CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 27-5-2010 01:32 PM | Show all posts
syok jugk baca citer nih ek...heheheh panjang lagik ke nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 07:52 PM | Show all posts
adakah cinta telah berputik dihati zulaika
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 08:28 PM | Show all posts
next...next...{:1_137:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2010 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 28-5-2010 16:27

Episod 15


Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your ugly
I want your disease
I want your everything
As long as its free
I want your love
Love-love-love
I want your love

Itu bunyi deringan telefon bimbit aku. Sudah dua kali mengulangi, dan bakal mengulangi sekali lagi versi yang sama kalau aku tidak menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.” Suara Hafizz dihujung talian.
“Waalaikumsalam.” Jawabku.

Pukul berapa ni? Aku pandang jam dinding. Mak aih! Baru pukul 6.30 pagi. Apa si Hafizz nak pagi-pagi minggu ni? Aku baru saja berhajat nak rehatkan diri, minda, mata dan segala-galanya, kata pendek yang sebenar nak sambung tidur selepas solat Subuh. Hari-hari minggu ni ler masa nak buat pun, kalau hari bekerja tu asyik bersekang mata dari pagi sampai ke lewat petang menghadap PC. Mau buntang mata aku. Hari yang selebih tu masanya untuk aku memanjakan diri.   

“Dah subuh?” Lembut suara Hafizz menerjah pendengaran.
“Dah.” Aku melabuhkan punggung ke birai katil.
“Jom teman aku pergi jogging.”
“Aik! Dulu bukan kau tak suka bersukan ker?”
“Itu dulu, sekarang tak…kesihatan kena jaga kalau tak macamana nak jaga family.” Cerita pasal family pula. Dah nak kahwin ker atau dah kahwin. Lupa pula nak ambil tahu pasal benda ni.  
“Lagi satu, tak baik tidur lepas subuh. Rezeki susah nak masuk.” Tak habis lagi rupanya kuliah Subuh versi Hafizz, ada penambahan.

Argh!! Malas aaa…dari duduk kat tepi birai aku terus landing kat katil.
“Bangun! Bangun cepat…aku dah tunggu kat bawah.” Macam tahu-tahu jer si Hafizz ni. Tapi bila dengar jer yang dia dah ada kat bawah, automatik badan aku jadi tegak. Biar betul?
“Ha?” Cepat-cepat aku bangun dan mencapai towel kecil buat penutup kepala sebelum keluar ke balkoni. Kelihatan Hafizz sedang bersandar pada keretanya. Huh! Tatkala perasan aku kat balkoni, dia melambai-lambaikan tangan seraya tersenyum.

Aku sebenarnya tak kesah keluar dengan Hafizz, tapi kereta dia tu yang buat tak tahan sebab mengundang mata-mata orang untuk memandang. Lalu menjurus kepada teori yang tak masuk akal.  

Teringat kat peristiwa semasa dia menghantar dan menjemput aku ke dan dari pejabat. Malunya aku bukan main lagi sebab dia hantar aku betul-betul kat lobi. Aku dah cakap kat tepi taxi stand depan menara itu pun tak apa. Aku tak kesah. Tapi yang sebenarnya aku tak mahu orang salah sangka dan berfikiran yang aku ni berlagak sebab dapat boy friend yang handsome dan poket penuh. Bila dah pakai kereta macam tu, mesti orang yang melihatnya dah cop mamat ni jenis berduit, atau anak orang kaya, dan yang paling tak best…ni mesti tokan besar ker, along ker…kalau bukan, takkan mampu pakai kereta macam itu kan? Hisy! Tak sayang mulut aku ni.

Walaupun dia bukan boy friend aku, tapi orang lain tak tahu. Paling tidakpun, mesti ada komen-komen yang tak enak didengar keluar dari mulut-mulut si pemerhati. Balak bukan main hensem, tapi awek cam hampeh! Sakit hati tak? Buat reverse version pulak, awek cun, kereta cun tapi mamat tu muka macam pecah rumah. Tapi, yang ni tak mungkinlah kot…..ehehehe…Macamlah engkau boleh dengar apa yang orang lain fikir. Tu semua cuma teori negatif yang bermain diminda engkau Zulaikha, ooi!

