CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: humairaqadri

Musykil dengan caj perubatan Islam!

  [Copy link]
 Author| Post time 23-6-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply  humairaqadri


          Wsalam, salam perkenalan kembali. Saya galakkan soalan macam ini ...
tunggulbatu Post at 23-6-2011 10:16



    Ahamdulillah... terima kasih. Nanti saya PM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 12:46 PM | Show all posts
oh betul ke semua orang boleh claim jadi perawat Islam...  kalau boleh sesiapa bawak hadis-hadis yang berkaitan dengan rawatan gangguan jin ni bagus juga ya tak?
kupia Post at 23-6-2011 09:51

Mmg benar siapa pon boleh jadi perawat atau merawat. Buktinya, ramai hari ini yg menggunakan kaedah bacaan Al Quran utk jadi perawat. Mereka mengkaji sekian2 ayat yg mempunyai khasiat tertentu utk menghalau jin dan syaitan.


suluk dan rabitah ni kita ada bincang sikit dalam board Agama... lebih molek kita bincang tentang kaedah rawatan Islam dalam thread ni agaknya... tt complained pasal apa dia bayar mahal sangat, perawat letak harga... agaknya minyak naik harga habih semua yang lain tebabit kot. Bukan apa cuma takut-takut perawat mengaku sebagai perawat Islam tapi tak merawat cara Islam... bimbang juga

Berkenaan dengan bayaran nih, sebenarnye saya suka sgt jika perawat islam semuanye benar2 ikhlas utk beramal dan buat kebajikan. Sebenarnye, perawat islam ni kalo boleh mesti tidak meletakkan harga diatas kerja amalnya. Melainkan jika perawat ada menghasilkan ubat-ubatan tertentu dgn kos maka tidak salah berjual beli. Seperti ubat-ubatan lain juga yg dijual dikedai2 farmasi dan sebagainye. Tetapi, perawat yg menjalankan rawatan fizikal, berbeza sedikit. Seperti urut atau bekam dll. Mestilah ada kadar upah yg berpatutan kerana mereka bekerja mengerah tenaga dan kemahiran mereka.

Yg paling saya suka tekankan disini, perawatan dan pengubatan nih adalah satu cabang kehidupan Islam yg mesti ada dan diperturunkan utk mengimbangi kewujudan makhlus halus yg kadang kala mengganggu insan yg 'lemah' i'tikad tauhid. Saya percaya jika semua org benar2 mahu bersih rohani dan jasmani dari gangguan makhluk halus, jalannya hanyalah mencari guru, beramal dgn Al Quran/Hadis dan 'menghidupkan'(zikrullah) kalimah tauhid iaitu lailahaillallah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 01:08 PM | Show all posts
Reply 82# tunggulbatu

cara TB jawab ni macam TB ni ahli tarekat lah. saya pernah gak berubat dengan ahli-ahli tarekat. saya dapati mereka lebih bertimbang rasa dalam hal bayaran, tak macam sesetengah perawat islam yang sedia letak harga macam air penawar RM15 dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply  tunggulbatu

cara TB jawab ni macam TB ni ahli tarekat lah. saya pernah gak berubat dengan ...
warisputerijawa Post at 23-6-2011 13:08



     mmg ade sedikit perbezaan antara org yg melalui jalan suluk dan org kebanyakan. Saya tak nafikan ahli tharekat lbh 'segan' meminta2 bayaran dlm perubatan. Tp, inilah bezanya ahli tarekat dan ahli syariat. Blom lagi ahli hakikat bertaraf wali yg mengubat. Mmg se sen pon takkan diambil dr pesakit melainkan ianya diletak secara diam2 oleh pesakit di celah2 sejadah atau kain di rumah ahli hakikat tersebut dan mestilah pesakit mengganggap itu adalah HADIAH dan bukan sedekah.... ini adalah akhlak 'batin' Rasulullah SAW yg jika ahli dlm hakikat pasti akan mengetahui...

