CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 4-10-2010 09:14 AM | Show all posts
tiupan masih lagi sepi
asnita Post at 3-10-2010 21:28



    ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 09:21 AM | Show all posts
salam sayang wat semua sahabat... maaf anda terpaksa menanti, selamat membaca... "mereka masih di KL"

**************************************************************************

Hampir sejam menanti, muncul juga kelibat Lina, Farid dan pemandu Mak Yah. Mereka termengah2, tangan penuh menjinjing penuh beg kertas butik dan beg plastik. Mak Yah hanya menggeleng melihat telatah mereka.

“ada lagi tak stok di kedai tu yang u all tinggalkan..?” lembut sahaja tutur Mak Yah tapi cukup untuk di fahami maksudnya oleh Lina dan Farid.

“mama…kita dah lama tak dating sini kan, why not spend lebih sikit” balas Lina bersahaja sambil menghirup air di cawan ku.

Maghrib menjelma, kami pulang ke hotel. Aku berdiri di balkoni bilik bersendirian,menghirup dan menghayati malam.

Cantik pemandangan KL apabila malam mempamerkan diri, walau angin yang bertiup tidak seharum di pantai namun ia memadai. Cahaya ada di mana2. Tiada kata yang di gunakan untuk menggambarkan keindahan cahaya malam ini.

Mak Yah khusyuk di sejadah, Lina dan Kira pula sibuk mengemas barang yang Lina beli tadi. Hamper semua barang Lina dicuba nya, tercuit hatiku melihat si comel ini. Walaupun baru berusia 5 tahun, tapi Kira memang pandai berjenaka dan mengusik.

Selepas Isyak, kami sempat berkunjung ke Lot 10, dari satu butik ke satu butik kami terokai. Sedang asyik melihat barangan telefon ku berbunyi, sms masuk dari Reza.

‘u tengah buat apa?’ tanpa salam,terlalu bersahaja pula kata2 nya.
‘shopping’
‘nak join!’
‘in ur dream my friend.. he3… act I’m at KL.’ Aku tersenyum sendiri. Tidak ku sangka Kira melihat gelagat ku lalu pantas mendapatkan aku. Dia menggamit supaya wajahku menghampiri wajahnya, aku segera berlutut supaya paras wajah kami sama.

“auntie senyum sorang2 kenapa?” tanyanya sambil tersengih.

“nothing, just chat with my friend.” Balas ku.

“sapa? Papa?” entah kenapa dia boleh menjangka papa nya pula. Wajahnya ku pandang pelik. Aku biarkan dia dengan persoalan itu apabila Mak Yah kelihatan keluar dari butik itu, diikuti Lina, Farid dan pemandunya. Kami terus pulang ke hotel yang beberapa meter sahaja dari bangunan Lot10 ini.

Farid dan Lina masih ingin menghayati saat2 malam KL, aku , Mak Yah dan Kira terus ke bilik. Sebaik tiba di bilik telefon aku berbunyi, aku mula keliru untuk menjawab kerana hanya nombor yang tertera. Akhirnya aku biarkan telefon itu berbunyi didalam hand bag aku.

Aku memang jarang mengangkat nombor yang tidak aku kenali, oleh itu segala urusan kerja aku selalu menggunakan nombor talian tetap butik sahaja. Tidak menunggu lama, telefon senyap semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 4-10-2010 09:28

Apabila aku keluar dari bilik air , Kira telah pun lena di katil, Mak Yah yang sedang berbual di telefon di sofa memanggil aku sambil menyuakan telefon nya. Sebaik


“sapa?” Tanya aku hairan.

“cakap la….” Aku pandang pelik pada Mak Yah apabila dia cuma tersengih. Sebaik aku mencapai telefon itu, dia berlalu tido di katilnya.

“hello..” perlahan suara aku dan berhati2.

“assalammualaikum..” garau suara itu bersuara. Aku masih lagi bingung.

“waalaikummusalam.. sapa ni?” aku bertanya tanpa bertapis.

“nama I, Mohd Shahnizam bin Osman. Nombor IC nak tahu jugak ke?” kedengaran seperti ada ketawa kecil di hujung sana. Aku mula merengus, geram.

“shah…kenapa? Takut I dera your angel ke?” aku tanya bersahaja. Dia ketawa, lebih kuat dari sebelumnya.