“Boleh tak lain kali kau jangan bawa kereta ni. Kalau kau nak bawa aku pergi Sepang ker atau trek lumba bolehlah, tapi kalau pergi office aku…aku rasa…hmmm….” Aku nak cakap berbunga-bunga tak pandai, takut juga kalau dia terasa yang aku macam tak sudi naik kereta dengan dia.

“Kenapa?”
“Kereta kau ni terover gempak, jadi aku seganlah. Bolehlah, please…please…”
“Habis tu nak naik kereta apa?” Mau tak gempak, baru dengar bunyi enjin….vroom..vroom…orang dah pandang. Kalau orang yang duduk dalam tu pun gempak macam kereta tu takpe lah juga.
“Tak kisah asal bukan Integra tu, naik public transport pun tak apa.” Lepas cakap macam tu, aku buat muka seposen.

Dia bawa ker kereta gempak tu? Serta-merta mata aku mendarat kat kereta yang dibawa Hafizz. Bukan Orange Pearl….eheheehe….suka-suka jer aku dera anak orang. Tak sangka pula aku yang dia akan dengar keluhan aku yang tak boleh diguna pakai itu. Nak tumpang orang tapi tak nak naik kereta orang tu.  Kira banyak songeh juga aku ni. Kalau orang lain, mau aku kena taruh! Aku sengih sampai telinga.

Spontan aku angkat tangan bagi signal tunggu. Nasib baik aku dah mandi siap-siap masa nak solat Subuh tadi. Sekarang aku cuma perlu menukar pakaian jer, lepas itu ready to go.

Wah! Pagi-pagi minggu ini highway lengang jer…..dari rumah aku sampai ke tol Jalau Duta ambil masa 15 minit jer….kalau masa weekdays tu nak masuk kat tol aje makan masa setengah jam.

Ketika selamat tiba kat Taman Tasik Titiwangsa, jam baru menunjukkan pukul 7 suku, awal lagi. Kenapa Titiwangsa? Hmm…. Bukankah tempat ni tempat favourite untuk para joggers? Jangan tanya aku. Aku bukannya tau sangat, kalau aku jogging pun, aku cuma jogging setempat jer…ehehehe…itupun dalam rumah. Sengal tak?

Setengah jam berlalu, naik lenguh kaki aku mengejar si Hafizz. Perut aku pun dah lapar. Mau tidak, breakfast pun belum lagi.

Aku berhenti lalu tunduk memegang lutut. Si Hafizz yang di depan, turut berhenti bila menyedari aku tiada disamping kemudian berputar melawan arah mendapatkan aku.

“Okey ker?”
Aku menunjukkan ibujari kebawah. Tanda dah tak larat.

“Jom kita breakfast kat Kampung Baru.” Sambil jalan beriringan melangkah menuju ke tempat letak kereta, dia mengeluarkan sekotak rokok.

Hai, merokok? Hafizz baru hendak menyalakan rokok tersebut bila aku tiba-tiba menarik rokok itu dari blbirnya lalu membuang ke tanah sebelum aku pijak-pijak sampai lumat. Dia sekadar memandang aku. Tak ada reaksi, marah ker apa ker?

Apa guna jogging, kalau lepas tu nak hisap rokok pula. Macam kontras. Getus hatiku.

Sebentar kemudian, dia menyeluk semula saku seluar dan mengeluarkan sebatang lagi dari kotak rokok jenama ‘Dunhill’ yang sama. Terjegil mata aku dibuatnya.

“Kalau tak sayang nyawa buatlah. Tapi, buat masa ni kalau kau nak teruskan aku rela balik sendiri, okey?” Aku memang alah dengan bau rokok ni. Entahlah, tapi asap rokok tu sudah cukup buat aku rasa sakit. Dia mengalah lantas memasukkan semula batang rokok tersebut ke dalam kotak. Yay! Aku menang!

