CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
 Author| Post time 22-6-2010 05:20 PM | Show all posts
dah create satu blog untuk ni http://hidupkumilikmu-liya71.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 08:23 PM | Show all posts
cam si fareez tu berminat dgn intan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:21 AM | Show all posts
nak lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:27 AM | Show all posts
...mcm pasangan sejoli yg memalu je...
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:28 AM | Show all posts
dah create satu blog untuk ni
liya71a Post at 22-6-2010 17:20



nanti dah tak tampal ke kat sini????
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:30 AM | Show all posts
ntah2 si fareez tu anak bonsu dato shukor kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2010 08:59 AM | Show all posts
dah create satu blog untuk ni
liya71a Post at 22-6-2010 17:20


nnt da xder n3 kat cni lg ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2010 09:42 AM | Show all posts
dua dua ada, post sana dan post kat sini.... kat sana senang sikit nak baca terus, kat sini bercampur2 dgn posting lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2010 02:13 PM | Show all posts
liya.... x ade n3 lg ke......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2010 04:42 PM | Show all posts
Hatiku berbunga-bunga, adakah sama di sana?
Memang sudah aku agak yang Dato’ Shukor tentu tidak akan kembali ke pejabat petang itu. Sebentar tadi Agensi Pelancongan ke Dubai telah mengesahkan penerbangan untuk Dato’ sekeluarga. Macamlah ramai sangat,  hanya bertiga sahaja, Dato’ Shukor, Datin Masriah dan cucunya seorang. Cucu yang dijaga sejak kecil, berusia 5 tahun. Cucu yang dibela sejak kecil kata Pn Jamilah. Iyalah, sebelum Puan Jamilah melepaskan tugas-tugasnya padaku, ada dia menitipkan nasihat supaya jangan bertanya tentang keluarga Dato’ Shukor.  Cuma yang aku tahu, ada seorang cucu yang baru lahir, Datin ambil untuk dibuat teman di rumah. Cucu dari anak yang mana satu aku pun kurang pasti, malah nama-nama anak-anak Dato’ Shukor pun aku kurang pasti. Maklumlah, semua nya di luar Negara. Kalau ada sebarang panggilan atau urusan pun, semuanya di uruskan sendiri oleh Dato’ Shukor. Pendekata, pengurusan syarikat yang berada di luar Malaysia, semuanya diserahkan bulat-bulat pada anak-anaknya.

Aku mengangkat ganggang telefon lalu mendail kampong. Selang beberapa minit, kedengaran suara Mama di sebelah sana.
‘Ma, confirm minggu depan Sue balik, hari Sabtu ni bertolak’ aku mengkhabarkan pada Mama dengan nada gembira.
‘Eh kalau ye pun, bagi la salam dulu...’
‘Assalamualaikum mama... minggu depan Sue jadi balik, Sabtu. Ada apa-apa nak pesan tak?’
‘Tak de apa-apa, Sabtu ni ye? Ooo lagi 2 hari la, hari ni dah Rabu’
‘Ye Mama... Sue bawak kete sendiri ya Ma?’
‘Ye lah, tapi bawa la orang untuk temankan. Perjalanan Putrajaya ke Terengganu kan jauh, Kalau penat boleh ganti-ganti’
‘Tengok lah, kalau ada kawan serumah nak ikut balik kampong dia. Rasa-rasa nya semua tak cuti. Tapi kalau Sue balik sorang pun boleh kan?’
‘Boleh... Tapi jangan bawa laju-laju.’
‘Ok ma, sayang mama, nanti kirim salam kat papa ye? Assalamualaikum’ aku meletakkan ganggang telefon.

Senang hatiku tak terkira. Minggu depan nak bercuti 5 hari, Sekejap lagi aku akan isi borang cuti, esok aku akan minta Dato’ Shukor sign kan. Lega sekejap.

Khusyuk aku menulis borang cuti, tiba-tiba satu fail dihempas di atas mejaku.
‘Ni, fail ni, kenapa asyik salah aje? Kan projek Anjung Abadi ni aku yang handle?, kenapa nama si Fadil yang kat sini? Susah payah aku yang close, kau bagi nama Fadil?’ Keras suara Suraya alias Sally pada ku.
Aku diam. Sally menyambung lagi ‘Lainkali kalau tak tau buat kerja, jangan buat, duduk aje kat rumah!, budak kampong!’ dengus Sally.

Sejak 5 tahun yang lalu Suraya atau Sally tidak pernah puas hati denganku. Aku pun tidak faham, apa yang dia cemburu dengan ku. Kalau nak dibandingkan, dia lebih berfesyen, gaji lebih besar, kemudian pembawakannya lebih menarik dan menawan dari aku.

