Post time 16-11-2024 01:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anak I baik dengan I macam kawan. Tapi dia pun dengar cakap I. Tak rasa kalau anak baik dengan kita dia akan belakangkan kita. Unless kita membuatkan dia terasa.
Post time 16-11-2024 02:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masalahnya sbb dia share dgn public.. bila dia ckp mcm ni, kononnya nk kata salah dia sbb treat anak mcm kawan.
Tp org akan faham ooo kira anak dia ni mmg bermasalah la..
Post time 16-11-2024 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mrsLucky replied at 13-11-2024 12:12 PM
never ending...i paham..i pon ada anak...
but if continue cete kat public ...anak tu lagi menjauhkan ...
Klau i pon jauhkan diri dpt mak mcm ni . Xboleh diam ke? Ni klau balik rumah, nnti mak duk bercerita merata lg. Dah la cerita in public. Tlg la jaga aib ank2. Dpn ank, masa dgn kwn2 atau sedara mara, xpyh la cerita apa2.
I masa kecik selalu kena. Malu gila ya Allah. Mak i rasa benda biasa. Mak i cerita aib i pd sedara mara ramai plak tu. Sedara2 i tu baik2 orgnya. Bila besar i notice mak pak depa xpernah cerita apa2 pasal ank. Ada ank dia pernah kahwin koboi, bila tanya kenapa cpt sgt kahwin? Mak dia diam x ckp sepatah pon. Menantu dia tu pon dia lyn mcm menantu lain
I kdg2 terlepas cerita, sbb seronok cerita peel ank2, i cpt2 ingat, kita rasa kelakar kenangan tu tp utk ank2 tu aib diaorang
Post time 16-11-2024 03:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 13-11-2024 02:44 PM
Pada kaka..agama tu yg penting..bila anak arif bab agama....otomatik anak tu hormat mak ayah...mas ...
Tu la life dia nmpk bebas n open. Mendapat la. Xfaham kenapa nk kena dgr cara parenting dia. As a muslim, kita patut tau cara tu salah. Dlm islam dah ajar siap2 ada peringkat umur kita boleh jd kwn, then kena tegas lps tu kena lembut. I xingat susunan dia mcm mana. Tp mcm kaka ckp la, kalau faham agama, terapkan nilai agama, mesti faham parent tu parent, bkn kwn ko boleh pijak2
Post time 16-11-2024 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I pun rasa stress dengan mak camni. Kalau dengan orang luar pun dia boleh cerita macam2, bayangkan orang yang dia baik. Mesti macam2 dia bercerita. Macam my mom, suka bercerita pada sedara mara. Sampaikan sedara mara rasa ada hak nak sound2 kita. Pastu mulut masing2 pun bercerita beria.
Post time 16-11-2024 04:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa covid dulu elok je anak veranak ni dok main masak masak sambil tunjuk ketiak.ku rasa ayu sedih kena tinggal omaknya migrate ke bali kot.ayu x leh ikut.lepas kena tinggal plaak dok adaa bf plak.mak plak sejenis kampung walo kawen mat saleh.
Post time 16-11-2024 05:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pocongkiutss replied at 14-11-2024 04:48 PM
Apa pendapat acik porem sekalian..2 kategori ni :
Satu, anak mmg rapat dgn mak ayah..mmg kdg2 bila ...
Kenapa mak-bapak perlu ajar social skills yang betul kepada anak?
Supaya masyarakat tak panggil anak kita "setan".
Satu hari nanti anak kita akan hidup dalam dunia yang luas. Dia akan bertemu dengan macam-macam orang.
Tugas kita sebagai mak-bapak adalah untuk mempersiapkan anak menempuh alam dewasa yang ada macam-macam jenis orang.
Dua puluh tahun yang pertama (lahir hingga 20 tahun) adalah tempoh membuat preparation. Preparation untuk apa?
Untuk tempuhi kehidupan pada 20 tahun yang seterusnya (20 tahun hingga 40 tahun).
