CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
Post time 28-7-2011 11:29 AM | Show all posts
sambung lah lagi.......sian zulaikha {:1_134:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2011 08:23 PM | Show all posts
sambung lah lagi.......sian zulaikha
yaya4075 Post at 28-7-2011 11:29



    kejap kejap..huhu..atas kapal nih...ombak amatlah kuatnya...
nak menaip pun goyang kiri...goyang kanan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 09:05 PM | Show all posts
Suasana di perkarangan masuk ke bilik Rawatan Kecemasan di Hospital Kemaman ketika itu agak kalut. Tengku Sulaiman terkocoh-kocoh mendukung Tengku Harris masuk ke bilik rawatan kecemasan dan meletakkan anak lelaki tunggalnya itu ke atas katil rawatan lalu memberi ruang kepada para jururawat memulakan rawatan kecemasan.

        “Aduhhh….kaki Harris sakit sangat ni papa!” Tengku Harris mengadu sambil menangis.

        “Kejap ye Harris. Sabar sekejap. Nanti nurse tolong ubatkan ya” jawab Tengku Sulaiman cuba menenangkan Tengku Harris dengan mengusap ubun-ubunnya.

Seorang jururawat lelaki membelek-belek kesan gigitan ular di betis kanan Tengku Harris. Dia mencuci luka gigitan itu dengan antiseptik. Dia menoleh kepada Tengku Sulaiman.

        “Encik, boleh saya tau ular jenis apa yang patuk anak encik ni?” tanya seorang jururawat lelaki yang bertugas.

        “Errr….saya tak tau encik!” Jawab Tengku Sulaiman menggeleng kesal.

Dia menoleh memandang Tengku Shaqirah, Tengku Nadia, Datin Suraya dan Zulaikha. Jelas di wajah masing-masing terpancar kerisauan yang amat. Zulaikha hanya menunduk dan airmatanya bergenang. Tidak disangkanya pula perkara sebegini teruk boleh terjadi. Dia benar-benar berasa teruk sekali. Datin Suraya pula tidak duduk diam. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk.

        “Kita tak boleh nak beri sebarangan anti-bisa kalau tidak lagi teruk budak ni nanti.”

Sambung jururawat itu lagi, “Nak bagi anti-bisa kena tau dulu ular jenis apa”.

        “Err…ular tu tadi color apa?” Jururawat lelaki itu cuba mendapatkan lebih maklumat.       

        “Ahh…saya tak tau.” Tengku Sulaiman menjawab.

Dia menoleh memandang Zulaikha dan mula mendapat idea.

        “Emm… mungkin anak perempuan saya tau.” Katanya lagi sambil berjalan ke arah Zulaikha.

Tengku Sulaiman dengan segera memimpin Zulaikha yang terpinga-pinga dan matanya yang masih berair itu masuk ke dalam bilik rawatan.

        “Ika nampak ular tadi kan?”

Zulaikha hanya mengangguk takut-takut dimarahi.

        “Ular tu color apa? Bentuk dia macamana?” tanya Tengku Sulaiman lagi sambil memegang kedua-dua belah bahu Zulaikha dengan kemas dan mengharapkan jawapan.

        “Emmm….badan….color hitam….lepas tu… ada belang-belang putih kat badan dia sampai ekor.” Jawab Zulaikha tersekat-sekat.

Jururawat lelaki itu mengangguk dan segera mengambil buku rujukannya. Dibelek sehelai demi sehelai mukasurat buku yang tebal itu lalu berhenti seketika. Di tunjukkan mukasurat itu kepada Zulaikha. Terdapat sebuah gambar seekor ular yang berwarna hitam dan berbelang putih.

        Lelaki itu bertanya, “Yang macam ini ke?”

        “Ya! Ya! Yang ni!” cepat-cepat Zulaikha memberi respon dengan penuh yakin.

        “Ular Katam Tebu! Jerit jururawat lelaki itu kepada rakannya.

        “Encik sila keluar dulu ya kami nak rawat dia. Insyaallah semuanya okay. Encik janganlah risau. Keluarlah dulu.” Pinta jururawat itu.

