CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
 Author| Post time 12-1-2011 08:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 12-1-2011 08:20

Reply 77# AceHand


    Akhirnya.....   berani sahut cabarang tu... nak upah burger tapi burger dah abis dah...
bagi upah tacang jela...... Good job Pok Cik Ace...... lagi..lagi..lagi..next..next..next...
(walaupung aku kureng paham apa yg yg nak diceritakang.... yg aku tahu hnya burger kambing,....lembu dan JAZA je...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 08:41 PM | Show all posts
Reply  AceHand


    Akhirnya.....   berani sahut cabarang tu... nak upah burger tapi  ...
Jaza2008 Post at 12-1-2011 08:08



    cik mod cayang,, nape karangan mama yang lagi satu tu x upah tacang.. nak tacang.. nak tacang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_azure at 13-1-2011 02:04

PERASAAN

"Betullah awak ini memang tak ada perasaan langsung!" Izzah dan Rina berpandangan.  Tanpa salam mereka diserang dengan kata-kata itu.  Mahunya tidak terkejut!

"Kenapa ni? Tiba-tiba main terjah saja!" Rina membalas. Tidak suka betul dia dengan sikap yang ditunjukkan oleh Izlan. Bilik yang memuatkan dua orang itu terasa sempit dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang.  

"Tanyalah, kawan baik awak itu!' Rasa tidak puas hati yang terbuku di jiwa diluahkan.  Mata Izlan mencerlung ke arah Izzah.

"Kenapa?" Sambil bertanya Rina menaikkan bahunya.  

"Izlan... hal peribadi sepatutnya dibincangkan di luar pejabat, bukan di pejabat... Banyak lagi kerja yang mesti disiapkan.."

"Memang susah bercakap dengan orang yang tidak berperasaan ini.. " Izlan merungut tapi masih lagi berdiri mengadap Izzah. Tidak berganjak.

"Ok... kalau itu yang Izlan nak tahu, biar saya terangkan dengan sejelas-jelasnya.  Tapi dengan penjelasan ini saya harap Izlan tak pula malu nanti...Sebagai manusia saya memang ada perasaan tapi perasaan saya memang tak ada untuk Izlan.."

"Tapi awak selalu dengar luahan hati saya..."

"Saya dengar sekadar untuk menolong saja, dah Izlan tanya pendapat saya tentang cara-cara nak menangani adik yang nakal.. Saya beritahu apa yang saya tahu.  Saya ini anak sulung dari tujuh beradik, ada lelaki ada perempuan jadi dah masak sangat dengan perangai mereka...  Tak ada niat lain pun.  Izlan yang salah anggap..  Yang kirim e-mail penuh dengan lagu jiwang tu buat apa? Tak cukup dengan itu, hantar pula kad ucapan yang macam-macam...  Kat perenggan akhir itu ada pula pantun dua kerat.."
Izzah berhenti seketika menarik nafas.  Izlan terkedu mendengar penerangan yang panjang lebar.  Rina hanya diam menyembunyikan senyuman.

"Saya ini tak mahulah melukakan hati orang; itu yang saya tak balas.  Nanti entah apa-apa yang saya tulis, pasti lepas itu Izlan rasa malu nak pandang muka saya... Saya tak mahulah jadi macam itu.  Kita ini bekerja satu pejabat, macam satu keluarga.. ada 'team-work'..  Kalau dah masing-masing berjumpa palingkan muka atau tarik muka, bukankah tak elok?"

"Emm...  tapi saya sukakan awak!"

"Simpanlah perasaan Izlan itu, berikan kepada orang orang lain.  Saya menganggap Izlan hanya sebagai kawan saja, tak lebih dari itu.  Maaf ya.. kalau selama ini menyalah ertikan pertolongan yang saya hulurkan.." Izlan keluar dari bilik mereka berdua dengan lemah. Harapan yang menggunung rebah ke bumi.

Rina yang diam sejak dari tadi terus ketawa.  Barulah dia tahu cerita sebenarnya.  Kasih tak berbalas rupanya.

"Kau tau tak, peti e-mail aku penuh dengan lagu, sajak dari dia.  Semuanya jiwang-jiwang.  Lagu Relaku Pujuk pun ada...  Sengaja aku tak cerita, tak mahu dia malu.  Tapi dia dah malukan diri dia dengan datang macam ini..."