Rasulullah SAW, suka jika beliau diberi hadiah, kerana Rasulullah SAW 'TIDAK LAYAK' menerima sedekah. Saya ingin berkongsi disini, jika kita memberi salam dan ingin memberi Rasulullah SAW AL Fatihah, hendaklah kita menyebut HADIAH AL Fatihah ini kpd Rasulullah saw. Bukan menyebut SEDEKAH seperti kebiasaan org kita nih. kerana Rasulullah SAW tak ambil sedekah dan amatlah kita 'meninggi diri' dgn Rasulullah SAW jika kita sebut beri SEDEKAH pada beliau....

sabda Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam . “Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah”.  Dan di antara tanda-tanda orang mukmin adalah mengharapkan setinggi-tinggi darjat dalam semua urusannya dan akal pekerjaannya sehingga ia sampai ke darjat orang-orang yang soleh”.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:13 PM | Show all posts
Salam,

I ni sr dsini. Just nak share pengalaman menjalani rwtan cara islam. Berjumpa dgn 2 org perawat yg direkomen dr forum ni dan forumer(xpast samada dia masih disini or not).

Yg per1. Buat solat solat hajat dan mengenakan charge rm 200 utk tujuan tersebut, rm50 utk beli alquran utk wakaf. 2 kali jumpa dia tapi masih tak berubah.

Yg ke2, tak minta apa apa byrn-sekadar ikhlas sje. Tapi ada long term r/ship.takut nak criter sbb takut dia ada dlm forum ni.

Kesimpulannya, memang susah nak cari perawat yg betul betul ikhlas dan tidak kenakan byrn.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply 85# uda

long term relationship tu macam dia bagi wasilah ke apa? sebab pernah gak orang nak kasi saya amalan berwasilah ni.... tapi, saya memang tak ambil. tapi, diorang cakap gangguan macam yang kena kat saya ni elok le buat amalan yang berwasilah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 03:15 PM | Show all posts
mahalnya..... tak masuk akal... tapi apa boleh buat.... pesakit tu yang kena pandai memilih doktor atau klinik, bila dah kena charge mahal, jgn disalahkan doktor..... aku pun biasa charge RM20 hingga RM50 jerr.... itupun untuk duit minyak dan hadiah penat lelah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply 84# tunggulbatu


    Dah PM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2011 03:18 PM | Show all posts
mahalnya..... tak masuk akal... tapi apa boleh buat.... pesakit tu yang kena pandai memilih doktor a ...
edy137 Post at 23-6-2011 15:15



    Hhmmm... pengalaman pertama kan?  Bukan tak pandai memilih "doktor", tapi tak ada pilihan sebab tak tau nak pegi ke mana...Takpela, redha je la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 03:19 PM | Show all posts
oh betul ke semua orang boleh claim jadi perawat Islam...  kalau boleh sesiapa bawak hadis-hadis yang berkaitan dengan rawatan gangguan jin ni bagus juga ya tak?
kupia Post at 23-6-2011 09:51


adehhh.... orang yang beragama islam beriman dan selagi tidak menyekutukannya, melakukan perawatan membantu pesakit boleh dikategorikan perawat islam.... apa daaa.....

sama mcm ibnu sina, Al-Khawarizmi dan lain2 digelar ahli matematik islam, doktor islam.. kan sama tu....

ramai sangat orang tersalah anggap bila sebut perawat islam ni... cepat melatah....... yang berserban dan berjubah sahaja yang boleh dipanggil perawat islam ke???? prffffttt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 03:30 PM | Show all posts
kadang2 ada yang tak faham2..... guna ilmu nafas salah, guna limau salah, mandi bunga salah, ketuk pakai kayu tas atau rotan salah, pakai duri landak salah zasss pakai makrifat atau zikir salah.... dah laa kata kaedah tu semua bukan rawatan islam, dah tu lagi nak mengharukan keadaan, sesuka hati cop sesat......

suruh bawa hadis dan dalill pula lepas tu... adoyai.... kaji dulu bab syariat pasti ketemui jawapannya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 03:57 PM | Show all posts
Bab perawat kenekan bayaran ni aku tak de lah nak bangkang, sebab perawat ilmu ghaib akan sentiasa terdedah dengan serangan balik jin jin terutama jin sihir.... bahaya beb kalau tak cukup ilmu.. hehe


Tapi kalau perawat tak pakar kenekan caj melebihi caj doktor pakar, tentulah tak patut... tapi kalau dia kenekan caj mahalpun, tapi terus sembuh, tentu pesakit tak kisah, malah sanggup merekmen kat pesakit lainnya.... masaalahnya kenekan caj, pas tu kene datang berulangkali, yg ada sampai bertahun tahun..... RM RM banyak tuh... hehe... bila pesakit cuba nak berubat tempat lain yg kureng 'islam" hehe.... depa kata ada jin, takut syirik.... hehe