Sebaik sahaja Tengku Sulaiman keluar dari bilik rawatan kecemasan itu, isterinya Datin Suraya segera menerpa ke arahnya.

        “Macamana bang?! Harris macamana?” dipegang kemas tangan suaminya itu dengan resah ingin mengetahui situasi Tengku Harris.

        “Sabar Su…bawak bertenang dulu. Harris tak ada apa-apa insyaallah. Mujurlah Ika tu nampak ular jenis apa tadi.” Tengku Sulaiman memeluk dan menenangkan isterinya.

Datin Suraya menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Tidak pernah sesuatu yang serius sebegini menimpa keluarga mereka. Dalam pada masa Tengku Sulaiman sibuk menenangkan isterinya, Tengku Shaqirah mengesat airmatanya dan wajahnya yang tadi sedih kini berubah. Dia bangun dari tempat duduk lalu dengan segera menarik lengan Zulaikha dan mengheretnya keluar dari situ sehingga ke tempat meletak kenderaan. Zulaikha yang sejak dari tadi sugul hanya menurutinya tidak melawan.

        “Kau puas hati sekarang?!! Hah?!!” tengking Tengku Shaqirah tepat ke muka Zulaikha.

Zulaikha terkejut dengan tengkingan itu walaupun dia sudah mengagak masalah baginya yang bakal diterima. Dia hanya berdiri membatu. Pandangannya dihalakan ke bawah. Dia benar-benar rasa bersalah ke atas kejadian buruk yang menimpa Tengku Harris. Kalau tidak kerana abang angkatnya itu mahu menolong dia hanya kerana tabung buluh itu tadi, sudah tentu tidak akan jadi perkara sebegini. Dia sendiri masih hairan mengapakah Tengku Harris beriya-iya benar mahu menolongnya tadi.

        “Aku memang tak puas hati dengan kau dari dulu lagi! Tau tak?!”

Tengking Tengku Shakirah sekuat hati bagaikan terkena histeria sambil mencengkam kedua belah lengan Zulaikha dan mengoncangnya kuat-kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 09:53 PM | Show all posts
menarik jugak cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 10:15 PM | Show all posts
Reply 86# purple=ungu


    mintak sila tunjuk ajar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 12:31 PM | Show all posts
“Heeeeee!! Geramnya aku!!” pekik Tengku Shaqirah sambil menghayunkan tangan kanannya sekuat hati
.
        “PHAAAANG!!!!”

Sebuah penampar yang kuat hinggap di pipi kiri Zulaikha sehingga terjelepuk terduduk budak perempuan yang tidak melawan itu. Nyaris-nyaris dia tidak terjatuh ke dalam longkang besar yang berdekatan.

Zulaikha menjerit menangis kuat-kuat. Tidak pernah dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Sebelah kiri mukanya terasa pedar dan berbirat. Perasaan bersalahnya semakin menguasai diri sehingga dia merasakan dirinya berhak diperlakukan lebih teruk dari itu lagi. Tangisan dan raungannya semakin kuat.

Tidak cukup dengan itu, Tengku Shaqirah yang matanya turut berlinangan mula menarik rambut adik angkatnya dan menggoncang-goncangkan kepala budak perempuan itu sehingga hatinya puas. Ditamparnya muka Zulaikha bertalu-talu melepaskan amarah dan geramnya selama ini.

Adegan itu tidak diperhatikan sesiapa kerana tempat itu bukan sahaja agak tersorok sedikit dari pandangan orang ramai malah kebetulan pada malam itu juga tidak ramai pengunjung hospital di bahagian kecemasan.

Zulaikha berterusan menangis dengan esakan yang kuat. Sesekali tidak kedengaran bunyi tangisan sewaktu dia mengambil nafas dalam-dalam.

        “Kau ni! Kau ni memang Cina tak sedar diri!”

        “Mak bapak aku layan kau bukan main manja!”

