|
ecah lariiiiiiiiiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila la topeng ecah nk terbuka..biar faris tgk muka nyah dia tu..
mesti ter pukau punya |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik nie....
penculik pula yg kena culik....
sapalah bos yg suruh culik faris tu??? mesti kerabat jg nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
FARIS lom nampak muka ECAH kan... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam.. tq Fizzi..... best... sambung lagi ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
gud job fizz, sila sambung panjang-panjang ye ...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 pakat bendul betul.. kahahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
penculik tahap amatur
jd cam tulah......semua tonggang-langgang
|
|
|
|
|
|
|
|
bla faris nak taw nyah ney prempuan tulen?? |
|
|
|
|
|
|
|
best....maybe ecah n faris sesat.pastu masing2 jth cinta... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya...ada citer baru... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi nak lagiiii!!
tajuk pon dah comel dah! pegi jauh jauh! eleeeh! ahhaha! |
|
|
|
|
|
|
|
Penat berjalan dari matahari tegak diatas kepala hingga matahari sudah pun condong kea rah barat, Faris bertambah marah. Lalu tubuh nyah didepannya ditolak kasar menjauhinya.
Bedebubbb!!! Nyah itu terus jatuh ke tanah. Namun, tali yang masih terikat dipinggangnya membuatkan Faris turut sama terjatuh di sebelah nyah bertopeng itu.
“Aduhh….” Faris menggosok2 punggungnya yang sakit terhentak ke tanah. Nyah disebelahnya turut mengurut2 pinggangnya dengan mata yang berkeriut menahan sakit.
“Bila nak sampai ni??” marah Faris. Tangannya ligat membuka ikatan dipinggangnya. Naik berserabut diikat sebegitu.
“Sepatutnya kita dah sampai….tapi aku tak tahu kenapa kita tak sampai2….” Balas nyah bertopeng.
“Argghhhh!!!” Faris menjerit geram sekuatnya. Tali ditangannya dicampakkan ke depannya. Dia sudah seakan berputus asa. Hari sudah menghampiri senja dan mereka kini berada ditengah2 hutan.
Melihat tali yang tidak lagi dipegang oleh Faris, Aishah cepat2 bangun lalu berlari. Dalam masa yang sama, tangannya kelam kabut meleraikan ikatan dipinggangnya.
“Hoihh!!!” Faris yang tersentak dengan tindakan nyah itu terus bangun dan mengejar nyah bertopeng dengan lajunya. Dia nak tinggalkan aku terkontang kanting seorang diri dalam hutan inikah? Haha…silap haribulanlah nyah!!!
Langkah Faris nyata lebih laju berbanding nyah itu. Lantas topeng kepala yang dipakai oleh nyah itu terus ditarik dan bahu nyah itu terus dicengkam dari belakang.
Sejurus topeng ditarik keluar, rambut yang panjang terurai dari topeng itu. Faris tergamam, namun tangannya kuat mencengkam bahu nyah itu. Terus tubuh itu ditarik ke dadanya. Bila tubuh itu sudah berpusing berdepan Faris, mata Faris terbuka luas. Perempuan???!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
“Lepaslah mangkuk!!!” Aishah menjerit kuat. Nampaknya misi mustahil ‘Maskman’ telah gagal!!!! Aku dah terlanggar pantang larang!!!. Aishah meronta2 di dalam cengkaman tangan Faris yang kuat. Namun, lelaki itu masih tidak berkedip merenungnya. Tergamam barangkali.
“Lepas aku kata!!!” serentak dengan itu, Aishah mengangkat kaki, hendak menendang alat sulit lelaki itu, namun usahanya gagal bila kakinya hanya mampu menyepak peha lelaki itu.
“Auchhh!!!” Faris menjerit kuat. Cengkaman tangannya terlepas lalu Aishah mengambil kesempatan untuk melepaskan diri. Melihat Aishah yang berlari laju, pantas Faris lebih pantas mengejar. Ini..nak kena buat aksi Stone Cold ni…..gumam Faris didalam hati.
