Selfie Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi Kini DiharamkanKerajaan Arab Saudi Keluarkan Perintah Larangan Selfie
Terbaru, Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan larangan selfie untuk mereka yang berada di Masjidil Haram dan Al Nabawi. Kami di murai.my percaya langkah ini dibuat bagi mengurangkan gangguan mereka untuk beribadah dan mengekalkan imej suci kedua-dua tempat ini ini. Larangan Bermula Sejak 15 NovemberMenurut sumber, larangan ini telah berkuatkuasa pada 15 November yang lalu dan pada mereka yang ingin merakamkan gambar kenangan pasti berasa sedih. Mungkin ada benarnya, kerana jika diperhatikan mereka yang mengerjakan umrah kerap memuat naik gambar selfie mereka di laman sosial. ni berita tahun 2017. mungkin dah lifted kot.
Trend Selfie Depan Kaabah Ganggu Jemaah Lain BeribadahKEGEMARAN berselfie di rumah Allah nampaknya semakin menjadi kegilaan dalam kalangan jemaah yang mengerjakan ibadat haji dan umrah. Perkara ini menjadi perdebatan hangat di Arab Saudi memandangkan mereka menyifatkan perbuatan selfie di hadapan Masjidil Haram adalah melampau kerana ianya menganggu kekusyukan jemaah lain yang turut sama beribadah apabila ianya menyekat pergerakan mereka. Walaupun ianya tidak jadi halangan namun ramai menyifatkan perbuatan selfie depan Kaabah adalah satu godaan yang sukar dikawal sehingga menyusahkan jemaah lain. Malah seorang yang dikenali sebagai Citizen menyindir mereka-mereka yang gemar berselfie, “Orang pergi ke Masjidil Haram mencari ketenangan dan memanfaat setiap detik untuk menyembah Allah, bukan untuk mengambil gambar. – MYNEWSHUB.CC
|