Tengku Shaqirah mengetuk-ngetuk kepala Zulaikha dengan seliparnya kuat-kuat. Perasaan geram yang disimpan selama ini habis terhambur keluar pada malam itu. Seolah-olah kejadian yang menimpa Tengku Harris tadi yang mana ianya disebabkan Zulaikha, menjadi pelepasan untuk dirinya mengamuk sedemikian rupa. Batang tubuh Zulaikha baginya kini bagaikan halal untuk diseksa.

        “Kenapa kau tak mampus sebelum mak bapak aku ambik kau dulu, sial?!!”

        “I…I…Ika…. tak sengaja kak” jawab Zulaikha perlahan dalam nada yang tersekat-sekat dan mendayu dengan tangisan.

Segala-galanya dilepaskan disitu juga. Zulaikha hanya terus terduduk menangis membiarkan tubuhnya terus dijadikan tempat untuk melepaskan kegeraman Tengku Shaqirah. Pada masa itu juga dia benar-benar berasa mahu mati seperti yang diharapkan oleh Tengku Shaqirah. Dia berfikir memang benar kata-kata kakaknya itu, jika awal-awal lagi dia mati dahulu ketika kecil sebagai pelarian tentu perkara sebegini tidak akan terjadi. Dia kesal kerana menjadi beban kepada keluarga itu. Zulaikha juga sedar akan kebencian Tengku Shaqirah terhadapnya selama ini. Cuma dia kurang pasti mengapa. Dirasakan hidupnya sungguh terhutang budi dengan keluarga Tengku Sulaiman. Dari kecil lagi dia meletakkan tujuan hidupnya ini untuk mengabdikan diri kepada ibubapa angkatnya dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi seorang doktor yang mampu menjaga mereka ketika sakit atau tua nanti demi membalas jasa. Dia tidak mahu mensesiakan peluang dan harapan yang diberikan oleh pasangan suami isteri yang budiman itu.


Sementara itu di wad kecemasan pula, Tengku Nadia sedang tertanya-tanya kemanakah Zulaikha dibawa pergi oleh kakaknya. Perasaan ingin tahunya itu seolah dapat dibaca oleh Datin Suraya.

        Datin Suraya bertanya, “Mana Shaq dengan Ika?”

        “Nadia nampak tadi kakak bawak Ika keluar sana” Tengku Nadia menunjuk ke arah luar.

        “Get them inside. Tak elok duduk kat luar malam-malam” arah Tengku Sulaiman kepada anaknya.

Tengku Nadia mengangguk lalu bangun dan berjalan keluar. Dia tercari-cari kemanakah perginya budak perempuan berdua itu. Sedang dia menghala ke kawasan meletak kenderaan di belakang bangunan, dia terlihat Tengku Shaqirah dan Zulaikha dicelah-celah antara dua buah kereta. Dia cuba memasang telinga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-7-2011 09:55 AM | Show all posts
“Eii! Celaka! Sedarlah diri tu sikit! Adik aku nyaris nak mampus disebabkan kau! Tau tak?!!” tengking Tengku Shaqirah lagi, “Elok patutnya kau yang mampus!!”

        “Kakak!” tegur Tengku Nadia ketika datang menghampiri.

Tengku Shaqirah menoleh memandang Tengku Nadia. Dia tidak sedar pun sejak bila adik bongsunya sudah berada di situ.

Tengku Nadia mengerutkan dahi melihat keadaan Zulaikha yang terduduk menangis begitu beriya sekali. Kelihatan muka Zulaikha yang merah padam dan rambutnya yang kusut masai. Dia menelan air liur tanpa melepaskan pandangannya dari melihat Zulaikha,

        “Papa suruh masuk.” Tengku Nadia memberitahu.

Tengku Shaqirah membetulkan semula rambutnya. Dia sempat menunjal dahi Zulaikha sebelum berpaling dan meninggalkannya yang sedang menangis. Raungan tangis Zulaikha kelihatan cuba ditahan-tahan. Namun usaha Zulaikha tidak berjaya, malah airmatanya semakin laju mencurah.

