CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: prettyuglybabe

Pengalaman kedai makan cekik darah

[Copy link]
Post time 16-1-2012 08:56 AM | Show all posts
Hai uolss..


nak tanya pengalaman dan pendapat korang makan di kedai yang cekik darah.

cerita ...
prettyuglybabe Post at 12-1-2012 14:19


Hai! terima kasih sebab berkongsikan pengalaman kamu ini, aku tahu niat kamu baik dan di harap tiada pihak yang cepat melenting dengan pendedahan kamu ini. Kita sebagai pengguna berhak untuk membuat pilihan dan juga mengutarakan pendapat, kita tak boleh mengharapkan yang baik-baik atau wangi saja dari pengguna kita dan seterusnya membuat penambah baikkan dari servis mutu masakkan dan juga harga.

kelmarin, babe pergi la ke sana nak tapau lunch. babe amik nasi standard. lauk, sayur bayam campur cendawan beberapa helai, hati ayam masak ala rendang 1 ketul campur pedal yang dipotong 2 dalam 4 ketul, sambal kosong dan isi ikan masak sweet sour 1 ketul saiz 2 jari dan 2 3 ketul saiz kecik (lagi kecik dari separuh 2 jari). tau berapa tauke kedai charge? RM9.20. terkejut mak!! itu takde air tu.

1) Lauk, ayam? ikan? - rm2.50++
2) Bayam cendawan - rm1++
3) 1 Hati ayam rendang + 4 potong pedal ayam = rm3++
4) Sambal - free/rm50++
5) 1 Isi ikan masak sweet sour + 2-3 ketul size kecil = rm3++
6) Nasi - rm1

Bagi aku harga rm9.20 itu adalah logik, walaupun portion sedikit atau kecil tapi pilihan variasi makanan itu terlalu banyak. Senang begini harga untuk bayam cendawan kalau kamu ambil sedikit pun harga tetap rm1 walaupun secuit sebab itu harga standard di tetapkan, aku lebih selesa ambik portion banyak dan harga biasanya juga adalah sama.

Rakan aku suka makan sayur, biasanya dia akan ambil 3-4 jenis sayur dengan jumlah sedikit-sedikit. Aku pula suka ambil 1 jenis sayur tapi dengan portion yang banyak. Harga nasi campur aku hanya rm5 manakala rakan aku rm7, walaupun jumlah sayur rakan aku ambil itu sama tapi disebabkan ianya 3 variasi sayur maka pekedai telah tetapkan harga berlainan. Senang saja begini, selepas ini aku sarankan kamu ambil 1 jenis makanan saja tapi pada portion yang lebih banyak berbanding seciput itu dan seciput ini.

Percayalah harga lauk "hati ayam masak ala rendang 1 ketul campur pedal yang dipotong 2 dalam 4 ketul" kamu katakan itu lebih mahal berbanding kamu ambil 2 ketul hati ayam masak ala rendang itu, dan percayalah harga lauk "isi ikan masak sweet sour 1 ketul saiz 2 jari dan 2 3 ketul saiz kecik" kamu katakan itu juga sama dengan harga 3 ketul fillet ikan masak masam manis itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 09:08 AM | Show all posts
gila...cekik darah betul..baik makcik2 kat tepi jalan..kadang2 diorng hanya jadikan hobi je berniaga..bukan nk ckik darah costumer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:09 AM | Show all posts
biasanya camnilah yg jadik kalau tukang kira bertukar....pernah jadik kat aku gak la...aku mmg regul ...
medangmru Post at 12-1-2012 15:49


Selalunya harga untuk pelanggan tetap dengan pelanggan biasa berbeza, sebab itulah jadi kes macam ini dan aku pernah juga mengalaminya. Tidak pun selalunya pekerja baru atau orang yang bukan kebiasaan membuat kerjanya seperti selama ini 'tukang masak' tiba-tiba menjadi 'jurukira' memang mereka ini lebih rigid, mereka mengira ikut harga standard contohnya biasa nasi lauk ayam campur sayur adalah rm5 berbanding rm4 kebiasaannya. Bila 'orang baru' yang kira maka harga mereka ikut harga di standard kan, contoh harga ayam rm3 + sayur rm1 dan nasi rm1 maka jumlahnya rm5 (lebih skema) tapi untuk pekerja lama mereka jarang mengikut harga skema ini dan biasanya tidak mengira harga nasi kadang kalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:11 AM | Show all posts
Selalunya harga untuk pelanggan tetap dengan pelanggan biasa berbeza, sebab itulah jadi kes maca ...
dr.R Post at 16-1-2012 09:09 AM