Lalu, sebaik tubuh Aishah sudah hampir kepadanya, dia terus melompat dan mencapai tubuh itu. Kedua2nya terjatuh dengan tubuh Faris yang menghempap tubuh Aishah. Faris ter senyum puas bila memandang Aishah yang sudah berada di bawah tubuhnya.
“Perogoll!!!! Pergi kau!!!!” Aishah menjerit nyaring sambil tangannya mencakar2 muka Faris. Dengan segera Faris menangkap kedua tangan Aishah lalu ditekap ke tanah. Bila kedua tangan Aishah sudah terpasak ditanah, barulah Aishah berhenti meronta.
Nafas keduanya turun naik. Penat berkejar2 sedari tadi. Faris meneliti raut wajah didepannya yang diserabuti beberapa helai rambut. Kulit wajah putih kuning yang halus dan mulus, hidung kecil yang mancung, mata bundar yang hitam dan bibir merah jambu yang merekah. Inikah rupa penculik aku??? Faris masih menindih tubuh Aishah, enggan membiarkan gadis itu lari lagi.
“Perempuan culik aku?????” terluah rasa tidak percaya dari bibir Faris. Faris memejamkan matanya, kemudian membuka kembali. Rasa macam tidak percaya.
“Habis, yang pakai baju hijau dan baju hitam tempohari tu, lelaki ke perempuan?” soal Faris marah. Nafasnya turun naik menahan rasa di dada. Berjuta perasaan bercampur baur.
“Kot ye pun nak tanya, bangunlah! Sakit perut aku! Kau tu berat macam gajah!” bentak Aishah. Faris terdiam. Dia memandang wajah didepannya. Faris menggeleng2. Perempuan ni bukan boleh percaya! Lantas Faris bangun sambil memegang erat tangan gadis itu.
Lengan gadis itu ditariknya kuat dalam genggamannya. Terhuyung hayang langkah Aishah membuntuti langkah lelaki itu.
“Woii..sakitla mangkuk!!!” jerit Aishah. Mata Faris meliar sambil berjalan laju mencari sesuatu. Aishah dibelakangnya diheret sama.
“Lepaslah…..” kali ini Aishah sudah seakan mahu menangis. Kebas rasa pergelangan tangannya dicengkam begitu kuat. Namun, kakinya masih diatur mengekori langkah lelaki itu.
Faris tunduk mengutip tali yang terungkai tadi, lalu diikatnya tali itu ke tangan Aishah.
“Eh! Eh! Ini tak aci! Aku dah lepaskan kau, kau kenalah lepaskan aku!!!” jerit Aishah geram. Faris tidak memperdulikan kata2 gadis itu. Tangan itu diikat dengan kukuh. Faris mengukir senyum sebaik kerjanya selesai. Lantas wajah gadis itu dipandang dengan senyuman menyindir.
“ Selagi aku tak dapat keluar dari hutan ni, kau tawanan aku!!! Jangan nak berlagak pandai dengan aku!! Faham? ” ujar Faris tegas. Aishah terdiam. Bibirnya terkunci rapat memandang lelaki dihadapannya. Saat itu, terasa empangan matanya seakan mahu pecah. Abang Abu!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Inspektor Amir memerhati petugas kawalan keselamatan KLIA yang sedang membantunya mencari video rakaman pada hari Tengku Faris tiba di Malaysia. SEtelah puas diteliti satu persatu rakaman yang ada, petugas kawalam keselamatan yang bernama En. Mokhtar itu mengeluh.
“Saya dah cuba banyak kali mencari rakaman video tarikh dan waktu berkenaan, tapi, nampaknya ada masalah teknikal pada kamera CCTV kami hari itu. Ini sahaja imej yang dapat dirakam. Itupun pada kamera 2, 3 dan 6. Kamera lain, mengalami masalah teknikal…” kata En. MOkhtar.
Inspektor Amir terpempan. Penjelasan En. Mokhtar agar sukar dipercayai. Takkan semuanya satu kebetulan? Dengan rasa kurang percaya, Inspektor Amir meneliti kembali rakaman yang ada. Benar, imej dikamera mengalami masalah teknikal hingga menyebabkan imejnya kabur dan langsung tidak dapat dikenalpasti.