Tengku Nadia tidak terkata apa-apa. Dia hanya memerhatikan Zulaikha yang baru lepas di ‘hukum’. Sebahagian dalam dirinya berasa puas hati, kerana merasakan itulah adalah hukuman yang setimpal buat Zulaikha ke atas apa yang telah terjadi kepada abangnya. Sebahagian lagi pula berasa kasihan melihat keadaan Zulaikha sebegitu. Tidak dapat mengagak dia seteruk manakah Zulaikha dikerjakan oleh kakak sulungnya tadi.
Tengku Nadia duduk bertinggung dan mengalihkan tangan Zulaikha yang sedang menutup muka. Bulat matanya melihat kedua-dua belah pipi Zulaikha yang merah padam dan ada kesan tapak tangan. Dia mulai berasa kasihan. Dirasakannya hukuman yang diterima Zulaikha itu mungkin agak keterlaluan.

        “Dahlah….jangan nangis.” Sambung Tegku Nadia lagi, “Jom masuk…papa dah panggil.”

        “I..I…Ika tak sengaja kak.” Kata Zulaikha dalam suara yang tersekat dek kerana sedu-sedannya.

Zulaikha masih menangis. Pipi yang kemerahan berbahang dan pedih akibat ditampar itu dibasahi airmatanya yang mengalir.

Sementara itu, Tengku Shaqirah berjalan memasuki ke bahagian kecemasan hospital itu. Hatinya masih belum puas. Akal amarahnya berteka-teki di dalam diri sendiri mengapa sehingga sekarang pun ibu bapanya masih melayan sebegitu baik lagi terhadap Zulaikha.

Hatinya tidak tenteram semenjak dahulu lagi akan kemunculan budak itu. Baginya, kehadiran Zulaikha di dalam keluarga mereka bagai merampas segala tumpuan yang diterimanya sebelum itu. Sedangkan dari kecil lagi dia sudah terbiasa dimanjakan dek ibubapanya walaupun setelah mempunyai adik yang ketiga. Namun tiba-tiba di suatu hari, boleh pula ibubapanya membawa balik ke rumah seseorang yang asing untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga itu. Bermula dari itu dia sudah mula berasa tidak senang. Apatah lagi budak yang menjadi adik angkatnya itu bukan sahaja tidak diketahui susur galurnya, malahan bukan bangsa Melayu pula. Tahu-tahu sahaja ibunya, Datin Suraya sentiasa membelai mesra anak pungut itu bagaikan anak sendiri.

Begitu juga dengan papanya, walaupun tidak kelihatan melayan Zulaikha secara langsung namun tampak jelas kasih sayang seorang bapa dicurahkan kepada budak itu melebihinya.
Segala tumpuan dan perhatian bagaikan kini berubah kiblat terhadap Zulaikha. Bukan sahaja ibubapa dan adik-adiknya, malahan pembantu rumah mereka juga cukup baik dengan Zulaikha. Itu belum lagi jika nak difikirkan sepupunya Megat Amir yang semakin kerap mengunjungi semenjak kehadiran Zulaikha di rumah itu. Dia hairan kenapa semua orang memberikan perhatian kepada Zulaikha yang bukan siapa-siapa pun itu. Di matanya, walaupun Zulaikha sentiasa kelihatan sibuk membantu pembantu rumah mereka iaitu Mak Temah dalam segala urusan harian Vila Seri Kemunting, tetapi dianggapnya budak itu hanya pandai berlakon dan mengampu sahaja.
Perasaan cemburu dan bencinya seakan memuncak bilamana ibubapanya berbelanja mewah meraikan Zulaikha yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Hatinya menjadi sungguh sakit apabila layanan yang diberikan kepada budak Cina itu melebihi darinya ketika memperoleh keputusan peperiksaan yang sama dahulu, walaupun ianya tidaklah se-cemerlang yang diperolehi Zulaikha. Lebih menambahkan lagi bahanapi di dalam kebenciannya apabila mengetahui Megat Amir rajin pula menghabiskan waktu untuk membikin sesuatu yang istimewa untuk Zulaikha.

