CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12174|Reply: 83

'Saya Sudah Bakar Rumah'

[Copy link]
Post time 29-9-2023 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Dungun: "Saya ingat dia bergurau rupanya dia benar-benar lakukan perkara itu," kata Abdul Hamid Mohd, 66, yang kehilangan rumah selepas didakwa dibakar anak lelakinya, hari ini.


Dalam kejadian 2.30 petang itu, kediaman Abdul Hamid di Kampung Besul Baru, Bukit Besi musnah, selain kereta dan sebuah motosikal.


ABDUL Hamid melihat rumahnya di Kampung Besul Baru, Bukit Besi yang musnah dipercayai dibakar anak lelakinya. FOTO Rosli Ilham.




Menurutnya, dia dan isterinya terpaksa berpindah ke rumah anak perempuan yang berjarak tiga kilometer dari kediaman itu kerana bimbangkan keselamatan diri disebabkan anak lelaki sering bertindak ganas.


"Jadi kami biarkan anak lelaki tinggal sendirian di situ. Selepas solat Jumaat tadi, saya cadang singgah untuk tengok keadaan dia dan rumah.


"Dalam perjalanan itu, saya singgah di kedai untuk beli minuman dan tiba-tiba anak lelaki muncul di kedai itu, dia minta wang sebelum saya beri RM10.


"Sebaik menerima wang itu, dia kata dia sudah bakar rumah. Saya tanya dia, kenapa bakar rumah, dia diam tidak cakap apa-apa," katanya.


Abdul Hamid berkata, dia segera ke rumahnya dan tidak menyangka apa yang dikatakan anaknya benar-benar berlaku dan api sedang marak ketika itu.


"Saya tidak mampu nak buat apa-apa kerana api besar dan hanya mampu berdoa, berserah kepada Tuhan," katanya.


Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu sudah ditahan polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Penolong Penguasa Bomba Shariffuddin Ali berkata, sepasukan enam anggota dan jentera ke lokasi untuk memadam kebakaran.


"Api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 4 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah mental
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Penangan kuda la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kes begini di Terengganu.

Manjakan sangat anak penagih dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendadih la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh anak yg bakar rumah tu duduk kat situ. Jangan sekali-kali simpati kat budak mental tu. Hujan panas gasak kau la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2023 09:04 PM | Show all posts
no doubt ini kes dadah
u rasa tak selamat tinggal dgn anak you, dan u biarkan.. nasib baik org lain tidak di tikam, rompak, dibunuh oleh anak u
apa ada dalam pemikiran this man agaknya.. 60yo dan masih tidak bertanggungjawab: report to the police 1st time u nmpk ada aggression
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Classic case of drug addicts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bela laa ank penagih tu.
Harini bkr umh
Esok2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia tak bakar rumah jiran. Aduhai lah!

Maaf cakap la ye. Pada saya ada sesetengah orang tu nak beranak pinak sekadar supaya tak dilabel mandul je. Lepas dapat anak, otak terus benak!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-9-2023 08:31 PM
Penangan kuda la tu.

Pil kuda ni sama tak kesan dia mcm dadah lain tu?
Biasa dgr org pantai timur juara pil kuda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-9-2023 09:04 PM
no doubt ini kes dadah
u rasa tak selamat tinggal dgn anak you, dan u biarkan.. nasib baik org lain  ...

Kan. Lps tu siap pi tumpang rmh anak lain. Kot budak tu pi penaya org lain tak ke haru. Parents yg sgt tak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia bakar rumah bapak dia..kalau dia bakar rumah jiran tak ke haru
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang anak tangan-tangankan dari kecil
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:36 PM | Show all posts
krustykrab replied at 29-9-2023 09:28 PM
Kan. Lps tu siap pi tumpang rmh anak lain. Kot budak tu pi penaya org lain tak ke haru. Parents yg ...

sy pun berfikir begitu
sepatutnya jika kita sebagai ibubapa merasa cukup takut hingga pergi tinggal di rumah lain, tentulah anak nya itu dinilai oleh bapa nya sebagai seorang yang merbahaya pada masyarakat setempat
di tempat2 lain, akan keluar petition nanti, meminta tindakan mahkamah di ambil atas dasar knowingly allowing endangerment to the community at large.. ye lah, sampaikan dia sendiri lari dari anak dia tu
cartoon lah dia ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt Malaysia lepas few times kena tangkap keluar masuk aadk, penjara, polis pun dah malas nak layan drug addicts ni. Menghabiskan masa polis yg sedia free tu je. Nak tangkap takda kes, masuk pusat serenti ok, keluar ambik dadah balik. Abg kawan mcm ni la, keluar masuk pusat & jail, skrg buat report pun polis angguk je, tak masuk dalam pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
patut penagih ni kene hukum bunuh je la, mmg menyusahkan org la. biasanya jrg la depa yg mati, org lain yg akan mati sbb depa kelangit hijau.
tapi ni tertakluk utk penagih marhaen serba serbi kalau retis yg diminati makan dadah serupa nasi high smpai ke zuhal pun dimaafin forumer
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 29-9-2023 10:40 PM

Cerita pun tak lengkap. Rasa ada baik nye jugak tak salahkan pakcik ni. Kira bersyukur lah  tiada yang hilang nyawa. Lagi ngeri bila baca kes sembelih/tetak ahli keluarga sendiri angkara dadah.

Ada je penagih yang dah berapa kali keluar masuk pusat pemulihan tapi tetap macam tu jugak. So, nak salahkan family pun tak boleh jugak.

Cerita bab penagih ni, I teringat 1 kisah benar,  sampai sekarang terkesan. Rasa sayang sangat. Tak tau lah apa nasib penagih tu. Kesian kat anak2 kecik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dadih mmg sial
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dungun mmg ramai penagih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list