   Yaaaaaa......betui tu....aku pun tak kira sgt kalau makana sedap tp mahal skit...tp agak berkira kalau aku sbg regular customer...makan lauk biasa...tetiba rega jadik loebey mahal disbbkan oleh cashier bertukar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:20 AM | Show all posts
office aku kat Solaris Dutamas.. bg aku, harga yg ko kena tu harga standard kat area office aku ni!
CikTigger Post at 13-1-2012 12:43


Lokasi memainkan peranan penting, aku juga biasa makan di sana tapi mengunakan voucher online macam yang kita bincangkan sebelum-sebelum ni. Kadang kala tu harga promosi pun mahal juga apatah lagi harga normal, pernah makan di Taj Mahal itu menggunakan voucher dan memang puas hati sebab portionnya sangat besar. Tapi bila aku mengenangkan harga tanpa promosinya contoh untuk set lamb shank menggunakan voucher untuk set (lamb shank + seafood soup + dessert + ice blanded) hanya voucher rm25 saja tapi tanpa voucher harganya rm50++ untuk seorang memang harga standard hotel.

http://www.everyday.com.my/coupons/kl/taj_mahals2.htm
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:37 AM | Show all posts
aku penah gi makan kat restoran kayu taipan. nasi, sayur 2 jenis (sikit-sikit), telur ikan g ...
prettyuglybabe Post at 12-1-2012 20:18


Aku pernah juga makan di Kayu ini, harga untuk makanan laut di sini memang mahal dan bukan di sini saja tapi ratanya di kebanyakkan restoren mamak. Aku lebih selesa makan nasi kandar ayam saja di sini, harga sekitar rm7-rm9 memang sedikit mahal disebabkan lokasi dan sewa kedai juga sebab tempatnya sangat strategik, boleh di katakan semua restoren di kawasan ini harganya sedikit mahal berbanding di tempat lain.

Aku pernah menjamu selera di cawangan Kayu Nasi Kandari Shah Alam seksyen 7, harganya lebih murah iaitu rm5-rm6 untuk set sama. Makbul di Taipan itu harganya murah sedikit berbanding Kayu disebabkan lokasi juga, Makbul terletak di blok kedai lama dengan kepadatan pengunjung kurang dan sebaliknya. Kalau ikut cawangan di tempat lain harga untuk set lauk sama aku perkatakan di atas untuk kedua-dua restoren ini adalah setara, memang lokasi yang memainkan peranan penting juga.

Orang selalu pertanyakan mengapa restoren mamak ini mahal berbanding restoren lain? :

1) Khidmat 24 jam - sepertinya kedai serbaneka 7Eleven yang menjual harga lebih mahal berbanding harga di kedai runcit atau pasaraya.
2) Portion lebih besar - size ayam lebih besar berbanding ayam di warung, terpulang pada kita untuk memilih sebab harga adalah sama maka pilih lah size lebih besar.
3) Keunikkan - masakkan nasi kandar sesuatu yang unik walaupun banyak restoren mamak yang tumbuh di serata tempat, contoh seperti tandoori, ayam hitam lada hitam, kari dan sebagainya.
4) Bahan di gunakan - ada yang masih keliru mengenai ayam, sesetenah masakkan mamak mereka menggunakan ayam kampung jadi lebih baik bertanyakan terlebih dahulu. Selalunya masakkan berkuah seperti kari dan gulai mereka menggunakan ayam kampung sebab tu harga lebih mahal, harga selalunya untuk seketul ayam kampung ini rm5-rm8 bergantung pada size sebab ayam kampung bukan lah besar mana pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2012 09:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by prettyuglybabe at 16-1-2012 09:55
1) Lauk, ayam? ikan? - rm2.50++
2) Bayam cendawan - rm1++
3) 1 Hati ayam rendang + 4 potong pedal ayam = rm3++
4) Sambal - free/rm50++
5) 1 Isi ikan masak sweet sour + 2-3 ketul size kecil = rm3++
6) Nasi - rm1
dr.R Post at 16-1-2012 08:56



FYI, lauk itu, adalah menu-menu yang aku amik. bukan lauk ayam, ikan RM2.50 ko tu. kalu aku amik tahap makan orang kebulur, boleh la terima kalu dia nak charge sampai RM20 pun. aku boleh paham tu. tapi ni semua portion sikit2. aku pernah amik lauk lebih kurang sama, bila menantu dia kira, paling mahal pun RM5 ke RM6.  
ini yang menjadi masalah, apabila orang yang tak tau buat kira-kira, duduk kat kaunter, suka hati mak bapak dia je nk charge ikut lucky number dia hari tu. adil ke macam tu?

