CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abangcute

Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar

[Copy link]
Post time 26-8-2012 07:56 AM | Show all posts
Alhamdulillah~
cantik ayatul Quran yg diutarakan...
boleh sy beri pndpt..?

>>> NorAddin posted on 26-8-2012 12:24 AM
3:159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
perhatikan perbezaan " Kamu munafik!! Kamu mesti ikut sy!! "    atau    " Kamu Kafir!! Ni dalil2nya..."

dengan " Pandangan kamu perlu diperbetulkan...cuba lihat..."   atau   " Berdasarkan dalil ini...bukankah..."

Akhir sekali terserah kpd Allah~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 10:07 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Menarik topik ini.

DAKWAH adalah tugasan kita sebagai umat akhir jaman.
Tiada lagi Rasul n Nabi selepas Rasulullah saw.

TUGASAN ini di pikul olih kita.
Adakah kita meminta dari Allah swt utk memikul tanggungjawab ini?

SURELY tidak.

Kita sebenarnya adalah umat PILIHAN.
Dalam ribuan juta manusia dan ribuan tahun jaman berlalu dari Adam a.s., kita di pilih olih Allah swt utk di lahirkan di jaman umat akhir jaman.
Di mana Rasul rasul yg terdahulu ada yg bermohon agar di lahir pada jaman ini.

DAKWAH terbahagi pada 2.
1. pada bukan Islam
2. pada umat Islam

CARA/KAEDAH berdakwah
- pelbagai

Ingat lah akan pesanan Rasulullah saw.
"Aku tinggalkan kamu 2 perkara di mana kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. Iaitu Al Quran dan Sunnahku"

Apa sekali KAEDAH/CARA yg hendak di gunakan, pastikan ia mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Pelajari lah bagaimana Rasulullah saw menyampaikan dakwah.
23 tahun Baginda saw melakukannya.
SURELY banyak/pelbagai kaedah/cara yg Baginda saw yg telah di gunakan utk menyampaikan RISALAH ALLAH ini.

Di antaranya ialah:
1. akhlak
2. lisan
3. perbuatan
4. hikmah (anugerah Allah swt)
5. istiqamah
6. dll

Ada yg akan menyatakan kita sepatutnya memperbaiki diri sendiri terlebey dahulu sebelum hendak mendakwah oghang laen.
Ada juga yg menyuruh mencari ilmu terlebey dahulu sebelum ingin mendakwah.

Ada ini betul cara/kaedahnya??

Kalau begitu, oghang yg buta huruf................tidak layak utk berdakwah!
Bagaimana pulak dgn yg pekak?

Adakah berdakwah itu..........perlu di keluarkan perkataan2/terms2 ARAB?
Menggunakan perkataan2 'bombastic' ?

Apakah sebenarnya yg di kaitkan dgn DAKWAH??
Pendakwah itu kah?
Oghang yg di dakwah kah?
Isi pati dakwah?

PenDAKWAH
- setiap umat Islam
- IKHLAS (krn Allah swt)
- mengikut Al Quran n Sunnah
- Jemaah
- istiqamah

Yang PASTI, seoghang pendakwah itu TIDAK AKAN menjadi KAYA.
Kalau dier jadi kaya kerana berdakwah...................sila check balik nawaitunya.

Berdakwah dgn oghang Islam dan oghang bukan Islam, ada banyak bedanya.
Dari segi kaedah/cara yg hendak di gunakan.
ADa juga oghang Islam sendiri tidak mahu mendengar hujah2 dari Surah AL Quran n Hadis.
So, bagaimana kita perlu lakukan?

Seperti forumis Truth.8 , beliau tidak mahu dengar or baca hujah dari Hadis.
Ini kerana beliau tidak mengiktiraf Rasulullah saw sebagai Rasul.

Di sini lah kita perlu berada di dlm satu JEMAAH.
Bergabung dgn oghang yg 'lama' dan mempelajari pengalaman mrk.

Cara yg paling mudah/cepat di dlm berdakwah.

