CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Soal Jawab bersama Isyroqiyyin dan sirrikhafi

[Copy link]
Post time 20-1-2012 04:53 PM | Show all posts

Kalimah-Nya juga suci dan tiada siapa yang boleh ubah (Al-An'Aam, 115)

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Kalimah Nya tidak akan berubah & Grammar Arab Nya juga tidak akan berubah walaupun ianya di tulis dengan baris bawah sekalipun.


Saya juga tak pernah dengar Nabi baca Al-Quran, tapi saya percaya BACAAN Nabi itu diwarisi sampai ke hari ini.....


Tuhan sendiri yang akan mewariskan kepada hamba-hamba Nya 35:32


Maka akhirnya anda sudah pun setuju yang HADITH NABI itu BENAR. Hanya sanya yang dipalsukan atas nama Nabi itu sahaja yang batil.


Tidak ada Hadis yang lebih Benar dari Hadis Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 04:57 PM | Show all posts

kalau dia menolak secara jelas beranggapan perbuatannya tidak berdosa, kerana tiada paksaan (kewajipan dlm beragama), kerana membaca ayat tiada paksaan dlm agama, bagaimana kita nak jelaskan yg dia salah faham?


Katakan Kepadanya:

Hukumnya itu kepada Allah.

Allah akan menghakimkan di antara aku & kamu di hari akhirat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 05:32 PM | Show all posts
Tidak ada Hadis yang lebih Benar dari Hadis Allah.
sirrikhafi Post at 20-1-2012 16:53


Setuju Hadith Allah paling benar.

Hadith Allah mengatasi Hadith Nabi tidak menjadikan Hadith Nabi itu sentiasa palsu

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 05:38 PM | Show all posts
Reply 82# sirrikhafi

jadi Allah(mewajibkan) nak suruh kita ikut perintah Dia, atau Dia kata tidak mengapa(tak wajib)?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 07:08 PM | Show all posts

Hadith Allah mengatasi Hadith Nabi tidak menjadikan Hadith Nabi itu sentiasa palsu


Nabi hanya menyampaikan Hadis Allah 5:67
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 07:12 PM | Show all posts

jadi Allah(mewajibkan) nak suruh kita ikut perintah Dia, atau Dia kata tidak mengapa(tak wajib)?


Sesiapa yang mengikut Petunjuk, Maka tiadalah ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka bersedih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts
Nabi hanya menyampaikan Hadis Allah 5:67
sirrikhafi Post at 20-1-2012 19:08


Salam...

Nabi juga boleh bercakap-cakap selain dari Al-Quran dan sampaikan hadith (At-Tahrim, 3).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 12:09 PM | Show all posts

Nabi juga boleh bercakap-cakap selain dari Al-Quran dan sampaikan hadith (At-Tahrim, 3).


66:3 bukan menyampaikan Hadis, tapi merahsiakan Hadis.

Jangan mengada-adakan dusta ke atas Allah & Rasul Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2012 02:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 22-1-2012 13:39
66:3 bukan menyampaikan Hadis, tapi merahsiakan Hadis.

Jangan mengada-adakan dusta ke atas Allah & Rasul Nya.
sirrikhafi Post at 21-1-2012 12:09


Jangan tuduh yang bukan-bukan. Nabi sampaikan hadith secara rahsia kepada isterinya seperti yang disebut dalam Surah At-Tahrim ayat 3.

Tolong jangan ubah terjemahan/maksud ayat tersebut dan fitnah ada-adakan dusta pula. Sebagai seorang yang pernah mengaku Ahli Bahasa dan Ahlul Quran, apa kata anda yang jelaskan terjemahan dan makna ayat ni:

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 04:14 AM | Show all posts
Pelik bila,
keadaan dunia hari ini tdk diambil iktibar.
Bila ada puak² yg kata kebenaran wujud bila agama² bersatu dlm ke'harmoni'an.
Bila ada puak² yg kata kebenaran² itu melebihi isi kandungan Al-Kitab.
Bila ada puak² yg kata kebenaran nya melangkaui rasul/nabi diutus Tuhan, dan
bila ada puak² yg setuju serta membenarkannya...

Mungkin mereka x tahu yg kaum² Aad, Luth, Thamud; Firaun, etc.
sdh menunjukkan 'taring' mereka dlm rupa yg berbeza skrg...
Akhir zaman yg berbekal kn ayat² Al-Quran dgn penuh misal perbandingan yg Allah beri,
hanya boleh dinafikan 'mereka' dgn menolak ayat² Al-Kitab tertentu.
X mampu nk berfikir ke? Atau dikawal 'nafs'? Atau masih terhijab dek najis?

