling laris dan sensasi sepanjang 2012.


Bagai merampas serta-merta daripada ramai pemiliknya sebelum ini, dua tahun berdiri sebagai anak seni sejak awal pembabitannya dalam filem Azura, Lofa tidak sekali-kali lekang terpalit kisah sensasi.

Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian.

“Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghu�bungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling ‘panas’ tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis.

“Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya,” katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti.

Jelasnya lagi: “Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna.

“Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya.

“Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan,” katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway.

Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah ‘merampas’ cinta pelakon lebih senior daripadanya.

Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan.

“Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!”

Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: “Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat.”

Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman.

“Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini,” kata�nya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih.


Trivia gosip Lofa


Mulanya pada 2011 Lofa dikatakan merampas aktor Shahz Jaszle daripada Maria Farida selepas hampir setahun menjalin kasih.

Konflik dengan aktres Nur Fazura yang dikatakan bermula dengan hubungan seorang kerabat diraja juga berlanjutan dari tahun lalu hingga adegan sindir menyindir dalam laman sosial twitter.

April 2012 pula, Lofa dikatakan mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 selepas tewas dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Tidak lama selepas itu, Lofa terbabit pula dengan salah faham bersama salah seorang finalis Dewi Remaja juga pelakon, Anzalna Nasir. Bukan saja mendapat liputan meluas media, malah perselisihan faham itu berlanjutan hingga kes saman menyaman dan sesi mohon maaf terbuka.

Lofa sekali lagi dikatakan tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Anzalna dan tidak mahu bergambar bersama.

Menegur kru produksi Nona yang lambat lebih sejam menerusi twitter dan sekali lagi mempersoalkan pakaian untuk program yang sama turut disalah tafsir hingga ada yang beranggapan kononnya Lofa sudah besar kepala.

Kisah cintanya dengan aktor juga pengarah dan penerbit, Hans Isaac sudah menjadi bualan harian dan terbaru, mereka dikatakan bercuti bersama di Koh Sa Mui, Thailand namun dinafikan kedua-duanya.

Isu seksi di ABPBH, pembedahan hilangkan parut di dahi, kisah kelakar betisnya juga diambil serius dan terbaru, konflik dengan seorang pereka fesyen yang mendakwa serik bekerja dengannya menambah lagi ‘panas’ pada nama Lofa.


Pencapaian Lofa

Rangkaian perniagaan milik keluarganya, Bella Vita makin maju apabila Lofa mengesahkan ingin menambah cawangannya tidak lama lagi.

Selain menjadi jurucakap Avon dan King Koil, Lofa turut terpilih menjadi wajah rasmi jenama jam U2.

2012 turut menyaksikan wajahnya mewarnai banyak papan iklan di sekitar pantai timur apabila menjadi wajah rasmi siri jelajah Petronas.

Gadis yang peramah dan rendah diri ini menerima pula tawaran Tune Records milik AirAsia untuk menjadi penyanyi di bawah naungan mereka pula.

Pernah membintangi drama Kasih Najihah, Kitab Cinta, Jiwa dan Lara, Lofa turut akan tampil dalam beberapa projek khas dan filem pada 2013 termasuk Lemak Kampung Santan.

Kontraknya bersama program Nona disambung setahun lagi dan kini wajahnya pula muncul di Astro dengan mengendalikan program gosip hiburan, MeleTOP.

Tahun ini Lofa akan mengikat dua lagi kontrak dengan produk antarabangsa, beberapa filem dan drama siri, namun semuanya masih dalam perbincangan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 10:51 AM | Show all posts
Kehkehkeh kat sini pon ada artikel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:09 AM | Show all posts
Murahnya rezeki si lofa ni yer...harap taun ni kurangkan la menyeksi tu...Tapi serius aku cakap yg lofa ni kalu pakai apa pun memang nampak seksi lain la Kalau pakai baju kurung dan jubah tu baru ok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:40 AM | Show all posts
harap lofa lebih bijak memilih pakaian yg sesuai pada tahun 2013 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:50 AM | Show all posts
mmg x  minat nealofa nie..kalu tgk apa2 rancangan yg dihoskan oleh lofa ni..terus tukar siaran..bila lofa dah abis ckp..tukar balik..huhuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2013 12:42 PM | Show all posts
ehh..tu buntut ori or pakai pad buntut...semacam jerw kembang nyer. kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:50 PM | Show all posts
luraziera posted on 1-1-2013 08:50 AM
rumah mak hans dkt mana?rumah hans pulek?either gombak or ampanglah kan

Rumah hans tak tau.rumah mak hans kat taman tar.dekat2 kelab darul ehsan tuh kalau x silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 12:54 PM | Show all posts
Tetiba aku tersuka dgn anzalna boleh gtu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:54 PM | Show all posts
lotionmilo posted on 1-1-2013 12:50 PM
Rumah hans tak tau.rumah mak hans kat taman tar.dekat2 kelab darul ehsan tuh kalau x silap

Ouh..taman tar.dekat dengan club de..i see.tp smlm dorang menghala ke gombak or maybe duke hiway
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:56 PM | Show all posts
memang cantik
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 01:07 PM | Show all posts
fake boobs ( .)(. )
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 05:08 PM | Show all posts
Tak lawa pun lopah ni bg aku. Setakat aset je yg cantik ditayang2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 10:09 PM | Show all posts
lisa surihani=cantik cute
neelofa=cantik ja lang
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 10:14 PM | Show all posts
kecik82 posted on 1-1-2013 11:09 AM
Murahnya rezeki si lofa ni yer...harap taun ni kurangkan la menyeksi tu...Tapi serius aku cakap yg l ...

Yup
Body neelofa curvy
Pakai apa pon nmpak seksi

Harap kontrol lah sikit pas ni
Nmpak cam pompuan bimbo je
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 10:38 PM | Show all posts
die ni kalo x seksi mesti rmai je peminat...cube sopan sikit pakaian tu lopa oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 11:32 PM | Show all posts
antara lopak ngan anzalna aku rasa anzalna tu ada la improve sikit lakonannya banding lopak yg masih lagi kayu kayan tahap langit ke 7
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 03:33 AM | Show all posts
td dlm meletop kecik lak aset atas dia tu...
selalu org yg aset kecik ni je yg suka nak tayang dan tambah span bagai bagi nampak ada aset...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 04:11 AM | Show all posts
mmeza_r posted on 2-1-2013 03:33 AM
td dlm meletop kecik lak aset atas dia tu...
selalu org yg aset kecik ni je yg suka nak tayang dan  ...

setujuuuuu


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 04:33 AM | Show all posts
ni ape yg bestnye?

muka? bersepah aku tgk dekat kaunter2 urut kaki area pasar seni

berlakon?- cam kayu
mengacara?- syok sendiri?


harap kopek sahaja.
berdiri di atas kopek sndri
bukannya bakat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.499832 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list