Teringat teman akan MLM.
Banyak yg maju sehingga berbillion billion asset mrk.
Up-line, down-line mereka begitu aktif mencari customer dan menjual barangan mrk.
Yg baru akan berkumpul.............mencari down-line.
Kalau tak mampu berhujah.............mrk akan contact Up-line (Senior or Oghang Lama)
Buat Sessi kaunseling, Mesyuarat Mingguan, Bulanan bla bla bla
Berbincang masaalah2 yg mrk hadapi.....
Atur strategi....

Plan A tak bley...........guna Plan B, Plan C, Plan D........dan seterusnya.
Yang ini takmo join.............cari oghang lain.
Market/pasaran amat luas...........

Mereka MENIRU cara Rasulullah saw n para sahabat r.a.
Sebab itu ghamai di antara mereka BERJAYA!!!
Hidup mewah dgn ghumah bungalow, keter Merc, BMW, pergi melancung ke hulu ke hilir.....
Ada yg berhenti kerojer..................buat MLM full-time.

Tapi biler time hendak berDAKWAH................kenapa tiada kesungguhan seperti ini???
Tak nampak ganjaran??

Sepatutnya perkara SUKA n RELA ini di buat bersungguh sungguh.
Bukan pabila SUKA baru lah kita RELA utk melakukan nya!!!

Sorry........semuer.

Banyak pulak teman menulihnya.

Nanti sambung...................

Yg baik dari Allah............dan yg salah n silap adalah dari kekurangan teman sendiri.

Waallahua'lam




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:42 AM | Show all posts
Zackmaster posted on 26-8-2012 07:56 AM
Alhamdulillah~
cantik ayatul Quran yg diutarakan...
boleh sy beri pndpt..?
perhatikan perbezaan " Kamu munafik!! Kamu mesti ikut sy!! "    atau    " Kamu Kafir!! Ni dalil2nya..."

dengan " Pandangan kamu perlu diperbetulkan...cuba lihat..."   atau   " Berdasarkan dalil ini...bukankah..."

Akhir sekali terserah kpd Allah~
Memang ada perbezaan antara ' pendakwah ' yg hanya mahu orang lain ikut kepala hotak (pemahaman) mereka sahaja berbanding dengan yang membimbing orang lain untuk menggunakan akal masing-masing sebagaimana jalan yang ditempuh oleh Rasul dalam menanamkan aqidah.

Saba':46
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan ".  Tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:51 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 26-8-2012 10:07 AM
Assalamualaikum semuer,

Menarik topik ini.
Seperti forumis Truth.8 , beliau tidak mahu dengar or baca hujah dari Hadis.
Ini kerana beliau tidak mengiktiraf Rasulullah saw sebagai Rasul.
T.8 tu kan kristian ... apa2 hujah dari Hadith dan Al Qur'an tidak akan diterima ... gunakan hujah akal sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 12:54 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 26-8-2012 10:42 AM
Memang ada perbezaan antara ' pendakwah ' yg hanya mahu orang lain ikut kepala hotak (pemahaman) m ...

Saya setuju pandangan Tuan. Saya tau Tuan antara insan yang cuba mengembalikan yang haq pada tempatnya. Syukur, sama-samalah kita bersama-sama dalam memahami Al-Quran dan Sunnah. Insya'allah, dengan izinNYA jualah kita akan beroleh PETUNJUK KEBENARAN. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 01:06 PM | Show all posts
Zackmaster posted on 26-8-2012 07:56 AM
Alhamdulillah~
cantik ayatul Quran yg diutarakan...
boleh sy beri pndpt..?

Sila fahamkan ini untuk jaga AKIDAH tuan,

>(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
(Al-Munaafiquun 63:6)

Sebenarnya saya dah membulatkan TEKAD dan menyerahkan urusan berkenaan kepada Allah Azza Wajalla. Cuma sedih kerana ramai yang terperangkap dengan ilmu sedangkan petunjuk sebenar ada dalam Al-Quran. Sebenarnya tiada gunanya ILMU mereka yang dimaksud kepada kita jika mengaku beriman. Janganlah kita mempergunakan Al-Quran dalam situasi yang JELAS terang KENYATAAN yang datangnya dari ALLAH perihal yang dimaksudkan. Berimanlah dengan keterangan Al-Quran sesungguhnya itulah jalan keselamatan di SANA kelak. Wallah Hualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2012 01:30 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 26-8-2012 10:07 AM
Assalamualaikum semuer,

Menarik topik ini.