“I didn’t say I wanna quit,” Hafizz memberitahu. Aku sekadar angkat bahu. Aku tak minta macam itu pun.
“Tak kisah, asalkan tak merokok depan aku.” Kataku kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 04:39 PM | Show all posts
sambung lagi, kalau ada!! makin lama makin sweet
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 10:22 PM | Show all posts
next...next....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 03:10 AM | Show all posts
Aku bukan tak pernah cuba menanam pokok-pokok bunga ni. Malangnya tak menjadi. Cuba, bayangkan yang dah siap beli pun boleh mati. Macamana? Agaknya tangan aku ni jenis tangan yang panas kut, ekkk?

part ni sama cam aku..mmg tangan panas aka x reti tanam gamaknya..
eniway citer dh makin best..teruskan berkarya..
smbg cepat2 nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 12:16 AM | Show all posts
erkkk????????? takde lagiiihmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 09:21 AM | Show all posts
baby... sambungla byk2 skit.
pleaseeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 09:33 AM | Show all posts
Reply 89# my_dahlia

sorry kengkawan, 2-3 hari ni x sihat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 31-5-2010 09:48

Episod 16


Hmmmm…sedapnya lontong kat Kampung Baru ni, dah lama aku tak makan lontong. Aku jarang bersarapan pagikan lontong, bukan jarang memang tak pernah lontong jadi menu sarapan pagi aku. Seingat aku kali terakhir aku makan lontong pada waktu pagi, ialah ketika berkunjung ke rumah Syila di Pahang itupun sewaktu menyambut Aidilfitri tahun lepas. Apa-apapun, terisi jugalah perut aku yang kosong tadi. Aku pegang perutku lalu menghembus nafas lega.

Ketika mendongakkan kepala,  baru aku sedar yang Hafizz sedang memerhati. Mesti dia perasan betapa khusyuknya aku menikmati hidangan pagi itu. Tiba-tiba aku terasa malu.
“Terima kasih, sebab bawa aku breakfast kat sini.” Aku berkata cuba menutup rasa malu yang sudah mula menguasai diri.

“Lain kali kalau ada masa kita pergi camping nak?”Camping? Segera fikiranku melayang pada minggu kokurikulum dan pasukan berseragam yang diadakan sewaktu tahun-tahun akhir kami di alam persekolahan.

Minggu itu semua ahli berpasukan seragam akan menyertai aktiviti perkhemahan. Aku merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan pengakap. Begitu juga Hafizz. Aku ahli biasa tapi Hafizz telah dilantik menjadi salah seorang daripada Patrol Leader. Hari ini pemilihan ahli-ahli kumpulan akan dilakukan. Sebanyak lima pasukan yang terdiri daripada lapan orang sepasukan akan ditubuhkan.

“Ika, nanti kau team up dengan aku ekk?” Hafizz berkata sewaktu kami dalam perjalanan untuk berkumpul di padang sekolah.  
“Boleh, no problemo. Tapi, kau pick lah nama aku cepat-cepat. Aku tak mahu ended-up dengan team Nazri.” Hafizz sekadar mengangguk faham.
“Tapi, kau nak bagi aku post apa?” Soalku semula.
“QM, boleh?” Quarter Master? Bahagian peralatan. Bolehlah.
“Aku okey jer.” Aku setuju. Tak kisah, janji bukan sepasukan dengan Nazri.


Program akan bermula pada awal pagi, di mana setiap pasukan akan beransur ke tapak perkhemahan setelah berkumpul di padang yang sama untuk mendaftar dan memastikan kehadiran setiap ahli pasukan. Setibanya di tapak perkhemahan, setiap pasukan harus mendirikan khemah masing-maing sebelum menjejak tengahari, jika tidak berjaya markah akan ditolak. Lupa pula nak bagitahu, bahawa  pemarkahan diadakan untuk memilih pasukan yang terbaik antara pasukan berseragam yang sama dan keseluruhan. Maksudnya yang terbaik dikalangan pasukan kumpulan pengakap dan keseluruhan pasukan berseragam yang terdiri daripada pasukan Pandu Puteri, St John Ambulan, Bulan Sabit Merah, Kadet dan Pengakap. Sistem pemarkahan pula merangkumi kekukuhan dan cara pemasangan khemah yang betul, aspek keselamatan, penggunaan peralatan yang betul, kebersihan, kekemasan, kerjasama dan kreativiti. Ada lagi ni. Tapi aku pun dah lupa apa-apa benda yang termasuk dalam pengiraan markah tersebut, maklumlah aku bukan salah seorang daripada juri. Ahaks!

Paling menarik tentulah Malam unggun api atau lebih dikenali sebagai campfire. Selalunya ia akan diadakan pada malam terakhir perkhemahan.