Tapikan...... ada orang yg pernah bagi aku RM1k..... walhal itulah kali pertama dia jumpa aku untuk rawat anaknya yg kene sihir..... aku tak mintak pun... entah dah rezeki aku kot las las aku tambah sikit duit beli moto buat ronda kampung hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 04:28 PM | Show all posts
mahalnya..... tak masuk akal... tapi apa boleh buat.... pesakit tu yang kena pandai memilih doktor atau klinik, bila dah kena charge mahal, jgn disalahkan doktor..... aku pun biasa charge RM20 hingga RM50 jerr.... itupun untuk duit minyak dan hadiah penat lelah....
edy137 Post at 23-6-2011 15:15


Itulah pasal tuan rumah ni dah salah pilih perawat ni kan dah kena caj mahal yang bukan-bukan...
pilihlah perawat macam ni ha perawat yang guna ilmu nafas atau perawat yang pakai zass makrifat dan zikir ni bukan mahal pun tak lebih RM50 hinggit pun... itu pun duit minyak dengan upah penah je... isk isk isk tak faham-faham memilih...

pulih ke tak pulih tu tak tau la kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by humairaqadri at 23-6-2011 16:52
Itulah pasal tuan rumah ni dah salah pilih perawat ni kan dah kena caj mahal yang bukan-bukan... ...
kupia Post at 23-6-2011 16:28



    Jangan la cakap mcm tu... huhuhu, rasa nyesal tak sudah pulak...
    Aku dah survey, katanya RM80 (mcm dalam citer aku tu...), last-last kena caj lebih.
    Tu luar kawalan.... sedih la...

    Pulih ke tak tak tau lagi... Tapi ada akak tu citer, dia dah 10 kali datang ke situ. Setiap bulan katanya... kena berulang jumpa ustad tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 05:26 PM | Show all posts
Jangan la cakap mcm tu... huhuhu, rasa nyesal tak sudah pulak...
    Aku dah survey, kata ...
humairaqadri Post at 23-6-2011 16:51
alah, kakak tu baru 10x datang.... yg ada tu tiap 2 minggu selama lebih 2 tahun.....





kalau penyakit disebabkan kutu, buang la dulu kutunya, baru letak ubat



ni kalau penyakit akibat kutu nak buang pun tak reti, terus letak ubat.... selamba jek kutu tu terus melekat dan makan makan kat situ.... tu lum sakit akimat kuman ke virus ke... lagi le....







sakit akibat jin pun lebih kurang cam tu... kene buang dulu jin yg menyebabkan sakitnya.... kalau tak reti, beritau pesakit, aku tak reti, kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 05:41 PM | Show all posts
Reply  uda

long term relationship tu macam dia bagi wasilah ke apa? sebab pernah gak orang nak k ...
warisputerijawa Post at 23-6-2011 14:35


Bukan wasilah. Tapi... $$$$
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 96# uda


oooh... begitu rupa-rupanya.  mak teh aku pun pernah kena long-term relationship. tapi len sikit lah ceritanya. mak teh aku ni kira anak dara tua, cikgu sekolah rendah. mungkin lah Tuhan nak uji dia... so, sejak berpindah sekolah di sebuah negeri ni ... dia sering jatuh sakit. kebetulan kat sekolah dia tu ada seorang cikgu and cikgu ni boleh lah merawat orang sikit-sikit. ayah kepada cikgu ni perawat juga... memang orang selalu jumpa kalau nak minta tolong.

so, cikgu ni dan ayah dia tolong rawat mak teh aku, siap bawak family dia dengan anak-anak datang ke rumah mak teh untuk tolong mak teh. dalam baik-baik dan alim-alim si perawat tu... dia ajak mak teh aku kahwin. mula-mula mak teh aku tak nak, sampai mak teh aku kasi syarat lagi suruh ceraikan isteri dia tu. sangat tak sangka, dia sanggup ceraikan wife dia untuk kahwin dengan mak teh aku... walaupun anak dia yang sulung dah form 5. (boleh nilai sendiri la gatai ke tak gatai lelaki mcm ni)

sekarang ni,  mak teh aku dah terikat long term relationship dengan dia. diorang kahwin... mula-mula memang mak teh aku tak nak dia ni.... tapi, entah macam mana mak teh aku boleh 'cair'.  pak su aku siap marah-marah lagi... ye la.. dalam rawat-merawat... sempat tuh sambar mak teh aku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 06:55 PM | Show all posts
Pulih ke tak tak tau lagi... Tapi ada akak tu citer, dia dah 10 kali datang ke situ. Setiap bulan katanya... kena berulang jumpa ustad tu...
humairaqadri Post at 23-6-2011 16:51