Kata-kata tuan ada kebenaran cuma terkadang perlu penambah-baikkan semula dari pelbagai aspek supaya ramai pihak lebih jelas. Sememangnya ramai rakan-rakan mahukan ilmu yang ringkas, tepat dan mudah untuk difahami dan dilaksanakan. Untuk pandangan saya (untuk mengelakkan hukum yang termaktub dalam Al-Quran), ini sekadar pandangan yang saya faham.

Al-Quran merupakan Undang-undang dan Perlembagaan Yang telah ditetapkan kepada INDIVIDU bernama manusia untuk hidup di muka bumi bersama-sama makhluk-makhluk yang dimaksudkan dalam Al-Quran.

Al-Quran dibahagikan kepada 3 cabang ilmu utama iaitu AKIDAH, SYARIAT dan AKHLAK. Perihal akidah perlu di dalami sedalam-dalamnya dengan mencari guru-guru yang HAQ yang mana mendapat PETUNJUK dalam erti kata sebenarnya (mereka-mereka yang memahami isi kandungan Al-Quran dalam erti kata sebenar-benarnya)

Bila dikatakan Sunnah, sebenarnya Ilmu Sunnah berkait rapat dengan permasaalahan yang ada di dalam Al-Quran yang perlu PENJELASAN dan DITERJEMAHKAN untuk difahamkan kepada kita selaku Umat Muhammad SAW melalui ilmu AKIDAH, SYARIAT dan AKHLAK Rasullullah SAW itu sendiri sebagai ROLE MODEL insan yang ALLAH kehendaki. Ramai yang melihat kepada SYARIAT, AKHLAK Rasullullah sedangkan tiada mata hati untuk melihat AKIDAH Rasullullah yang sebenarnya selari dengan AKIDAH yang dimaksudkan dalam Al-Quran itu sendiri.

Dalam menjadi Da'ie yang sempurna dari aspek JIWA, ada beberapa method yang perlu di ambil perhatian iaitu 4 perkara ASAS antaranya Jujur, Amanah, Dakwah dan BIJAKSANA.

Istiqomah adalah kunci yang diberikan kepada mereka yang sentiasa mengingati Allah didalam BERAKIDAH, BERSYARIAT dan BERAKHLAK dalam apa jua perkara yang pernah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Di sinih lah ramai yang GAGAL untuk beristiqomah dalam erti kata sebenar dan akhirnya melihat kepada aspek yang pernah berlaku dan yang sedang berlaku atau yang akan berlaku semata-mata kerana tidak diberikan NURNYA dalam erti kata sebenar-benarnya. Beristiqomah perlu berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, melainkan anda mempunyai SYARIAT yang telah ALLAH tetapkan untuk menyampaikannya kepada UMUM atau SYARIAT hanya untuk diri sendiri bergantung kepada tahap kefahaman ilmu Al-Quran dan Sunnah.  Adakah manusia boleh sesat? YES kalau tak dibimbing melalui Al-Quran dan Sunnah dalam erti kata sebenar-benarnya. (atau lebih tepat punyai penyakit Wahan)