Jam dah menunjukkan 2 pagi. Sudah tiba giliran aku dan Hafizz untuk berjaga. Setiap dua jam akan ada sepasang ahli untuk mengambil alih tugasan untuk berjaga, menjaga keselamatan ahli-ahli yang lain.  

Aku dan Hafizz mengambil tempat di hadapan khemah menggantikan Cyril dan Ernie. Angin malam berhembus sepoi-sepoi bahasa. Sejuk dan dingin. Aku menggosok kedua belah tapak tangan sebelum meletakkannya ke pipi. Hafizz spula edang menambahkan beberapa batang ranting dan dahan kayu pada longgokan kayu api. Seketika kemudian dia menanggalkan baju sejuk yang dipakainya kemudian menyerahkannya kepada aku.

“Pakailah.” Ujarnya ikhlas.
“Habis tu, kau tak sejuk ke nanti?” kataku ketika menyambut huluran baju tersebut.
“Cukup dengan lihat kau aje, aku dah terasa panas dan hangat.” Aku angkat tangan, rasa macam nak hempuk je si Hafizz bila mendengar ayat-ayat itu.
“Nasib baik kau cakap dengan aku, kalau orang lain mesti dah cair.” Dia terseringai.
“Maksudnya ayat aku tu powerlah yer?” Dia tersenyum-senyum.
“Hek-eleh, perasan!”
“Kau tak cair?”
“Heh! Kau nak test aku ker?”
“Itulah kan, aku terfikir gak camana nak ayat engkau.” Aku buat muka toya sedang dia terus dengan gelaknya. .

“So, are you ready to go?” Lamunan aku terhenti dan aku kembali semula ke alam nyata.
“Camping?” Hafizz tergelak mendengar soalanku.
“No dear, going back home. It’s nine something already. You have to prepare for our lunch today, remember?”
“Ha?” Bila masa pula aku ada lunch date dengan dia? Lepas itu siap kena masak pula tu. Adeh!!! Macamana nak buat nih!


Hari ini dalam sejarah lagi. Aku kena masak, kalau untuk diri sendiri tak apalah juga. Paling-paling yang memberi komen itu orang sama yang memasak dan memakannya.  Ini untuk orang lain. Masalah! Masalah! Nasib baik aku sempat beli buku resepi tempohari. Nampaknya berguna jugalah buku itu daripada dibiarkan berdebu dalam almari. Aku selak muka demi muka mencari-cari resepi yang mudah, ringkas tapi lazat. Tak banyak kerenah tapi elegan. Menggunakan sedikit bahan-bahan dan masa yang tak banyak.

Huh! Akhirnya aku dah terjumpa satu resepi yang sebegitu. Zucchini frittata. Aku tak tipu, memang resepi tu namanya begitu.  Jangan terkejut walaupun nama menu itu berbelit-belit tapi sebenarnya, bahan-bahan yang digunakan cuma telur sebagai bahan utama, zucchini, lada benggala dan bawang putih jer..hahahaha…..

Pada sesiapa yang tak tahu Zucchini itu sebenarnya sejenis sayur yang mirip mentimun tapi tergolong dalam keluarga labu. Dikenali juga dengan nama "courgette" (dalam bahasa Inggeris) berwarna hijau tua, hijau kelabu atau kuning terang dengan tanda berbintik atau berbelang. Boleh didapati di pasaraya, pasar basah atau pasar tani. Ia juga dikenali dengan nama ‘yap poon chaeng kua’ atau Japanese Cucumber dikalangan penduduk tempatan dan peniaga sayur-sayuran. Hihihi...rasa macam buat rancangan memasak pula.

Membelek-belek buku resepi itu pun dah ambil masa. Belum menyediakan bahan lagi. Akhirnya aku buat keputusan untuk masak sup kentang manis, sebab aku dah pernah masak. Jadi aku rasa aku boleh buat yang ini, tapi untuk menu utama aku kena minta tolong Kak Anis jiran sebelah apartment aku.

Kak Anis dah biasa hantar anak-anaknya yang berumur tujuh dan tiga tahun itu ke apartment aku. Merasalah juga aku jadi babysitter. Tak adalah sesusah mana sebab anak Kak Anis yang sulong itu sudah bijak dan mendengar kata. Cuma yang berumur tiga tahun itu sahajalah yang nakal. Letih juga melayan keletahnya.  Biasanya Kak Anis menghantar mereka bila dia ada hal pada-pada hari minggu misalnya bila dia terpaksa bekerja lebih masa. Husband Kak Anis pula kerja shift. Seminggu shift siang, seminggu lagi shift malam.