        “Zulaikha…kau perampas!” gumam Tengku Shaqirah sendirian sambil melangkah masuk ke wad kecemasan.

Zulaikha adalah perampas kasih sayang dan perhatian semua orang daripadanya? Itulah yang menjadi benih kepada perasaan cemburu dan dengki di dalam hati Tengku Shaqirah. Tidak pernah sekalipun dia memandang positif terhadap segala gerak-geri Zulaikha. Selama ini mampu ditahan-tahan lagi, namun dia hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk bertindak terhadap Zulaikha kerana baginya jika semakin dibiarkan, semakin naik tocang pula. Dan perbuatan yang dianggap betul baginya itu tadi adalah sebagai amaran keras kepada Zulaikha.


                                         ♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 09:24 AM | Show all posts
Zulaikha duduk menunggu di luar bilik wad kelas satu itu. Tengku Sulaiman bersama isteri dan anak-anaknya yang lain sudah berada di dalam melihat keadaan Tengku Harris. Tidak berani Zulaikha untuk turut bersama berjumpa dengan abang angkatnya. Dia hanya memandang ke lantai. Di benaknya masih memikirkan apa pula lagi hukuman yang bakal diterima daripada papa. Mungkin mama juga akan berhenti menyayanginya selepas ini. Itu belum difikirkan lagi pula bagaimana Tengku Harris akan ‘membalas’ semula kejadian hari ini.

        “KLAAK” pintu bilik wad dibuka.

Mamanya Datin Suraya muncul keluar dari situ diikuti kakak-kakaknya. Wanita itu menggeleng kepala tersenyum melihat Zulaikha yang kelihatan bermuram. Kedua belah pipi Zulaikha masih  kelihatan merah. Kesan keringan airmata masih bertepek di pipinya. Datin Suraya mendekati.

        “Ika? Taknak tengok abang Harris?” sambung Datin Suraya lagi,”Kita nak balik dah ni. Cepatlah.”

Zulaikha menggeleng kepala.

        “Abang Harris nak jumpa Ika tu. Dari tadi dia asyik tanya mana Ika.”

        “Pergilah jumpa dia.” Datin Suraya menyarankan.

Zulaikha melangkah perlahan. Dia menguak pintu bilk wad itu. Kelihatan papanya sedang mengusap-ngusap kepala abangnya.

Zulaikha dan Tengku Harris saling berpandangan. Dia terus menundukkan pandangan dan cepat-cepat melangkah menuju ke katil dan berhenti di belakang papanya. Dia cuba menyorok dari pandangan Tengku Harris.

Tengku Sulaiman berhenti mengusap kepala anak lelakinya dan mula hendak melangkah keluar. Zulaikha membontotinya.

        “Eh!...Ika tunggu sini dulu. Papa dengan mama nak beli barang untuk Harris kejap ye.”

Tengku Sulaiman menahan Zulaikha dari mengikutinya. Dia keluar dari bilik wad manakala Zulaikha masih terpaku membelakangkan abangnya. Menggigit bibir, tidak tahu hendak berbuat apa.

        “Amoi!”, panggil Tengku Harris.

Zulaikha masih tidak menjawab. Hanya diam membisu. Tidak pasti apa yang bakal berlaku.

        “Tabung tu…penting untuk Ika kan?” Tengku Harris ingin mendapat kepastian.

Airmata Zulaikha kembali berair. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap Tengku Harris dan memandangnya. Dia menjawab soalan tadi dengan hanya mengangguk perlahan.

Tengku Harris tersenyum sambil menyandarkan badannya seolah kelihatan lega. Zulaikha berasa keliru sekarang. Apakah maksud senyuman itu? Senyuman sindiran? Tidak rasanya. Adakah abang angkatnya itu merancang sesuatu? Menunggu dia leka dan bamm! Dia akan kena?! Zulaikha tidak berasa lega dengan senyuman Tengku Harris itu. Masakan Tengku Harris telah berubah tiba-tiba sebegitu? Zulaikha merasakan dia perlu lebih berwaspada dengan helah akal Tengku Harris.