Allah x beri Al-Hikmah utk nafi kn Al-Quran...~!!!
Kebijaksaan kurniaan Allah adalah utk mem'benar'kn ayat² Al-Quran.

Bencana² Allah x dpt dielakkan lg krn Allah Maha Adil lg Maha Bijaksana.
Semoga Allah mengeluarkn org² beriman, beramal soleh serta siapa yg dikehendakiNya,
drpd kemungkaran² dunia...Amin~

Allah Al-Rahman, Al-Rahim...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 23-1-2012 03:43

Jangan tuduh yang bukan-bukan. Nabi sampaikan hadith secara rahsia kepada isterinya seperti yang disebut dalam Surah At-Tahrim ayat 3.

Tolong jangan ubah terjemahan/maksud ayat tersebut dan fitnah ada-adakan dusta pula. Sebagai seorang yang pernah mengaku Ahli Bahasa dan Ahlul Quran, apa kata anda yang jelaskan terjemahan dan makna ayat ni:

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ


66:3

Dan ketika telah merahsiakan oleh nabi kepada sebahagian isteri-isterinya akan suatu hadis, Maka tatkala dia (isteri nabi) telah memberitakan dengannya (hadis), Sedang telah menampakkan akannya (hadis) oleh Allah ke atasnya (nabi), dia (nabi) kenal akan sebahagiannya (hadis) dan dia (nabi) berpaling dari sebahagian (hadis), Maka tatkala dia (nabi) telah memberitakan kepadanya (isteri nabi) dengannya (hadis), dia (isteri nabi) telah berkata: 'Siapakah yang telah memberitakan kepada engkau akan ini (hadis) ?' dia (nabi) telah berkata: 'Telah memberitakan kepada ku oleh Yang Mengetahui, Yang Pengkhabar'



وَ = Dan

إِذْ = ketika

أَسَرَّ = telah merahsiakan

النَّبِيُّ
= oleh nabi

إِلَى
= kepada

بَعْضِ
= sebahagian

أَزْوَاجِهِ
= isteri-isterinya

حَدِيثًا
= akan suatu hadis,

فَلَمَّا
= Maka tatkala

نَبَّأَتْ
= dia (isteri nabi) telah memberitakan

بِهِ
= dengan nya (hadis)

وَ = sedang

أَظْهَرَ
= telah menampakkan

هُ = akan nya (hadis)

اللَّهُ
= oleh Allah

عَلَيْهِ
= ke atas nya (nabi),

عَرَّفَ
= dia (nabi) kenal

بَعْضَهُ
= akan sebahagian nya (hadis)

وَ
= dan

أَعْرَضَ
= dia (nabi) berpaling

عَنْ
= dari

بَعْضٍ
= sebahagian (hadis) ,

فَلَمَّا
= Maka tatkala

نَبَّأَ = dia (nabi) telah memberitakan

هَا = kepada nya (isteri nabi)

بِهِ = dengan nya (hadis)

قَالَتْ
= dia (isteri nabi) telah berkata:

مَنْ
= Siapakah

أَنْبَأَ
= yang telah memberitakan

كَ = kepada engkau

هَذَا = akan ini (hadis) ?

قَالَ
= dia (nabi) telah berkata:

نَبَّأَنِيَ
= Telah memberitakan kepada ku

الْعَلِيمُ = oleh Yang Mengetahui

الْخَبِيرُ
= Yang Pengkhabar



Kesimpulan dari ayat di atas ialah: Nabi hanya memberitakan Hadis Allah sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 12:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-1-2012 00:16
Dan ketika telah merahsiakan oleh nabi kepada sebahagian isteri-isterinya akan suatu hadis, Maka tatkala dia (isteri nabi) telah memberitakan dengannya (hadis), Sedang telah menampakkan akannya (hadis) oleh Allah ke atasnya (nabi), dia (nabi) kenal akan sebahagiannya (hadis) dan dia (nabi) berpaling dari sebahagian (hadis), Maka tatkala dia (nabi) telah memberitakan kepadanya (isteri nabi) dengannya (hadis), dia (isteri nabi) telah berkata: 'Siapakah yang telah memberitakan kepada engkau akan ini (hadis) ?' dia (nabi) telah berkata: 'Telah memberitakan kepada ku oleh Yang Mengetahui, Yang Pengkhabar'
sirrikhafi Post at 22-1-2012 21:13


Salam...