"Eh... betul ke kau tak ada perasaan?" Rina mengusik.

"Untuk dia memang tak ada.... tapi untuk orang lain tu adalah..." Izzah tersenyum.  Di dalam kepalanya terbayang seseorang nun jauh di utara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 08:21 AM | Show all posts
cik mod cayang,, nape karangan mama yang lagi satu tu x upah tacang.. nak tacang.. nak tac ...
mama_jahat Post at 12-1-2011 20:41



    sorry la mama... jaza tak smpat baca lagi... hari ni dah bagi dah pun...
jaza akan baca dulu semua karya.... tu....

so apakata lepas ni buat karangan berbentuk lucu dan kish benar (sejarah korang masa skolah.... 1st time masuk tadika or skolah..) ---- kenangan bertemu cinta pertama, kenangan pahit putus cinta ( yg agak2 kecewa sgt2)....
kenangan anak2 yang nakal (nak bersunat or nak belajar naik beskal/motor) dan sebagainya....

ceritakan sejarah lalu kalian yang tidak dapat dilupakan....(yg boleh dikongsi bersama la..) bukan nak korek rahsia korang tapi just sharing2 kat sini.... JOM..JOM..JOM...menulis....   (aku tengah tak de idea tuk umah BNM n Kings ni....)
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:56 AM | Show all posts
nak cuba menulis jugaklah tp kalu x sempat nanti sambung boleh keeeee, sb zie ni kadang2 x dpt masuk buzy keja byk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:02 PM | Show all posts
Reply 84# Jaza2008


    patut lah sana sunyi... take time jaza...kami setia menanti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 12:44 PM | Show all posts
cikgu besah dalam ingatan
********************
zaman kegemilangan kali pertama memasuki sekolah. Oleh sebab aku tidak masuk tadika seperti kakak dan abang, maka rasa teruja aku untuk masuk sekolah lebih tinggi. Segala kelengkapan dah siap walau berhari2 lagi lamanya sekolah akan di buka.

"dah siap nak pergi sekolah?" Ayah bertanya dengan mulutnya yang penuh dengan makanan. tak senonoh ayah ni. Aku angguk laju.

"Ayah, nanti ayah anta tak?" ayah mungkin dah penat melayan soalan yang sama setiap hari.

"mula2 ayah anta, pastu jalan la sendiri"

"selagi tak masuk itu aje la tanya yer" Opah pula berbunyi. Aku dakap opah.

"pas balik sekolah orang teman opah yer.." Opah senyum aje.

Malam menjelma mak pun sudah balik dari kerja. Kesian mak, kena kerja kuat. Ayah kerja sendiri, duit cukup2 aje. Kami berbual lagi tentang sekolah. Emak mengagih peralatan menulis. aku lah paling banyak yang dapat. Suka gila aku.

Sesi persekolahan 1992 bermula , bangga aku melangkah masuk. Emak kena kerja, aku dengan Ayah aje. Selesai urusan pendaftaran, ayah tinggalkan aku dengan kawan.

Ramai juga yang nangis2. Pelik aku tengok. Pergi sekolah pun nak nangis. Cikgu pun bukan main lagi memandang dengan muka yang galak.

Pada hari pertama ini sahaja aku dah 'mark' muka cikgu Besah. 'cengir' gila. Kecut perut aku. Cikgu Besah mengajar Kira2. Kami mengundi untuk mencari ketua kelas. Nama dia yang menang tu, Fauzuwairi. Nama macam sengal aje, aku gelak sorang2 dengar nama dia. Aku tak ambik tahu sangat bab mengundi, sebab dalam kelas ni aku kenal sorang aje, Noraini, sepupu aku.

Hari2 berikutnya aku lalui dengan girang, tanpa sedar sudah sebulan aku bersekolah. Hati pula makin bosan dengan Cikgu Besah. Kerjanya, asyik menjerit, aku pun tak faham kenapa. Banyak kuman kot kat tekak dia.

Pada suatu hari, entah dari mana datang keberanian itu. Kelas Cikgu Besah akan bermula masa kedua selepas rehat. Lebih kurang pukul 10.45 pagi. Datang idea jahat aku!! yes!!