Kunci untuk mengelakkan kekeliruan, bersangka-baiklah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah sebelum datang Sunnah Yang Terakhir yang akan MELENGKAPKAN keseluruhan permasaalahan yang ada di dunia hari ini. Ramai yang beranggapan Sunnah bermaksud HUKUM sedangkan Sunnah adalah satu JALAN untuk mencapai IMAN dan TAQWA dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Apapun Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Sekiranya ada kekurangan dari penyampaian saya, maafkan saya. Saya cuma share pandangan untuk sama-sama dipermudahkan konsep pemahaman. Bukan kritikan, sekadar pandangan UMUM untuk sama-sama kita berdakwah dalam erti kata sebenar-benarnya. Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 26-8-2012 01:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 02:28 PM | Show all posts
kalimah kebenaran telah zahir
kita datang dariNYA,kita pulang padaNYA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 03:27 PM | Show all posts
Abangcute posted on 26-8-2012 01:30 PM
Kata-kata tuan ada kebenaran cuma terkadang perlu penambah-baikkan semula dari pelbagai aspek supa ...  reply post niceghost
Kunci untuk mengelakkan kekeliruan, bersangka-baiklah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah sebelum datang Sunnah Yang Terakhir yang akan MELENGKAPKAN keseluruhan permasaalahan yang ada di dunia hari ini. Ramai yang beranggapan Sunnah bermaksud HUKUM sedangkan Sunnah adalah satu JALAN untuk mencapai IMAN dan TAQWA dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Kefahaman tentang Sunnah ( Allah & Rasul ) amat penting diberi penekanan untuk mencapai Tujuan terbesar dalam mencapai Iman dan Taqwa yang mana kita rata2 menyedari akan kemunduran ummat Islam adalah disebabkan kelemahan/kepelbagaian Aqidah. Menjadi kewajipan kita untuk mengembalikan kejayaan Ummat kita dengan usaha menanamkan aqidah yg sebenar2nya dalam jiwa kita ummat Islam. Caranya dengan menempuh jalan yg telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w dalam memberikan tuntunan, bimbingan dan mempropagandakannya dengan pendidikan dan pengajaran yg sistematik, kemudian memupuknya hingga subur sehingga aqidah itu mencapai puncak tertinggi hingga tak teroboh lagi. selain itu, ia dapat mencapai titik terakhir yg berbentuk keyakinan yg mendorong kita semua untuk maju dalam menempuh kehidupan yg berjaya dimana akan dapat mengangkat ummat Islam ketingkat yg utama berupa kemegahan dan kemuliaan.

Harapan kita kepada Allah s.w.t ... semoga kita umat Islam dapat memiliki SATU Aqidah yg dengannya dapatlah kita menjadi pemimpin dan pembimbing ummat manusia didunia dan mendapat kebahagiaan di akhirat.
Last edited by Nazrulism on 26-8-2012 03:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 03:35 PM | Show all posts
Abangcute posted on 26-8-2012 01:06 PM
Sila fahamkan ini untuk jaga AKIDAH tuan,

>(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
(Al-Munaafiquun 63:6)

Tolong terangkan maksud Tuan ... adakah salah Akidah bila mendoakan orang lain ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:47 PM | Show all posts
salam

Dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata,
Nabi s.a.w. bersabda :
‘‘Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)
menurut keadaan (aqidah atau iman) nya ketika dia mati.’’
Sahih Muslim

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 12:10 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 26-8-2012 03:35 PM
Tolong terangkan maksud Tuan ... adakah salah Akidah bila mendoakan orang lain ?

Jika diikutkan hati ini rasanya mahu sahaja berdoa akan kebaikkan kepada seluruh orang-orang Islam dalam erti kata sebenar-benarnya. Dalam berakidah cara yang Allah perintahkan tidak memerlukan apa-apa teori yang hendak kita ciptakan, kerana ketetapan Allah tidaklah sama dengan ketetapan kita selaku hamba Allah di muka bumi ini. Mengakali ketetapan Allah dalam berdoa boleh mengundang kemurkaan Allah kepada apa yang diperintahkan Allah kepada yang mengaku beriman kepada kitab-kitabnya. Mahukah kita selaku orang yang beriman kerana kita berdoa kebaikkan kepada orang-orang munafik dan akhirnya Allah menukarkan salah seorang dari anak kita sendiri munafik dalam keadaan yang dimaksudkan kerana keingkaran dalam mematuhi perintahNYA? Berdoalah dalam erti kata sebenar-benarnya selaku pengembala yang mengembala dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya ilmu pengetahuan semuanya hanya disisi Allah. Wallah Hualam