Daripada terjemahan anda di atas:

Soalan:
1. Yang digariskan: Nabi telah merahsiakan hadith daripada sebahagian isterinya, atau menyampaikan/memberitakan hadith secara rahsia kepada sebahagian dari isteri-isterinya?

2. Jika Nabi merahsiakan, kenapa isteri boleh memberitakan hadith tersebut?
Bila dirahsiakan, tentu isterinya tak tahu apa-apa pasal hadith tersebut

Harap dapat menjelaskan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 12:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-1-2012 00:23

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman untuk Surah At-Tahrim ayat 3:
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi)”.

Dari sumber e-bacaan (pihak yang terima Al-Quran tapi tolak hadith)
66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

Saya bawa tafsir (Pimpinan Ar-Rahman) dan terjemahan (e-bacaan) di atas sekadar perbandingan untuk memahami maksud....

Saya tak dapat faham terjemahan literal yang dibawa oleh sirrikhafi, maka saya perlukan penjelasan sirrikhafi terhadap terjemahan literal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 24-1-2012 01:54

Soalan:
1. Yang digariskan: Nabi telah merahsiakan hadith daripada sebahagian isterinya, atau menyampaikan/memberitakan hadith secara rahsia kepada sebahagian dari isteri-isterinya?


Nabi telah merahsiakan hadis kepada sebahagian isterinya, bukan semua.


2. Jika Nabi merahsiakan, kenapa isteri boleh memberitakan hadith tersebut?


Sebab ada isteri baginda yang membocorkan rahsia tersebut dengan memberitakannya.

Bila dirahsiakan, tentu isterinya tak tahu apa-apa pasal hadith tersebut



Hanya kepada sebahagian isteri sahaja yang di rahsiakan, bukan semua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 25-1-2012 23:57

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman untuk Surah At-Tahrim ayat 3:
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi)”.

Dari sumber e-bacaan (pihak yang terima Al-Quran tapi tolak hadith)
66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

Saya bawa tafsir (Pimpinan Ar-Rahman) dan terjemahan (e-bacaan) di atas sekadar perbandingan untuk memahami maksud....


Anda tidak akan faham ayat tersebut selagi anda tidak faham makna kalimah  أَسَرَّ

Untuk perbandingan rujukan yang lebih adil, anda wajib periksa semua makna kalimah أَسَرَّ  di dalam Quran.  

Contohnya seperti 2 ayat di bawah ini:

قَالُوا إِنْ يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ أَخٌ لَهُ مِنْ قَبْلُ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ قَالَ أَنْتُمْ شَرٌّ مَكَانًا وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَصِفُونَ
12:77

سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ
13:10





Saya tak dapat faham terjemahan literal yang dibawa oleh sirrikhafi, maka saya perlukan penjelasan sirrikhafi terhadap terjemahan literal tersebut.


Penjelasannya mudah sahaja..

Nabi telah merahsiakan suatu Hadis @ Perbicaraan kepada sebahagian isterinya, lalu seorang isteri baginda ada yang membocorkan rahsia Hadis @ Perbicaraan tersebut dengan memberitakannya, lalu Allah menampakkan kepada baginda Hadis @ Perbicaraan isteri baginda tersebut, ada sebahagian Hadis @ Perbicaraan yang nabi kenal dan ada sebahagian lagi nabi berpaling daripadanya, lalu nabi pun memberitakan Hadis @ Perbicaraan tersebut kepada isterinya lalu isterinya bertanya: 'Siapakah yang telah memberitakan kepada engkau akan ini? yakni Hadis @ Perbicaraan tersebut, lalu nabi SAW telah bersabda: 'Telah memberitakan kepada ku oleh Yang Mengetahui, Yang Pengkhabar'

Moral of the story: Jangan bocorkan rahsia orang apatah lagi suami sendiri & nabi hanya memberitakan Hadis @ Perbicaraan Allah semata-mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-1-2012 14:34
Nabi telah merahsiakan hadis kepada sebahagian isterinya, bukan semua.
Sebab ada isteri baginda yang membocorkan rahsia tersebut dengan memberitakannya.
Hanya kepada sebahagian isteri sahaja yang di rahsiakan, bukan semua.
sirrikhafi Post at 24-1-2012 00:56


Salam...

Dengan mengambil makna anda seperti di atas, maka BENAR lah Nabi menyampaikan HADITH kepada sebahagian dari isteri-isterinya

Penjelasannya mudah sahaja..