Cikgu Besah terus masuk bila Cikgu Akmal keluar. Tak sempat aku nak bertindak. Otak ligat memikir plan seterusnya. Dah dapat!!

"cikgu nak gi tandas" mukanya yang tadi menghadap papan hijau berpaling memandang aku tepat.

"cepat balik!" kuat nya suara dia. Bukannya aku tak dengar. Padahal aku berdiri depan dia aje. Aku pun sedaya upaya menahan rasa gembira yang teramat waktu itu. Aku berjaya melepaskan diri aku dari Cikgu Besah.

Jalan melangkah tanpa tujuan. Puas aku berpusing dan lepak sekejap kat bucu2 bangunan sekolah. Takut Cikgu Besah nampak. jenuh berjalan, rasa haus plak. Aku terus ke kantin.

"akak, nak air satu" aku hulurkan 20 sen. Nasib baik mak bagi duit banyak tadi.

"cikgu tahu ke keluar ni?" kakak kantin pandang aku semacam. Pelik aku tengok dia.

"tahu"

"cikgu tak marah ke beli waktu ni?" akak tu bertanya sambil bagi aku karipap satu. aku sengih, rezeki.

"kenapa nak marah, bukan curi! curi tu baru marah. Bukan cikgu aje, mak, ayah, opah, atuk, tok ayah..sape lagi yer" aku dah menggaru2 kepala yang tak gatal.

"ye la..pergi masuk kelas" kakak kantin itu dah malas nak melayan aku.

"wei!!" terkejut beruk aku.

"apsal?!" marah betul aku pada si gemuk ni Fauzuwairi.

"cikgu suruh masuk kelas"

"jap la.."

"cepat!!" adoi, sakit telinga aku. Klon Cikgu Besah ni.

Tanpa toleh dia, aku berlari nak menyorok. Tiba2 aku rasa takut sangat. Matilah aku, Cikgu Besah dah tahu. Aku dapat tempat menyorok. Tepi kelas aku, bawah meja2 yang tersusun. Sambil menyorok sempat juga aku mengunyah karipap tadi.

"nyorok sini!!" tercekik karipap aku. Cikgu Besah! Alamak.

Telinga aku di pulas, bapak sakitnya. Berampun bagai aku dah.

"buat apa pergi kantin"

"lapo" hentam saje lah labu. Cikgu Besah menggeleng2. Kawan2 memandang terkebil2, air mata dah berderai ni, bukan sakit. tapi rasa bersalah sebenarnya.

Sebagai denda, masa Cikgu Besah yang tinggal di hujung2 tanduk tu aku kena lepak  bawah meja dia. tersedu sedan aku duduk kat situ. Dia sambung mengajar semula.

Untuk masa2 yang mendatang, aku tidak juga insaf. Siapa yang kenal pasti menggeleng kepala. Kes ini hanyalah permulaan untuk siri hidup aku di alam sekolah. Diam2 ubi berisi.
Hahahaha...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:45 PM | Show all posts
maaf semua..panjang plak kenangan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 06:00 PM | Show all posts
maaf semua..panjang plak kenangan ni..
fazss Post at 13-1-2011 12:45
fazss, akk blings banyak sgt kenangan tapi lom sempat nak lontarkan hujung jari menekan keyboard untuk tatapan kawan-kawan tapi kenangan TADIKA aja yg tak ada sbb tak pernah ke tadika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 08:08 AM | Show all posts
Reply 88# fazss



panjang pun tak pe la.... sbb nak tgk sejauh mana kepakaran dan kreativiti anda dlm mencoret kisah2 lama...
dalam kenangan.... best.... akak pernah sekejap je skolah tadika.... tak sempat abis sebab tadika tu kat dalam balai polis...
akak memang fobia dgn polis...takut polis kekdahnya..... ada kisah lucu dan sedih masa tu....   