Last edited by Abangcute on 27-8-2012 12:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 01:04 AM | Show all posts
Kepada semua yang mahu melaksanakan usaha dakwah, jika ada TANDA-TANDA dakwah diblock dari kategori golongn munafik, sebaik-baiknya bersangka baik dan bersabar dengan ujian yang dihadapi. Mohon perlindungan daripada gangguan Syaitan pada ketikawa berdakwah dengan sentiasa beristigfar didalam hati. Berdakwahlah cara bijaksana dengan bersahaja bertanya perihal Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan untuk mengetahui apa yang mereka ketahui. Sesungguhnya sifat munafik suka berdolak dalih dan suka mencari dalil. Perkemaskan ilmu Al-Quran dan Sunnah dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Saya pernah menghadapi banyak kes berhadapan dengan golongan munafik. Jika datang dari kalangan orang TUA, gunakan pendekatan menyalahkan diri sendiri perihal RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan IHSAN dan meminta tunjuk ajar untuk mengetahui ILMU yang mereka tahu. Dan seterusnya MENCANTAS TUNAS MUNAFIK dengan menggunakan kaedah BERIMAN kepada Al-Quran dalam erti kata sebenar dengan menjelaskan keterangan yang ada dalam surah Al-Munafiquun sebagai nasihat. Jika berdolak-dalih bertanyalah SIAPA TUHAN KAMU? Dan beredarlah dengan soalan berkenaan untuk menjadi peringatan
Untuk kes orang muda, TEGAS dalam dakwah dalam erti kata PERINTAH ALLAH (melibatkan Rukun Islam, Iman dan Ihsan) supaya diwujudkan DENDAM terhadap pendakwah. Bila banyak soalan ditanya banyak lagi PENGETAHUAN dan sebaik-baik pengetahuan ada di dalam Al-Quran dan Sunnah. Bertanyakanlah KENAPA TAK BELAJAR AL-QURAN dan SUNNAH? Nanti akan tersirna jawapan MENGAPA DAN KENAPA dan semuanya SALAH KITA yang mengaku BERIMAN tapi TIDAK BERTAQWA dalam erti kata sebenar-benarnya. Sesungguhnya disebalik dendam kerana nasihat akan wujud kasih sayang jika diizinkan Allah. Wallah Hualam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 08:54 AM | Show all posts
Bagus topik ini, tahniah.

Jika dizaman dahulu, datuk nenek moyang kita diislamkan oleh pedagang arab, pendakwah dari gujerat, arab yamen dan sebagainya, maka kaedah yang sama juga adalah kaedah yang terbaik untuk kita ulangi sekali lagi. Jika dilihat jiwa orang arab dan jiwa orang melayu ni lain, orang arab mereka lebih peramah dan berani berhadapan, memang berkualiti untuk menjalankan tugas ini. Tengoklah jika mereka jual barang, mereka pandai dan berani pujuk kita sampai kita lembut hati. Didalam sikap kasar mereka ada ketegasan dan kelembutan tersendiri. Ini sikap semulajadi mereka atau kelebihan mereka yang perlu kita akui.

Caranya, kita invite mereka dalam lebih kurang 12 orang ke malaysia, sediakan tempat menginap dan bawa mereka dari satu bandar kesatu bandar. 12 orang satu rombongan pun sudah boleh. Kita sebagai orang tempatan perlu berkhidmat untuk mereka, sediakan makan-minum, tempat menginap, atur program. Mereka(orang arab) sebagai orang yang akan bertemu muka dengan orang kafir dan memberi dakwah, seorang penterjemah diperlukan. Dengan cara ini insyaallah mujarab.

Step 1. 4 orang akan pergi ke rumah2 dan bertemu dengan orang kafir, jemput mereka ke masjid untuk penerangan lanjut. Bila mereka ke masjid, mereka akan disambut dan duduk untuk dapat dengan penerangan lanjut dari pendakwah, selepas itu boleh invite mereka untuk jadi saudara kita dan ucap sayhadah. Seorang pembesar atau wakil rakyat diperlukan untuk hadir bersama ke masjis sebagai penyeri.

Insyaallah...apa pendapat anda.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:36 PM | Show all posts
zamkumis posted on 27-8-2012 08:54 AM
Bagus topik ini, tahniah.

Jika dizaman dahulu, datuk nenek moyang kita diislamkan oleh pedagang a ...