        “Harris….Ika …Ika…minta maaf.”

        “Kenapa pulak?” tanya Tengku Harris.

        “Sebab Ika lah.…sampai jadi macam ni” Zulaikha menjawab.

        “Hmmm…..betul jugak tu. Yelah! Memang betul salah Ika pun!” nada Tengku Harris yang berbunyi mesra kini berubah menjadi seperti biasa perbualan antara mereka berdua sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2011 11:15 AM | Show all posts
Ahhh sudah! Zulaikha melarikan pandangannya ke dinding. Betul agakannya tadi, Tengku Harris hanya berpura-pura berubah sikap menjadi lembut.

        “Hmm….hey amoi. You owe me this” Tengku Harris mengingatkan sambil menunjukkan betis kanannya yang digigit ular tadi.

Zulaikha hanya menjeling memandang jari tangan Tengku Harris bagaikan bermain yo-yo berulang kali menunjukkan betisnya sendiri.

        “I want you to pay back….paham?.” pinta Tengku Harris…atau sebenarnya lebih kepada suatu arahan tetapi dalam nada yang berseloroh.

Mengeluh, ‘He got me this time’ itu ayat yang terdetik di dalam kepala Zulaikha apabila Tengku Harris mengingatkannya sebegitu.

Tengku Harris baru perasan kedua-dua belah pipi Zulaikha yang agak kemerahan. Dia mulai berfikir, mungkin kakaknya Tengku Shaqirah menjadi penyebabnya?

        “Kenapa pipi tu merah-merah? Kena apa?” tanya Tengku Harris ingin kepastian.

Zulaikha serta-merta memegang pipinya. Menangguh-nangguh untuk menjawab.

        “Err…” Zulaikha tidak tahu apa yang nak diberikan sebagai jawapan.

        “Haha…tulah amoi…siang tadi berjemur sangat. Tu yang merah pipi tu kena panas kan?” Tengku Harris membantu Zulaikha menjawab soalannya tadi.

        “Em!”

Zulaikha sedikit senyum dan menggangguk. Mungkin sedikit lega kerana tidak perlu menjawab.

Tengku Harris dapat mengagak apakah yang menyebabkan pipi Zulaikha merah padam sebegitu apabila Zulaikha kelihatan teragak-agak. Jika mengikut kebiasaan, Zulaikha kerap berperang mulut dengannya, sentiasa sahaja berbalas menjawab untuk menyakitkan hati antara satu sama lain. Tetapi tidak kali ini. Ada sesuatu yang menyebabkan Zulaikha senyap begitu, fikir Tengku Harris.

Tidak betah untuk terus berdiri di situ dengan lebih lama, Zulaikha berasa situasi itu agak kekok baginya kerana hanya berduaan dengan Tengku Harris. Tidak tahu apa lagi untuk dibicarakan. Dia sudah meminta maaf dan mengakui kesalahan. Tengku Harris pula yang juga menyalahkannya sudah jelas akan mengambil kredit ke atas itu nanti.

Zulaikha mula berpaling dan melangkah laju menuju ke pintu untuk keluar dari situ.

        “Amoi!” panggil Tengku Harris.

Zulaikha berhenti melangkah. Tanpa berpaling, dia hanya memandang ke sisi menanti apa yang Tengku Harris ingin katakan.

        “Tabung tu….” Tengku Harris ingin bertanya ‘siapa yang beri’, namun dia tidak mahu tahu dari mulut Zulaikha, sedangkan dia dapat mengagak sudah tentulah Megat Amir yang hadiahkan.

        “Tabung tu buruk je. Tak padan kena macam ni.” Tengku Harris menukar ayat.

Zulaikha mendengus perlahan. Di dalam otaknya berfikir, Tengku Harris akan sentiasa menjadi Tengku Harris dengan perangai ego dan mementingkan diri sendirinya itu. Zulaikha memulas tombol pintu.