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 08:09 AM | Show all posts
Reply 89# cmf_blingblings


    kita sama la gitu.. hahaha... tak pernah jejak tadika.. dulu fazss pernah ty mak, 'kenapa fazss aje yang tak masuk tadika?'
mak cakap ' tak ada orang nak ambik'... tapi fazss tak sunyi, coz ada opah... miss her so much...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 08:11 AM | Show all posts
Reply 90# Jaza2008


    hehehe..pasal polis, teringat sorang kawan fazss, punya lah nak suruh anak pergi sekolah. dia cakap, siapa tak pergi sekolah polis tangkap emak dia. anak kecut takut mak masuk lokap, hari2 pergi sekolah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 08:12 AM | Show all posts
Reply 85# zie_kelate78


    cuba jangan tak cuba... mula2 type kisah2 masa kecik (yg masih ingat) or kisah2 lucu yg zie tak dpt lupakan...
pendek2 pun tak pe... (jgn terlalu pendek lak....) lama2 bila idea dtg bertubi2....pasti ada minat dan bakat terpendam yg akan kluar kat sini.... kalu tak cuba kita tak tahu adakah kita ada bakat tu....

jaza masih teraba2 mencari idea sbb nak menyahut cabaran kekawan kekdahnya....
suka2 nak menulis je...walau tak de bakat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 06:51 PM | Show all posts
ewahhh ada jgk nama glamor ai ye pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:35 AM | Show all posts
Tidur aku terganggu dek pergaduhan antara si Maria dan si Danial.  Lupa hendak ku kurungkan saja dua ekor harimau yang aku bela. Ahh, hampir lima tahun aku membela mereka berdua namun tidak jugak berbaik-baik. Tiada zuriat yang diberikan kepada aku.  Salah aku?  Sedangkan lidah lagi tergigit begitu juga dengan mereka berdua.
   
    Bangun sahaja, aku terus mencari mereka. Risau hal ini diadukan kepada pihak berkenaan, lalu aku keluarkan saja suara jantan ku tanpa menghiraukan pemuda-pemuda kacak yang menyewa dirumah sebelah ini. Lega hati pabila jeritan jantanku berkesan. Mereka berdua terus reda dari pergaduhan dan masing-masing seakan-akan dua ekor kucing yang besar. Hati aku tersnyum namun tidak ku tunjuk pada mereka, bimbang dipijaknya kepala aku.

    Arghh, jam di dinding sudah menunjukkan hampir 9 pagi. Aku sudah terlewat untuk menghadiri 'photoshoot' bersama yang lain. Apa hendak ku pakai? Solekan bagaimana hendak ku calitkan pada kulit mulus ku ini? Sambil memberus gigi. Alamak, jerawat!!! Aku mula tidak keruan, lalu ku ingat pesan ibu di kampung. Saat jerawat itu muncul dalam hidup kamu, abaikan ia sayang kerna 'Dirimu Lebih Berharga'. Ya!! Itu mak saya, walaupun tinggal di kampung tidak ketinggalan juga dengan iklan di televisyen. Hehehe...

    Selesai sahaja menyegarkan wajah dan badan, aku terus mencapai baju yang aku sediakan sejak dari semalam.  Hmmm, wangi baju aku. Tapi..........Aku kena bersolek dulu, dengan jerawat mekar bak sekuntum ros ni memang aku tidak akan lupa akan alat solek aku. Ku calitkan 'foundation' di wajah ku ini, dan juga 'concelear' di jerawat ku. dan blalalalalaalalaaaa...(maaf, x larat type ok) Ohh cantik aku rupanya!! Bagi aku siapa saja boleh cantik asalkan rajin, begitu juga dengan aku. Walaupun rupa aku tidak la secantik model-model yang sebentar lagi akan berganding bahu bersama namum kerajinan aku dah sikap ramah aku membuatkan ramai orang selesa dengan aku. Betul kata ibu, bersyukurlah kerana kecantikkan membawa padah juga. Ya, aku bersyukur dengan keserderhanaan yang diberikan. Alhamdulillah

     Tiba sahaja di set 'photoshoot' semua orang seakan-akan tidak mahu berpaling. Alhamdulillah sekali lagi. Benar kata ibu, keyakinan akan membawa kecantikkan. Lalu aku melangkah dan melangkah, sudah pasti ku hayunkan kaki ku persis Nasha Aziz ketika di pentas 'catwalk'. Lalu ku sapa CikDin, perkenalkan 'photographer' aku hari ini. CikDin bercakap di telefon.   "Maaf CikDin. Ampun ganggu!!"  CikDin menjauhkan diri dari aku, mungkin kerana mahukan 'privacy'. Sudah ku tahu perangai CikDin, pastinya dengan skandal barunya. Aku siapa? hahaha. Aku sedar diri aku dalam bidang ini, niat aku untuk berjaya bukannya menggatal. Bak kata CikDin, dia menepuk kalau tiada tepukan balasa tiada paksaan. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Aku hormati CikDin namun pesan aku pada bakal-bakal yang menceburi bidang ini jika mahu orang hormat kamu, kamu hormatlah diri kamu dahulu.