Cadangan menarik. Akan tetapi jika dirujuk melalui kaedah yang ditunjukkan di dalam Al-Quran dan menerusi Sunnah berdasarkan zaman agak berbeza kerana fikiran manusia zaman sekarang cukup berbeza. Pendekatan Islah dalam erti kata sebenar diperlukan yang sebenar-benarnya. Perihal orang KAFIR biarkan terlebih dahulu kerana itu bukan urusan kita melainkan jika mereka yang KAFIR berkehendakkan jawapan then ALL SOLVE. Banyak khabar yang kurang enak saya dengar dari mereka-mereka yang mengaku Islam tapi jahil dalam mendengar nasihat. Sesungguhnya jika mereka jahil terhadap mereka yang beriman tidak lah menjadi suatu perkara tajuk disini. Akan tetapi jika mereka-mereka yang jahil ini TIDAK MENDENGAR NASIHAT mereka-mereka yang ditakdirkan sebagai insan-insan yang BERIMAN dan BERTAQWA dalam erti kata sebenar, then WHOLE person will be response as ENEMY OF ALLAH. Perihal berkenaan ada didalam Al-Quran. Pendekatan yang berkesan adalah bergantung kepada dasar asal yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah terhadap SETIAP INDIVIDU yang mengaku ISLAM sahaja.

Sebenarnya, Malaysia antara tempat yang kurangnya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa dalam erti kata sebenar-benarnya. Tambahan yang beriman seperti berada di atas pagar kerana masih lagi SYIRIK dengan Allah tanpa disedari ditambah tokoh-tokoh yang tidak mendalami Al-Quran dalam maksud yang sebenarnya dan sikap Umat Islam yang berhukum tanpa dalil. Ditambah sifat MUNAFIK didalam dada orang-orang yang beriman + yang hanya mengaku Islam tapi kufur yang suka MENYEKAT segelintir yang membawa Usaha Dakwah menyebabkan golongan yang beriman dan bertaqwa dalam erti kata sebenar TIDAK MAHU MASUK CAMPUR urusan dunia kerana itu PERINTAH ALLAH jelas kepada mereka kerana ilmu mereka disandarkan kepada diri mereka dan bukannya ALLAH dalam erti kata sebenar kerana Sunnah Rasullullah itu sendiri untuk zaman mereka. Betapa ruginya Umat Islam hari ini yang dikategorikan MUNAFIK yang menjangkau lebih dari 90% yang sebenar-benarnya. Jadi, disebabkan kurangnya pendedahan ilmu agama dari peringkat awal (yang sepatutnya bercorakkan Al-Quran dan Sunnah) ditambah dengan sikap majoriti yang meminati KEHEBATAN DUNIA yang didatangkan KHAS untuk menguji IMAN Umat Islam(mencakupi perkara-perkara aneh dan menarik yang menjurus ke arah kebatilan nyata dan tidak nyata), akhirnya mendorong golongan ini TERSASAR dari memahami akidah Tauhid dalam erti kata yang sebenar-benarnya -sila rujuk surah Saba' perihal yang saya maksudkan. Matlamat kehidupan umat Islam hari ini hanya mengaku Islam pada perbuatan dan lisan tapi tidak pada hati disebabkan kederhakaan kepada Allah dalam cara tidak sedar mahupun sedar. Apakah kita semua menyangka ALLAH akan maafkan kita? Tidak cukupkah AMARAN dari Allah di dalam Al-Quran? Terlalu banyak perkara kalau nak dikisahkan disini. Cukup sekadar ini sebagai mukadimah dari saya perihal Umat Islam zaman ini.