Inspektor Amir terdiam sejenak. Sekarang, daripada kes hilang biasa dek kerana sikap nakal anak2 muda, Inspektor Amir mula beranggapan bahawa kehilangan Tengku Faris mungkin mengandungi unsure jenayah.
“Emmm..sepanjang bulan ni, ada tak hari lain yang CCTV ni bermasalah?” soal Inspektor Amir.
“Ada…2 hari selepas tu, kami dapat detect 2 kamera kami tidak berfungsi juga. Jadi, selepas itu baru kami membaiki CCTV kami…” jawab En. Mokhtar. Inspektor Amir menghela nafas lemah. Dia meraup2 pipinya.
“Kalau macam tu, boleh bagi saya salinan CCTV kamera 6 , 2 dan 4 pada tarikh ni?” soal Inspektor Amir.
“Tapi, imejnya tak nampak. Bolehkah?” soal En. MOkhtar kehairanan.
“Tak apa…bagi saja…” ujar Inspektor Amir. En. MOkhtar mengangguk lalu membuat kerja seperti yang diarah. Inspektor Amir termangu. Klu pertamanya gagal. Selepas ini, apa langkah seterusnya? Inspektor Amir menarik nafas payah merenung jauh kea rah beberapa kapal terbang yang sedang mendarat melalui dinding kaca pejabat kawalan keselamatan KLIA itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Emily yang baru tiba dilapangan terbang, segera memeluk Tengku Fatimah dan Tengku Alyah yang sedang menantinya.
“Hi….miss you’ll so much!!!” mereka berbalas pelukan. Pemandu peribadi Tengku Fatimah pantas mendapatkan bagasi Puan Emily lalu mereka berempat terus berjalan menuju ke kereta.
“Look at you young girl….Tengku Alyah sudah besar panjang…..” Puan Emily memerhati Tengku Alyah dari hujung rambut ke hujung kaki.
“I’m 24 this year auntie Emy…” balas Tengku Alyah tersipu2. Puan Emily yang lebih mahu dipanggil auntie tersenyum simpul.
“Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, kamu sudah besar..” tutur Puan Emily. Mereka saling tersenyum sambil menghampiri kereta.
“So, haven’t got news from Faris?” soal Puan Emily. 4 hari Tengku Faris masih belum pulang2 ke Villa, membuatkan Puan Emily sendiri turun ke Malaysia. Hatinya gundah. Belum pernah anak bujangnya membuat perangai sedemikian.
Meskipun Tengku Faris ramai teman perempuan dan selalu berpeleseran dengan teman2 perempuannya, namun dia tidak pernah tidak mengangkat telefon bila dihubungi. Hal itulah yang membimbangkan Puan Emily.
“Kita sudah minta unit khas polis untuk mencari Faris. For the time being, kita berdoa saja untuk Faris…” tutur Tengku Fatimah hiba. Puan Emily dan Tengku Alyah berpandangan. Masing2 terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kan aku dah kata…aku tak tahu…aku tak tahu….!” Lemas Aishah bila asyik digasak soalan yang sama sejak siang. Faris menunjal pipinya. Terteleng Aishah dibuatnya.
“Mana boleh tak tahu! Inikan tempat kau! Takkan kau boleh sesat kat tempat sendiri!!!” marah Faris. Malam sudah menjengah alam bersama bulan purnama yang terang. Cahaya bulan menjadi penyuluh jalan buat mereka berdua.
“Kan aku dah kata…ini bukan tempat aku! Taik telinga kau ni, tebal sangat ke sampai aku kena ulang seratus kali benda yang sama?” tempelak Aishah pula. Tangannya masih diikat dan ditarik kehulu kehilir oleh lelaki itu.
“Kalau bukan tempat kau, macam mana kau boleh kurung aku kat sini?” soal Faris pula.
“Manalah aku tahu! BUkan aku yang cari tempat ni! Aku ikut abang aku saja!” tukas Aishah geram.