Aku memerhati CikDin dari jauh smbil mengomel, tiba-tiba aku dikejutkan oleh sapaan Baby(pak andam hari itu) "Hai G, class nok!!!" Aku tersenyum. Mungkin kerana lapar atau aku sudah terbiasa dengan sapaan sebegitu. Yes, aku mmg class. hahaha. Tapi ku perhatikan Baby tersipu-sipu, senyuman yang aku kira agak pelik. Hmmm, mungkin dia cemburu akan aku, getus aku didalam hati.  Aku makin tidak keruan apabila Baby seakan-akan tidak dapat manahan senyuman perli itu, dia menunjuk dengan jari yang dilembutkan itu ke bawah. Alamak, macam mana la aku bole lupa pakai kasut??? Rumput karpet yang mebuatkan aku tidak sedar. Ishhhh. Betul kata mak, walaupun kita diatas, jangan sesekali 'over confident'. hahahaha


(sorry laa last tuh xbapa menarik, sbb lost idea. type trus ja, x pk apa ending. huhu) PEACE!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:04 AM | Show all posts
Ni ada sebuah cerita lama, cerita benar untuk kita renung-renungkan...

------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu mata pelajaran Geografi berakhir. Ziana, bukan nama sebenar menyimpan buku teks ke dalam beg dengan segera.

Ustaz Ali yang kacak dan segak bergaya melangkah masuk. Cepat pula dia hari itu. Masih ada pelajar-pelajar Cina yang sepatutnya bertukar kelas masih belum beredar. Ustaz Ali tersenyum-senyum, matanya sesekali melirik ke arah betis putih gebu pelajar-pelajar perempuan yang berada di tingkatan dua A itu. Di zaman itu baju kurung belum lagi menjadi pakaian sekolah secara rasmi.

Pelajar Cina yang baru di depan Ustaz Ali bagai tidak mempedulikan rakan-rakannya yang lain. Ustaz Ali masih menunggu dia bangun dan ke kelas sebelah. Apa hal dengan budak perempuan yang baru bertukar ke sekolah ini? Lembabnya nak bangun. Melihat semua pelajar bersedia dengan buku di atas meja Ustaz Ali melirik lagi ke arah meja pelajar itu.

Apa hal pula ni? Budak inipun nak belajar ugama juga? Kacau-kacau. Ustaz Ali memulakan pelajaran. Hatinya kurang senang. Pelajar perempuan berbangsa Cina itu mula membuka ke muka surat yang disuruh. Tahukah dia baca jawi?

Sambil mengajar sambil rotan panjang itu dibawa sama. Di ketuk-ketuk di atas meja pelajarnya yang kurang memberi perhatian. Hinggalah sampai ke pelajar Cina tadi. Rotan panjang dihunus ke bawah kulit buku. Buku itu tertutup. Nama pelajar itu tertulis dengan besar lagi terang. Siti Norziana Binti Hussin. Ustaz Ali menarik nafas lega. Proses pembelajaran hari itu berjalan lancar. Sesekali Ustaz Ali menyebut nama pelajar baru itu untuk membacakan surah yang ada di dalam buku itu. Senyumnya lebar.

-----------------------------------------------------------------
don't judge a book by its cover

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 11:22 AM | Show all posts
Reply 96# cmf_blingblings


    adakah gadis itu akak blings???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 08:42 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    adakah gadis itu akak blings???
fazss Post at 22-1-2011 11:22
Ohhhhh hooo hoo, itu bukan saya, itu org lain, dia sekarang guru besor!! Tak lama lg nak pencen!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:19 PM | Show all posts
Reply 96# cmf_blingblings


    Tergolak den
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 11:57 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    Tergolak den
bintang Post at 22-1-2011 21:19
kisah dak kat atas tu mmg banyak utk diceritakan, dia lg pandai menulis dr kak blings
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.176616 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list