CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 6-10-2011 01:47 PM | Show all posts
best citer ni
x sabar
lama dah x masuk cni
byk citer2 yg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 01:50 PM | Show all posts
lamanya x menjengah sini....
ada citer best pasni mesti hari2 masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 11:50 AM | Show all posts
maaf....sibuk sikit...insyallah after lunch sya n3. haji din tgh dinner dgn minah...tak blh kacau sebb haji din garang...

tunggu ek sampai haji din n minah habis makan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 83# Adilla

lamanyer haji mkn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 05:02 PM | Show all posts
11

Haji Din membawa aku kesebuah café di Desa Pandan yang tidak jauh dari kediaman kami. Lelaki itu mengajak aku masuk ke ruang café yang cukup besih itu. Susun atur hiasan dalaman café tersebut menarik minat aku yang tidak pernah mengunjungi mana-mana kedai makan moden ini. Lampu-lampu yang bergantungan tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap dan ini menjadikan ruang itu nampak lapang. Hiasan yang tergantung juga tidak terlalu mewah. Simple dan menarik. Mungkin menjadi trade mark café ini, kebanyakan ruangnya mengunakan warna merah jambu yang pekat.

“Sini!” gamit Haji Din dan aku mengikuti langkahnya. Meja yang berkerusi sofa menjadi pilihan Haji Din. Aku segera melabuhkan punggung dan terpaksa mengesot sedikit bila Haji Din hendak duduk bersebelahan dengan aku. Tadi ingatkan nak duduk berhadapan tetapi sebaliknya.

“Kenapa duduk sini?” bisik ku perlahan tanpa sempat ditahan.

“Untuk pengetahuan Aminah Amia, sya sering makan dan duduk di kerusi ini.” Haji Din menerangkan sambil mencapai menu diatas meja.

“Ohhh…”hanya itu jawapan yang keluar dari mulut ku.

“Senang nak tengok movie di skrin tu.”tunjuk Haji Din dengan muncungnya. Aku mengalihkan pandangan dan terbentang satu skrin besar yang tergantung. Cerita yang ditayangkan agak menarik juga. Besarnya.

“Nak makan apa?” Haji Din membelek menu ditangannya.

“Minah tak tahu nak makan apa. Boleh tak Haji Din pesan untuk Minah?.” Pinta ku sambil memandang Haji Din.

Memang aku akui bab-bab ini aku tidak dapat membuat pilihan kerana untuk makan diluar adalah salah satu mimpi indah bagi aku kerana jarang dibawa oleh mak atau abah merasai menu-menu luar daripada rumah. Apatah mak yang sering mencari ruang untuk abah meninggalkan aku dirumah saja bila mereka bertiga keluar berjalan.

“Boleh! Macam selalukan.” Ajuk Haji Din dan itu membuat aku menjeling tajam dan terus memandang ke kaunter yang ada dua orang pelayan.  

“Merajuk ke?” usik Haji Din. Amboi-amboi Haji Din dah pandai mengusik yeh.

“Taklah.” Aku masih tidak memandang Haji Din. Sengaja sebenarnya tetapi aku sedang mengikuti cerita melayu di tayangan skrin besar itu.

“Aminah Amia! Jangan merajuk dengan saya okey. Saya usik saja.” Haji Din dah belajar bab memujuk pula.

“Mana ada Minah merajuk.” Pantas aku menjawab tetapi pandangan aku masih terarah ke skrin tersebut.

“Pandang saya Aminah Amia.” Pinta Haji Din lembut. Aku sengaja mengeraskan diri. Orang nak tengok cerita sibuk saja Haji Din mengacau.

“Saya minta maaf iyer Aminah Amia dan tolong pandang saya yang handsome ni sekejap.” Haji Din belum menyerah kalah untuk memujuk.

“Iyer Haji Din. Nak apa iyer?” aku pula membalas usikan bila mendengar rayuannya yang tak kelakar. Handsome ke?

“Sorry okey!”ucapan itu mendahului dari bibir Haji Din. Aku dah tersenyum melihat mata Haji Din yang seakan merayu sama. Terkena akhirnya Haji Din. Entah kenapa baru dua hari bersama dengan Haji Din aku boleh mengenalinya sedikit demi sedikit. Keras diluar lembut di dalam. Itu pendapat aku.

“Okey.” Aku mengalah dan Haji Din pula tersenyum.

“Saya orderkan.” Tegas dan keras suara Haji Din. Bagaikan mengerti pelayan lelaki itu baru menghampiri kami setelah digamit oleh Haji Din.