“Tak paham2 cakap orang!!!” tambah Aishah lagi, merungut. Faris berpaling, memandang Aishah.
“Hiii…geram betul aku dengan kau ni!!!” bentak Faris. Seakan menyesal pula menyuruh gadis itu menunjukkan jalan. Sudahnya, mereka sama2 tersesat didalam hutan tebal itu.
Bunyi unggas dan cengkerik yang sahut bersahutan di hutan itu begitu kuat. Tiba2, Faris dan Aishah sama2 terdiam mengamati bunyi2 hutan yang mengelilingi mereka. Wajah kedua2nya bertukar pucat. Faris memandang Aishah. Aishah memandang Faris.
“Errr…kita bermalam kat sini dululah…esok pagi, bila hari dah terang, kita cari jalan keluar…” Aishah terpana mendengar kata2 yang keluar dari mulut lelaki didepannya. Mulutnya ternganga.
Kita? Sejak bila ‘aku’ dan ‘dia’ jadi ‘kita’? Faris pandang Aishah lagi. Jelas diwajahnya, dia agak ketakutan menghadapi malam gelap di tengah2 hutan itu. Aishah diam. Meski ada perasaan takut dihatinya, tapi perasaan itu dibuang jauh2. Takkan penculik takutkan hutan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Faris bersandar di banir pokok sementara Aishah pula berada disebelahnya. Faris memerhati sekelilingnya yang samar disimbah cahaya bulan. Pemandangan malam dihutan itu benar2 membuatkan bulu romanya meremang.
Sesekali, angin yang bertiup sepoi bahasa, menggoyangkan dedaun dan pepohon disekeliling mereka. Faris menoleh, memandang Aishah disebelahnya.
“Kau pernah bermalam dalam hutan macam ni?” soal Faris perlahan. Nada suaranya seakan berbisik.
“Tak…..” balas Aishah kembali, juga berbisik.
“Kau takut tak?” soal Faris lagi. Aishah menoleh kea rah Faris.
“Abang aku kata, kalau kita berani, orang lain akan takut dengan kita…” balas Aishah. Faris terdiam sejenak.
“Macam hantu jugak, makin kita takut, makin kuat dia mengusik kita…” tambah Aishah lagi.
Pukkk! !! Serentak dengan itu kepala Aishah dilepuk kuat oleh Faris. Ayat terakhir Aishah benar2 membuatkan bulu romanya berdiri tegak.
“Kau ni…tengah2 hutan macam ni, boleh tak kau jangan sebut benda2 macam tu!!!” marah Faris.
“Aku bukan panggil ‘dia’ !” tempelak Aishah marah. Suka-suka hati saja nak lepuk kepala aku….dia ingat kepala aku ni apa….gumam Aishah didalam hati. Faris memandang sekelilingnya lagi. Matanya meliar.
“Kau janganlah buat muka cemas macam tu. Cuba relax sikit……kalau kau terlalu fikir yang kau tengah berada ditengah2 hutan belantara di waktu malam yang menakutkan….memang kau takkan dapat lelap mata punya!” kata Aishah memberi tips untuk Faris menghadapi ketakutannya.
“Hissyy…lagi kau bercakap macam tu…lagi takut aku tau!” bentak Faris geram. Mulut gadis ini boleh tahan juga becoknya.
Aishah mencebik. Aku bagi kaunseling percuma pun kena marah? Ahh…boleh blahhhh….Aisyah menyandarkan badannya ke pokok.
Masing2 terdiam membisu. Suara hutan menjadi bunyi latar mereka. Ditambah pula suhu hutan yang sejuk, menjadikan keduanya sedikit menggeletar. Aishah merenung tangannya yang berikat. Dia menarik nafas resah.
Bila Abu dan Dol nak sampai? Entah-entah…diorang pun tengah sesat dalam hutan ni….tapi, sampai bila aku nak terikat macam ni? Aishah melepas satu keluhan. Matanya cuba dipejamkan. Namun terasa begitu sukar untuk melelapkan mata. Malam terasa begitu panjang buat mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|