CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Friska

[Tempatan] Update: (Video) Setelah viral, pensyarah UiTM ditamatkan perkhidmatan serta merta, syukur, alhamdulillah bilang Farah Azuin #91 - Setahun berlalu, penuntut trauma pensyarah ajak lakukan onani

[Copy link]
Post time 17-8-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ajak ngesex soalan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 08:55 PM | Show all posts
Kahkah sanggup buat set soalan semata2 nak pancing ngesek
Dasar jowo totok
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman bila gambar² kertas nie?? Buat standard sikit guna Google form boleh ke??? LOL dasar
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah geliii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2022 11:04 PM | Show all posts
Bejat dosennya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 17-8-2022 06:36 PM
yeke. kawan meol lec uitm tapi kat shah alam senang je dpt further study buat phd kat oversea lagi ...

Untung la kawan u. Time i, start tahun 2014/2015 above, nak further study pun diorg limitkan. Maybe sebab kitorg ni cawangan je kot, bukan geng2 ‘salam’. Haha. Time i kerja dulu pun, ada dgr cerita tersebar gambar lecturer perempuan dengan student lelaki. Gmbar macamana xtau, sebab i pun dgr cerita dari penolong rektor. Tapi bukan gambar biasa2 la ceritanya. Lecturer tu x kena buang, tapi dinasihatkan berhenti utk xnak rekod buruk. Tiada tindakan dari uitm sebab lecturer tu resign sebelum siasatan bermula. Report polis pun xde org buat, sebab xtau siapa yg sebarkan gmbar tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
botol_tritan replied at 17-8-2022 03:13 PM
Untung la kawan u. Time i, start tahun 2014/2015 above, nak further study pun diorg limitkan. Mayb ...

Tapi make sense je kalau dlm 1 area ramai org hari2 jumpa mesti ada skandal. Bukan stakat universiti, mana2 company yg staff ramai mcm hotel, kilang, gov, company besar2 confirm ada skandal
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jejanz kerepot yg berperangai hazab cenggini selalunya mesti ada anak berderet and ada anak2 pompuan lak tu.. kesian kat anak2 mana nak letak muka pics apak nye dah tersebar merata woi.. buat sesuatu ikut kepala ciknek tulah jadi, memang tuhan byr cash je skang kt donia kalau ko perangai tak semenggah camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembikaigoreng: Zaman bila gambar² kertas nie ...


Tukang buat soklan gatal miang tu pon oldschool...dah tua tak sedor diri kubur kata mari rumah kata pergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 10:54 AM | Show all posts

Gangguan seksual: Pensyarah UiTM ditamatkan perkhidmatan
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
29 September 2022, 8:47 pm

SHAH ALAM – Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta-merta.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan penamatan perkhidmatan itu setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta dimesyuaratkan di Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi UiTM.

Katanya, UiTM mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

“Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

“Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lalu terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk. Ts. Dr Roziah Mohd. Janor menjelaskan warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605 ini.

Tegas beliau, sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak Universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan.

Kosmo! pada 18 Jun tahun lalu melaporkan UiTM telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman meneliti dan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan seorang tenaga pengajarnya kepada beberapa pelajar.

Malah sebuah portal hari ini turut melaporkan bekas siswazah itu kecewa belum ada tindakan undang-undang diambil terhadap pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Pensyarah tersebut juga didakwa menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 September lalu.

Bekas siswazah itu menganggap tindakan itu diambil bagi menakutkannya setelah menolak tawaran RM20,000 daripada pensyarah itu kepadanya sekeluarga bagi menutup kes itu selepas membuat laporan polis di sebuah balai di Johor sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... atkan-perkhidmatan/

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 17-8-2022 09:22 AM
ni ke lecturer nya? apa hauk sangat kaji selidik ni...



Skg ni acik²,atuk², nenek² suka main medsos lps tu kemain tulis ayat² islamik bagai...tp dlm masa yg sama perangai syaithon tak hilang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:11 AM | Show all posts
se gersang iols pun kalau di beri kertas soalan gitu confirm la iols trauma..
nak2 pensyarah pun rhoper beruk salji lepastu kertu plak tu...

kalau tasty pun entah la... soalan gitu memang trauma yach... even ko se herlok francisco lachowski pun kalau bagi soalan2 gitu memang trauma... ziziq gittuhhh... walaupun sedap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 11:19 AM | Show all posts

A screenshot of Farah Azuin Razak’s tweets alleging that she had been sexually harassed by her lecturer. (Twitter pic)

Prayers answered, says ex-UiTM student after ‘lewd’ lecturer sacked
Zeanaaima Mohd Yusof -September 30, 2022 11:12 AM

PETALING JAYA: A former Universiti Teknologi Mara (UiTM) student is thankful and relieved after the university announced that it has dismissed a lecturer accused of sexual harassment with immediate effect.

“I’m so relieved and grateful. Finally, my prayers have been answered, not just my own (prayers) but also that of other victims,” Farah Azuin Abdul Razak told FMT.

Yesterday, Farah, 23, expressed disappointment that the authorities had not taken action against the lecturer accused of sexually harassing her over a year ago.

She said she had not received any updates from the police or UiTM although the lecturer had filed a lawsuit against her on Sept 6 for allegedly exposing his private life and identifying the institution.