10 kali kira lama dah tu bagi aku laa...... cara aku cuma 7 kali satu hari seminggu, itupun biasanya tak sampai 7 kali, insyaallah 1-2 kali dah boleh sembuh, tgk jugak pada berat tak berat dan sanggup ambil amalan......

tapi apa pon, kena bermuhasabah diri..... kena yakin dan ikhlas baik dengan siapa merawat pon,.... kalau dah kena charge sekali mahal, jgn kutuk2 ustaz tuh, hilang keikhlasan nya tuhhh.... lambat baik nanti..... so, just stop kat situ, cari lain perawat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:33 PM | Show all posts
Jangan la cakap mcm tu... huhuhu, rasa nyesal tak sudah pulak...
    Aku dah survey, kata ...
humairaqadri Post at 23-6-2011 16:51



Nizz pun dah pernah pergi ke tmpt yg serupa itu juga. Masa col, dia cakap rm30 utk pendaftaran...
nizz & hubby tny juga kalau ada apa2 yg perlu dibawa...pembantunya kata cuma air mineral saja.
So bila daftar, dia kira ikut bilangan yg nak dirawat...kami kena rm 60 utk pendaftaran. Masa dirawat tu,
bukan berjumpa personal...dia panggil sampai 7-8 orang & tanya masalah. Kat situ nizz dah rasa tak best
sbb kalau boleh nak bercerita personal. Pastu dia baca ayat2 quran... then dia suruh kami ambil air zam2
sorang 2 botol & apa ntah lagi... Memula ingatkan dah termasuk dalam bayaran pendaftaran...tapi rupanya
bila keluar, dia kira lain. So malam tu jer, kitorang kena keluarkan rm200+. Yang frust sangat tu, kat rumah
kami ada lbh 10 liter air zam2 sbb baru balik umrah. Kalau laa dia cakap kena bawa, mmg takde masalah pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 08:55 PM | Show all posts
10 kali kira lama dah tu bagi aku laa...... cara aku cuma 7 kali satu hari seminggu, itupun bias ...
edy137 Post at 23-6-2011 18:55



    InsyaAllah... aku ingat pesanan ni... Banyak yang aku belajar sebenarnya.... Bukan nak mengungkit ke apa, cuma nak kongsi pengalaman & tanya pendapat orang-orang yang arif saja... Sebab aku tak ada pengalaman. Mungkin dengan perkongsian ini, kita semua lebih berhati-hati.
   Sebab tu aku cakap tadi, yang dah lepas tu dah la.... Ubat tu pun masih diteruskan. Kalau asbab ubat tu boleh sembuh, alhamdulillah... kalau tak serasi, kena la ikhtiar cara lain. Segala-galanya atas izin Allah juga. Seperti yang aku cerita awal-awal tadi, kawan aku tak berkira soal bayaran tu... dia pun dah banyak berbelanja utk ubati sakit dia tu. Cuma yang buat terkilan, cakap lain... bayar lain! Memang rasa tak sedap la...
   Yang buat aku terpanggil... sebab ada juga pesakit yang memang tak cukup duit nak bayar "mahar"nya tu... Pembantu siap cakap, "takpela... bayarla berapa yang ada pun! Yang lain tu hutang, nanti datang bulan depan... boleh bayar,". Hhmmm... ok la. Ada la pertimbangan kat situ... tapi di pihak pesakit, mesti ada rasa tak sedap hati sebab tak pasal-pasal berhutang kan? Bayangkan kalau ada-ada berlaku dalam tempoh berhutang tu, bukankah dah jadik kes lain? Dah la ustad tu bukan sepanjang masa ada kat situ...
   Tepuk dada tanya selera la... Aku banyak muhasabah bab ni. Semoga kita semua dapat saling mengingatkan untuk kebaikan masing-masing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056603 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list