“ I tahu u tak akan buat macam tu.. saja nak tanya how your trip..?” kata2 nya tersimpan sesuatu yang tidak terungkai, namun seperti biasa, akan ku biar seperti angin lalu.

“ok, Cuma penat je la…”

“my angel buat perangai?” soalan itu seperti ada kebimbangan yang terselit.

“tak la..dia ok, tengah lena tu. Sepanjang hari berjalan. Ini pun kami baru sampai bilik dia terus tidor.” Panjang aku menerangkan.

“tak mandi ker?” Tanya nya seperti terkejut. Aku lebih terkejut, tak sangka soalan begitu pun boleh di utarakan.

“mandi la..itu pun perlu ke I cakap, normal things kan.. ingat I tak pandai jaga budak ke?” bebel aku.

“lega hati I, I takut dia susahkan u, please jangan manjakan dia sangat..”

“insya Allah.. U takut? Kenapa u tak join skali jer? Kan senang..” soal ku, kurang senang bila perbuatanku di pertikaikan.

“kalau I pergi, ada orang tak akan pergi. So better I tak payah pergi kan?” aku rasa tersindir. Susah betul cakap dengan nya.

“u buat apa tu? Dah dinner ker?” cepat aku bertanya pula, mahu melarikan diri kami dari bercakap perkara2 yang lebih kompleks.

“baru sampai rumah, habis meeting terus dinner, hari ni I kan bujang, senang jer. I telefon u tadi, kenapa tak angkat?” aku hanya tersenyum, dia rupanya.

“u telefon i? ye ker? Maaf..tak dengar pun tadi. Shah, kita sambung esok I mengantuk la..” lembut tutur ku.

“ok, harap2 u sudi jawab my call nanti, baru boleh sambung, good nite..” aku tersindir lagi.

“insya Allah.. bye”

“bye”

Hari yang memenatkan aku, telefon Mak Yah aku letak di meja sisi nya. Aku baring di sebelah Kira, berhati2 tubuh kecil itu aku rangkul kemas.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:30 AM | Show all posts
Reply 80# fazss


    ok..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:40 AM | Show all posts
tq faszz....klu ada letak lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 10:19 AM | Show all posts
tq faszz....klu ada letak lagi...
bb_75 Post at 4-10-2010 09:40



    coming soon...esok k.. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2010 04:26 PM | Show all posts
gogogo fazss~
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:34 PM | Show all posts
adakah shah dah suka dlm diam kat lisa... next2 n3 fazss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 09:35 PM | Show all posts
shah kaco anak dara org ye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:45 AM | Show all posts
shah kaco anak dara org ye....
mijot Post at 4-10-2010 21:35



    shah ni cover2 malu sbnr yer... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:46 AM | Show all posts
gogogo fazss~
amirazoe155 Post at 4-10-2010 16:26



    hi... peluh lari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:48 AM | Show all posts


Kesepian mencengkam ulu hati hati ku.aku masih bersendirian di muka bumi ini, menghirup udara petang bersama keindahan pantai yang tidak terhingga.. setiap keluhan aku, bukan lagi satu keluhan bersama sepi yang tidak bertepi ini. Butiran pasir terus berterbangan bebas. Ombak terus menghempas pantai umpama rindu yang memuncak di hempaskan segala rasa yang tidak terbendung lagi.

Segala berlaku mengikut fitrah alam, begitu juga kau di sini. Aku hanya mengikut fitrah ku..walau di mana sudut mana aku berada, aku masih lagi aku.

Aku memeriksa semua tempahan yang telah di siap, masih banyak tempahan yang masih in progress, ini amat menguraskan aku. Apabila musim cuti sekolah makin dekat makin banyak la tempahan yang kami terima. Oleh itu, intan dan sara, aku peruntukan mereka untuk siapkan tempahan pakaian sahaja manakala dua pekerja lepasan GiatMara , amy dan zakiah, menjahit kain langsir.

Aku kembali ke bilik kerja aku semula, terasa lelah dan penat. Aku mengambil air botol twister di dalam peti sejuk kecil di dalam bilik kerja ku segera ku minum. Botol nya aku letakkan di meja. Semua laporan tempahan semasa aku selak, aku teliti tempahan yang masuk dan yang telah di serahkan.

Tempahan2 yang sedang dibuat aku catit semula, supaya laporan syarikat aku akan sentiasa up date, memudahkan aku untuk menutup akaun bulanan nanti. Setelah semua fail aku semak, aku susun semula di rak.