Farah, who graduated with a management and business diploma, denied the lecturer’s allegations, saying that his identity had been exposed by netizens. She said the lawsuit was aimed at intimidating her after she turned down RM20,000 to “close” the case.
.
Following FMT’s report yesterday, UiTM said it took the sexual harassment allegations against the lecturer seriously and had conducted an internal ivestigation.

In a statement, it said it had immediately terminated the service of the lecturer after interrogation and internal investigation procedures were completed and discussed by its disciplinary committee.

Farah said she hoped what happened will serve as a lesson for all, from students to educators.

“As students, we trust our lecturers to educate and protect us. Don’t betray our trust and lead us to believe that our education institutions are not safe,” she said.

She advised others to speak up should they face a similar situation, adding that many will come forward to offer help to victims.

Farah had lodged a police report against the lecturer in Tangkak, Johor, on June 2, 2021, and handed over recordings of telephone conversations she had with him.

She had alleged that the lecturer had called her at 12.30am on the same date to do a survey about sex and had asked her to join him to indulge in self pleasure.

Tangkak police chief Fadhil Minhat said police had also recorded statements from several others based on Farah’s report. He said the case had been referred to the Bukit Aman criminal investigation department’s investigation and legal division.

On Sept 9, Bukit Aman told FMT the investigation paper on the lecturer had been returned to the Tangkak police for “further investigation”.

Tangkak police told FMT today they had completed their probe and the investigation paper had been sent to the Johor police headquarters.

https://www.freemalaysiatoday.co ... wd-lecturer-sacked/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 11:43 AM | Show all posts

Tangkap layar catatan Farah Azuin Abdul Razak di Twitter mengenai dakwaan diganggu secara seksual oleh pensyarahnya. (Gambar Twitter)

‘Doa saya termakbul’, bekas siswi UiTM lapang dada pensyarah ’lucah’ dipecat
Zeanaaima Mohd Yusof -September 30, 2022 7:00 AM

PETALING JAYA: “Akhirnya doa saya termakbul”. Itulah reaksi bekas siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farah Azuin Abdul Razak, 23, selepas diberitakan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, dipecat serta-merta.

Semalam, FMT melaporkan kekecewaan Farah, pelajar jurusan diploma pengurusan dan perniagaan di UiTM Segamat bersabit laporan gangguan seksual yang dibuatnya lebih setahun, berdepan jalan buntu.

Namun lewat petang semalam, pentadbiran UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan menamatkan serta-merta perkhidmatan pensyarah terbabit.

“Saya gembira syukur sangat. Akhirnya doa saya terjawab…bukan doa saya seorang (tapi) doa dari mangsa mangsa lain. Syukur sangat,” beritahunya kepada FMT.

Dalam kenyataan tersebut UiTM memaklumkan, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Farah yang baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya turut menasihatkan semua mangsa gangguan seksual untuk lebih berani dan tampil menegakkan keadilan.

“Jangan takut untuk bawa benda tu ke hadapan. Jangan risau, jangan takut, ada ramai orang yang akan sokong dan bantu. Jangan pernah fikir akan (anda akan berjuang) sorang-sorang. Dalam ramai yang mengecam, ramai jugak yang ada hulur tangan untuk membantu,” beritahunya.

Farah sebelum ini mendedahkan perlakuan pensyarah itu dengan memuat naik soalan berunsur lucah yang diberi beliau di laman Twitternya. Menurut Farah selain diminta menjawab soalan berkenaan, pensyarah itu turut bercakap secara tidak senonoh kepadanya.

Farah membuat laporan di Balai Polis Tangkak pada 2 Jun 2021 dan beliau turut menyerahkan bukti rakaman perbualan telefon dengan pensyarah itu.

Bagaimanapun tidak ada tindakan undang-undang diambil sehingga kini.

Polis Tangkak memberitahu FMT hari ini, hasil siasatan kes itu sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk tindakan lanjut.

Menurut Farah, pensyarah berkenaan menghantar notis mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 September lepas.

Tindakan saman itu dilakukan untuk “menakutkannya” selepas menolak tawaran wang penyelesaian RM20,000 untuk menutup kes.

Farah berharap semua pihak harus mengambil iktibar daripada pengalamannya dan mangsa-mangsa gangguan seksual lain.

“Saya harap apa yang jadi hari ini sebagai pengajaran untuk semua. Baik pelajar ataupun pendidik. Kami pelajar letakkan kepercayaan pada pensyarah untuk mengajar dan melindungi kami.

“Jangan hancurkan kepercayaan kami dan buat kami fikir institut pendidikan juga tidak selamat,” tegas Farah.

https://www.freemalaysiatoday.co ... arah-lucah-dipecat/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 01:22 PM | Show all posts
Setelah viral
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 01:36 PM | Show all posts
jijik soalannya pon. dapat ke sis memang aku buat copies dan hantar yang conteng penuh kejian kat muka dia. selayaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:27 PM | Show all posts
Tahniah Farah. Anda hebat.. kalau tak lebih ramai yang bakal jadi mangsa..ntah2 dah ramai jadi mangsa tapi menikus
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:29 PM | Show all posts
Kena pujuk rayu pun tegas dan tetap pendirian. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:30 PM | Show all posts
Jom hapuskan spesis2 tak guna seperti ni dalam masyarakat. Kesian wife dan anak2. memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri igama pas xmo komen nape ex student ni aibkan  lecturer ni? Setaz derih sure angin sbb ada student aibkan kelig uitm dia tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048409 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list