Nabi telah merahsiakan suatu Hadis @ Perbicaraan kepada sebahagian isterinya, lalu seorang isteri baginda ada yang membocorkan rahsia Hadis @ Perbicaraan tersebut dengan memberitakannya, lalu Allah menampakkan kepada baginda Hadis @ Perbicaraan isteri baginda tersebut, ada sebahagian Hadis @ Perbicaraan yang nabi kenal dan ada sebahagian lagi nabi berpaling daripadanya, lalu nabi pun memberitakan Hadis @ Perbicaraan tersebut kepada isterinya lalu isterinya bertanya: 'Siapakah yang telah memberitakan kepada engkau akan ini? yakni Hadis @ Perbicaraan tersebut, lalu nabi SAW telah bersabda: 'Telah memberitakan kepada ku oleh Yang Mengetahui, Yang Pengkhabar'


Penjelasan anda yang mudah itulah yang saya ingin kepastian dari anda, maka BENAR lah Nabi menyampaikan HADITH kepada sebahagian dari isteri-isterinya, bukannya Nabi sentiasa merahsiakan hadithnya....

Moral of the story: Jangan bocorkan rahsia orang apatah lagi suami sendiri


Moral of the story yang jangan bocorkan rahsia orang itu tiada pertikaian. Saya setuju

nabi hanya memberitakan Hadis @ Perbicaraan Allah semata-mata.


Bahagian ini yang saya tak setuju. Adakah anda maksudkan Nabi tidak boleh menyampaikan hadithnya, Nabi hanya berkata-kata Al-Quran semata-mata, hanya berkata Hadith Allah tanpa ada kudrat untuk menyampaikan perkataan yang baik yang bukan dari Al-Quran?

Adakah Nabi tiada otoriti untuk berkata-kata, adakah Nabi tiada keupayaan untuk melaksanakan sesuatu hukum atas kapasiti dirinya sendiri?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 24-1-2012 16:24

Dengan mengambil makna anda seperti di atas, maka BENAR lah Nabi menyampaikan HADITH kepada sebahagian dari isteri-isterinya


Di dalam ayat 66:3 telah menyebut: Ketika telah merahsiakan oleh nabi kepada sebahagian isterinya akan suatu hadis.

Janganlah menjadi seperti segolongan yang mendengar kalam Allah kemudian mereka mengubahnya setelah memahaminya 2:75


Dengan mengambil makna anda seperti di atas, maka BENAR lah Nabi menyampaikan HADITH kepada sebahagian dari isteri-isterinya


Lagi sekali saya ingatkan anda, janganlah menjadi golongan yang mendengar kalam Allah kemudian mengubahnya setelah memahaminya 2:75

Hadis Allah mestilah di sampaikan 5:67, bukan di sembunyikan & di rahsiakan dari pengetahuan keluarga & umatnya.

Melainkan jika hadis tersebut bukan hadis Allah, maka nabi bebas merahsiakannya & menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga & umatnya dan ini bermakna tiada kewajipan ke atas umatnya untuk mengikuti hadis-hadis beliau lagi kerana terbukti hadis-hadis beliau tersebut tidak termasuk dari apa yang telah di turunkan oleh Allah, kerana apa yang di turunkan oleh Allah maka nabi wajib menyampaikan & memberitakannya, bukannya merahsiakan & menyembunyikannya seperti dalam ayat 2:42 & 66:3.

Hadis Allah adalah sebaik-baik hadis. Hadis Allah adalah hadis yang paling benar. Maka nabi mestilah menyampaikan & memberitakannya kepada seluruh keluarganya & umatnya.


Hadis nabi pula bukanlah sebaik-baik hadis.

Sebab itulah nabi bebas merahsiakan & menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga & umatnya.


Bahagian ini yang saya tak setuju. Adakah anda maksudkan Nabi tidak boleh menyampaikan hadithnya, Nabi hanya berkata-kata Al-Quran semata-mata, hanya berkata Hadith Allah tanpa ada kudrat untuk menyampaikan perkataan yang baik yang bukan dari Al-Quran?


Nabi bebas untuk menyampaikan hadisnya malah beliau berhak menyembunyikan & merahsiakannya dari pengetahuan keluarga & umatnya.