Aku melangkah ke papan putih di ruang menjahit, marker yang ada aku capai, lancar mengikut rentak tangan ku. Pengumuman dan arahan terkini telah pun terpamer di ruang itu. aku membaca sekalu imbas, sekadar memastikan, mereka faham apa yang aku ingin kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:50 AM | Show all posts


“intan ! sara ! amy ! zakiah! Mari sekejap” senafas semua nama aku sebut. Kerja mereka terhenti dan bergerak ke arah aku.

“intan ngan sara tak banyak kan tempahan lagi?”

“ada 10 pasang je lagi” pantas Intan menjawab. Aku mengangguk nak menanda dalam buku catatan aku, bermakna maklumat yang di beri sama dengan data aku.

“langsir macam mana?” aku memandang amy dan zakiah. Masing2 kelu, buku catatan persendirian yang di bawa di belek2 helaian2.

“apa yang dah buat? Ada 3 customer pending kan? Apa yang dah siap untuk kain hijau tu?” aku bertanya apabila lama mereka hanya berpandang sesama sendiri.

“hijau dah siap cik Lisa, petang ni boleh pasang cangkuk. Pending memang ada 3” jawab amy, aku melihat semula buku catatan ku agar semuanya seragam. Andai ada yang tidak selari maka tidak lancar lah urusan bisnesku.

“macam ni, both of u, mula esok buat langsir pink dan putih. Date line, 2 minggu lagi. Terpulang la sape nak jahit yang mana satu, yang saya nak seorang satu customer, any questions let me know or intan, sara pun boleh tolong. Saya nak progress lebih cepat, dah pukul 5, pegi la balik semua” mereka terus berkemas dan bergerak keluar dari butik, aku terus menghilang ke bilik kerja ku. Aku keluar semula bersama laporan tempahan Mak Yah dan kain yang kami beli di Kl seminggu yang lalu. Aku letakkan di atas meja ukur, aku terus mengunci pintu butik dari dalam.

Lagu2 beralun indah menyegarkan otakku. Radio sebagai peneman aku kini, aku tinggikan volume nya sedikit. Tangan2 aku mula mengatur langkah bekerja, sesekali aku terhenti terkenang permintaan Mak Yah yang satu ni.

Telefon tangan aku di rak berdekatan  berbunyi, pantas aku capai dan terus butang hijau ku tekan.

“hello”

“assalammualaikum. U kat mana?” terkejut aku mendengar suara itu, sekilas aku lihat paparan pemanggil di skrin. Shah!. Aku menggeleng, macam tak percaya dia akan telefon setelah sunyi lebih dari 7 hari.

“waalaikummusalam. Well kat butik la, apa citer ni? Tetiba aje” ujar ku, aku pantas memasang speaker, telefon itu aku letak di atas meja sambil tangan aku pantas menyambung kerja.

“butik? dh closedkan..u kat mana?”

“I sorang then I just turn the closed tag, I nak siap kan tempahan vvip i.” ujar aku membetulkan anggapannya, takut aku andai dia mula berfikir aku menipunya.

“oooo…..” tiba2 sunyi menemani kami. Agak lama, aku mula bersuara.

“shah…”

“yes!”

“kenapa dengan u ni? Senyap je..” ujar ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:51 AM | Show all posts
“u senyap, I senyap la..” lancar sahaja ayat itu di tutur. Aku jadi pelik, kenapa macam rajuk jer.

“sayang bayar bil kalau senyap macam tu tau” tutur ku lembut, sengaja memancing nya.

“ u macam tak sudi bercakap dengan I kenapa, kat rumah pun kita tak boleh nak bercakap, u selalu lari kan..” tambahnya, aku bertambah pelik. Apa sebenar yang ingin di utarakan, tangan ku terhenti mengejut. Telefon ku capai dan aku duduk bersandar di sofa di ruang legar butik.

“ermmm..patut la Kira kuat merajuk, I dah tau gen dari mana” aku ketawa kecil. Shah ketawa kuat, aku terpaksa merenggangkan sedikit telefon dari telinga aku. Boleh pekak aku di buatnya.

“so, I kuat merajuk la..” tambahnya dengan sisa tawa yang masih kedengaran.

“yes!! U are..” kata ku sambil tersenyum, aku suka apabila kami tidak berada dalam situasi tadi. Perkara yang melibatkan persoalan yang menyentuh hati akan aku hindarkan, cukup lah semua nya. Hati aku masih lagi beku umpama ketulan ais di Kutub Utara. Belum ada lagi yang bisa menghangatkannya setelah ia mati 5 tahun lalu.

