Ilham termenung seketika. Berfikir-fikir perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini. dia tiba-tiba teringatkan Nadrisa. Sebenarnya hatinya masih sangsi dengan kejujuran Nadrisa. Betul ke Nadrisa tiada kaitan dengan mamanya. Habis tu,bagaimana mamanya tahu tentang percintaanya dengan Maslina. Ke mamanya sekadar serkap jarang. Atau memang wujud pengintip misteri itu Cuma orang itu bukanlah Nadrisa.
Pening kepalanya berfikir tentang perkara ini. sungguh dia berjanji. Dia tidak akan lepaskan pengintip yang cuba menggangu gugat hidupnya. Cukuplah dulu seorang pengintip telah menyebabkan kematian Rania. Kerana seorang pengintip itu dia membenci pengintip yang lain meski pun mastermindnya adalah mamanya sendiri.
“diam je kau malam ni... kenapa?” soal Hafiz. Matanya memandang Ilham sekilas sebelum memandang suasana di gerai makanan yang boleh tahan juga meriahnya. Teh ais yang dipesan disedut perlahan.
“dah kau diam, aku pon diam la...” sela Ilham. Mee goreng basah yang dipesan mula disentuh.
“biasanya kau la yang keluarkan topic... aku layan je.” Jawab Hafiz.
“aku ada girlfriend baru..... yang hari tu dah putus dah.” Ilham membuka cerita. Dah tak ada topic sangat, citer pasal koleksi girlfriend dia pon okey juga.
“amboi...cepatnya. Tak sampai 3 bulan dah putus balik. Yang ni berapa lama kau plan nak couple ni.” Sindir Hafiz. Secara jujurnya dia tidak berkenan dengan perangai kaki perempuan Ilham. Tapi apa boleh buat dah perangai kawannya begitu. Bukan tidak pernah ditegur malah mereka pernah bertekak hanya kerana hobi baru Ilham.Tapi Ilham sudah cukup dewasa. Dia boleh fikir sendiri baik buruk sesuatu perkara.
“soalan kau macam nak kena penyepak dengan aku.....”balas Ilham geram.
“aik...salah ke aku kata macam tu... bukan ke kau memang macam tu... dulu si Zara tu pon kau bercinta tak sampai 5 bulan. Sebelum Zara tu aku tak ingat nama apa...tak sampai 2 bulan kot yang tu. Yang ni agak-agak berapa lama kau boleh tahan?” tempelak Hafiz selamba. Jelas wajah kurang senang terpapar pada wajah Ilham.
“kau ni kan... yang sebelum ni tak sesuai dengan jiwa aku... cuba lah kau bawak berdoa kot-kot yang ni jodoh aku. Ada jugak faedahnya.”
“kau ni Ilham... sampai bila la kau nak hidup macam ni. Kalau kau buat macam ni pon arwah Rania tu takkan hidup balik... tak payahlah kau mainkan hati gadis-gadis kat luar sana tu. Kesian kat diorang.” Nasihat Hafiz tenang. Dia tahu punca utama Ilham mempunyai hobi yang baru. Semuanya gara-gara kehilangan Rania. Ilham jadi macam tu pon sebagai tanda protes tindakan mamanya yang menghalang hubungannya dengan Rania sebelum ini.
Dia sengaja mencabar kesabaran puan Maimun dengan berperangai buaya darat. Lagi pon itu salah satu caranya untuk dia mengelak diri dari berkahwin dengan Atirah, sahabat baiknya.
“apa pulak kau ni libatkan orang dah tiada... lagi pun perempuan tu yang cakap dia sukakan aku. Takkan aku nak biarkan hatinya kecewa. Aku kenalah balas cintanya.” Tersenyum kecil Ilham mengingatkan luahan hati Nadrisa. Si gadis manis yang pemalu itu. Namun hatinya terbit juga rasa bersalah untuk permainkan hati Nadrisa yang kelihatan naïf. Nadrisa tak sama seperti ex-girfriend yang dia ada sebelum ini. Nadrisa gadis yang pendiam, pemalu dan nampak baik perangainya.
“yang ni kau serius ke?” pertanyaan dari Hafiz menghilangkan ingatan Ilham terhadap Nadrisa.
“kenapa kau kata macam tu?” soal Ilham pelik.
“first time kot tengok kau tersenyum bila cakap pasal perempuan... lagi pun sebelum ni kau tak berminat pon bercerita pasal awek-awek kau.. semuanya aku yang tanya dulu... yang ni kau pulak excited citer kau ada awek baru.” Jelas Hafiz. Kalau betul lah Ilham sudah menemui pengganti Rania baguslah.. Cuma yang perlu dirisaukan adalah penerimaan puan Maimun.
“mana ada... sama je la dengan yang sebelum-sebelum ni... diorang semua ni tak akan dapat gantikan tempat Rania...” jelas Ilham. Ingatannya pada kekasih hati yang amat dicintai menyinggah lagi. Sungguh dia rindukan Rania.Ya Allah kau tempatkan dia di kalangan orang yang beriman. Hafiz sekadar menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan Ilham. Dia tahu sahabatnya terlalu sayangkan Rania.
Last edited by misssakura on 6-10-2012 08:33 PM
|