“Bagi saya ini, ini dan ini.” Tunjuk Haji Din pada menu tersebut. Sempat ku lihat nama café yang berwarna pink itu. Mehle’ Dcafe.

Aku merapatkan diri pada tubuh Haji Din untuk melihat apa yang dipesan oleh Haji Din. Haji Din berpaling melihat aku bila terasa siku aku tersentuh lengannya dan terbias senyuman dibibirnya.

“Minum air apa bang?” tanya pelayan itu dengan sopan.

“Bagi saya teh O ais lemon.” Pesan Haji Din sambil matanya masih terarah ke menu tersebut..

“Adik abang?” sekali lagi pelayan itu bertanya. Haji Din kembali memandang aku dan tangannya terus menarik bahu aku supaya lebih rapat dengannya. Aku dah mengeras ditempat duduk ku. Terdengar Haji Din mengeluh dan wajahnya ada sedikit mendung.

“Sayang nak makan apa?” tone Haji Din macam keras saja pada pendengaran aku.

“Errrmmm…sama boleh?” tanya aku yang dah mula mengelabah bila melihat tangan Haji Din masih dibahu aku.

“Okey, bagi isteri saya air yang sama.” Nada Haji Din masih seperti tadi. Sempat ku tangkap wajah Haji Din memerah lagi. Sekali lagi Haji Din terkena. Sabar Haji Din.

Hampir lima belas minit, berbagai menu disusun atas meja kami oleh dua orang pelayan tadi. Aku dah melongo. Siapa nak makan banyak-banyak ni? Seumur hidup aku inilah baru pertama kali aku berjumpa dengan berbagai masakan. Aku pandang Haji Din dan lelaki itu memandang aku pelik.

“Kenapa Aminah Amia pandang saya begitu?” tanya Haji Din sambil mendekatkan nasi putih pada ku.

“Lauk banyak sangat. Minah tak laratlah nak makan banyak macam ini Haji Din. Nanti Minah tertidur pulak kat sini.” Renggek ku dan serta merta Haji Din pandang aku macam nak telan.

“Kenapa? Minah salah cakap ke?” luah ku bila menyedari pandangan Haji Din tak macam selalu.

“Tidaklah Aminah Amia, cuma saya terasa bangga Aminah Amia dah nak mengeluh kesah pada saya.” Jawab Haji Din sambil menyendukkan kuah sup kedalam mangkuk kecil untuk aku. Haji Din pula yang melayan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 05:02 PM | Show all posts
“Betullah. Minah tak biasa makan banyak begini. Ia akan buat Minah mengantuk.” Jujur aku mengaku kekurangan diri.

“Tak apa, kalau Aminah Amia tertidur disini saya dukunglah balik rumah. Bukan berat pun dengan badan Aminah Amia yang kecil ini.” Terang Haji Din.

Tangannya masih lincah mengambil beberapa jenis lauk dan diletakkan dalam pinggan aku. Dah tak nampak nasi putih. Ada udang berbadan tepung, ada sotong dan ayam bercampur dengan kacang panjang. Yang paling besar ada seketul tulang berdaging dari sup tadi. Aku pun tak tahu nak bagi nama apa.

“Takyahlah. Kalau begitu Minah nak minta air kopi O lah.” Cepat aku menjawab bila mendengar Haji Din nak mendukung aku nanti. Tak naklah.

“Aminah Amia! Aminah Amia! Janganlah takut. Takkan makan begini boleh tertidur pula. Dah mari kita makan.” Haji Din mengusik dan mula mengangkat tangan membaca doa.

“Minah memang boleh tertidurlah kalau makan banyak.” Aku cuba menerangkan lagi.

“Aminah Amia cepat baca doa!” marah Haji Din dan tidak menghiraukan kekurangan diri aku. Kedua tangan aku tadah dan menunggu Haji Din selesai membaca doa.

“Rasa ni, sedap tau.” Haji Din mencubit sedikit daging dari sup dimangkuknya lantas menyuakan ke mulut aku. Dalam kepayahan aku mengangga bila melihat renungan Haji Din. Aku gigit sedikit kerana segan dengan orang keliling.

“Sedapkan?” tanya Haji Din sambil dia pula menyuap daging sup yang sama kedalam mulut. Parah dah Haji Din ni.

“Ermm….sedap juga.” Akur ku tanpa memandang Haji Din.