aku x suka org kondemkan usahawan /tauke Melayu.....kalu nak kutuk restoran mamak,indon,bangla,lantakla..................


aku pun sebab pikir nak tolong orang melayu aku gi sana. kalau ikutkan, boleh je aku gi restoran cina no pork no beef hari-hari. tapi kalau melayu tu sendiri nak bunuh perniagaan dia, macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:58 AM | Show all posts
FYI, lauk itu, adalah menu-menu yang aku amik. bukan lauk ayam, ikan RM2.50 ko tu. kalu aku am ...
prettyuglybabe Post at 16-1-2012 09:50


Harap kamu jangan terlalu beremosi, sebab bila kita beremosi apa kita nak jelaskan pada orang tidak sampai. Macam seperti aku kata sebelum ini, ambik sedikit sedikit harganya jadi mahal berbanding ambik selali banyak dan size kecil-kecil itu harganya sama seperti harga yang besar. Perihal mengenai orang lain yang kira tu jadi harga lain pun aku dah reply komen saudara Medang sebelum ini, mungkin bukan orang bukan kebiasaan membuat kerja lain dari kebiasaan mereka terjadi hal seperti ini.

Aku pun tak suka konsep perlu tolong melayu, orang kita etc etc etc yang bagi aku sangat annoying, senang saja perkiraannya bagi aku kalau kamu berikan servis bagus dengan harga yang berbaloi maka orang akan cari kamu dan bukan kamu yang cari orang. Aku terus terang tidak terpengaruh dengan propaganda seperti-seperti ini, aku selesa juga makan di restoren bukan melayu yang menjanjikan makanan yang enak dan sedap tapi lebih murah dengan servis lagi baik. Contoh Murni di Taipan dan aku rasa kamu tau perihal ini kan, harga lebih jauh murah dan servis lagi baik berbanding restoren-rostern yang berada di lingkungkan kawasannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 10:04 AM | Show all posts
Harap kamu jangan terlalu beremosi, sebab bila kita beremosi apa kita nak jelaskan pada orang ti ...
dr.R Post at 16-1-2012 09:58



harap ko juga jangan terlalu beremosi bila aku jelaskan apa yang aku cuba sampaikan.. cuba baca dalam riak yang tidak bernada
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 10:09 AM | Show all posts
harap ko juga jangan terlalu beremosi bila aku jelaskan apa yang aku cuba sampaikan.. cuba bac ...
prettyuglybabe Post at 16-1-2012 10:04


Maaf ye kalau ada kamu terasa dengan posting aku di atas ini sebab aku bukan merujuk pada komen kamu terhadap aku, tapi merujuk pada posting kamu di bawah reply posting aku itu mengenai melayu etc etc etc itu. Aku bukan seorang yang suka menghakimi orang sewenangnya, sebab tu aku puji cara kamu sampaikan siap berterima kasih kerana berkongsikan kisah ini. Aku bukan seorang yang suka berbalah dan berkronfantasi, aku lebih aman dan selesa memberikan komen berbanding menilai perihal orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 10:17 AM | Show all posts
tapi merujuk pada posting kamu di bawah reply posting aku itu mengenai melayu etc etc etc itu.  
dr.R Post at 16-1-2012 10:09



melayu tetap melayu. bukan nak menilai, tapi kebenaran. but what to do. kebenaran itu memang menyakitkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 10:44 AM | Show all posts
melayu tetap melayu. bukan nak menilai, tapi kebenaran. but what to do. kebenaran itu memang m ...
prettyuglybabe Post at 16-1-2012 10:17


Ya betul ada kebenarannya, sebab itu aku tak mahu ambil pusing sangat perihal orang membangkitkan semangat bangsa walaupun ianya ada kebenaran dan abaikan saja lebih baik sebab kalau di layan ianya akan berpanjangan. Kebetulan kamu duduk di Subang Jaya, aku juga penduduk 'pendatang' yang tinggal di sini. Aku rasakan harga untuk makanan di sini memang mahal, sukar untuk mendapatkan harga yang murah hatta ianya stall kecil di tepi jalan dan tepi longkang.