Mari kita renung surah Saba' perihal ini :

Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.
                      (Saba' 34:6)

Sebenarnya kita kekurangan Umat Islam yang beriman dan bertaqwa dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Perkataan Taqwa memang mudah untuk disebutkan tapi untuk merencanakan segala-galanya hak mutlak Allah SWT itupun jika Allah kasih kepada kita selepas DIUJI dalam erti kata yang kita tidak ketahui (hanya mereka yang beristoqomah dalam erti kata sebenar mengenali Allah dalam apa jua yang dilakukan). Jika Umat Islam itu sendiri tidak merebut PELUANG mencari mereka-mereka yang DIBERIKAN PETUNJUK KEBENARAN menerusi Al-Quran dan Sunnah ditambah berniat untuk mencari keuntungan di dunia menerusi mereka-mereka yang diberi petunjuk, untuk merencanakan apa yang Allah perintah mencakupi bidang ILMU yang ada di dalam Al-Quran (mencakupi Sains, Ekonomi, Keselamatan, Alam, Politik, Akidah dan yang berkaitan dengannya), kebenaran permulaan generasi Yakjuj Wa Makjuj adalah bermula dari kalangan Umat Islam yang FASIK akan tersirna dan ini boleh dilihat dengan kejadian yang berlaku seperti di Syria, Eygpt dan seumpama dengannya dan sebenarnya inilah realiti yang sebenar-benarnya sebelum didatangkan bangsa Yakjuj Wa Makjuj yang sebenar-benarnya atas kehendak Allah. Sebenarnya bangsa Yakjuj Wa Makjuj dah cuba menguasai apa yang saya nyatakan disini. Bersangka baiklah dengan kata-kata saya dalam perihal ini kerana semuanya yang saya nyatakan ini adalah salah Umat Islam itu sendiri dan ketentuan dariNYA terhadap kederhakaan terhadap ALLAH SWT.

Sesungguhnya ilmu yang saya tahu amat sedikit. Kalau mahu dibandingkan ILMU ALLAH umpama atom dan alam ini. Janganlah anda semua mempercayai apa yang saya sampaikan. Sesungguhnya ILMU dunia ni hanya ada disisiNYA. Wallah Hualam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 11:16 PM | Show all posts
Mari kita lihat secara mendalam perihal ayat ini (kepada yang mencari kebenaran zaman dahulu dan yang berlaku zaman ini):

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman".
(Saba' 34:31)
Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".
(Saba' 34:32)
Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.
(Saba' 34:33)
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".
(Saba' 34:34)
Dan mereka berkata lagi: "Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak, dan kami pula tidak akan diseksa".
(Saba' 34:35)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(Saba' 34:36)
Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.
(Saba' 34:37)
Dan orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), mereka itu akan berada di dalam azab seksa.
(Saba' 34:38)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 11:27 PM | Show all posts
Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
(Saba' 34:45)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
(Saba' 34:46)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".
(Saba' 34:47)
Katakanlah lagi: "Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib".
(Saba' 34:48)
Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".
(Saba' 34:49)
Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".
(Saba' 34:50)
Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.
(Saba' 34:54) -> Kepada yang mengaku BERIMAN dan BERTAQWA... Saya menyeru menggunakan pendekatan Rukun Iman kerana ALLAH untuk SEKAT APA JUA PERKARA YANG AKAN MEMUDARATKAN KAMU DALAM MENYAMPAIKAN ILMU-ILMU ALLAH terhadap mereka-mereka yang mengaku ISLAM tapi berada dalam keadaan JAHIL. Ini PERINTAH SEBENAR ALLAH untuk ZAMAN INI sebelum didatangkan AZAB sesudah diberikan PERINGATAN. Sesungguhnya kejayaan terdapat dalamnya dan reda Allah bersamanya, Insya'allah. Last edited by Abangcute on 27-8-2012 11:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 08:38 AM | Show all posts
Abangcute posted on 27-8-2012 10:36 PM
Cadangan menarik. Akan tetapi jika dirujuk melalui kaedah yang ditunjukkan di dalam Al-Quran dan m ...

Pada pendapat saya itu cara yang terbaik, sebab telah terbukti keberkesanannya. Lagi satu, keturunan arab tetap keturunan arab, jiwa mereka sama sahaja dengan nenek moyang mereka. Sebagaimana jiwa melayu juga sama dengan nenek moyang kita, alasan zaman sudah berubah adalah alasan dan dugaan yang lemah dan tidak boleh dijadikan alasan. Jika suatu ketika dahulu kita sakit kepala boleh sembuh denagn makan panadol, keturunan yang ke 10 kita juga boleh sembuh dengan makan panadol yang sama kalau sakit kepala. Kita perlu faham bahawa fitrah manusia tidak berubah, walaupun zaman berubah.