“u kat butik yer?” suaranya seperti kanak2 yang riang.

“ye la..u kat mana?”

“depan butik u, buka la pintu!” terpana aku, segera aku buka pintu butik .
Shah tersenyum sambil duduk di atas depan keretanya, aku matikan talian tadi.

“macam mana u tahu I di butik” Tanya ku sambil berdiri di hadapannya. Jarak kami kini tak sampai 3 kaki, cukup rapat untuk aku menghidu bauan darinya. Aku memang tidak tahu jenis bauan itu, tapi aku suka bau itu. manis dan mengambarkan lelaki yang penyayang.

“I nak ajak u dinner, dari pejabat terus ke sini. Saja tak nak tel, surprise kan u”

“ye la tu.. silap hari bulan I ada dating ke? U balik gigit jari, rajuk…” gurau ku. Jelas riak muka nya berubah. Salah cakap ker?

“boleh tak?” agak lemah pertanyaan itu di ucapkan. Aku sengaja mengusiknya, muka aku seriuskan sambil mata aku tertumpu ke jam di tangan kanan ku. Rona mukanya semakin berubah , sukar untuk ku mengertikan.

“ermmm..boleh, tapi..” matanya terus merenung ku. Aku mula tersenyum, gelak yang di tahan dari tadi terhambur juga.

“kenapa?” soalnya pelik. Tangannya memegang kejap lengan ku, mungkin takut aku jatuh bila badan aku mula bergegar apabila ketawa aku menggila. Sungguh aku tidak pernah melihat lelaki sepertinya.

“muka u kenapa pucat macam tu, macam nak pegi ambil test jer?” tutur ku.

“tu aje yang buat u gelak macam ni?” shah menggeleng kepala, keluh kecil terlepas juga.

“jom la kita pergi sekarang, kita solat kat masjid je k”

“I nak kemas kat dalam jap, u tunggu dalam keta je!!. jangan masuk!” tangan ku angkat, menunjukkan arahan tegas yang perlu di patuhi. Dia sekadar tersenyum dan menangguk, aku beredar ke dalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:52 AM | Show all posts
Tempat pertama destinasi kami ialah masjid, ini mencipta sejarah yang tersendiri buat diri ku. Aku pergi ke masjid dengan seorang lelaki bukan muhrim ku. Reza pun tidak pernah mengingatkan aku tentang semua ini. Secara tidak langsung, aku sedang membandingkan mereka. Tersedar ke alam aku beristifar, jauh mengelamun, entah kenapa mereka boleh ku bandingkan, mungkin hanya mereka sahabat lelaki yang aku ada.

Kereta terus meluncur menghalang ke Tanjung Lumpur, aku masih samar dengan hala tujunya. Penat mulut bertanya, aku senyap membisu. Sebal rasa hati menggunung bila soalan ku di jawab dengan senyuman gatal nya.

Padah nya dia hanya bercakap sorang,aku pula hayati cahaya dari lampu2 yang menyinari di sepanjang jalan. Kereta berhenti di restoran kegemaran ku, Restoran Nara. Senyuman ku terukir tanpa paksaan.

Kami duduk di sudut yang agak terpencil, pelayan datang untuk mengambil order, pantas dia menyuruh aku yang menentukan menu kami malam ini. Hati berbisik riang, pucuk di cita ulam mendatang, aku lakukan dengan gembira. Lagipun dah lama aku tidak ke sini ekoran masa kerja yang terlalu menghimpit hidup ku kini.

Makan malam yang santai ini kami nikmati dengan baik dan penuh dengan gurauan nya. siapa sangka, seorang yang agak serius ini, tutur kata yang di ucap berbaur arahan selalu seorang yang pandai menghiburkan. Selesai makan dan membayar, kami terus bangun beredar. Sebaik langkah seiring, dia memegang tangan ku, bila ku toleh, dia hanya tersenyum.

Aku tergamam apabila tangan nya menggenggam erat tangan ku, ingin ku tarik tangan aku, risau pula ia akan memalukan nya. Aku jadi gundah mengikut langkahnya. Beberapa langkah dari kereta, langkahnya terhenti, aku yang selangkah di belakangnya terlanggar badan nya.