        “Ingat?! Hutang tu kena bayar nanti!” Tengku Harris sempat berpesan sambil tersengih mengingatkan sebelum Zulaikha terus keluar dari bilik wad itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 08:52 AM | Show all posts
best...best...best......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 10:09 AM | Show all posts
Reply 92# yaya4075


    thanks kerana membaca.

ni tengah dalam dilema...banyak option nak dibuat untuk watak2 dlm citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 05:38 PM | Show all posts
takde entry baru ke boss
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 01:52 PM | Show all posts
Tengku Harris ni suka kat Zulaikha ...????
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:59 PM | Show all posts
Reply 91# kambeng_masam

Salam Encik Kambeng...

Cerita ni takde sambungan lagi ke?

Antara yang paling menarik pernah saya baca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply 96# Nicki_Meow


    ada sambungannya...masih dlm pembikinan.. penstrukturan/pengembangan watak...selitan2 cerita sampingan selain dari cerita utama....dan...beng tgh sibuk bertugas di obersi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 06:55 PM | Show all posts
Reply 97# kambeng_masam

Ah...okay. Setia menanti sambungan...

Kalau berkesempatan, sambung sekali ye kisah Komander Adam dengan Reiko Tsuchiya


(Sorry...banyak pulak request)






...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2012 12:21 AM | Show all posts
Reply  kambeng_masam

Ah...okay. Setia menanti sambungan...

Kalau berkesempatan, sambung sekal ...
Nicki_Meow Post at 18-5-2012 18:55



    terima kasih kerana membaca....insyaallah...panjang umur ada masa beng tempek kat sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 05:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 05:19

Zulaikha terlentang berbaring di atas katilnya dan mengelamun. Jam yang tergantung di dinding menunjukkan waktu sudah hampir pukul satu pagi. Matanya terasa susah untuk dipejamkan walaupun badannya sudah kepenatan. Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku lewat petang tadi masih bermain-main di fikirannya.

        *** “Tabung tu buruk je. Tak padan kena macam ni.” ***

Masih terngiang-ngiang kata-kata Harris di hospital tadi. Dia cuba berulang-kali memikirkan apakah benar kemalangan itu adalah disebabkan kesalahannya. Kerana degil? Atau kerana dia bencikan Harris?

        “Ahhh….dia yang beria-ia  nak tolong sangat. Padan dengan muka dia tu.”, protes hati Zulaikha mempertahankan dirinya.

Walau hati kerasnya memprotes, namun jauh di suatu sudut di dalam hatinya tetap ada perasaan bersalah. Perasaannya bercampur-baur. Suasana senyap di dalam kereta ketika pulang dari hospital malam tadi membuat fikiran Zulaikha bertambah tegang.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Antara soalan-soalan yang bermain di fikirannya. Hubungannya dengan Shaqirah tidak mungkin akan jadi lebih baik. Bagaimana dengan Nadia? Mungkin begitu juga. Mama? Papa? Jika mereka berdua pun akan membencinya selepas ini, maka tiadalah lagi gunanya untuk terus dia tinggal di situ. Dia tidak pasti bagaimana ibubapa angkatnya itu akan bertindak selepas ini. Mungkin benar kata-kata yang terhambur dari mulut Shaqirah malam tadi. Tanpa dirinya keluarga itu pastinya akan lebih bahagia.

Airmata Zulaikha mulai mengalir. Fikirnya adakah ini hanya suatu kemalangan atau apakah jelas dirinya itu ibarat benda yang membawa sial? Ibubapanya terpisah, ibunya hilang di lautan, dan sekarang perkara sebegini terjadi. Apalah lagi pula agaknya bala yang akan terjadi selepas ini.
Zulaikha mulai merancang sesuatu di benaknya.
♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 05:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 05:29

Selepas dua hari peristiwa Harris dipatuk ular berbisa dan dirawat di hospital, dia kini dibenarkan pulang. Sepanjang di dalam perjalanan pulang ke rumah dia tidak banyak bercakap. Sepatah yang ditanya oleh bapanya, sepatah juga jawapan yang keluar dari mulutnya. Dia kelihatan murung dan tidak banyak mulut seperti kebiasaan di rumah. Bengkak akibat bisa patukan ular di betis kanannya sudah surut namun masih bertutup dengan kain kasa untuk melindungi luka dari terkena jangkitan kuman.