Sebenarnya aku dah termalu bila terpandang wanita di sebelah meja memandang kami kehairanan. Mungkin wanita itu fikir kenapalah anak dan bapak ni makan bersuap seperti pasangan kekasih. Kalau wanita tersebut tahu hubungan kami dah ‘up’ sikit sebagai suami isteri pasti gadis tersebut terus tercekik kerana sejak aku masuk tadi pandangan wanita tersebut asyik terarah ke Haji Din. Aku tahulah yang Haji Din ini agak macho orangnya. Dengan tubuhnya tinggi dan berdada bidang, jalan aturnya pula kemas melangkah. Kalau orang kata lelaki umur begini boroi perutnya tetapi tidak pada Haji Din. Dari pemakaiannya tidak nampak langsung kemunculan lemak gelebeh di bahagian itu. Pakaian Haji Din jangan cakaplah. Sentiasa terjaga walaupun lelaki ini hanya seorang duda tiada siapa yang menjaga. Dengan perkahwinan ini tanggungjawab aku lebih berat kerana mesti memastikan kekemasan Haji Din lebih tepat dari sebelummnya. Tutur katanya tetap tegas dan keras. Senyuman pula mahal. Cuma sejak berkahwin dengan aku, baru senyumannya terukir tetapi untuk aku sahaja dan masih tidak untuk orang lain. Itulah Haji Din yang aku kenali buat masa ini.

“Memang sedap. Saya kalau datang sini mesti makan sup tulangnya. Saya suka masakan disini. Supnya pula rasa lain dari yang lain. Banyak tempat yang saya pergi, sini paling best sup tulangnya. Saya pun dah beberapa kali cuba masak sup tulang tetapi tak sama dengan café ini. Lagipun treadmark café ini adalah sup tulangnya juga. Nanti Aminah Amia boleh belajar buat sup tulang tau.” Cerita Haji Din kusyuk aku dengar. Tak sangka Haji Din rajin masak sup tulang. Nasib baik badannya tak tinggal tulang.

“Kalau Minah masak, Haji Din nak makan ke?” tanya ku dalam ragu.

“Mestilah saya makan sebab isteri saya masak.” Usik Haji Din sambil tangannya lincah mengopek kulit udang dengan sudu dan garfu. Senang saje jawabnya. Hati aku ada sedikit kembang dengan gaya Haji Din yang terus terang ini. Dulu memang takut nak dekat tapi hingga saat ini Haji Din tak menghampakan aku.

“Iyalah tu.” Duga aku.

“Iya, yang penting Aminah Amia nak belajar. Tadi Aminah Amia masak pun sedap cuma lain kali jangan masin sangat.” Senyuman Haji Din dengan aku.

“Sorry! Lain kali Minah tak taruk banyak garam.Tapi Haji Din kena janji dengan Minah ajar Minah masak.” Pinta ku sambil menaikkan jari telunjuk.

“Saya janjilah. Rasa ni pula.” Haji Din menyuakan pula udang yang bersalut tepung yang dah terbogel itu. Aku dah tak mahu buku mulut. Iyalah dalam pinggan masih tak terusik, disuakan pula dari pinggannya. Pasti tangkap tidur aku lepas ni.

“Cepatlah.” Pinta Haji Din bila aku masih tidak beranjak.

“Haji Din makanlah. Nanti Minah nak, Minah kopek.” Luah ku malu.

“Tak payah. Saya dah kopekkan untuk Aminah Amia. Buka mulut cepat.” Arah Haji Din tanpa menghiraukan kata-kata aku. Entah atau tidak aku sekali terpaksa menganggakan mulut dan udang tersebut selamat tenggelam dalam rongga aku. Mengada betul Haji Din ni. Sempat aku kerling wanita di meja sebelah. Sekali lagi kepalanya berpusing memandang kami. Jangan jeles.

Habis sepinggan nasi, aku dah tak boleh menelan lagi. Silap-silap ada yang terkeluar. Haji Din masih tekun menghabiskan sisa lauk yang tinggal sedikit. Berselera sungguh Haji Din makan malam ini. Kusyuk aku melihat lelaki itu makan. Kedua-dua tangan menompak dagu. Skrin besar yang memainkan cerita tadi sudah tak menarik minat aku. Mata dah memberat. Aduhhh…Haji Din lambatnya makan. Macam perempuan.

“Aminah Amia nak lagi?” Haji Din memandang aku yang dah kuyu. Ditangannya telah tersedia sotong masak paprik menurut kata Haji Din tadi.