Baru-baru ini aku berkesempatan menjamu selera di Nasi Ayam Ipoh tu, ianya terletak di Taipan blok lama dan ini adalah pengalaman pertama aku makan di sana. Harganya memang sangat mahal seakan setara saja dengan harga di Chicken Rice Shop "Bukan Sekadar Nasi Ayam" tu, untuk set berdua makan tanpa air minuman sekitar rm30++. Tapi portionnya besar dan puas hati makan, ayam pun aku dapat dalam separuh ekor memang susah nak habiskan, jadi baru-baru ini di pejabat kami ada bercerita perihal nasi ayam Ipoh ini. Rata-rata mengatakan harganya terlalu mahal, tapi bagi aku ianya berbaloi berbanding makan nasi ayam di restoren biasa yang harganya rm5 sepinggan tapi ayamnya hanya 1/8 atau 1/12 ekor + sup sahaja. Untuk harga set itu bukan saja ayam separuh, tapi ada menu tambahan lain seperti sayur, tauhu, seafood dan macam-macam lagi. Tapi disebabkan dia dah meletak harga set berdua rm30++ maka ianya kelihatan sangat mahal walaupun ada set untuk individu semurah rm6 saja. http://10morebites.blogspot.com/ ... aipan-business.html

Aku juga selalu menjamu selera di restoren Cina Mualaf di restoren Muwaddah? aku tidak pasti akan ejaan restoren itu, memang harganya sedikit mahal disebabkan permintaaan. Bukan senang untuk mendapatkan juadah masakkan cina versi halal yang di masak sendiri oleh orang muslim, jadi ia menjadikan makanan itu lebih exotic dan unik dan meningkatkan rate bintang restoren itu sendiri. Perihal warung meletakkan harga mahal pula, mungkin mereka ada sebab tersendiri tapi pun kadang terkedu bila mengenangkan harga warung setara dengan harga di restoren. Aku pernah juga menjamu selera di warung di celah kilang-kilang di kawasan Glanmarie, agak terkejut harga di kenakan untuk set ayam dan sayur dan air limau ais adalah rm7. Tapi mungkin pakaian dan personaliti kita juga memainkan peranan juga, aku pernah makan di warung sama dengan memakai t-shirt harga rm5 berbanding rm7 semasa memakai baju kemeja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 10:44 AM | Show all posts
byk pekdah aku layan thread ni..ye la sbg usahawan...aku perlu buka telinga  dgr komen pelanggan............

kawan aku Mejar  pencen awal buka restoran...one day ada sorang xxxxx  pangkat besau makan kat restoran dia...

terbang pinggan roti canai dibalingnya "apa roti canai ni?keras mcm batu!"

semua pelanggan terkedu....

lain org.lain ragam..........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 12:02 PM | Show all posts
Reply 69# kerisnaga

ni kt USJ 21 ker...kt area satu building yg dah lama terbengkalai tu...



dekat-dekat situ la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 12:04 PM | Show all posts
USJ?ingtkan subang taipan td..try kedai makan endang kat subang taipan..elok mkn fast food dari singgah kdai 2..
carteblanchet Post at 14-1-2012 18:07



selalu juga berkelana ke taipan tu. tapi tak perasan pun kedai tu. kat belah mana ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 12:25 PM | Show all posts
bbyk pekdah aku layan thread ni..ye la sbg usahawan...aku perlu buka telinga  dgr komen pelanggan............

kawan aku Mejar  pencen awal buka restoran...one day ada sorang xxxxx  pangkat besau makan kat restoran dia...

terbang pinggan roti canai dibalingnya "apa roti canai ni?keras mcm batu!"

semua pelanggan terkedu....

lain org.lain ragam..........................
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 10:44



elok la cam tu. sesetengah orang meniaga ni, malas buat market survey. tak nak dengar apa pendapat or kehendak customer. tak salah kalau kita amik pedekatan lebih kurang sikit dengan customer. kalau customer happy, bisnes kita jugak yang maju. ni dalam fikiran, nak kaya cepat, nak untung banyak. berjaya ke bisnes tu kalau customer keluar kedai dengan sakit hati menyumpah-nyumpah dengan janji tak nak datang lagi. keberkatan rezeki pun hilang.



: just my 2 cents :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 12:29 PM | Show all posts
Reply 96# prettyuglybabe


   sbb tu mcm2 porum den layan..Melayu,Inggeris dan ARAB....
banyak pekdahnya....

tp seriously den cakap.....forum Inggeris byk bg idea dalam bisnes...mcm2 den belajar pasal marketing ,idea bisnes dll...

forum arab banyak tambahkan ilmu agama....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 12:32 PM | Show all posts
Reply 97# GuaAnakMelaka


kalau semua usahawan cam ni kan bagus. cari dunia tapi tak lupa akhirat.

semoga bisnes anda sentiasa maju jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 12:38 PM | Show all posts
Reply 95# prettyuglybabe


Sebaris KFC n Maxis n Celcom..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 12:39 PM | Show all posts
Sebaris KFC n Maxis n Celcom..
carteblanchet Post at 16-1-2012 12:38




ohh... belah tu babe jarang round. so tak perasan sangat la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 1.604608 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list