Tetapi nabi wajib menyampaikan & memberitakan hadis Allah & tidak boleh merahsiakan & menyembunyikannya & seluruh umatnya wajiblah mengikuti & mengamalkan apa yang di sampaikan & di beritakan oleh nabi dari Hadis Allah yakni Kitab Suci Quran.
Adakah Nabi tiada otoriti untuk berkata-kata, adakah Nabi tiada keupayaan untuk melaksanakan sesuatu hukum atas kapasiti dirinya sendiri?



Hukum itu ke atas Allah 42:10

Janganlah jadikan nabi muhammad sebagai sekutu Tuhan di dalam syariat agama Nya 42:21
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-1-2012 16:27
Di dalam ayat 66:3 telah menyebut: Ketika telah merahsiakan oleh nabi kepada sebahagian isterinya akan suatu hadis.

Janganlah menjadi seperti segolongan yang mendengar kalam Allah kemudian mereka mengubahnya setelah memahami 2:75
sirrikhafi Post at 24-1-2012 16:12


Salam...

BACA BALIK: bila anda kata Nabi rahsiakan kepada sebahagian dari isterinya, maka KESIMPULANNYA SUDAH TENTU NABI SAMPAIKAN kepada sebahagian yang lain. Takkan yang ni pun nak kata saya ubah?

Anda faham point saya atau tak? Point saya tu dari kesimpulan anda juga, sebab kalau saya pakai kesimpulan saya tanpa dari hujjah anda dikhuatiri anda akan kata saya mengada-adakan dusta pula.

Sekali lagi, jangan fitnah kata saya ubah. Kalau betul saya ubah, tunjukkan kat mana?

Nabi bebas untuk menyampaikan hadisnya malah beliau berhak menyembunyikan & merahsiakannya dari pengetahuan keluarga & umatnya.


Jadi ada tak hadith Nabi yang disampaikan? Kalau semua disembunyikan, bermakna Nabi hanya berkata-kata kalimah Al-Quran sahaja dan tak boleh bercakap atau menyampaikan apa-apa selain dari Al-Quran atau hadith Allah?

Saya nak tahu secara jelas tentang hadith Nabi disampaikan atau tidak oleh Nabi

Padahal Hadis Allah mestilah di sampaikan 5:67, bukan di sembunyikan & di rahsiakan dari pengetahuan keluarga & umatnya.

Kalau betul hadith Allah, kenapa Nabi sembunyi kepada sebahagian dari isterinya?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 24-1-2012 17:06

BACA BALIK: bila anda kata Nabi rahsiakan kepada sebahagian dari isterinya, maka KESIMPULANNYA SUDAH TENTU NABI SAMPAIKAN kepada sebahagian yang lain. Takkan yang ni pun nak kata saya ubah?

Anda faham point saya atau tak? Point saya tu dari kesimpulan anda juga, sebab kalau saya pakai kesimpulan saya tanpa dari hujjah anda dikhuatiri anda akan kata saya mengada-adakan dusta pula.

Sekali lagi, jangan fitnah kata saya ubah. Kalau betul saya ubah, tunjukkan kat mana?


Dalam 66:3 tiada menyebut NABI SAMPAIKAN kepada sebahagian isterinya.

Janganlah mengubah kalam Allah setelah mendengar & memahaminya 2:75


Jadi ada tak hadith Nabi yang disampaikan? Kalau semua disembunyikan, bermakna Nabi hanya berkata-kata kalimah Al-Quran sahaja dan tak boleh bercakap atau menyampaikan apa-apa selain dari Al-Quran atau hadith Allah?


Tugas Nabi hanya menyampaikan & memberitakan Hadis Allah 5:67 & 24:54


Saya nak tahu secara jelas tentang hadith Nabi disampaikan atau tidak oleh Nabi


Tentang hadis nabi, ia tidak termasuk di dalam tugas kerasulannya 5:67.

Maka tiada kewajipan ke atas nabi untuk menyampaikan, memberitakan, menuliskan, membukukan, menghafalkan, memeliharakan, mengamalkan, ETC & tiada kewajipan pula ke atas umatnya untuk mengikuti hadis-hadis beliau.

Berbeza dengan Hadis Allah.

Nabi wajib menyampaikannya, memberitakannya, menuliskannya, membukukannya, menghafalkannya, memeliharakannya & mengamalkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 04:44 PM | Show all posts

Kalau betul hadith Allah, kenapa Nabi sembunyi kepada sebahagian dari isterinya?


Sebab ia bukan Hadis Allah.

Sebab itu nabi bebas merahsiakan kepada sebahagian isterinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.160944 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list