Post Last Edit by roti_planta at 3-8-2011 17:13
1 minit, 2 minit, 3 minit, 4 minit dan kini sudah 5 minit berlalu. Biarpun mereka berdepan, masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut Suria atau Ku Emran.
Suria buntu. Dia tidak tahu mengapa Ku Emran memanggilnya turun tapi sehingga kini tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu.
Ku Emran juga buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. Ada beratus soalan yang ingin ditanyakan kepada Suria tapi mulutnya seakan terkunci.
“Encik Emran…”
“Suria…”
Serentak mereka berdua bersuara.
“It’s ok.Encik Emran cakap dulu” Suria beralah.
“No. Ladies first” Emran cuba berlagak ‘gentleman’.
“Takper. Encik Emran cakap dulu lagipun, Encik Emran yang panggil saya turun”
“I said ladies first, so you cakap dulu”
“Saya? Actually saya cuma nak cakap yang kalau Encik Emran tak ada apa nak cakap, saya nak naik dulu. Dah lama sangat kat bawah ni. Sejuk.”
Suria menggosok-gosokkan lengannya yang kesejukan. Emran yang berdiri dihadapannya di pandang kaku. Masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Merasakan yang lelaki itu tidak akan bersuara, Suria berpaling dan mula melangkah meninggalkan lelaki itu.
“Suria….” Emran memanggil dengan suara yang lembut lantas mematikan langkah Suria. Tapi gadis itu masih tidak memandang kearah Emran.
“Who is that guy?”
Soalan yang terlontar dari bibir Emran benar-benar membuatkan Suria terkasima. ‘Who is that guy?’.
“Which guy? Kenapa pula Encik Emran perlu tahu?”kali ini suara Suria pula yang kedengaran tegas.
Dengan kedudukannya yang masih membelakangkan Emran, maka Emran tidak dapat meneka riak wajah Suria saat ini.
“That guy. Yang makan malam dengan awak tadi.Yang hantar awak pulang tadi. Is that your special friend?” Emran masih mengawal emosinya saat ini. Sudahlah hatinya sakit melihat Suria dengan lelaki lain, kini soalan yang di beri di jawab dengan soalan juga. Sesuatu yang amat dia benci.
“Yang makan malam dengan saya? Yang hantar saya pulang? Macam mana Encik Emran tahu saya makan dengan siapa dan siapa yang hantar saya pulang? Encik Emran mengintip saya ker? Dah lama buat kerja macamni?”
Kali ini Suria tak peduli. Apa nak jadi pun,jadi lah. Dia benar-benar tak paham dengan lelaki yang bernama Ku Emran ini.Dahlah suka memaksa dan menjerit, kini lelaki ini sudah mula mahu masuk campur dalam kehidupan dia pulak. Mandat dari siapa yang lelaki ini dapat sehingga berani mengintip setiap perbuatannya.
Emran pula semakin panas hati. Rambutnya di raup keras. Dia benci bila jawapan yang diharapkan menjadi soalan pula untuk dia jawab. Jika tak kerana sudah tengah malam, mahu sahaja dia menengking gadis dihadapannya ini supaya dia mendapat jawapan yang dia mahu.
“Just answer me, Suria!”
“I won’t give you any answer and I am wondering,WHY I should answer your question. I demand for an explaination from you, Encik Emran.” Suria masih berdegil. Rasa bengang dan sakit hati sudah mula bertamu dalam dadanya.
“Fine. I will explain tapi bukan kat sini”
Serentak dengan itu, Emran terus menarik lengan Suria dan menolak gadis itu masuk ke dalam kereta. Suria yang tidak menyangka akan ditarik terpinga-pinga bila pintu kereta di tutup dan kereta mula bergerak.
~Alamak!Mamat ni nak bawak aku lari ker?~
|