‘Astaghfirullahal ‘azim’ aku beristighfar di dalam hati.
‘Cik Sally, Dato’ Shukor yang uruskan projek, bukan saya, atau kalau you tak puas hati, boleh mengadu pada En Zainal atau En Fareez, pengurus projek kita’ aku menjawab perlahan.

Sally berpusing, lalu menghentak-hentakkan kakinya menuju ke biliknya. Barangkali pertemuannya dengan client di Bukit Bintang tadi tidak begitu berjaya. Jadi dia menghamburkannya padaku. Biarkanlah dia. Sekejap lagi sejuk lah tu. Tapi aku seronok tadi, perut pun kenyang dan dapat jadi pendengar pada seorang lagi kawan baru.
Fareez sengaja menggelarkan aku Intan, dia tidak mahu gunakan yang sama dengan Dato’ Shukor. ‘I akan panggil you Intan, sebab first time I kenal nama you Intan Syuhada dan saya tak mahu kelirukan dengan Suraya atau Sally tu’ kata Fareez selepas menghirup air carot susu suam.

‘You tinggal di mana?’ Tanya Fareez
‘Putrajaya, flat present 9, dekat saja dengan ofis kita’ jawabku acuh tak acuh.
‘Oooo... memang la dekat, I pulak tinggal di Kajang. Kampung Sg Ramal’ Fareez sengaja memberitahuku. Aku diam lagi. Sengaja tidak mahu memanjangkan perbualan. Aku menjeling jam tangan kusam ku.

‘Jom lah balik ke ofis, dah jam 2 petang.’ Aku mengajak Fareez. Ku lihat kantin hampir lengang. Budak-budak kantin sedang mengelap meja. Budak lepasan SPM barangkali, menolong tuan punya kantin. Sebentar tadi penuh dengan staf-staf yang turun untuk makan tengahari.

‘Petang nanti you balik jam berapa?, biasa terus balik ke, atau tunggu lewat sikit?’ Fareez bertanya lagi. Sibuk pula dia nak tau pergerakan aku.
‘5:30petang tepat’

‘Oooo kalau macam tu, petang ni kita pergi jogging nak?. Dekat cyber ni ada Nampak tasik tempat jogging. I teringin nak jog kat situ, ye la I kan orang baru kat sini. Sebelum ni asyik jog kat KLCC, ramai sangat la orang, itu pun sebab ofis kat KLCC’ Fareez memuncungkan mulutnya. Ish.. macam budak kecil pula dia ni. Jangan la macam tu, macam nak menggoda sahaja bunyinya.

‘Saya tak bawa baju sukan lah. Lagipun saya jarang jogging’
‘Tak pe, I hantar you balik rumah, then I tunggu kat bawah’
‘Errr... kejap ye.. saya rasa saya tak boleh la harini, saya ada program’ memang betul pun aku ada program jam 6 petang setiap hari. Program menunggu tayangan tv untuk drama bersiri Indonesia.

Berubah air muka Fareez yang tadi hampir ceria. ‘Kalau camtu, tak pe lah, lain kali you tak ada program, I nak ajak you pergi jogging kat situ lah. Harini terpaksalah I jogging sorang-sorang...Hmmmm’ suara Fareez mengeluh.
‘Mmmm, jangan lah macam tu, cubalah awak ajak Sally, mesti dia nak jogging dengan you’. Aku memberi pandangan walaupun aku tahu, Sally yang menjaga penampilannya tak mungkin suka dengan peluh-peluh dan berlengas kesan jogging.
‘Ok, next time..’ Kami berpisah didalam lif. Fareez turun di tingkat 2, dan aku pula di tingkat 4.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:11 PM | Show all posts
Fareez cepat je masuk jarum....;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:15 PM | Show all posts
nampaknya si fareez dah berminat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 08:37 PM | Show all posts
liya lg la..best2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 09:57 PM | Show all posts
intan ni malu tp mau tu...
gud liya... tepek lg ye... byk3..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 05:43 PM | Show all posts
wah... menarik n3 ne.... jln ceta yg menarik.... nanti sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:18 PM | Show all posts
sally tu jelous kat intan kot.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:28 PM | Show all posts
lagi liya...sambung la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:48 AM | Show all posts
smbuung lg liya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:56 AM | Show all posts
makin best...
pape pun kalu free jgn lupa letak n3 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:59 AM | Show all posts
Best.....tp lg best klu selalu ada n3....hehehe...intan balik cepat sbb layan "Benci Bilang Cinta' erk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040782 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list