Jika kehidupan alam dewasa (20 tahun hingga 40 tahun) dilalui dengan cemerlang, kita akan mengakhiri kehidupan dengan cemerlang (40 tahun hingga 60 tahun).
Kita mahu mengakhiri kehidupan dengan cemerlang. Supaya kita mati sebagai orang yang cemerlang. Bukannya mati sebagai "setan".
+ + +
"Satu, anak mmg rapat dgn mak ayah..mmg kdg2 bila takde sefahaman boleh jd gadoh besar, n kdg2 mcm nmpk rude dimata org luar..tp anak ni jenis takkan sorok apa2 dr parents diorg. Kalau mak bapak ckp no..diorg menjawab, bg minta bg sbb kenapa no & etc..mmg sejenis menjawab la tp jenis tak sorok apa2 dr parents"
Sekarang kita letakkan anak kita dekat dunia luar.
Adalah kita mahu anak dilihat sebagai manusia kurang ajar atau biadap?
Adakah kita mahu anak kita kurang ajar dengan guru? Kurang ajar dengan kawan? Kurang ajar dengan senior atau junior?
Adakah kita mahu anak kita kurang ajar dengan boss? Kurang ajar dengan colleague?
Adakah kita mahu anak kita kurang ajar dengan pasangan? Kurang ajar dengan keluarga mertua? Kurang ajar dengan anak sendiri? Kurang ajar dengan cucu sendiri?
Adakah kita mahu anak kita kurang ajar dengan pemimpin? Kurang ajar dengan rakyat? Kurang ajar dengan staff? Kurang ajar dengan customer? Kurang ajar dengan netizen? Kurang ajar dengan orang miskin?
Adakah kita mahu manusia panggil anak kita sebagai manusia yang kurang ajar atau biadap?
Kalau kita tak mahu manusia panggil anak kita kurang ajar atau biadap, kita sebagai mak-bapak jangan produce anak yang kurang ajar atau biadap.
+ + +
"Dua, anak yg jenis depan mata mmg mendengar kata. Tp tak rapat dgn parents. Depan mak bapak semua yes yes..tak pernahhh menjawab mak bapak..tp kat belakang semua dilanggarnya..x ikut pun ckp mak bapak tu. Jenis lg rapat dgn kawan"
Sekarang kita letak anak kita di dunia luar.
Kita mahu anak kita tak buat apa yang guru suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang boss suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang client suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang investor suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang pasangan suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang anaknya sendiri suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang Rasulullah suruh buat?
Kita mahu anak kita tak buat apa yang Allah suruh buat?
Bila kita suruh orang buat sesuatu tapi dia tak buat, apa kita panggil manusia seperti ini?
Manusia tak berguna. Manusia tak bertanggungjawab. Manusia tak boleh harap. Manusia yang menyusahkan orang lain.
Kalau kita tak boleh beri manfaat, kurang-kurang jangan bawa mudarat. Kalau kita tak boleh jadi manusia yang berguna, kurang-kurang jangan jadi manusia yang tak berguna.
Adakah kita sebagai mak-bapak suka mempunyai anak yang dibenci seperti ini?
Hanya ada satu keadaan di mana kita tak boleh buat apa yang orang suruh kita buat: Apabila orang itu suruh kita buat perkara yang salah.
+ + +
Bila anak kita kurang ajar, anak kita tak de adab.
Bila anak kita tak boleh harap, anak kita tak de tanggungjawab.
Sama ada adab atau tanggungjawab, kedua-duanya adalah penting dalam kehidupan di dunia.
Kita perlu ada adab dan tanggungjawab. Kita perlu ada kedua-duanya. Bukan salah-satu.
Post time 16-11-2024 07:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
talapia replied at 14-11-2024 08:41 AM
si adeknya kata.. cekgu tu ala2 kenan buat menantu.. sbb sheols ada anak pompuan muda sket la dr m ...
Aiol syak cikgu tu yang berkenan kat anak uols. Aiol tak husnuzon bila cikgu terlalu rapat dengan pelajar. Weol should have our own lives. Rambut sama itam (sebagai Asian), hati laen2.