“Assalamualakum?” Aku tekan loceng pintu yang disediakan sambil memberi salam. Aku bawa sekali seekor ayam mentah bersamaku. Daniel anak sulong Kak Anis yang menjengah keluar.
“Mama, Auntie Zulaikha.” Sebentar kemudian Kak Anis muncul disebalik pintu. Aku melemparkan senyuman.
“Kak Anis tengah masak ker?”
“Belum lagi.” Balas Kak Anis dengan muka tanda tanya.
“Boleh tak tolong masakkan ayam?” Aku tunjukkan ayam seekor yang aku bawa dalam bekas plastik. Kak Anis tersenyum lebar.
“Ada orang istimewa nak datang ekk?” Aku tersengih cuma.
“Pakwe ekk?” Sambungnya lagi.
“Bukanlah Kak Anis, kawan lama jer..”
“Masuklah.” Pelawa Kak Anis. Aku melangkah masuk tanpa malu-malu.

“Kak Anis, nanti akak joinlah kami sekali ekkk…” Aku tak mahulah berdua dengan Hafizz ajer kat apartment. Bahaya wooh! Kalaupun masing-masing tidak menyimpan niat serong, orang sekeliling yang memandang belum tentu mempunyai andaian yang sama.
“Siapa namanya?” Tiba-tiba Kak Anis bertanya ketika kami berdua sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak ayam yang aku bawa tadi. Sebenarnya yang sibuk itu Kak Anis, aku cuma tolong memerhatikan saja. Sambil ambil nota dalam ingatan.
“Siapa kak?” Aku pura-pura tak faham.
“Jejaka bertuah itu ler.”
“Bertuah ker kak?” Tanyaku semula.
“Ini mesti lelaki yang dok jemput dan hantar Zulaikha baru-baru ni, kan?” Kak Anis serkap jarang.
“Akak nampak ker?” Haruslah nampak dik oi! Kawasan perumahan ini tak adalah besar mana. Bila dah keluar masuk dan kebetulan pula yang pakai kereta gempak begitu tidak ramai atau tidak ada langsung, secara automatiknya orang pun akan buka mata.
“Lelaki itu baru jer duduk blok apartment depan blok kita ni kan?”
“Ha?” Aku terkedu. Betul ker apa yang aku dengar ni? Hafizz memang nak kena dengan aku. Patut aa cepat aje sampai, ingatkan punctuality dia memang kelas satu. Rupa-rupanya duduknya tak jauh. Kalau setakat blok berdepan, sudah pastilah boleh hai-hai, bye-bye kat balkoni jer…..geramnya aku……
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 09:45 AM | Show all posts
Reply 88# wwannurr


   sorry wwannurr, lambat update..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 09:45 AM | Show all posts
Episod 16


Hmmmm…sedapnya lontong kat Kampung Baru ni, dah lama aku tak makan lontong. Aku jara ...
babyanah Post at 31-5-2010 09:37



agagagagga..jiran ropanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:01 AM | Show all posts
sweet jek budk berdua nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:09 AM | Show all posts
awat terpos 3x ni baby.....

zulaika kena goreng dek hafizz,,,,pandai betui hafizz kelentong zu, ni mesti nak dekat ngan zu,
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:33 PM | Show all posts
lg!!!!.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 03:42 PM | Show all posts
berjiran upanya....
bestnya joging kat tasik ttwangsa,
selalu dgn anak2 n hubby gi sana bersenamrobik
anak2 sure main kat playground dier yg berlambak tu
hehehehe aktiviti hari ahad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 09:46 AM | Show all posts
Reply 95# wwannurr

ahahaha..hari baru perasan ada 3 post sama....nape ekk...agaknya ari tu ada connection error kut...
dah delete dah 2 post earlier...thanks
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 11:23 AM | Show all posts
baby..bila nak sambung lagi cite ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 05:29 PM | Show all posts
Reply 99# tzaraz


    tzaraz.....sat no...sat lagi....tunggu ekkk;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072016 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list