“Minah dah tak larat. Minah nak tidur.” Ujar ku sambil menguap. Sotong pun aku dah tak nampak.

“Okey! Okey! Kita balik.” Bila melihat mata aku yang semakin layu Haji Din segera memanggil pelayan untuk membayar bil. Selesai kemudian, Haji Din menarik aku bangun dan menuju ke kereta hitamnya yang di parking di seberang jalan. Dalam mamai aku cuba berjalan betul tetapi tetap terhoyong hayang.

“Lahhh…orang mabuk mana ni?” usik Haji Din bila melihat cara jalan ku.


“Minah ngantuk. Minah dah cakap yang Minah tak boleh makan banyak-banyak. Haji Din degil.” Runggut aku.

“Alahhh..cayang…cayang….cayang…..Okey! Kita balik. Meh sini saya dukung.” Usik Haji Din.

Aku yang tadi mamai sedaya usaha mencelikkan mata sehingga ke kereta. Haji Din dengan kemas memegang lengan aku dan memimpin aku menyeberangi jalanraya yang tidak berapa sibuk itu. Pintu kereta dibuka dan Haji Din memegang kepala ketika aku hendak masuk. Mungkin takut aku terhantuk. Tadi pun nak masuk kereta ke sini pun Haji Din buat perkara yang sama. Takut sangat kepala aku ni biul kot. Hahaha..Haji Din…Haji Din…
Haji Din mengambil tempat di bahagiannya dan mula mnghidupkan enjin. Segera air-corn dipasang dan dihalakan pada aku. Aku yang dah agak segar tadi kembali nak layu. Haji Din masih melaraskan air-corn ketika aku dah mula menutup mata. Dalam sedar aku terdengar suara Haji Din yang berkata sesuatu. Segera aku paksa mata dibuka.

“Haji Din cakap apa?” dalam lalok aku bertanya.

“Tiada apalah sayang. Aminah Amia tidur nanti sampai rumah saya kejutkan.” Luahnya dan aku tersenyum. Apa yang Haji Din cakap aku tak dapat tangkap oleh kerana mengantuk sangat.

“Okey Haji Din dan bye-bye.” Sehabis berkata demikian mata aku perlahan-lahan tertutup dan aku terus hilang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2011 05:41 PM | Show all posts
Terima kasih Adilla kerana menepati janji walaupun ramai yang sedang sibuk dengar Bajet 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 08:17 PM | Show all posts
Reply 86# Adilla

romantik gaya org tua2 .. ohh!! .. best nya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 08:59 PM | Show all posts
alahai hj din.... romantik sungguh awk ye... minah pula lurus bendul... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:18 AM | Show all posts
Cute ah minah...sukaaaa


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:43 AM | Show all posts
Cute ah minah...sukaaaa


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 02:15 PM | Show all posts
walawehhh... suka arr kat hj. din .... romantiknye... dapat plak gadis remaja jadi bini... jelesss aiii kat minah tauu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 03:44 PM | Show all posts
wahhhh suker citer ni... besssst
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:35 PM | Show all posts
Reply 34# sang_arjuna

kalau macam rosyam nor, kategori hamsemmm tu untuk 40+++
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:49 PM | Show all posts
bila nak ada sambungan nie... cam citer trilogi cinta . hero rosyam noor and heroinnya  fauziah gaus...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:23 AM | Show all posts
Reply 95# Syafiya


    rindu ngan hj din dan minah ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2011 08:00 PM | Show all posts
bila nak ada sambungan nie... cam citer trilogi cinta . hero rosyam noor and heroinnya  fauziah gaus ...
Syafiya Post at 8-10-2011 23:49



   Trilogi cinta ceternya camner syafia?? kak sya tak penah tgk citer tu. maaflah klu ada persamaan di bahagian2 berikut tapi ni original dr kak sya tau..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 97# Adilla

akak...
trilogi cinta tu adaptasi dr novel sharifah abu salem...
tak seindah mimpi + tak semanis impian + tiada lagi mimpi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 98# midar


   ye.. teramatla betulnya. citernya tak sama ngan citer nie tapi just hero tua yang kacak ngan isteri yang muda belia je yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply  midar


   ye.. teramatla betulnya. citernya tak sama ngan citer nie tapi just hero tua y ...
Syafiya Post at 10-10-2011 11:33



   ohhh..takut kak sya klu akak tertiru orang lain walau novel itu akak tak baca....klu ada yang tersalah sila tegur iya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087062 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list