Cuba lihat bagaimana british menakluk negara asing, mereka akan melagakan antara dua pihak yang tidak sama pendapat, supaya semua mereka menjadi lemah, lalu mereka membantu satu pihak yang lemah dan mengalahkan pihak yang kuat, ini formula british. Formula yang sama juga telah digunakan oleh Amerika untuk menguasai dunia dengan kuasa politik. Lihat Aghanistan, Amerika membantu pakatan utara yang kecil untuk mengalahkan Taliban, Formula yang sama walaupun berlainan zaman.

Oleh itu saya yakin formula yang sama boleh dipraktikkan untuk mendakwah orang kafir dimalaysia. Dinegara arab sana masih ada lagi orang yang berkualiti dan berkebolehan untuk melaksanakan tugas berat ini.

Apa pendapat anda?

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:27 AM | Show all posts
It is He Who has sent His Messenger with Guidance and the Religion of Truth, to proclaim it over all religion: and enough is Allah for a Witness. (Quran, 48:28)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 07:01 PM | Show all posts
zamkumis posted on 28-8-2012 08:38 AM
Pada pendapat saya itu cara yang terbaik, sebab telah terbukti keberkesanannya. Lagi satu, keturun ...

Salam. Menarik pandangan tuan akan tetapi konsep asal Al-Quran itu diturunkan kebanyakkan orang tidak memahami. Di dalam dunia ini hanya mereka-mereka yang bertaqwa yang berjaya untuk memahami Al-Quran dalam erti kata sebenar.

Nasihat kepada diri saya sendiri dan semua rakan-rakan, ada 3 perkara yang Umat Islam alpha kerana pembentukan minda kita semua tidaklah sama. Kepada yang bertaqwa, jika diletakkan dunia di dalam kehidupan, majoriti gagal kerana ketentuan Allah itu sendri dan majoriti yang bertaqwa tidak memahami erti kehidupan yang dimaksudkan di dalam Al-Quran. 3 perkara asas yang kita perlu fahami di dalam Al-Quran adalah :
1) Sejarah yang Allah sampaikan
2) Perkara yang sedang terjadi dari sejarah yang Allah sampaikan
3) Akibat di dunia dan di akhirat

Di dalam mengenal dunia, MAJORITI Orang Islam yang beriman menggunakan 2 method iaitu no 1 dan 2 atau 1 dan 3. Tuan menerangkan method 2 dan 3 dalam erti kata hanya keduniaan semata-mata. Jadi jawapan untuk penerangan tuan menghasilkan kerugian semata-mata. Kaum Israel kerap menggunakan method 2 dan 3 untuk mempengaruhi minda separa sedar umat Islam untuk menukarkan 1 atau 2 atau 3 dimana Umat Islam hanya MAMPU memilih dua sahaja kaedah dan jika menggunakan 3 kaedah majoriti bersangka tidaklah sama seperti yang Allah kehendaki. Di sinilah titik kelemahan Umat Islam hari ini.

Sorry ye tuan. Tuan seorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi jika nak dibandingkan pengetahuan yang saya tahu melangkau pemikiran Tuan kerana tuan berdasarkan kepada PEMIKIRAN BARAT.

Perihal Afghanistan, sebenarnya isu afghanistan hanya ALLAH dan YANG DIBERI PETUNJUK (golongan TERPILIH) lebih memahami perihal sebenar. Sesungguhnya Allah memelihara sekumpulan kecil yang mampu menewaskan SEJUMLAH BESAR tentera jika kita diberi mengetahui KEBENARAN.

Petikan dari Al-Quran perihal yang Tuan maksudkan :

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa' 4:60)

Kembalilah kepada Al-Quran dalam method yang saya sampaikan. Sebenarnya umat manusia tidak akan berjaya tanpa bantuan ALLAH. Wallah Hualam. Last edited by Abangcute on 29-8-2012 10:45 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.725747 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list