Shah menoleh ke muka ku sekilas dan membantu ku untuk berdiri sendiri. Dia senyap, terpaku pada sepasang pasangan yang telah berada di hadapan kami. Mereka menguntumkan senyum, namun Shah masih kaku begitu. Aku mengambil langkah selamat, berdiam diri, tunggu dan lihat. Tangan ku masih kejap di tangan nya.

“hi lama tak jumpe u” ujar wanita itu. cantik, tapi terlalu seksi pada ku. Gaun pendek tanpa lengan yang menampakkan pangkal dada dan lurah serta hanya menutup beberapa jengkal dari pinggang, cukup seksi.

“hi”  Shah berlalu tanpa riak di muka. Tangan ku terus di tarik ke kereta.
Aku lemas dengan situasi begini, baru beberapa minit lalu dia gembira, pasti perempuan itu mempunyai sesuatu ikatan dalam hidupnya. Kami terus sunyi dan sepi sehingga tiba kembali di butik ku. Dia menghantar aku ke kereta, memberi beberapa pesan keselamatan sebelum aku beredar. Sebaik kereta aku bergerak keluar dari tempat letak kereta baru dia masuk ke keretanya.

Sebaik masuk di rumah dengan selamat, aku menghantar pesanan ringkas pada Shah seperti yang di minta tadi. Tiba di rumah baru aku terasa betapa penuhnya masa aku hari ini. Aku segera mandi dan bersolat. Sedang asyik bergolek di atas tilam, telefon tangan ku berbunyi, panggilan dari Shah.

“assalammualaikum”

“waalaikummusalam. U dah solat?” ujarnya.

“dah. U?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 08:54 AM | Show all posts
“dah. Rehat lah.. next time ada masa kita jumpa lagi” kata2 nya seperti tergantung, seperti ada yang ingin di cerita kan.

“ok, good nitez” tak tertanya aku tentang persoalan perempuan tadi.

“good nitez” ujarnya, dan talian di matikan.



Petang yang mendamaikan ini membawa satu perasaan yang aneh dalam jiwaku. Aku duduk bersendirian merenung laut yang luas di pantai Teluk Chempedak. Indah pemandangan ini yang tidak pernah berubah walau berkali2 aku ke sini.

Keasyikan aku terganggu dengan telefon yang berbunyi , sms dari Reza, aku tersenyum sendiri..

‘where are u? miss you..’ aku tersenyum.

‘tempat biasa..’ aku balas..

‘miss me?’ aku kaget, apa yang patut aku balas. Aku biarkan soalan itu tidak berbalas, pandang aku kembali ke laut.. Laut.. kau lah sahabat, kau lah kekasih.. hatiku merintih sayu. Bukan soalan ini masalahnya, tapi hati aku yang masih sepi..

Aku takut sejarah itu berulang, sakitnya masih ku ingati. Aku masih tak mampu untuk menerima mana2 hati lagi saat ini. Namun aku akui, aku mahu bersahabat dengan Reza, kerana aku selesa dengan nya walau pun tiada apa yang aku tahu pasal latar belakangnya.

Mungkin penat menanti, satu lagi sms Reza hantar.

‘ok I faham… malam ni kita dinner sama..i ambik u. plz…’ seolah dia merayu persetujuan aku.

Ringkas aku balas, ‘ok, I drive sendiri, just send nak jumpa kat mana’ aku sebolehnya tidak mahu Reza tahu di mana rumah aku.

‘jumpa di swiss garden hotel, 8.30pm, don’t be late sayang!’  macam2 kerenah lelaki ini petang ini.

Hari semakin kelam, aku segera beredar membawa hati yang pelbagai. Tiada istilah lara, tiada juga istilah terluka, hati aku masih mampu berbunga dengan cara aku sendiri, aku gembira dalam kesepian dengan adanya mu, wahai pantai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 10:15 AM | Show all posts
lisa pernah terluka....masih blum melupakan kenangan lama...agak2 sapa yg berjaya membuka pintu hati lisa....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 03:23 PM | Show all posts
cian lisa... cinta lama yg membuatkan pintu hatinya tertutup untuk mana2 lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 04:23 PM | Show all posts
thanks fazss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 04:26 PM | Show all posts
lisa pernah terluka....masih blum melupakan kenangan lama...agak2 sapa yg berjaya membuka pintu hati ...
bb_75 Post at 5-10-2010 10:15



    susah sbnr yer nak cair hati yang beku ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074226 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list