Sesampainya di perkarangan kediaman keluarga Tengku Sulaiman, Harris bergegas keluar dari kereta dan menerpa masuk ke dalam rumah. Tengku Sulaiman hanya memerhatikan dari tempat duduk kereta.

Sebaik masuk ke ruang tamu, harris memerhatikan segenap ruang mencari kelibat seseorang, namun tiada sesiapa di situ. Dia terus ke dapur dan matanya melilau mencari. Hanya ibunya, Datin Suraya bersama pembantu rumah; Mak Mah sahaja yang kelihatan.

        “Haa… Harris…tak bagi salam masuk-masuk je sampai ke dapur? Cari apa?” Datin Suraya menambah lagi, “Nak makan ke?

Harris merasakan perilakunya agak jelas kelihatan pelik di mata mamanya. Dia mulai berlagak seperti biasa.

        “Assalamualaikum…err….dah siap masak ke?” Harris bertanya.
Cuba berlagak seperti biasa sedangkan gerak lakunya seperti keresahan.

        “Waalaikumussalam….sikit lagi nak siap la ni tunggu sayur. Sabar jap eh?

        “Harris duduk dulu kat depan. Hari ni ada masakan special untuk Harris; Ikan bawal masak taucu
Sambung Datin suraya tersenyum sambil mengangkat keningnya.

        “Ika tu tak tolong-tolong masak ke? Kalau tak tu bukan main rajin lagi kat dapur? Dah mula malas budak amoi nih!
Seloroh Harris yang sengaja meninggikan nada sambil memerhatikan sekeliling.

Datin Suraya hanya menggeleng sambil berkata, “Hish.. budak ni adaaaaaaa… je sebab nak cari pasal.”

Mak Mah pula menjawab seloroh Harris itu tadi, “Tu kuoh ikang taucu tu dia lah hok masok saknih”.

Jari Mak Mah menudingkan ibujarinya ke arah tudung saji di atas meja makan. Harris meluru ke situ dan memeriksa lauk pauk yang sudah siap dihidangkan. Sambil membetulkan semula susun atur gelas di atas meja sehingga seragam dan simetri, matanya mencari-cari lauk ikan masak taucu yang telah disediakan oleh Zulaikha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 05:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 05:40

Datin Suraya sambil mengerutkan dahi melihat kelakuan anak terunanya. Dia sebagai ibu sendiri pun kadang-kadang dikritik juga oleh anaknya Harris yang cerewet itu. Sentiasa ada sahaja yang tidak kena. Apatah lagi Mak Mah dan yang lain-lain. Memang dia sudah maklum perangai anak terunanya  yang seorang itu. Antara ketiga-tiga anaknya, Harris itulah yang paling banyak kerenah dan terlalu cerewet semenjak dari kecil lagi. Sehinggakan dirasakan oleh Datin Suraya, Harris itu bersikap cerewet lebih lagi mengalahkan budak perempuan. Kalau rumah tidak berkemas bisinglah dia. Susun atur kerusi, gelas dan pinggan mangkuk tidak seragam, mula berleterlah dia.

Setelah Harris mencuit dengan jari dan menjamah sedikit kuah ikan taucu itu, dia kelihatan tersenyum. Menutup kembali tudung saji dan terus berlalu dari situ menuju ke tingkat kedua rumah.

Melihatkan Harris sudah berlalu dari dapur, Mak Mah mula bersuara.

        “Dateng…Mok Moh bukang nok kater mende….hok sorang nih lah perangai pelek sokmo-sokmo. Adeeeee je mende hok dok kene.” Adu Mak Mah.

        “Nak buat camner lagi Mak Mah….anak jantan sorang tu jelah yang ada. Itu pun ikut perangai silah aki dia lah tu.” Terang Datin Suraya sambil mengenangkan arwah bapa mertuanya yang bersikap cerewet dan garang dahulu.

♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.148578 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list